Pages

Gurau over


Aku memang suka gurau over dgn nana/fiza & mak aku mcm ni 😆 Sbb aku suka tgk reaction diorang. Dengan ayah aku takde la cmni sbb dia lelaki kan 😆








Stay



One of the blessing in this world is having someone who knows your flaws but still stay.

Angan-angan


Apa perasaannya ye punya angan2 dan semakin menghampiri angan2 itu kemudian tiba2 pecah dan berkecai? Sakit kan?

Aku pernah berada di situasi tu. Bila mimpi hampir menjadi nyata. Bila sedar yang angan2 tu bukan lagi angan2, bakal direalisasikan. Macam x percaya. Tapi lebur macam tu je.

Kemudian dia datang kembali ajak aku anyam kembali angan2 tu, ajak kutip semula kaca2 yang dah pecah tu. Do u think this people deserve the chance?





Hell no! Aku taknak rasa lagi dah kesakitan yang sama. Rasa serik. Itu pun entah betul entah tidak apa yang diutarakannya. 2 kali ok peluang aku dah bagi dulu tapi dua2 tu dia sia-siakan. Dan i’m glad i have the chance untuk berterus-terang kepadanya hal ni. Aku taknak ulang kembali kesakitan2 lama. Full stop.

Some part from my heart saying why not im giving him one more chance. Kiranya last chance. Mana tahu boleh bahagia kan? Tp sape boleh guarantee dia takkan ulang lagi kan? Di usia 33 tahun ni aku tak sanggup dah nak frust bagai. Cukuplah dulu tu. My last word to him kalau setakat kawan biasa tu ok la nak bf-gf mcm dulu tu memang tak la. 

Unless there is a strong reason/act yang boleh mengubah kepercayaan aku which is aku rasa Tuhan je la yang boleh ubah, aku sendiri x mampu dah nak ubah.

Aku kawan untuk go into marriage bukan kawan takde tujuan setakat gf-bf bagai. Tapi untuk orang macam beliau yang memang biasa bf-gf sebelum menuju ke arah perkahwinan tu maybe tak sesuai dengan aku yang jenis berkawan cm biasa pastu kawen je tak payah nak bf-gf bagai. Dia kata dia nak kawen dengan aku tapi tahun depan and i was like ok kawan je la mcm biasa until kawen if ada jodoh. Tp macam aku ckp la, maybe ideologi perkahwinan dia ialah bf-gf dulu pastu baru kawen. Itu memang my ideologi pun dulu but not now. No longer my ideologi. Sbb aku serik dah frust2 ni. Ideologi aku sekarang kawan je macam biasa ada jodoh kawen la haa gitu.. Tapi maybe sbb im not accepting his ideologi, he stop messaging me. Ok la tu sbb aku pun taknak bagi harapan kat orang. Berpura2 bercinta tp hati aku taknak bercinta dah, nak kawan2 je pastu ada jodoh kawen je la.

Some part of my heart keep saying.. Mana nak dapat lelaki yang caring macam dia. Yang aku rasa tahap caring dia agak close dengan macam mana care nye ayah aku terhadap aku (antara sebab kenapa aku kata angan2 aku hampir pasti tapi berkecai. Sbb bukan senang aku nak jumpa lelaki yang betul2 interested dengan aku sampai tahap sentiasa nak tahu pasal aku, apa yang aku buat & keep follow up psl aku). Contoh kalau pkl 4 dia tanya aku buat apa aku ckp aku tengah kemas2 baju nak balik kampung. Pastu dia tanya gerak pkl berapa aku ckp maybe pkl 6. Pkl 6 nnti dia message balik dah gerak ke aku jawab ye baru nak gerak. Pastu contoh perjalanan amik masa 2 jam. Pkl 8 ke 8 lebih dia message balik tanya dah sampai ke haa gitu tahap follow up sebijik macam ayah aku. Disebabkan dia mcm tu dia tahu je semua pergerakan aku tanpa perlu aku inform pun. Sebab aku jenis yang bukan suka nak btahu orang apa2 psl pergerakan aku melainkan ditanya. Betul la orang kata perempuan memang mudah suka dengan orang yang caring terhadapnya dan lelaki mudah suka dengan perempuan yang dia selalu nampak/tengok 😂 Ikutkan dia tak romantik pun takde lak surprise2 bagai tapi sebab dia caring cmtu dia buat aku rasa dekat dengannya walaupun realitinya kitorang berjauhan dan jarang jumpa. And surprisingly dia ingat semua yang dia pernah share dengan aku, apa yg dia pernah btahu aku, apa yang aku pernah cerita/btahu dia walaupun tu dah 2 tahun berlalu. Small2 things. Sampai aku pun dah lupa ada ek aku cerita/btahu dia or ada ek dia btahu aku. Sebab aku kalau dah move on memang aku akan lupakan every detail about us lah kot.

