Pages

Pay for life




Cerita ni mencerminkan pepatah 'time is precious' (masa itu berharga) bukan sebagai omongan kosong, tapi realiti.

Cerita ni kiranya macam masa hadapan la di mana you pay for life. Setiap bayi yang lahir diberi masa 25 tahun je untuk hidup. Pandai2 la guna masa itu dengan sebaiknya. Masa digunakan menggantikan duit. Yang kaya akan hidup lebih lama, mungkin berabad atau mungkin untuk selama-lamanya. Yang miskin akan mati cepat. Macam tak adil kan? Sebab tu hero ni dalam citer ni mempunyai misi untuk menghapuskan sistem yang mengguna masa sebagai ganti duit.


Time ni hero ni ada masa 1 hari, 12 minit dan 50 saat lagi untuk hidup. Selepas tu dia akan mati kalau takde transaction time dilakukan.



Semua urus-niaga tak menggunakan wang tapi menggunakan masa. Nak beli barang, guna masa, nak beli air&makanan kene guna masa, beli baju guna masa. Macam mana nak tambah masa yang di-spend kan adalah dengan bekerja. Kalau bekerja, gaji yang dapat tu bukan duit tapi masa. Yang keje macam operator kilang macam si hero ni memang dapat sikit la masa (gaji) kan. Macam mana urus-niaga dilakukan ialah ala2 macam scan kat pasar raya. Cara kedua tambah masa adalah dengan pinjaman di bank masa. Haaaa kauuu kelas ada bank masa. Bank ni siap ada interest ok!

Pulak tu ada zon2 tertentu yang membezakan zon orang miskin dan orang kaya. Orang miskin takkan masuk zon orang kaya.


Aku sebernarnya dah bosan dengan cerita klise omputih yang balik2 alien balik2 alien. Kalau tak alien pun manusia separuh haiwan. Asal masa hadapan je alien. Asal masa dahulu je mesti manusia separuh haiwan. Kadang2 best memanglah best tapi ada sedikit rasa ‘jemu’. Tapi cerita ni macam takde kaitan ngan alien/manusia separuh haiwan so unik skit. heheh

Cerita ni simple tapi memberi makna yang agak mendalam. Masa aku tengok cerita ni kan, beberapa kali terlintas dalam kepala aku, betapa brilliantnya orang boleh terfikir nak buat cerita macam ni. Simple sangat tapi confirm takde sorang pun boleh terfikir.