Pages

Tentang Mimpi-2 : I kill him!

Semalam aku mimpi. Seseorang yang aku harap2 kan muncul dalam mimpi aku akhirnyaaaaa muncul jugak. Tapi dengan cara yang sadis. I kill him in that dream. Sob sob sob. Sadis betul. Aku rasa sejak2 kes Sosilawati ni kot, tu yang scene bunuh2 bleh masuk dalam mimpi aku tu.huhu..

Ceritanya macam ni. Aku pergi rumah ada sorang perempuan ni. Perempuan tu orang kaya2. Aku pun tak tahu apa kaitan perempuan tu dengan aku. Pastu tiba2 datang seorang lelaki nak jumpa perempuan ni. Dia ni macam ala2 bodyguard kepada someone. Lelaki itu la. Pastu kan tetiba je perempuan tu suruh aku tembak lelaki tu dan aku pun tembak la. Bang!~ Aku pun pelik apasal pistol tetiba ada kat tangan aku dan setahu aku, lelaki tu aku macam kenal dia dan macam minat dia tapi apasal tah tergamak plak aku tembak dia. Dalam mimpi tu sendiri aku rasa aneh ok. Macam kene pukau ke apa tah. Pastu aku refresh balik ingatan aku, sebelum tu perempuan tu bagi aku minum air dan aku rasa air tu lah kot dia jampi2 ke apa ke. Lepas tembak tu aku tergamam jap pastu ohhh aku terus terbangun dari tidur. haha.. Tak sempat nak ada scene bakar2 ke scene polis2 ke. ahaha. LOL

Dalam mimpi tu aku tahu aku kenal lelaki tu, dan aku tahu aku minat dia tapi aku tak ingat dia sape. Maksudnya aku tak tahu lebih detail2 dari mana datangnya dia.. Bangun2 je dari tidur terus aku cam dia. It's him!

Aku bajet2 la kalau dia masuk dalam mimpi, dia cakap "Nadia, I love you" ke apa ke kan. KAHKAHKAH. Muntah darah la nadia oiii!

People can change


Bulan 2 yang lepas tyme jumpa budak ni memang sombong habis. Tak nak dengan orang. Kalau orang macam nak main2 dengan dia ke, dia nangis. Sikit2 melalak sikit2 melalak. Asyik nak berkepit je dengan mak dia tak nak lepas. Kerek2 pun, dia je aku suka kacau.ngeh ngeh ngeh.


Tapi sekarang, masa raya rumah dia minggu lepas wahhh ramah betul. Cakap banyakkk. Masuk2 je rumah dia, dia jerit “Atukkkkkk” sebaik sahaja nampak ayah aku. Lepas tu nampak hp aku asyik la suruh aku amik gambar dia tengah posing. Aigooo sayang bateri hp enggak ada dong tika itu. Kalau ada dah lama aku tayang gambar dia posing tu.hehehe

Habis cerita pasal budak ni. Pengajarannya...Tak semestinya once sombong, selamanya akan jadi sombong. Get it? ;) . Ternyata manusia boleh berubah bila2 masa, kadang2 tak dijangka. Kemudian, bila bencikan sesuatu jangan terlalu benci sebab MUNGKIN kita akan tersuka dengan benda yang kita benci tu (eh aku tak benci budak tu pun, saje je nak kaitkan kat sini). Ramai terlupa tentang ni. Dan benda ni bukan semata-mata di apply untuk kisah cinta cintun sahaja ok, ianya menyeluruh.

Dulu, aku "alergik" betul dengan kuih tart nenas. Try sekali, langsung tak sentuh dah lepas tu.Tapi sekaranggggg, tiap2 hari aku ngap tart nenas. Rasa tak complete kalau tak telan seketul dua sehari. Manusia itu berubah. Benda yang kau rasa benci macam mana sekali pun, tak mustahil kau akan suka satu hari nanti. Sekian
via diya@twitter
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan tadi masa pergi open house rumah jiran ni, aku ada perhati ada sorang budak ni. Comel, perempuan, rambut kerinting,mata bulattttt, pipi pun bolattt, umur lebih kurang setahun lebih-2 tahun. Apa yang aku nampak, budak ni sangat suka perhati orang di sekeliling dia. Jenis yang suka memerhati. Tengokkkk je orang lama2 (ada la dalam 20 saat atau lebih sekali landing mata kat sesuatu). Cara dia pandang tu bukan pandang biasa2 ok. Ni jenis pandang atas bawah atas bawah punya pandang. Dengan kepala2 dia sekali bergerak (maklumlah pandang orang yang lagi tinggi dari dia). Yang mana kalaulah dia berusia 20 tahun pandang orang macam tu kat orang lain sure kene sound “Apasal pandang2?”