Some part of my heart saying that mana nak dapat lelaki yang betul2 suka aku sampai tahap confident betul nak kawen dengan aku dan akan kawen dengan aku. Ingat senang ke nak jentik sense nak kawen tu dalam diri lelaki 😂 Belum tentu lelaki yg baik/kenal ko nak kawen dengan ko kan. Lagipun aku bukan cantik pun. Bukan cantik mcm Nora Danish pun yg orang tengok je terus rasa nak kawen 🤭 Dia pun hensem kot & punya kerjaya idaman wanita & bakal mak mertua. Muka dia tu kalau aku tunjuk kat lelaki yang level ayah2 (40-an) pun diorng kata hensem siap kagum2 lagi, apatah lagi kalau tunjuk kat perempuan kan. Dulu kalau aku tunjuk kat mana2 kawan perempuan pun (diorang yg req nak tengok) semua kata hensem & manis orangnya, takde lagi so far yang kata “Biasa2”, maybe sbb dia sendiri darah mix tu yang muka mcm melayu tp versi hidung mancung. Haha tp bukan itu persoalannya. Aku nak highlight sbb aku pernah kata dgn dia orang mcm dia senang je nak cari perempuan lain, cari je lah perempuan lain tp jangan ulang dah apa yg dia pernah buat kat aku dulu. But he was like “I taknak perempuan lain, i nak u je” 🙄

Some part from my heart saying that mana nak cari lelaki yang cepat giler response mcm dia? Aku perasan setiap kali aku whatsapp/reply whatsapp dia, as soon as dia online kat whatsapp dia terus immediately reply kat aku. Like really immediately. Sbb bila aku nampak dia dr x online, bila online je terus status online tu tukar jd typing.  Seolah-olah mcm dia takde benda penting kat whatsapp tu selain aku. Kalau dia mmg busy (attend patient biasanya) contoh aku whatsapp kul 11 pg, 4lebih baru online & reply mmg dia akan dahulukan ucapan sorry reply lambat busy sikit td. Biasanya dia akan muncul whatsapp aku masa bangun tido, pkl 2pm lebih time rehat, pkl 4 lebih time tak busy sgt, pkl 6 lebih (time ni dua2 x busy) dan after 10pm dia dah siap mandi2 balik dr keje. Kalau perati gak plg max pun 4jam gap unless tido mlm la. Msg pun x heavy sgt sekadar tanya tgh buat apa makan apa makan mana (routine) dan kembangkan dr situ, mmg jarang heavy2 & jenis kene fikir2 baru boleh reply. So selagi dia selalu whatsapp aku routine cmtu termasuk weekend & takde mana2 perempuan serang aku, aku yakin je la dia single 😅 Sebab dgn dia yang takde apa2 social network (x minat katanya) & dia pun x pernah bawak aku jumpa mana2 ahli family dia & klinik dia, so status dia mcm status quo jugak la. Our world revolve between us je. Kat mana je aku boleh sahkan identity dia? Kot la bf org ke apa ke. At least dr social network aku boleh la tgk circle of friend dia cmne or maybe family dia jugak. Antara benda yang aku highlight kt dia jugak la. Dia mcm mysterious. Dan dia kata dia sedar kesalahan dia and wish to improve kalau aku bg chance kt dia.

