Pages

Awan Nadia

Sah! Konpem!

Saat ni aku rasa aku sedang berterbangan di awan. Tuhan, berikan aku sayap. Supaya aku boleh terbang. Terbang…terbang…terbang… Jalan2 jumpa burung yang beterbangan. Jalan lagi jumpa kapal terbang. Di awan biru. Yeah!


What the fun! What the fuh fuh fuh! What the fewwwiitttttttt! What the…okay, semput dah


Aku rasa macam aku pernah ada tulis pasal benda ni kat entri dulu2. Siapa ingat lagi salah satu wishlist aku yang aku nak capai sebelum hujung bulan 12 tahun ni? Siapa ingat? Siapa ingat? Sila cakap ‘saya ingat’ tapi jangan cakap apa dia itu di tempat umum, kita2 je yang tahu ok?


Yang aku nak cakap adalah ½ daripada ayat wishlist itu akhirnya terlaksana jugakkkk!!!Ya Allah aku happy giler2 ni weyh. Dah 3 hari berturut-turut aku bernyanyi sakan. Mak aku pun macam pelik apasal aku macam happy sakan. Kejap2 senyum sorang, kejap2 sengih. Kejap2 tersipu-sipu malu macam ada orang meminang aku jek(kahkahkah). Bila nana tegur apa kena dengan aku, aku boleh cakap “Muah muah muah” kat dia (gaya gedik). Mak tanya kenapa dengan aku, aku boleh jawab kat mak “Nyiau nyiau nyiau” berulang-ulang kali serupa macam kucing betina gatal. Tu diaaaa. Kalaulah korang bersama aku sekarang, ada depan mata aku, konpem2 korang kata aku dah giler dan layak untuk masuk Tanjung Rambutan. KAHKAHKAH!!!!


Sebagai petunjuk happy, aku nak menyanyi kat blog ni sekarang. Mari menyanyi!

Laju, lajuuuu
Buaiku lajuuuuu
Pohon beringin, dahannya rendanggggg
La la la la la…..
La la la…. La la…..

Hoi nadiah! Itu lagu Bawang Putih Bawang Merah ok? Yang ko pergi nyanyi buat apa? Hahaha, aku tak tahu kenapa kalau happy perlu nyanyi lagu tu. Mungkin sebab ada “La la la la” tu kot. Sebab part tu aku boleh buat suara ala-ala saprono makin lama makin meninggi. Suara semakin saprono merupakan meter penunjuk kegembiraan. Teheee
Okay, lagu ni baru lah betul







i-reol jul ar-ass-eo neo-ui yae-gi
cheo-eum deud-neun sun-gan-bu-teo
si-keun-dung-han neo-ui-geu pyo-jeong
mal-tu-e-seo neu-kkim-I wa


i-mi ne ma-eum-e ja-ri jam-eun
ddo da-reun geu-nyeol chaj-ass-eo
deo i-sang al-go-neun sip-jin ahn-a
geu-nya jo-yo-hi neol ij-eo-jul-ge

Oh! happy happy day
Oh! happy happy smile

na-do da-reun sa-ram man-na-do
ji-geum-bo-da deo haeng-bok-hal-ji-do mol-ra


ga-seum-I dam-dam-hae-ji-go hwa-ga na-go nun-mul-I na
nae-ga mwol jal-mos-haess-neun-ji-do jeong-mal mo-reu-gess-eo
a-ju tae-yeo-seu-reom-ge naeng-jeong-han cheok ha-go ddo ha-ji-man
nae mam-eun i-mi ji-ok-e ddeol-eo-jin neu-kkim-i-ya

Oh! happy happy day
Oh! happy happy crazy tonight

o-neul bam da-reun sa-ram man-na-myeon
neo-reul geu-nyang ji-ul geo-ya

eo-ddeon neu-kkim-in-ji al-ass-eo
da-reun sa-ram man-na-neun neu-kkim
sae-ro-un sa-rang man-na-myeon
neo-bo-da deo jal-hae-jul-rae

neo-reul ij-gin him-deul-gess-ji-man
si-gan-I hae-gyeol-hae jul geo-ya
eo-di-seo deul-eun ae-gi-cheo-reom
jong-eun gyeong-heom-i-ra-go mid-eul-rae