Aku rasa budak tu macam unik sebab rata2 budak yang seusia dia yang selalu aku usha selalunya leka dalam dunianya sendiri. I mean main dengan toys ke,main dengan jari sendiri ke, main dengan budak lain ke berlari sana sini ke,ngendeng2 dengan mak dia ke. Tapi dia macam lain. Sorang2 berdiri perhati orang lain dengan telitinya. Dah la mata dia bolattt. Kening dia pulang kadang2 berkerut-kerut masa pandang orang. Can imagine? Macam otak dia tengah berfikir something masa pandang tu. Hahaha. Masa nak balik aku sempat ‘grab’ dia kejap.hehe. Aku dokong dia kejap je lebih kurang 5 saat gitu pastu turunkan balik sebab nak balik kan (hishh rugi tak dokong awal2 kalau tak boleh main2 lama sket kan.haha.Mungkin aku leka perhatikan telatah dia kot so tak terfikir nak pergi kat dia dokong2 semua.haha). Masa turunkan dia dari dokongan tu aku lambai2 kat dia. Terus dia gi kat aku hulur tangan suruh aku dokong dia balik. Ishh comel betul budak tu.

Update kerjaya



Ehem! Rasa cam dah lama tak cerita pasal update kerjaya kan. Yes, i will quit my current job as chemist here. Notis kene bagi 2 bulan so maknanya hujung bulan ni aku send notice dan hari last aku kerja sini adalah 30/11 . hahaah.. Eh apasal gelak?

Reason berhenti? I'm tired =_=. Bukan tired sebab kerja sebab act kerja aku senang giler ok. Cuma aku tired dengan segala ke-messy-an yang ada kat sini. Segalanya messy. Dari segi sistem, perjalanan kerja sampai la ke orang2 nya.

Act dari aku mula masuk lagi masa didedahkan dengan kerja lagi aku dah dapat detect ketakteraturan sistem kat sini. Aku maksudkan dari perjalanan sample dari bahagian production, masuk ke lab untuk analysis kemudian sampai la result tu berada kat tangan bussiness dev people. Aku rasa macam tak teratur. Mata aku dan pandangan aku ni cekap je tengok itu. Mungkin la sebab company aku dulu aku dulu agak teratur dan sangat well done sistemnya dan aku dah terbiasa dengan keteraturan itu menyebabkan bila aku masuk2 je sini DANG~ messy. Aku rasa macam nak bagi cadangan je tau macam mana nak upgrade itu ini tapi kang diorang kata aku cerewet ke apa ke kan. So aku diamkan je dan aku cuba adaptkan dengan ke-messy-an yang ada. Dugaan datang bertimpa-timpa. Mesin rosak berkali-kali. Sekaligus memburukkan lagi keadaan dan everything look extremely messy. Disebabkan orang2nya pun messy, kebanyakan benda kene ulang 2-3 kali buat kerja sekaligus melecehkan dan melambatkan kerja aku maka terhasilah back-logs yang tak clear sampai kene buat OT berminggu-minggu tapi taknak bayar gaji . Hey 7-eleven pun OT dapat duit ok. Ni setakat dapat cuti free je buat apa. Aku tak perlu cuti banyak2 pun. Sebab kalau aku cuti banyak2 pun, sample keep datang maka terhasillah sample yang bertimbun-timbun sebaik sahaj aku balik cuti. So apa guna cuti? Cuti tahunan pun dah cukup.

Eh serius la, aku rasa sebab takde ISO 9000:2001 kot. Sebab tu perjalanan aturan kat sini sangat messy. Setakat harapkan ISO yang lain buat apa. ISO 9000:2001 lagi penting okeh. Dia cover dengan menyeluruh.

Itu satu. Yang kedua ni haa senior chemist aku ni haa. Serius takleh blah. Dekat 5 bulan aku ajar dia run ICP ni, tapi standardization dengan calibration pun masih tak tahu. Aku masuk dulu dua minggu je dah kene buat sorang2 ok? Gelabah n bodo2 pun aku buat sorang2 ok. Apakah sebab dia rasa sebab aku boleh buat so dia tak payah belajar pun tak apa? Aku saja attack dia "You belajar la buat. Nanti i cuti ke sape nak buat?" . Tau dia jawab apa? "Ala, u cuti takkan begitu lama kan." Pengsan la kalau selama-lamanya dia anggap macam ni =_=