But there is some part of my heart saying what if dulu tu semua tu wayang je? Kira mcm main2 je sbb nak something. haha. Org menipu biasa nakkan something. Ikutkan aku takde benda nk offer kt dia sampai sanggup buat mcm tu. Kitorang langsung x pernah bersentuhan apatah lagi yg lebih2 kan. Satu psl dia yg aku suka ialah dia x talk dirty dgn aku & respect decision aku yang taknak pegang tangan. Lepas2 tu takde minta dah & x pernah sentuh aku. Dan layanan dia masih sama. Sbb awal2 dulu dia ada req kalau2 boleh pegang tangan time jalan2 kat mall. Aku jawab dah kawen baru boleh pegang haha. Since dia non-muslim takde la aku nak tarbiah kan. Dan kalau betul dia berniat jahat mesti dia dah talk dirty dgn aku & bila aku reject pgg tangan mestilah dia giveup jauhkan diri dan cari perempuan lain yg lebih hot yg dia boleh buat main kan? Tak ke? Tp tu lah, since the day dia left without word tu, aku susah dah nak trust dia takkan tinggalkan aku, tulah jadi bila aku dah bg trust kat orang dan orang tu sia-siakan. Memang susah nak bg kepercayaan lagi dah. Memang susah nak percaya dah. Aku pernah baca dalam satu buku ni kata bila kepercayaan dah musnah nak bina balik kepercayaan tu sama mcm dulu x mudah mcm sesenang dulu. It takes extra hard work. 


Ada orang pernah ckp dengan aku kalau partner kt buat perangai, bila putus boleh cari lain berlambak orang lain ada tapi tu la.. Yang berlambak tu belum tentu sama dengan yang buat hal tu😂 You will never understand it until you experience it la i guess huhu.. Bukanlah nak kata nak getback ke apa. Aku jenis senang ingat yang baik2 psl orang walaupun dah hadap keburukannya. Keburukan dia satu je la. He left me without word. Ghosting me for 2 years. Buat aku mcm aku ni takde makna pun kat dia. Kalau betul ada masalah why not cerita je dengan aku kalau dia rasa aku ni penting la. Katanya malu sgt nak cerita dengan aku. So? Kalau kawen ada masalah malu nak cerita so boleh berlalu mcm tu je ke 😂 At least kalau rasa xnak citer ckp je la ada prob & need some space ke apa. Ni kalau kawen boleh tuntut fasakh sbb lebih 3 bulan menghilang. Aku pun bukan jenis mencari memang last time dia x response aku tu memang aku takde cari2 dia dah & buang no dia terus dari contact list aku. Aku pun kalau orang dah layan aku cmtu, xde la aku nak rayu or carik balik. Tu cm ego boleh tahan.  Bukan sebab curang/ada pompuan lain la sbb kalau tu reasonnya memang jangan harap nak cakap balik dah walaupun as kawan biasa. huhu.. Tapi tu lah. Aku kalau orang ghosting tiba2 tanpa sebarang sebab is a sign of disrespect lah kot sbb bf-gf bagai kan masa tu bukan kawan2. Aku sentiasa fikir what is dia ulang lagi? Tp tu lah, apart of keburukan dia, dia ada bnyk kebaikan yang buat aku teringat la. Yang bukan senang aku nak jumpa pada diri orang lain. 

Dia ada tanya aku dah move on dari dia. Aku jawab of course la dah klu x cmne aku dah boleh happy balik. Aku ckp aku kawan je dengan sesiapa. Selagi x decide kawen. Walaupun lelaki yg aku tgh kawan ni belum ada rs nak kawen dgn aku pun walaupun hampir setahun berkawan hari2 mesej. Haha awatlah payah & complicated nau jodoh aku ni haaa. Yg rs dekat dan yg aku betul2 trust rupanya takde feeling nak kawen dgn aku pun. Terasa one-sided feeling pulak haha. Yang aku taknak tu & tak percaya tu la boleh ada feeling kat aku pulak walaupun x sure betul ke tak feeling nya tu, nak percaya pun takut.

Tapi kat dunia ni memang bukan semua yang kt nak kt akan dapat kan. Pahit untuk ditelan tapi memang itulah realitinya. And i’m accepting the reality now.

Aku tak minta pun yang perfect, cukuplah aku jumpa yang sayang aku je la kot. huhu. Tapi camne nak buktikan sayang eh kalau x bercinta? Maybe kalau orang tu sungguh2 betul nak kawen dgn aku kot? Dibantu dengan solat istikharah tu je la aku mampu. Sebab bagi aku, kasih sayang tu yang buat dia boleh bertanggungjawab terhadap aku as a responsible husband to his wife. Kalau takde kasih-sayang tu memang tiada seri perkahwinan tu silap2 boleh hancur. Tapi tu la, nak jumpa lelaki yang sayang kt memang bukan mudah. Betul la tu, sebab harga untuk melengkapkan separuh agama itu pun mahal. Syurga bukan mudah 😅





Macam Khuzairi ni, dia buat semua ni sebab cintanya terhadap Mia je. Kalau x cinta apa jadi? Tengok je la layanan dia terhadap Nurul/Syakila tu 😂 Dia layan mcm sampah ok 😂 


Bear Hill Hiking Trail with Ayah











































Fall in Love

 Indeed ❤️



Till then 😊

Birthday Expectation from love one?