Oh! happy happy day
Oh! happy happy smile
na-do da-reun sa-ram man-na-do
ji-geum-bo-da deo haeng-bok-hal-ji-do mol-ra

ga-seum-I dam-dam-hae-ji-go hwa-ga na-go nun-mul-I na
nae-ga mwol jal-mos-haess-neun-ji-do jeong-mal mo-reu-gess-eo
a-ju tae-yeo-seu-reom-ge naeng-jeong-han cheok ha-go ddo ha-ji-man
nae mam-eun i-mi ji-ok-e ddeol-eo-jin neu-kkim-i-ya

Oh! happy happy day
Oh! happy happy crazy tonight

o-neul bam da-reun sa-ram man-na-myeon
neo-reul geu-nyang ji-ul geo-ya

Oh! happy happy day
Oh! happy happy crazy tonight

mo-deun geol da ij-I beo-ril geo-ya
neo-reul ji-wo beo-ril geo-ya –


Bila aku dengar lagu ni je mesti rasa happy membuak-buak. Ni aku bagi lirik lagu ni sambil2 aku promote cerita korea yang super funny bertajuk My Girl ni. Sape tak tengok lagi cepat tengok sekarang atau anda akan menyesal suatu hari nanti sebab menyedari keterlambatan anda menonton cerita ini. Hahaha. Kalaulah ada anugerah drama korea paling kelakar memang aku dah bagi kat cerita My Girl ni haaa…Eh, Philipino version pun ada okay. Nampak sangat cerita ni best sampai negara lain sibuk nak tiru2 cerita ni. Apa kes nak tiru2? Tak jadi okay?


Masa heroin cerita My Girl (Lee Da Hae) berlakon drama korea Sweet 18 ni memang aku tak suka betul dengan watak dia ni. Menyampah pun ada (maklum la, second heroin kan).Dan bila tengok dia berlakon dalam My Girl , aku macam shock jugak sebab tak sangka dia boleh bawa watak funny macam tu. Okay tak pasal2 aku boleh terpromote cerita My Girl pulak kat sini. Happy punya pasal la ni.


Okay, dah, aku nak melayan mood happy ni sampai lebam

Nana: Angah, we’re going to crazy Angah
Aku: That’s right nana!


Aku: La la la la la...la la..la... la la....(nada lagu bawang putih bawang merah)
Mak: Amboi, sampai menyanyi-nyanyi
Nana: Itu wishlist dia sebelum hujung tahun bulan 12 ni mak. Sebab tu dia happy
Mak: Oh yeke…Patut la happy semacam. Suka la tu..
Aku: Eh, mestilah suka. Nyiau nyiau nyiau *tu dia, nada gedik dah keluar. Sebelum aku menggedik lebih2 kat blog aku yang suci-murni ni (eceh, konon), baik aku blah dulu.Anyungighaseyo!!*

Selesai!

Okay, aku telah berjaya lakukan. Serius rasa nak bertepuk tangan terhadap diri sendiri. Aku sendiri tak tahu dari mana kekuatan aku untuk aku lakukan. Ayah aku sendiri pelik apasal aku tetiba berani sampai macam tu. Mungkin sebab aku rasa aku nak dapat hak aku balik. Susahnya nak memilih ayat untuk bercakap dan menyatakan rasa tak puas hati dalam keadaan paling baik. Semuanya yang terbuku dalam hati aku dah lepaskan KESEMUANYA. Aku complaint tapi aku suarakan supaya ia taklah nampak macam complaint tapi sebenarnya complaint(Hahah tak faham takpe). Dengan manager aku sendiri pulak tu. Nasib baik dia takde melenting ke apa.

Tak lama pastu baru meeting dibuat dan dia jelaskan segalanya. Jelas. Dan aku lega sedikit sebanyak. At least keputusan telah dibuat. Habis meeting aku bisik kat Kak N. "Kak, tengok, nadia cakap baru jalan. Kalau tak, sampai hujung tahun depan la macam ni jugak"

Pencarian 'Gerhana'

Setengah jam aku pusing2, tak jumpa yang nak dicari. Biar betul! Punya besar macam ni takkan takde?


Tanya pekerja kat situ dia kata habis stok. Tanya dia bila stok baru sampai, dia cakap tak tahu. So, kalau aku datang sekali lagi habis jugak macam mana? Aku tanya bila sampai stok baru “Dah habis stok dah. Ramai orang cari jugak buku tu”.---aish, bosan aku dengar statement tu. Kalau tak ramai orang cari takkan habis stok lah bukan? Tak menjawab soalan dia ni.I ni tak boleh jadi ni. Aku pergi kat counter customer service. Jumpa dengan Manager kat situ.


