Pages

Serba tak kena


Photo: Flickr



Hati macam berkecamuk sikit. Resah dan gelisah.Serba tak kena.


Tadi baru je perform test 2 for Petrokimia subject. Bad. Itu yang mampu aku katakan. Soalan agak okay tapi aku macam tak reti jawab. Mana taknya, bab yang masuk ni memang banyak giler benda yang nak dihafal. So, keje aku men-short cut mana yang patut la. Explanation panjang2 dalam nota, aku pendekkan. Sudahnya, nota yang telah dishortkan olehku dan telah dihafal secara short-cut tiba-tiba keluar soalan secara looonnnnngggg cut. Apa neh? (Tengok, ayat dalam blog pun dah tunggang terbalik sebab tension punya pasal)



Err..maksudnya, markah untuk explanation tu memang banyak iaitu 12 markah. Aku bajet2, setiap explanation markah dia macam 4-6 markah, so, aku p short cut lah nota aku supaya agak2 boleh dapat 6 markah. Sekali keluar, nak 10-12 markah. Heee! Geram! Pulak tu, benda yang aku hafal giler2 punya hafal takda keluar pun. Benda yang aku spot keluar sekali tak keluar. Yang complicated2 tu aku pandang sebelah mata jek. Of course lah aku hafal yang senang punya sebab lecturer ni jenis yang bagi soalan senang pun selama ni (sebab subjek sem lepas yang dia ajar jugak, soalan test dia senang so ramai score). Dia kata sebab sem lepas ramai yang score subjek dia, so dia tak nak bagi ‘hint’ langsung untuk test kali ni. Dia nak tahu our real performance.



Bagi aku, kalau benda yang terlalu banyak untuk dihafal (segala mak nenek proses pun ada. Dah la setiap proses tu explanation panjang lebar), pemberian ‘hint’ agak penting sebab kita hanya baca benda yang perlu sahaja so kita akan lebih focus.



Subjek petrokimia yang ada berlambak-lambak proses ni, aku prefer teka2 proses yang mana keluar exam. Lepas tu aku akan focus on that. Aku tak suka hafal banyak2 ni. Buktinya, test I (untuk subjek ni. Untuk part ni Dr. T yang ajar), Dr T tu bagi hint dan AKU MEMANG HAFAL SEMUA HINT yang dia kasi tu. Benda yang dia tak sebut memang aku tak pandang langsung. Last2, memang yang dia sebut tu pun je yang keluar dalam test tu, lain takda. So, result aku pun ok la. Hishhh…Rasa rugi betul markah test 1 tu kalau result test 2 kali ni tak ok. Nampaknya, aku kene struggle for final. SERIUS KENE STRUGGLE, NO MORE MAIN-MAIN. INSAF LA SIKIT HAIYYYOOOHHH!




Tertekannya aku..Apasal la subjek yang tak memerlukan penghafalan tak wujud.
Setiap pemahaman tak akan wujud tanpa penghafalan melainkan melalui pengalaman.



Sedihnya...Feel like to cry.Speechless. Mungkin sebab aku terlalu berharap test ni akan okay becoz I wanna score in this subject before. Mungkin sebab tarikh test agak dekat dengan exam subjek Solid State menyumbang kepada bad performance aku untuk test subjek ni.

Anggap sahaja entri melepas perasaan.

Berbaloi ke?








Detail: For my college's dinner pada ahad malam . 4 hari je lagi (Cehhh, buat countdown lak)





Yang pasti, penampilanku nanti TAKKAN membuatkan mata orang terbeliak ke apa ke. TAKKAN buat orang terkejut beruk. TAKKAN buat orang rasa pelik dengan aku. TAKKAN berbeza dengan aku yang sebelum2 ni. TAKKAN …TAKKAN….Okay, ayat panjang2 di atas membawa maksud yang mudah dan simple. Pakaian atau penampilanku TAKLAH menepati tema sangat iaitu ‘GLAMOROUS TAPI SOPAN’. Tak glemer pun. Biasa2 je. Takde la kalau orang tengok, orang akan kata “Wah!” ke apa ke. Selendang hitam yang besar gedabak ni pun, dengan gigihnya aku jahit pakai tangan sendiri supaya tak kelihatan semak dan menghodohkan penampilanku (nadia menjahit? Fuuuyyyyooo, macam tak caya jek).




Meh sini nadia nak kongsi satu rahsia. Mula-mula memang berhajat nak buat dress ke, gown ke (upah orang jahit. Ala, kata glemer kan), tapi bila aku fikir sedalam-dalamnya, di hati yang paling dalam (eceh!) rasa macam membazir la pulak. Dah lah harga mahal nak m**pus! (Tak lebih RM200 tak sah. Err..Kalau beratus tu kira mahal gak la kan) Tak multi-used plak tu. Maksudnya, pakaian tu hanya boleh dipakai sekali tu sahaja.Event lain takda. Kalau ada pun mungkin 10 tahun lagi yang mungkin design gown sekarang sudah out-to-date. Ataupun mungkin masa itu warna dress sudah pudar. Kang aku pakai masa raya kat kampong, mau melopong orang kampong tengok! Kahkahkah….