Cakap pasal birthday expectation

Aku pernah cerita kat sini
sini

Bagi aku, aku takde la harapkan suprise birthday party ke apa, dan aku pun tak prefer sbb nanti pening every year nak pikir surprise berbeza. 

Aku lebih prefer hari tersebut a little bit special dari hari2 biasa, which means going out celebrate kat tempat2 makan just so ada moment utk diingati. Takde la celebrate apa pun just makan2 sempena birthday gitu. Padahal kadang tiap2 minggu makan kat luar kan, apa salahnya birthday pun makan kat luar kan? (with additional sepotong kek bertulis Happy Birthday Nadia. Ada masalahkah? hahaha bye)

Bagi aku, dalam perkahwinan, kene ada some appreciation which translated sebagai ‘spark’.  Which both pihak buat something yang menggembirakan pasangan. Benda yang sedikit berbeza dari normal routine life. Something yang sedikit extra daripada tanggungjawab biasa sebagai suami&isteri. Kebetulan birthday date kan tarikh bermakna buat pasangan (setahun sekali pulak tu), apa salahnya kt buat mereka gembira pada tarikh tersebut, gembira dgn cara berbeza. Aku teringin nak membudayakan budaya appreciation dalam my little family. Every birthday date suami/isteri wajib makan2 kat luar dengan my little family.  Sebab family aku bukan jenis celebrate2 sgt pun just wish je so aku teringin nak di appreciate mcm tu mungkin? Birthday anak pulak buat makan2 ke panggil kawan2 dia sekali celebrate if mampu dengan niat bersedekah makan jugak utk orng lain.

Bdw ini angan2 aku je la. Tak semestinya apa yg kt nak kt akan dapat kan?

When Nadia met Maximus

Masa jalan2 dengan family kat Pantai Klebang aku terserempak dengan kuda ni.  Sukanya bila jumpa kuda putih. Aku sanggup bayar RM10 per ride semata-mata nak feeling2 naik kuda putih. Aku yang tak pernah2 naik kuda tiba2 nak naik pulak kali ni. Mungkin pengaruh cerita TKEM mungkin? 🤣🤣🤣

Kuda sangat berkait-rapat dengan fairy-tales i dont know why. Maybe sebab cerita fairy-tales Disney banyak guna kuda sebagai mode of transportation? Hahah. 😂😂😂

Oh ye. Dalam cerita TKEM nama kuda putih dalam tu ialah Maximus. So does the title of this entry 😄







Best Protector


Mendalam betul scene minit ke 3:43-4:38 tu 😇



Suka & Cinta tak boleh dipaksa


‘Sinar mata orang yang suka dan jatuh cinta dengan kita berbeza dengan orang yang tiada perasaan terhadap kita. Pandai2 la kita untuk menilai’





Hopeless Romantic



The Truth Will Prevail

Kecoh sekarang news pasal gadis cantik manis bertudung litup jadi Gold Digger. Satu persatu orang tampil buat kenyataan pasal dia. Satu persatu aib dia terbuka. 

Cakap pasal aib, aku sangat percaya Allah bukak aib orang tak lain tak bukan sebab nak sedarkan org tu. Unless orang yang betul2 dah bertaubat, memang Allah tutup aib mereka (based on kisah2 confession kat IIUM yang aku baca tu). Kuasa Allah. 

Benda2 ni buat jadi lesson learnt utk aku yang never judge a book by its cover. Gadis tu aku suka kot dulu sbb penampilan dia cantik manis dan nampak sopan. Macam idola la gitu. Rupa-rupanya berlainan dr yang aku sangkakan. Aku memang anggap semua orang baik until proven otherwise. Selagi tak proven otherwise aku memang takde nak sangka-buruk pun. 

Sedih jugak tgk orang2 zaman sekarang yang sanggup buat apa saje demi duit. Bila bertuhankan duit memang macam tu la. Halal haram tak tgk dah. Yang aku peliknya kali ni yang bertudung. Tak ke bila pakai tudung tu sekurang-kurangnya rasa tudung tu buat kt malu utk buat dosa2 besar. Malu utk cuba buat. Sebab tudung tu sendiri. 