Aku: Encik (dia lelaki). Serius ke novel Eclipse ni dah habis stok?
Encik: Kejap ea saya cek….

Dia bawa satu kat tangan dia. Nak wat rujukan kot. Pastu aku nampak dia ada telefon2.

Encik: Kat sini memang dah habis dah. Semua store satu Malaysia dah kehabisan stok dah(Biar betul?!) . Tapi kalau kalau ada lagi kat store simpanan mungkin kita boleh bawa keluar tapi rasanya kat store simpanan pun dah nak habis jugak. So kita kene buat order baru.

Aku: Habis tu bila order baru sampai? I mean the exactly date.

Encik: Itu kita tak sure. Kita kene buat order dari US . Mungkin lepas shipping semua, dalam dua bulan lagi.

Aku: Haaa?? Dua bulan? Lambatnya… Errr.. kalau saya nak beli yang itu (tunjuk yang kat tangan dia), tak boleh ke?

Encik: Yang ni customer dah reserve. Yang ni memang kita order straight dari US terus sampai sini (aku lupa ayat dia tapi maksudnya customer tu bayar semua kos termasuk shipping dan harga buku . Fuh dasyatnya).

Aku: Since saya tak tahu exactly date buku tu sampai, so kalau nak buat reservation macam mana?

Encik: Ohh, tu kene buat weekdays. Errmm, cik dah try cari kat Borders? Cuba try cari kat sana. Mungkin ada. Borders ada kat The Garden (sebelah Mid Valley je).


Balik la apa lagi. Sambil tu sempat ambik risalah MPH (yang ada no fon setiap cawangan). Telefon cawangan JJ Maluri. Orang sana kata “Cik try cari kat cawangan Mid Valley. Sana ada 27 stok lagi.” Aku jawab “Haa saya kat Mid Valley la ni. Diorang kata dah habis stok” . Dia kata tak boleh buat apa selain tunggu stok baru sampai. Pergi Borders kat The Gardens tu. Takde jugak. Ya Ampun penatnyaaaa!! Tyme tu memang nak give up dah. Singgah McD. Belek2 no telefon MPH bookstore seluruh Malaysia tu. Tengok2 mana2 cawangan yang aku possible untuk pergi. Nampak BB Plaza, hati terus terdetik. Terus telefon


Aku: Ini MPH BB Plaza kan? Boleh saya tahu buku Eclipse yang penulisnya Stephenie Meyer tu ada stok tak kat sana?
Encik:Kejap ea.... Eclipse yang Twilight Saga ke? RM 49.90
Aku: Haah, yang tu la
Encik: Ada.
Aku: Hah, ada? (suara excited) Reserved kan untuk saya boleh? Kejap lagi saya sampai sana ambil.
Encik: Hari ni ke?
Aku: Haah, hari ni. Kejap lagi saya datang. Amik nama and no. contact saya.


Yahooooooooooo!!!!!!!! Hilang segala penat. Terus aku tarik tangan nana blah dari McD tu.



Okay , aku tak larat nak sambung dah.Nak tidur dah ni. Actually aku tengah tulis entry ni dalam keadaan pening kepala ni. So kalau rasa macam ayat atas ni bayak kesalahan ejaan ke, ayat tunggang-terbalik ke, so-so je lah, aku tak larat nak cek ni. Aku kalau berjalan terlalu lama memang macam ni la gayanya. Pening kepala! Tak tahu kenapa tah. Mungkin kepala jadi banyak angin. Memang kalau jalan lama mesti pening kepala. Kalau pening kepala mesti jalan lama. Eh? Tu dia, ayat pun dah terpening-pening dah. Chow dulu.


p/s: Mak aku cakap kitorang terer sebab berjaya pergi dari Mid Valley ke BB Plaza. Sebab before tu aku memang tak tahu apa-apa ni, main redah je. Mak pelik macam mana aku boleh pergi jugak. Mak tanya aku naik apa, naik teksi ke apa. Ceh, tak mainlah teksi beb, pengangkutan awam kan ada. Hahaha.. Mengagau ok aku cari jalan nak pergi BB Plaza dari Mid tu. Susah okay. Kejap naik STAR LRT , kejap naik Monorail, jalan jauh lagi. Haishh…Tapi..errr...Berbaloi-baloi! Teheee..