Ini berbeza dengan kurung moden or kebaya yang boleh diguna di lain waktu seperti majlis kahwin ke, kenduri kesyukuran ke dalam masa yang terdekat. Dress @ gown???? Lain la kalau aku ada bf ke, boleh la kot nak ber-candle-light pakai dress. miahahahah




Aku rasa kan, sewa baju semata-mata untuk dinner kolej macam tak berbaloi pulak (dengan statusku sebagai pelajar sekarang). Macam membazir. Aku macam pernah dengar (tak tahu kat mana.Kat tenet kot), ada orang sewa baju untuk dinner. Sepanjang pengetahuanku, sewa baju tu around RM200 dan ke atas. Selalunya baju yang ala-ala cam pengantin sikit. Untuk pakai sehari for event dinner tu macam rugi je pulak. Lebih baik beli kain baju yang cantik2 kat Jakel tu, pastu upah orang jahit buat kebaya or kurung moden ke.. Rasanya tak la sampai RM 200. Lepas tu yang bestnya, baju tu jadi hak milik kita. Compare dengan sewa, kene pulangkan baju tu balik pulak . Aiseh.. Kalau event kita sendiri kawen@nikah takpe la kot sewa baju sebab hari tu adalah hari bersejarah kita. Must be perfect dan cantik. Pakai dress pun should be okay. hoho (tu tandanya, aku kawen nanti nak buat dress la..hahaha)






Ada tu aku dengar beli baju dinner sampai RM400 . Mungkin ada sesetengah orang yang tak kisah berbelanja sampai RM400-500 untuk kelihatan ‘berbeza’ pada majlis dinner mereka. Bak kata orang, melaram sakan sekali sekala kan. Its okay. Masing2 ada pendapat yang tersendiri ;)




Oh ye, budget baju dinner aku tu tak mahal pun. Kurung moden je pun. Yang pasti berbaloi. Takde la sampai beratus. Sesuai dengan tema ciptaan aku sendiri “Tak glemer dan quite simple tapi sweet" (Ewahhhh!) Kakakakakkaka.. Giler r..Buat pertama kalinya memperah santan secara direct dalam blog sendiri (tutup muka dengan tangan sket).hahah



Oklah, gurau je. Yang pasti aku nak bergambar sakan. Ah! Tak kira! Kamera! Tunggu aku! Yuuhuuuuu!!!!

Kerisauan....



Minggu lepas , ramai budak-budak coursemate yang bising-bising pasal further study. Semuanya bermula sejak Post-Graduate fair ari tu. Waktu pesta tu ada diberikan penerangan tentang nak apply master atau dengan kata lainnya fakulti promote la suruh apply master kat UPM jugak..Ramai yang tanya apply master tak? Nadia jawab TAK. Ada juga yang tanya, ada pergi Post-Graduate Fair ari tu tak? Nadia jawab TAK.




Serius, kamu promote lah macam mana pun, kalau aku tak nak tu memang tak nak lah. Walaupun disogok dengan yuran pendaftaran FREE untuk apply master tu (selalunya kene bayar RM60) , Nadia takda heran punya. Sebab? Saya tak terniat pun nak sambung master dalam masa terdekat ni. Serius taknak. Baru-baru ni kerajaan bagi RM10 000 untuk pelajar sambung master. Reaksi aku ? Sikit pun tak heran..hahaha..Kan aku dah cakap, hati aku yang keras ni tak boleh diperkotak-katikkan. Eceh! Konon!
Sebenarnya bukan suka-suka je taknak buat master dan hidup terumbang-ambing tanpa tujuan. Saya ada perancangan saya yang tersendiri. Yes, saya dah rancang awal giler , giler, giler! Siap ada Plan A dan B lagik (Plan B akan dilaksanakan kalau Plan A gagal). Err..perancangan itu..biarlah rahsia..hehe





Sekarang (minggu ni) semua orang busy daftar untuk seminar projek (pembentangan projek). Semua orang dok kalut..Aku pun tengah risau ni. AKU TAK DAFTAR LAGI PADAHAL TARIKH TUTUPNYA HARI NI. Projekku tak siap lagi. Haa..tak caya? Silalah percaya. Macam yang pernah aku katakan, kalau buat natural product chemistry ni, kalau kau bernasib baik, kau dapatlah banyak compound, kalau kau ni bernasib malang (macam aku), alamat memang tak dapat la compound tu.