Err aku pun taktau nak ckp camne dah kalau orang yang bertudung tp berani buat benda2 terkutuk ni. Rasa mcm contradict sgt. Aku macam tak faham. Kalaulah (again kalau!) aku di tempat mereka ni yang memang betul nak buat jahat, memang aku jahat betul la bukak tudung semua 😂 Bukak tudung tu mcm first step, second step pakai baju seksi ke apa. Tu kalau betul nak buat jahat la 😂  Unless aku nak lindungkan sesuatu dr orang la or nak nampak baik depan semua orang? Utk apa nak lindung2 dan x jd diri sendiri.. Dah mcm hipokrit la kan. Orang hipokrit ni ada potensi jd penipu in future. Sebab the fact dia berpenampilan sopan dpn semua orang pastu sanggup bukak tudung buat benda tak elok kat belakang tu kira mcm menipu dah tu. 

Again, memang tudung tu wajib dan ia dosa yg berlainan dgn lain2 tu. Dan again sepatutnya tudung tu la yang menghalang engko dr buat benda2 jahat yg lebih teruk dr itu la especially. Ada sebab Allah turunkan arahan utk pakai tudung tu. Sbb kita pakai tudung pun sebab apa, sbb nak jaga maruah diri, sebab berdosa bukak aurat setiap helaian rambut itu aurat, sebab Allah suruh.. So kalau itu kt jaga kenapa benda2 yang lagi teruk daripada tu, lebih besar dosanya kt tak jaga kan? 

Aku berdoa semoga beliau cepat2 bertaubat dan sedar akan silapnya. Tengok tanda2 sekarang macam masih hanyut 😥 Aku bukan apa, sedih dengar kisah2 begini. Kalau adik aku ke kawan ke memang lama dah aku tarbiyahkan nasihat elok2. Sedih. Sedih. 😥

Rambut Lelaki


Sepanjang aku tengok cerita Korea since 2004, rasanya ni first time dan first drama aku suka rambut watak lelakinya. Tipikal lelaki Korea kan rambut semua kedepan or kebelakang ala2 Korea Utara tu kan. Aku tak berapa minat sangat. Most of the time aku suka character je la. So cerita The King ni 1st time aku suka rambut heronya (dan of course character dlm citer ni gak) haha. Sape kata rambut mahkota wanita? Pun mahkota lelaki juga 🤣





Cantiknya rambut beliau. Tetiba Lee Min Ho 2020 nampak kacak luar biasa sebab rambut beliau hahaha,

The King: Eternal Mornach




I love everything about this drama. Esp the love of hero to the heroin 😢

Bila Qaseh dah pandai whatsapp


Amboii kemain anak buah aku ni dah pandai taip whatsapp. Sejak bila dah pandai. Padahal baru darjah 3 ni. Nasib aku boleh bezakan dia ke mak dia yg taip tu 😂 Paste sini 1st moment anak buah & mak ngah conversation via whatsapp 😂












Muka Bulat

 Balik rumah, mak saudara aku tegur

Mak sedara: Eh nadia, makin bulat muka ko induk tgk.
Me: Bulat la baru comel kan. Agithewww

Dengan gaya ala2 gedik end up kami sama2 gelak.

Aku suka turn kan komen2 mcm ni ke arah sesuatu gurauan yang aku boleh gelakkan. Nampak macam aku perasan tapi tu je la cara aku nak tukar something yang negative kepada positive. 


A moment to remember

Terbaca post salah seorang rakan FB



Exactly dgn apa yg aku rasa. Anak jiran aku, suami dia menangis masa baca lafaz taklik pernikahan. Sampai dia kene ulang dua tiga kali sebab tersekat di tengah jalan. Perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. Siapa2 pun takleh paksa air mata utk keluar kan? Dan dari situ aku tahu memang dia betul2 sayangkan wife dia sehingga setiap yang dia lafazkan memberi kesan mendalam ke hati dia & bermakna untuk dia.

