Pages

Isu adik-beradik

Nana: Kenapa mata ko merah angah?
Aku: Yeke? *tengok cermin* Biasa jek.
Nana: *buat action menjauhkan diri +muka pelik sambil berlalu keluar dari bilik*
Aku: Nana! Jangan tinggalkan aku nana. Aku masih angah kau, bukan 'orang lain'. Jangan tinggalkan aku nana... *tetiba buat drama swasta seram tv3*
Nana: Gila!!! *menjerit dari luar bilik*
Aku: *sengih2 sensorang*

Boring eh jadi 'anak tunggal' ni. Takde adik-beradik yang boleh dibuat main. Bila gaduh, memang dasyatttttt, rasa macam: kenapa la aku ada adik-beradik macam ni kan. Wakakaka. Tapi bila time baik tu memang tak boleh blah kalau bawak bergurau/main2.

Dulu aku selalu tertanya-tanya tau. Kalau orang2 yang 'in a relationship' ni gaduh2 tapi apasal boleh dan senangggg je baik balik eh? Wakakaka. Almaklum la tak pernah be in a relationship kan so macam tak faham. Rasa macam nak bertanya kawan2 yang dah in a relationship tu tapi i malu sebab rasa patutkah soalan ni ditanya? kekekek.

So bila pikir2 balik, ala2 macam hubungan adik-beradik lah kot kan? Gaduh baik gaduh baik. Bila takde, rasa kehilangan. Bila ada, gaduh baik gaduh baik gitulah ceritanya.

Ayah selalu cakap, yang dia selalu rasa kelakar bila aku ada bersama nana. Ayah kata ada satu habit pelik spontan aku ni (bila nana ada) selalu buat dia gelak terkekeh-kekeh bila tengok . Ayah kata macam budak2 perangai aku yang satu tu. Pasal apa&perangai yg mana biarlah menjadi rahsia kami satu keluarga (ko jangan memandai nak btahu ek nana.hahaha). Ayah aku memang, benda yang memalukan aku la yang dia suka gelakkan. Tapi aku rasa perkara2 ni la yang akan kekal diingati. Unik la kononnya. Dengan nana je aku gitu, tidak dengan fiza, mak, ayah mahupun orang lain. Sekurang-kurangnya bila aku dah takde dekat dengan diorang, ada la benda (pelik) yang kekal dalam ingatan diorang ye dak? Bak kata ayah "Bila ada nana je mesti nadia dotdotdotdotdot" *gelak terkekeh-kekeh sambil dibalas dengan renungan tajam aku.hahaha* Aku mula2 tak perasan tau habit aku tu tapi bila ayah aku tegur baru aku perasan. Ish maluuu tapi nak buat camne, ianya spontan. Bila dah perasan tu mulalah aku tergelak jugak bila ayah tahu taktik/habit aku tu. Kantoi lah kot? Hahaha. Ayah memang bijak ;P

Masa lepas fiza kawen tu kan, aku dengan nana ada lah bincang2 pasal masa depan kami. Ececehhhh ;P. Nana kata bila aku dah kawen nanti (huehuehue.Motif gelak gitu??? ;P ) dah ada rumah sendiri, dia kata nak duduk sekali dengan aku. Aku pun cakap la (gurau ok!) "Eh, tak boleh! Nanti ko ngorat laki aku kang". "Eh tak koserrrr nak ngorat laki ko okkkk" sepantas kilat nana jawab pastu meledak ketawa kitorang. Pastu aku cakap ngan dia, nanti boleh la dia tengok-tengokkan @ baby sitter anak aku ke. Ngehehehe. Amboiiii panjang eh angan2 aku ni kan. Takpe, berangan adalah freeeee.


p/s: tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya. Aku main hentam je.

Romantic scene

Bila 2 orang yang suka sama suka, duduk berdua. TAK BERCAKAP LANGSUNG. Hanya pandang antara satu sama lain. Mungkin berlangsung dalam masa 10 minit, 20 minit 30 minit atau berjam-jam. Macam dalam gambar di bawah


kalau tak silap, diorang saling pandang sampai la mereka tertidur.

Oh aku rasa sweet. Nampak aneh tapi sweet. Citer korea ni kan pandai betul mencipta situasi2 yang aneh dan pelik tapi sweet. Mari belajar jadi romantik melalui citer korea. Muahahah ;P

Kadang2, pandangan sahaja dah beri bermacam-macam makna. Tak perlu bercakap. Kan?