Hari tu aku cuti raya 3 hari kan. Before aku cuti tu aku dah ajar dia sehabis baik dah. Look like dia faham lah. Angguk2 masa aku ajar tu. Detail giler aku ajar. Pastu dia cakap masa cuti dia suruh aku on hp kot dia nak tanya apa2. Walaupun aku rasa macam dia faham je tapi dalam hati tetap rasa "Dia ni boleh buat ke?" Masa cuti dia takde call apa. So aku rasa dia ni faham habis la apa aku ajar. Sekali aku balik2 je aku tanya dia ada run ICP tak, dia jawab TAK. DIA TAK RUN ICP LANGSUNG. Benganggggg giler. Sangat tak boleh harap dia ni. 3 hari tu dah boleh run at least dekat 50 sample ok. Tak ke rasa macam tugi. Dia goyang kaki ok sepanjang aku cuti tu sebab TAK RUN ICP=TAK BOLEH BUAT REPORT. Bila dia tak buat report abis tu buat apa?

She is senior chemist, apa2 pun she should know how to run this ICP. Sampai bussiness dev people pun pelik how come aku boleh tahu macam2 pasal this ICP operation lebih dari dia.

Aku nak tengok apa reaksi dia bila aku cakap nak berhenti kang. Sebab aku pernah ura2/main2 konon2 aku tengah survey company lain tapi macam dia tak kasi aku pergi company lain la. Look like dia tak percaya aku boleh pergi tempat lain below then 1 years time frame

Personally aku rasa tak semestinya aku kene lengkapkan 1 years untuk cukupkan syarat move to other company. Yang paling penting how well u catch up everything as much as possible. Thanks God, mesin rosak ni ada banyakkkkk hikmahnya. I must say, i'm capable to settle most of the trouble shoot. Boleh kata segala tok nenek troubleshoot aku settlekan sendiri. Kalau tak boleh start plasma mula2 apa nak buat, kalau step tu tak menjadi pastu nak buat apa, kalau tak boleh jugak step tu nak buat apa lepas tu etc etc. Pastu flow air macam mana nak detect flow air smooth ke tak,kalau tak lancar nak buat apa, pastu kalau plasma tetiba stop in the middle nak buat apa etc etc. Segala trouble shoot datang dari segenap segi ok. Yang aku tak terfikir pun boleh tetiba ada. Mencabar betul aku fikir how to settle it. Aku panggil senior chemist aku, boleh dia terkebil-kebil je kat situ tak tolong apa. Pengsan~

Aku rasa kan, kalau la everything smooth, mesin takde rosak bagai agaknya sampai la ke sudah aku tak tahu kan pasal trouble shoot ni semua. Sebab ada masalah la kita boleh tahu macam2 dan learn everything. Yeah, everything happen ada hikmah yang tersembunyi (even the negative one)

p/s: Tengah survey nak cari kerja apa ni. Of course aku cari di bidang aku dulu but I'm not choosy one. I don't mind untuk kerja di luar bidang aku pun asalkan ehem ehem gaji ok ehem ehem. Dan jugak yang perjalanan sistem kerja tu tersusun dan teratur. Maka aku boleh bekerja dengan tenangnya. Weee. Tak kisah kerja banyak sekalipun asalkan sistem tu teratur (serius aku keje kat 7-e dulu pun lagi teratur dari keje kat sini sekarang ok.Look like 7-e punya standard lagi up dari sini). Kalau takde sangat keje yang aku jumpa dalam masa pencarian 2 bulan ni, buat sementara aku keje la promoter ke, ala macam tak biasa kan. Tak pun secret recipe ke, McD ke, KFC ke ahaks!~ Kalau boleh aku nak cari area2 kawasan rumah sewa aku ni je area shah alam ni ha..Sebab aku malas nak cari rumah sewa lain n pindah2 rumah. Mana nak cari weh, kalau duduk apartment yang cantik (heeee=D) 3 bilik tidur 2 bilik air pastu aku bayar sewa RM150 sorang untuk satu bilik pastu housemate yang ada termasuk aku adalah 3 orang je? Sangatlah privacy duduk 3 orang je. Cari sikit kalau jumpa. hahah.

p/ss: Sepatutnya aku kene kerja hari ni. Maklum la kene run sample banyak kan. Tapi aku bagi alasan aku tak sihat. Amacam? Cukup geliga tak otak aku? Hari sabtu hari tak sepatutnya kerja bukan kene bagi surat MC pun. Muahahah. Tapi minggu depan punya sabtu keje la kot tapi not every week la, pandai2 la aku bagi alasan ala nak berhenti dah pun buat apa nak kerja extra2, kerja cukup2 time sepatutnya aku kerja je dah.hahah.

p/sss: Ye, aku tak sempat la kot nak catch bonus kerje kat sini but i don't mind. Money is not everything ;)