Hebat kan kuasa cinta? 😊

LIMS-Pencinta Desaru


Sepanjang minggu aku busy dengan LIMS yang tak berkesudahan. Deadline 13th July. Itupun setelah aku dan kawan minta extend deadline sbb deadline asal ialah 10th July. Terpaksa aku pm tepi boss aku (pompuan) sambil buat muka comel. Nasib dapat extend. Aku patut keje wio sampai rabu je minggu ni patutnya tapi aku dah jadi pencinta Desaru gara2 nak siapkan LIMS ni haaa 🤣🤣🤣 Sampai terpelik-pelik housemate aku bila tau aku balik Desaru awal & lama pulak kat sini tak balik2 hahah. Sebab rumah kat Durian Tunggal takde unifi lagi. Terpaksa bergantung dengan unifi rumah Escadia. Sebab kene masuk LIMS system, connection internet haruslah laju, kalau harap tethering Celcom mmg alamat semput2 la kejap2 disconnected huhu. 

Stress nyaaa buat benda ni. Sengsara. Aku harap ni la kali terakhir aku kene tengok template LIMS ni satu-persatu. Berpinar-pinar mata kene hadap test parameter utk 230 sampling point 😭 Gila tul. Mujur cara kerjanya ialah diorang buat group whatsapp khas utk diorang & area aku. So apa2 salah aku terus highlight ke diorang kt group whatsapp tu. Dah la banyak salah!  Satu sampling point ada banyak test. huwaaa. Ni tak sure tido kul bape hari ni. Esok kene pulun lagi sehingga ke titisan terakhirrr.

Harap2 boleh siap by esok. Kene tido kul 6 pagi agaknya hr ni. Sobss. Tadi dah minum Coffee Tealive nampak x ngantuk lg ni. 

Penunggang agama



Ya Allah kenapa la boleh wujud orang penunggang agama macam ni 😭😭😭 Sedih kisah perempuan ni. Anti betul dengan penunggang agama (tak kira la gender apa sekalipun). Dia dah burukkan nama ustaz2 dan orang yang beragama lain. Ustaz Mahadi in real life.

Liar & manipulative.

Anti nya aku dengan golongan macam ni. 😭 

Kadang2 kesian dengan perempuan yang percaya tanpa keraguan, yang naif. Yang xde pendedahan kisah2 macam ni kat social media. Tak boleh belajar dari kesilapan orang lain. huhu.. I wish aku ada kwan perempuan mcm ni & dia boleh share kisah dia dengan aku dan aku boleh nasihatkan dia sebelum dia terjebak dengan manipulative person mcm ni. 



Kahwin Tapi Tak Cinta?

Sedih pulak kisah ni.. 

Kahwin tapi tak cinta. Sedih kisah hidup perempuan tu 😭


Tapi tu la. Dia x dapat mengenali lelaki tu sangat sebab lelaki tu macam alim2 so jaga ikhtilat kan. Aku tak salahkan mana2 pihak pun sbb since lelaki tu latar-belakang agama, logik je kalau dia x contact sangat atas dasar ikhtilat tu. Cuma I wonder, adakah perempuan ni buat solat istikharah sebelum decide nak kawen dengan lelaki tu? Sebab aku percaya kalau dia betul2 buat solat istikharah dan minta petunjuk, Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang dah tentu2 akan bagi petunjuk yang benar dan protect dia dari dianiaya sebegitu rupa. Setiap kali aku dengar kisah sebegini, aku macam teringin ada kawan macam tu supaya aku boleh tanya, dia ada buat istikharah tak sebelum kawen. Sebab most marriage yang fail (selalunya ye) adalah orang yang tak solat istikharah sebelum decide nak kawen.

Aku walaupun perempuan bukan background agama/ustazah/pakai tudung labuh, tapi aku sangat percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Aku sangat percaya kuasa solat & doa ni. Aku percaya Allah lebih dari mana2 manusia. Aku percaya Allah lebih daripada penilaian aku sendiri. Sebab penilaian manusia ni memang banyak khilaf. Allah Maha Mengetahui segalanya, yang nyata mahupun tersembunyi.

Aku pernah tanya kawan baik aku, ada buat solat istikharah tak sebelum kawen dgn husband dia. Dia ckp tak. Bila aku tanya kenapa dia jawab dia takut lepas solat istikharah tu, husband dia bukan jodoh. Adehh, macam ni pun ada 😂


Dream

Cantiknya tempat ni! Feeling like berkhemah dan sambil landing2 kat katil ada view mcm ni



Menghadap laut pastu boleh watching sunset & sunrise sambil landing atas katil. What a life 😍



Tempat ni actually kat Malaysia. Macam kat oversea je. Ia sebenarnya sebuah khemah besar tapi bezanya dalam tu ada katil. Skg tengah tanya tuan punya gambar kat mana tempat ni. Boleh lah pergi nanti.