Serta-merta aku teringat ada satu kata2 ni. Kalau ada sorang tu betul2 bermakna buat anda, anda duduk dekat dengan dia selama 10 minit tanpa apa2 perbualan pun, anda akan rasakan saat itu adalah saat yang manis dan rasa macam dah berbual-bual lama.


p/s: Mood lepas tengok citer korea memang cenggini. Sila maafkan diriku ;P

Lelaki akan nampak menarik bila... [1]







1) Senyum nampak gigi (seikhlas hati ok)

Senyum. Kalau senyum nampak gigi lagi dabel triple bagus. Secara jujurnya aku suka dengan orang yang suka senyum. Nampak ceria je mukanya. Secara tak langsung orang yang memandang pun turut rasa tempias ceria. Cuba kalau tengok muka masam 24 jam berkerut-kerut, dengan kita2 pun rasa macam tak bersemangat kan. Tapi kalau dengan orang yang jenis suka buat muka masam ni pun aku bantai je senyum biarlah dia tak senyum pun. Saje je nak suruh diorang pun senyum jugak. Sure diorang ingat aku tak bape betul sebab dia tengah buat muka masam, yang aku pulak tersengih-sengih dengan dia (ni kawan perempuan la, lelaki belum ada yang cukup rapat yang membolehkan aku buat perangai gini.haha).


Guys, if u wanna attract girl that u set ur eyes on, u don’t need to buat bunyi2 tikus (paham2 aje lah bunyinya macam mana yek) or panggil2 bising2 kecoh bagai ni. Just keep watching her and when her eyes suddenly notice u, u just SMILE ok! Aku rasa 90% perhatian girl tu akan terarah kepada anda =D Wahhh ini dah kira taktik mengorat dah ni.kihkihkih

2)Fokus dengan kerja

Dia seolah-olah tak menghiraukan benda lain sebab terlalu focus dengan kerja yang sedang dibuatnya. Contoh mata menghadap computer tak beralih, ataupun arkitek yang sedang sibuk menyiapkan lukisan atas kertas, ataupun pelukis yang sedang melukis atas kanvas. Pendek kata apa2 kerja yang dia buat di mana memerlukan focus yang tinggi la. Rasa macam tertarik nak tengok lama2. hahaha. Aku selalu terfikir kalau kawen kan, bila husband bawak balik kerja kat rumah (malam) time dia busy buat kerja tu, aku nak sediakan minuman panas untuknya pastu duduk sebelah/depan dia pastu nak ushaaaaaa je dia buat kerja tak berkelip sampai la aku tertidur(eceh ingat burung hantu ke tak berkelip mata sampai berjam2? kihkihkih). Amacam, sweet tak? *muahaahha* berangan kau nadia. ‘Calon ada dah ke?’~ ni ayat feveret mak aku bila aku cerita pasal kehidupan kawen2. Apasal, kalau takde bf takleh nak berangan keeeee?

Susah aku nak jumpa gambar yg aku nak cari dalam google. Gambar tahpape yang keluar. Selalu yang aku citer dalam point ni yang aku selalu nampak dalam tibi je. Tapi aku belek2 entri lama terjumpa gambar ni. Lebih kurang la ni. Tyme ni dia tengah fikir pasal heroin. Pikir pasal pompuan. 'Kerja' la jugak tu. Yang penting FOKUS itu ada.kehkehkeh.

3) Berkeyakinan bila bercakap time presentation

Aku rasa orang yang berkeyakinan ni ada style. Especially kalau cakap fluent English tapi tak beria pun slang. Lagi la aku suka tengok. Ada beza tau berkeyakinan dengan poyo. Berkeyakinan tu dia cakap dengan penuh yakin dan ada isi dalam percakapannya. Paling utama tak loyar buruk. Bila presentation yang berbentuk ilmiah kalau loyar buruk ni aku rasa tak berapa professional. Lainlah kalau ceramah kan. Poyo ni macam orang yang nampak berkeyakinan giler tapi macam takde isi dalam percakapannya (time presentation yang berbentuk ilmiah). Err…korang takkan faham kalau korang tak pernah jumpa orang macam ni.hhahaha

Sebenarnya ada lagi. Tapi takda idea/mood nak sambung. Kalau aku simpan entri ni sampai semua idea keluar baru nak post, alamat berminggu-minggu la entri aku tersimpan dalam draft jadi perkasam. Ada mood nanti aku sambung.hehehee

p/s: Rasa nak tukar signature gambar bawah ni. hehehehe