Pages

Syndrome


“Kenapa duduk gelap2 ni? Hmm? Buat apa kat sini hmm?”
“Ayah kata apa tadi? Degil ni, tak nak dengar cakap ayah eh”
“Haip turun2! Ayah rotan kang”
“Nak apa? Nak makan eh? Hmm?”
“Makan la. Ayah bagi makan, tak nak makan”
"Kau dah makan kan. Ayah dah bagi makan tadi, kenapa kacau orang makan lagi?


Teka dengan sape ayah aku cakap ayat2 ni? KUCING! HAHAHA. Ayah siapakah yang comel bercakap dengan kucing macam bercakap dengan anak sendiri ni? Hihihi..


Ayah aku treat kucing macam anak2 dia, so bercakap dengan kucing dan membahasakan diri “Ayah” dengan kucing adalah perkara biasa.


Act sindrom bercakap dengan kucing ni di start oleh aku. LOL. Aku ingat lagi back then, sejarah kucing mula bertapak kat rumah ni. Tyme tu rumah kitorang selalu akan ada baby masuk. Sebab aku+fiza+nana suka@obsess dengan baby maka selalu la ‘menculik’ anak jiran sekejap bawak masuk rumah then main2 pastu hantar balik. Kadang2 maknya sendiri panggil anak dia kat rumah sebab kitorang main lama sangat. LOL. Pastu dari sorang ke sorang baby bertukar, last2 tetiba 3-3 jiran aku yang ada baby ni pindah tempat lain.Masa tu frust je takde baby nak buat main2 dah. Pastu tak lama tu tetiba je ada kucing beranak bawah kat depan rumah. Bila kucing tu dah besar2 sikit aku macam treat kucing ni ala2 baby gitu (baby dah takde maka kucing ni kira pengganti la. Faham?). Aku la yang start bercakap (sorang2.LOL) dengan kucing, cakap pun style2 ala2 manja.

“Teman tatak ibom nak?” (teman kakak tidur nak?) gitulah lebih kurang.

Ingat lagi tyme tu , masa fiza first tyme dengar tu, dia cakap “Eiiii gediknya”. Hahaha dia rasa weird (atau dia rasa mental apakah aku ni?muahhaha). Pedulikk. Gedik2 pun dengan kucing bukan dengan lelaki ok? miahaha. Pastu2 tetiba je tak lama pastu aku dengar dia pun ikut style aku. Bercakap dengan kucing style manja2 gak. Of course aku ingat apa2 or sape2 yang pernah mengutuk aku dulu. HAHAHA. Terus aku pulangkan buah paku keras “Ari tu cakap aku gedik la apa la last2 ko pun ikut jugak.haha”. Dan yang peliknya dengan adik aku si nana dengan ayah aku sekali ikut bercakap dengan kucing. LOL. Cuma bezanya ayah aku cakap style biasa la sebab memang style camtu pun ayah aku cakap dengan baby. Aku fiza dengan nana je yang guna style manja bila cakap dengan baby. So aplikasikan dengan kucing.

Dalam family aku, mak aku je tak minat kucing. Tak minat tu bukan bermakna benci ok. Tapi takde la nak main2 ke atau takde la nak kata "Tengok tu diorang bergusti tu, comel je".hahah. Bercirikan ignorance sikit lah kot. Disebabkan ayah aku minat giler kucing so mak aku redha je kucing2 kat rumah aku ni.hahah. Aku rasa la kalau ayah aku jenis yang tak minat kucing sure kucing tak dibenarkan bela kat rumah aku ni. Sebab tu la kalau mak aku menunjukkan ciri2 mengambil berat hal kucing seperti "Kucing ni dah bagi makan ke belum?" mesti aku perli mak aku "Aiii mak, kata tak minat kucing, amik berat nampakkkkk" sambil sengih2. hahaha

Ada tak lelaki yang naturally suka SEMUA jenis golongan kucing macam ayah aku ni? Sebab ada lelaki yang aku kenal cenderung dengan kucing yang comel2 je like kucing kacukan, parsi, bermuka sedia comel, etc etc. Kucing yang biasa2 atau yang berwajah tak comel mereka tak berapa sangat. Ayah aku semua jenis golongan kucing dia suka/layan ok. Tak kisah la kucing tu tempang ke (ye, ada seekor kucing tempang yang dah bertapak lebih kurang 5-8 tahun kat rumah aku ni), ataupun kucing yang hitam melegam macam rentung ke atau kucing yang berwajah cengkung ke atau kucing2 yang biasa semua pun dia sayang (boleh nampak dari segi cara dia layan). Apa yang aku perasan, kucing2 yang biasa2 ni mesti ayah aku cari keistimewaan kucing ni yang boleh diingati sampai bila2 sampai la kucing tu mati atau takde lagi. Sebagai contoh, kucing aku yang tempang ni dia special dari segi suara dia yang bila dia mengiau tapi suara dia comel macam nak tak nak je keluar suara. Macam suara serak2 basah. ???. Erghh apa lah susah nak explain kat sini takyah explain lah nadia. haha. Bila dia cakap2 dengan kucing tu mesti ayah aku panggil aku or sape2 yang berdekatan suruh dengar suara kucing tu "Nadia2! Cuba dengar suara tempang ni. Comel je suara dia. Suara macam nak keluar tapi tak terkeluar". Ayah aku siap buat demo suara kucing tu kat aku dan2 tu ok.. Semua sila imagine. HAHAHA. Betul la kan, kalau kita sayang sesuatu tu, mesti kita akan cari keistimewaan atau keunikan dia walaupun dia tiada apa2 keistimewaan pun di mata orang lain . Yang pasti hanya kita je tahu keistimewaannya =)




Ini bukan kucing ye ini namanya nganjing. Hahhaha. Comel owh. Dua beradik ni sangat obsess dengan ‘Choco’ ni even pernah letak gambar choco ni sebagai pic profile kat twitter. Envy ar kat diorang. Beza 3 tahun kot tapi muka dah la nak dekat sama dan suara plak OMG boleh tak aku kata 99% sama?? I can’t differentiate them. Mati2 aku ingat suara yang kat intro ni suara HJB@si abang. Rupanya suara adik. Ala, even mak diorang sendiri pun susah nak bezakan suara diorang sampai kene tengok muka baru tahu suara siapa, so what can u expect? hahah

p/s: Aku rasa aku nak rakam je moment ayah aku bercakap dengan kucing ni. Digi-video please? Hamboi nadia banyak nya wish ko!

Bisakah?




This is the only Siti's song that can make me so warm.... really gud combination, lyric, vocal, melody. Lagu2 siti ni (atau semua lagu??) aku jarang look over the lyrics. Maksudnya aku tak terlalu mendalam ke arah lirik lagu lahh. Biaq pi la lirik macam mana pun janji melody best. Tapi untuk lagu ni, sebaik sahaja aku tengok MV ni, terus otak aku memproses lirik ni dan mencari maksud di sebalik lagu. Yeah, soo touching bila di-combinekan.


Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu


And personally aku rasa this is one of her best clip MV.

p/s: Korang tahu kan yang aku suka SEMUA lagu siti?

Unknown

Susahnya situasi dimana kita menjaga perasaan orang lain lebih dari diri sendiri.Meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Membuatkan orang lain gembira,tersenyum tapi hati sendiri sakit, kecewa, menangis.Secara senyap dan terlindung.

Lagi sakit bila rasa itu tak dapat diluahkan kepada siapa2. Takde sape yang tahu. Bimbang dikatakan berfikiran begitu dan begini.