Komen

Semalam aku up status kat whatsapp




Kawan aku reply status tu. Dia mempertikaikan ayat tu kenapa aku nampak kuasa cinta tu kat married man sahaja. Dia kata yang single tu ada cinta gak. 

Macam aku ckp, dengan kawen dapat membuktikan cinta. Sebab kt taktau tu cinta betul ka palsu ka. Kene macam kes aku hari2 cakap cinta i love you bagai tapi sebenarnya tipu sape je yang tahu. Then dia kata ada je orang yang cinta tak kesampaian. Aku kata itulah point aku.. Macam mana dia nak buktikan cinta kalau belum kawen. Sebab dengan cinta lah lahirnya perasaan tanggungjawab dan manifestasi cinta dapat dilahirkan tanpa perlu rasa berdosa atau bersalah. Tanggungjawab utk berkorban demi keluarga/pasangan atas ikatan yang suci tersebut. Cinta perlukan pengorbanan. Sebab bila cinta, kita akan memikirkan perasaan orang yang kita cinta lebih daripada perasaan diri sendiri. Macam dulu2 masa form4,  aku pernah call ayah cakap “Boleh ke kalau nak patah balik sekolah lama, nak keluar dari mrsm”. Ayah tanya “Kenapa?” Dan masa tu aku ingat lagi air-mata aku laju mengalir macam air terjun. Nasib baik kat public phone tu takde orang lain so aku tak la malu sangat. Dengar suara ayah, hening suara dia, terus aku tak jadi nak tekadkan diri buat keputusan tu. Sebab aku teringat balik betapa ayah dah susah payah hantar aku ke sini dengan harapan menggunung dan aku akan kecewakan dia kalau buat keputusan ni. Aku tak ingat aku jawab apa. Rasanya aku jawab “Takde apa la, saje je tanya2” 😂😂😂 Masa tu aku dah tekadkan diri apa nak jadi pun jadi lah, biarlah aku mati kat mrsm ni daripada keluar ahhahaha. Over kan! So aku buat keputusan x jadi keluar. Padahal last2 itulah keputusan yang membawa perubahan positive dalam diri aku. Aku lalui zaman persekolahan dengan gembira dan bahagia di situ. Mula2 je first 3 month sengsara sikit hahah. Rupanya apa yang kita tak suka tak semestinya tak baik buat kita. Apa yang kita nak tak semestinya terbaik buat kita. Allah lebih Mengetahui. Lepas aku dah besar dan mendalami maksud cinta, aku teringat balik kisah ni dan baru aku boleh kaitkan. Rupanya inilah cinta, aku memang sayang mak ayah aku dan aku dah buktikan dengan pengorbanan tersebut, aku fikir perasaan diorang lebih daripada perasaan aku sendiri 😂


Then okay sambung balik kisah perbualan aku dgn kawan aku tadi, dia kata ingat orang yang bercinta tu tak bertanggungjawab ke. Aku cakap kalau dia tak bertanggungjawab pun tak jadi apa pun. Dia kata tak jadi apa cmne. Aku cakap takde effect or buat orang rasa worth pun. Contoh, kalau bf-gf cinta nak mati pastu salah seorang lari ke, xde apa2 yang worth pun yang tinggal. Kalau kawen, salah-seorang lari, yang lelaki boleh pergi mahkamah tuntut perintah isteri kembali taat or eitherwise kenekan nusyuz terhadap isteri. Yang perempuan pulak kalau laki lari, boleh tuntut fasakh. Benda2 mcm ni walau negative tapi jika ditinggalkan masih nampak worth dan boleh naikkan self-esteem coz it’s involve all the legal action & be officialized.  Begitu tinggi nilai perkahwinan kan. Dan disebabkan itu jugak, married person patut pertahankan marriage tu la tak la senang2 nak cari jalan keluar cerai ke apa sebab impact dia begitu besar. Kalau belum kawen, kene tinggal, nangis di bucu katil je la 😂 Dan itu jugaklah yang aku maksudkan, tak perlu nak cinta sangat pun sebelum kawen otherwise, ko nangis di bucu katil macam nak mati pun tak jadi apa. Kalau jadi ke gerbang perkahwinan tu alhamdulillah la. 