photo from: Flickr

Hari tu aku macam dah jumpa satu compound ni. Lepas tu aku hantarlah pergi analyze untuk pengesahan. Yang aku risaukan, kalau compound yang aku jumpa tu tak tulen walaupun ianya berbentuk kristal cantik yang putih melepak (bak kata kak najihah, student PHD kat lab aku)..Err..serupa macam tak dapat compound jugak la kalau tak tulen(Minta2 la tulen..Amin!). Project under natural product chemistry ni berbeza dengan projek yang lain. Kalau yang lain biasanya mereka akan hasilkan produk kimia baru. Jadi ke tak jadi ke, still boleh pakai SEBAB ADA PRODUK. Kalau graf tu tak cantik (berdasarkan data, sebab ada error ke) still boleh pakai. Cuma nanti kene explain la kenapa graf tu macam tu. Natural product chemistry lain. Kalau pokok yang kita buat kajian tu jenis yang mengeluarkan banyak Kristal dan compound cepat, maka cepatlah dapat. Kalau lambat, lambat lah dapat. Huhu..





Apa la malang nasib aku nih! Dapat supervisor yang baik, projek pulak buat hal. Serius,supervisor aku memang baik. Sape2 yang pernah dengan nama dia akan kata “Owhh..Prof M ke..Dia baik. Dia ok”. Tengok muka first2 pun boleh tahu, look like ayah-ayah yang baik . SV aku tu kan, kalau berjaya dapat 3 compound je MEMANG CONFIRM AKAN DAPAT A UNTUK PROJEK TU. Present la macam mana sekalipun, A confirm la dalam tangan. Kalau dapat 1, biasanya dia akan bagi A-. Tapi bergantung kepada kerajinan jugak. Kalau rajin, dapat 1 pun dia akan bagi A-. Tapi aku agak rajin masuk lab. Hahaha! (Tak boleh blah betul statement ni!). Ye lah, kalau dah tiap-tiap hari masuk lab pukul 10 pagi, balik pukul 6-7 petang, kira rajin lah tu (Rajin tapi malang).Mana ada student undergraduate pecah rekod balik selambat itu selain aku dengan Sya..hahah.. :P Minta2 lah, compound aku tu tulen. Kalau sah tulen, confirm aku dah tak masuk lab dah pasni. A- pun A- la..




Masalahnya, untuk analysis NMR, ramai budak2 lain(yang dah hantar sample) komplen lambat. Ambil masa 2-3 bulan tu baru siap. Bayangkan kalau nak hantar sample minggu depan ke, minggu lagi satu ke…Hee..orang fakulti ni memang pemalas la. Haa…kan dah kene kutuk ngan aku dah..hahaha…Takde la, dengar2 cerita, yang buat analysis ni ialah seorang je.Cuba bayangkan beratus sample orang hantar, dia seorang je yang buat. Dengar cerita, dia ni sangat busy, selain handle analysis ni, dia buat kerja lain jugak. Orang suruh dia buat banyak kerja(kesian dia, orang buli dia. Mentang2 pandai, orang suruh buat banyak kerja itu ini), mana tak lambat siap analysis tu, tak boleh nak fokus. Dengar kata, pembantunya tak reti buat. Padahal dah ajar banyak kali dah. Heran aku, keje dah bertahun-tahun menghadap benda yang sama, takkan tak pandai-pandai lagi? (apa la punya pembantu! @#$%^&*!!!!)





Sekarang aku tengah tunggu result analysis dari GCMS.GCMS ni cepat sikit daripada NMR tu. 1 minggu da boleh siap. Hopes dapat minggu depan la (sebab sample ku dah diambil dan sedang menunggu masa untuk dianalisis). Kalau result GCMS ok, alamat HUUUREEEEYYYYY LA AKU. Dah dapat result nanti haruslah aku meluahkan rasa gembira kat blog. PERKARA BAIK MESTI DIHEBAHKAN. Tapi kalau result tu mendukacitakan,duhai blog ku, silalah mendengar luahan hati kisah nadia yang sedih tapi tak berapa nak sedih ni.



Oh ye, contoh compound yang saya maksudkan ialah papaverine (alkaloid), kaempferol, dan…. entah tak ingat dah.



p/s: Aku ada tanya Kak Najihah tentang macam mana status aku kalau projek aku ni tak sempat siap dalam masa yang diperuntukkan (means aku tak jumpa apa-apa compound). Eh, kalau tak siap means aku kene EXTEND SEM DAN TAK BOLEH GRAD PADA WAKTU YANG DITETAPKAN TAU. Haruuuuu okeh! Menangis tak berlagu aku nanti. Dan, jawapan kak Najihah melegakan aku sedikit sebanyak :) OK, chaiyok2!




Last but not least

1. Aku nak balik rumah ni. Nak tenangkan hati (Ececeh...ye ye je nadia nih)