Pages

Tak suka share

Ada sesetengah orang, kalau benda yang dia suka sangat dia tak suka share dengan orang. Contohnya makanan or minuman la. Macam kakak aku ni suka giler dengan milo, kalau dia buat milo pastu aku mintak mesti dia buat muka
kyu
sambil cakap "Amik la. Sikit je jangan amik banyak2." hahahah. Awal2 da bagi warning. Tapi last2 dia tak habis minum, dia mesti offer kat aku punya laaaa. LOL.

Macam aku pulak aku tak suka share takoyaki dengan orang. Teheee. Nak share benda lain sikit2 tu bolehhhh la jugak tapi memang tak la untuk takoyaki. Semua ahli keluarga aku memang maklum tentang hal ni. Mana taknya, setiap kali on the way nak beli takoyaki mesti aku buat announcement/bagi warning "Satu bungkus aku sorang je, no minta2 arr". Tapi kalau ada tetiba suara "Angah, aku nak jugakkkk" memang sure aku beli lagi satu bungkus. Kiranya aku akan buat apa sahaja asalkan satu bungkus yang mengandungi 3 ketul tu aku punya sorang. Kiranya setiap kali aku nak makan takoyaki mesti aku sedia duit spare sebab aku tahu sure ada orang (baca:nana,mak&fiza) nak jugak. hahah. Dah la sikit je 3 biji terkontang-kanting, nak plakkkk share dengan orang ;P Kalau banyak takpe lah kan. Bwahahaha...



Tau macam mana perasaan/reaksi muka aku tyme aku kata "setiap kali makan rasa macam dapat duit 1 juta pastu senyum2 pastu tetiba rasa macam terharu/macam nak menangis sebab sedap sangat" ???

Aku terserempak dengan gambar ni.

baby

Fuh sebijik macam reaksi muka aku bila dah lama tak dapat makan takoyaki pastu tetiba dapat makan. Oh, no... Macam tak percaya, but i can't control my face expression!

Takoyaki yang 3 ketul yang kat Jusco tu biasanya besarrrr besarrr memang susah la nak makan tambah2 kalau panas2 tu makan.So biasanya aku akan kerat dua sebelum makan kalau tak, sure gaya makan dah macam budak bawah ni

Photobucket

Aku dah pernah try makan panas2 cenggini la gayanya. muahaha. Sebab mulut aku tak tahan panas. LOL. Tapi takoyaki yang kat Jusco Balakong kecik2 (sebab tu dia jual 4 ketul satu bungkus) so boleh lah nak makan dengan sopannya sebijik masuk. kekekek.

Pengajarannya, janganlah makan takoyaki depan bakal ibu mertua/ayah mertua. Errr... Motif? Kahkahkah..


p/s: Kalaulah ada undian yang mengatakan 'Dalam banyak2 Jusco yang anda pergi, yang manakah Takoyaki yang paling tak sedap sekali?' aku akan jawab Jusco Balakong, Cheras!!!! Yang dekat dengan rumah aku ni la yang paling tak sedap sekali. Huhu.. I mean, rasa takoyaki tu ada la tapi cara orang tu buat blerghhhh, nak ksound depan dia boleh??? Katsuo dan sos takoyaki yang terlaluuuu sikit boleh menghilangkan keaslian/kesedapan rasa takoyaki yang sebenar ok!



Crazy overdose fans.

Nak post ke tak nak, nak post ke tak nak. Makin aku tahan, makin aku rasa nak post.



Thanks for sharing diya ;) Tiap kali aku replay video ni, mesti aku tergelak-gelak.Adohaii.. Tak sangka la aih ada jugak fans tahap gila overdose macam ni. Aku rasa perempuan tu ada masalah mental kot…Takpun kekurangan kasih sayang. Hahaha. Aku tak rasa perempuan tu annoying tau tapi aku rasa kelakar nak mampos. Kalau aku la jadi artist tu, sure aku tergelak-gelak sampai sakit perut tergolek-golek kat situ situ jugak.


p/s: Aku rasa la, kalau la artist tu dating or kawen dengan someone ke, tak mustahil budak perempuan ni gi bunuh/cederakan gf artist tu. Fuhhh.


p/s: Aku tak kenal artist tu, aku kenal nama band diorang je, 2PM. hehehe. Oh ya, melihatkan tahap kegilaan fans macam ni, no wonder la kecoh abis macam perang dunia ketiga je bila one of Shinee member buat pengumuman dia couple dengan pelakon Shin Se Kyung tu. Apa la nak dikecohkan orang couple ni. Haishh.

Berpisah.