Then dia ckp kalau sebelum kawen effort tu semua dikira sebab cinta la kalau tak kenapa letak effort. Aku cakap maybe itu dikatakan suka, belum betul2 cinta pun. Aku takde la cakap suka itu salah, malah aku rasa ianya bagus sebab boleh la bawa ke gerbang perkahwinan sebab kalau tak suka sesetengah orang susah pun nak proceed untuk kawin.  Dia kata bab tinggalkan orang tu mmg la takde legal action tu semua, tapi tu atas sympathy dan empathy x boleh suka2 buat orang mcm tu. Tu aku cakap, bukan semua orang ada that sympathy dan empathy. Yang dah kawen pun boleh takde sympathy empathy sampai yang perempuan bertahun-tahun turun naik mahkamah untuk tuntut cerai, apa lagi yang belum kawen kan.

Then ayat last aku utk tamatkan session perbincangan 

Me: Hahah tatau la. Susah aku nak percaya cinta sebelum kawen ni 😜
Her: Just because u never been in one 😁
Me: Maybe 😁


Hari Emo


Tak sangka aku boleh nangis bercucuran air mata tengok video bawah ni 😭😭😭





Dengan music mendayu-dayu, tambah dengan lirik yg amat bermakna, pakej lak dengan animasi lakonan yang menyentuh hati ni 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Dah la aku baru lepas baca statement Ebit Liew bawah ni haaa 😭😭😭😭😭😭😭



‘Kasih sayang itu buat seorang lelaki berani, kuat bekerja cari ilmu buat isteri dan anak-anak. Isilah hati dengan cinta dan kasih sayang. Itulah kekuatan dalam perjuangan hidup ini.”

Tambah dengan ayat ni, buat aku bercucuran air mata tadi dengar lagu Maher Zain 😭

Aku sentiasa amaze dengan kuasa cinta dan kasih sayang yang ada dalam setiap diri lelaki yang dah berkahwin. Hence why aku suka tengok sebuah keluarga yang bahagia dan sarat dengan kasih-sayang (yang pukul bini, abusive, curang/berzina dgn orang lain terkecuali eh). Macam dalam statement tu la. Dengan kasih-sayang lah mereka menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap tanggungannya and hence why i highlighted ‘married man’. Yang belum berkahwin tak perlu nak cinta2 sangat lah, kawen dulu tengok 😂

Dengan cinta dan kasih-sayang lah melahirkan tanggungjawab seterusnya sanggup menempuh onak-duri dan badai. Sanggup. Kagum kan? 

p/s: Sambil berangan ada lelaki yang nyanyi lagu ni untuk aku. 

Love of Music


Dulu aku pernah cakap, lagu2 best kat Malaysia ni banyak yang best2 music nya tapi lirik semua berkaitan pasal frust/putus cinta saja. Lagu2 positive ada tapi tak banyak... Boleh kata rare la susah nak jumpa. Aku perasan lagu Siti Nurhaliza sejak2 dia kawen dengan Dato’ K semua lagu dia dah berunsurkan postive dah takde pasal frust/putus cinta. Postive tu contoh nya harapan dia ke arah perkahwinan yang bahagia, dia terjemahkan dalam lirik2 lagu dia. 

So aku mengharapkan banyak lagi lirik2 positive yang akan muncul dalam lagu tapi malangnya tak hahaha. Redha la nak janji telinga layan. Tak pasal2 bila aku tgh obsess dgn lagu tu, kene cop frust 🤣 Heyy aku kalau suka lagu sebab music okay bukan lirik. Sebab tu aku boleh suka lagu Korea walaupun tak faham maksud, hanya dengan music aku boleh obsess kot 😂




Lost Hope in Love





I always wonder how two person who seems deeply in love with each other can lost their way and go in separate way? Like in love gila2 kot mcm maut memisahkan tiba2 eh eh dah tak bersama.

I always believe any problem in marriage can be solve as long as 2 people work on it. 2 orang yang mahu memulihkan keadaan, 2 orang yang berusaha utk buat apa saja untuk selamatkan marriage. Unless one of the person dah hilang hati & stop all the effort la kot? Or maybe one of it dah buat kesalahan yang menghilangkan trust di pihak satu lagi. Or maybe dah beralih arah. Ataupun abusive marriage?

Sad. To see all the broken marriage. Esp kalau start2 pun with deeply in love with each other kan.