Fiza, akhirnya ko selamat menjadi isteri orang sob sob sob. 'Terpisah' jugak kita akhirnya setelah 23 tahun bersama-sama. Gaduh baik gaduh baik gaduh baik.

Macam tak percaya je masa kecik2 dulu aku pernah bersumpah (sumpah orang tak baligh tak diterima ok?) dalam hati yang aku takkan maafkan kesalahan ko sampai bila2 sebab ko la orang pertama yang lempang aku sampai telinga aku berdesing terhilang pendengaran sekejap ok. Nasib baik aku tak pekak terus masa tu (lempang yang terlalu kuat boleh menyebabkan pekak berkekalan ye kawan2). Pastu boleh plak di usia 24 tahun ni ko boleh tanya aku, "Eh, bila masa pulak aku lempang ko?" hahah. Percaya kan, ingatan kanak2 sangat kuat especially bila ia melibatkan penderaan fizikal.hahah. Tambah2 kalau dengan mak ayah sendiri pun tak pernah lempang (selalu kene rotan je) tapi dengan orang lain plak dapat jugak lempangan itu.hahaha.*gelak plak*. Ingat entri pasal lempangan pertama? (aku malas nak cari balik entri tu). Act tu bukan lempangan pertama, tu lempangan kedua. Hahaha so far sampai 23 tahun ni dah dua kali kene lempang. LOL. Ok tak kelakar.

Macam tak percaya je masa kecik2 ko selalu buli aku. Ko takde kawan nak buli, mesti ko cari aku. Kadang2 tak logik jugak. Ingat lagi masa tido aku baca doa tido dan syarat aku masa baca doa tidur kecik2 ialah tak boleh diganggu? Ko tahu sebab tu ko suka sakat supaya focus aku terganggu, supaya di pertengahan doa, aku gelak sebab tengok ko gelak & bacaan aku terhenti seketika. Lepas tu aku mesti marah ko pastu mesti ko gelak2. Pastu aku mesti baca balik doa tu sampai sempurna kadang2 ada la dalam sepuluh kali aku repeat disebabkan ko kacau aku masa tengah doa . Sebab aku rasa kalau tak sempurna doa aku, nanti aku tak boleh tido sebab takut setan masuk dalam mimpi. Pastu ko ulang2 lagi sampai la ko puas/aku tak respon. Sampai mak ayah bising apasal tengah2 malam pun kita bising2.

Macam tak percaya je dulu2 ko pernah bawak kayu nak pukul budak lelaki sebab aku menangis-nangis mengadu kat ko yang aku bergaduh dengan budak laki/budak laki tu buli aku (aku tak ingat sebab yang mana satu). Pastu kita sama2 mengendap budak lelaki tu main kat taman permainan. Nasib baik kita tak sempat pergi kat diorang kan. Kalau tak, tak tau la apa jadi dengan budak tu.

Macam tak percaya je zaman kecik2 kita, pahit manis dah berlalu. Dah makin dewasa.

Dan hari ini jugak la aku macam tak percaya je aku sayu dan menitiskan air mata sebab ko pergi meninggalkan rumah kita hari ini dengan title 'isteri orang'.

Semoga berbahagia

Adik ko,
Nadia kurus (ko selalu panggil aku dengan nama ni kan. Pastu gelak2. Pastu aku balas balik dengan panggil ko Fiza gemok)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Baru sekarang aku tahu kenapa mak aku sangat mengimpikan anak lelaki dalam keluarga kami. Baru sekarang aku tahu kenapa setiap keluarga mesti nak at least seorang anak lelaki. Ironinya, kenapa aku baru terfikir sekarang eh? Kenapa aku tak terfikir dulu2 eh masa aku hadiri akad nikah orang lain, perempuan juga. Mungkin bila kita rasa sendiri baru kita tahu kot.

p/s: Hargailah hubungan adik-beradik korang selagi salah seorang belum berumah-tangga. Tambah2 jenis yang 'berkepit kesana-kesini' tetiba kene berpisah, mesti rasa 'lain' kan. Nana, aku kawen nanti tahun depan ke(perghh dah ada calon kee?), tahun lagi satu ke mesti ko super sedih nanti kan? Bak kata ko, "Angah, kalau ko dah kawen nanti takleh la kita nak 'korea2' dah." LOL. Serius ko buat lawak la nana.haha!!!!! Boleh plak ko membuat ayat luar jangkaan aku. Tapi macam betul la cakap ko tu. hahha. But at the moment, let's enjoy first! Enjoy apa2 yang patut. Selagi boleh =D

p/s: Layan Persona jap. HAHA.