Pages

Meneruskan tradisi

Sepupu aku yang kawen ni ialah lelaki ye

nota kaki: Gambar overload


Belah perempuan (Teluk Mas, Melaka)

apa2 hal pun letak gambar diri-sendiri dulu boleh? LOL


Kitorang sampai Melaka tengah hari (majlis nikah terus) pastu lepak2 pergi apartment.Pakcik aku (ayah sepupu aku yang kawen tu) provide apartment untuk bermalam. Yang ni bos pakcik aku sponsor so kitorang semua takyah bayar. Bos pakcik aku ni Datuk. Selain sponsor berapa buah apartment tah untuk kitorang rombongan belah lelaki bermalam(aku rasa dalam 4-5 buah), dia jugak sponsor pakej berbulan madu ke oversea kepada pengantin@anak pakcik aku ni. Fuh best betul dapat bos baik macam ni kan.

Apartment itu adalah sangat best!!! 3 bilik tidur 2 bilik air FULLY FURNISHED. Sofa ada, tv ada, meja kopi ada, meja+kerusi makan pun ada. Bilik tidur semua ber air-cond dan dilengkapi dengan almari baju dan katil+selimut. Pendek kata accommodation sebijik macam kat hotel. Tapi bezanya ini macam apartment. Lagi baguslah daripada hotel (takyah compare dengan hotel yang harga over RM500 la keyh.LOL)






Malamnya pergi sana (rumah pengantin perempuan) untuk majlis berinai.





Tengok fesyen tudung nana. Aku yang buatkan.hehe. Nana ni katanya nak ber-shawl, tapi takde@tak bawak shawl. Camno tu? Dia bawak tudung bawal hitam yang manik kilat2 tu je. Makanya aku pun amik la tudung bawal tu and belit2 la sampai jadi seakan-akan shawl.

Special sikit 'shawl' ni sebab bahagian muka ada manik.Sesungguhnya nana amatlah berterima kasih dengan hasil tangan aku dan sentuhan magic (konon) menjadikan tudung bawal kepada shawl. Kihkihkih. Aku kata dengan nana, fesyen is art and need ur creativity (sejak bila aku pandai berfalsafah??). Proses tak penting. Yang penting hasilnya. Pandai2 la ko buat macam mana2 pun biarpun prosesnya kelihatan sedikit pelik dan tak logik asalkan hasilnya tak kelihatan pelik, nampak kemas depan dan belakang kira ok lah kan. Act aku main hentam belit je tu. Mula2 macam pelik je style aku belit ni last2 tengok hasilnya menjadi jugak. hoho..



Pastu esok tengah harinya kemas2 barang untuk balik terus. Pergi majlis persandingan yang belah perempuan tu then balik KL terus.




Ala, serius nothing special kot so tak banyak nak citer.

Melainkan sesi fotoshoot-konon2-aku-dengan-nana di waktu petang


LOL

Tak boleh blah berposing sakan. Wakakakaka


Konon je la ni. Saje je nak feeling model kejap. Layankan aje la eh.
p/s: Nana kata kalau nak feeling model, amik gambar tapi mata tak pandang kamera. LOL

Sorry, aku tak berapa nak amik gambar pengantin di majlis persandingan belah perempuan kat sini.hoho. Aku makan je tau. hahahah

Belah lelaki (Klang, Selangor)



Waaaa. Hijauuuuuuuu. Pearl Light Green. Warna official SS501 dan of course mengingatkan aku dan nana dengan SS501 ;p

Since hijau warna tema maka ramailah sanak saudara pakai warna hijau. Aku je tak mengikut tema. hahaha

Sementara tunggu pengantin nak berarak, kitorang lepak kat masjid kejap (betul2 depan rumah pakcik aku) dan ber shoot-ing. HAHA

sepupu(nazira), aku dan nana. Aku punya headband bunga2, nana punya pulak love2. Ingat orang free hair je boleh pakai headband? hoho. Fungsi lain headband ni ialah since ianya getah, ia sedikit ketat dan mencegah rambut2 bahagian depan aku terkeluar dan menetapkan kedudukan inner syria cotton yang pakai ni (ye aku tetas sikit so sebab itu ia longgar dan berpotensi untuk 'bergerak-gerak')

takyah perkenalkan, semua reader kenal lah kan?

nana

Lain2 gambar

Dah habis majlis. Tyme cabutan bertuah (belum lagi upacara simbah air dan sapu arang) sebab tu aku rilek je landing kat khemah siap bergambar semua.

dengan nana. Fesyen apa tah yang aku buat kat dia ni. Fesyen hentam kromo. Ingat nak buat macam yang aku buat masa belah perempuan yang tudung-bawal-hitam-belit-biar-nampak-macam-shawl (macam masa majlis belah perempuan, sila rujuk gambar majlis belah perempuan di atas) yang dia suka style tu tapi memandangkan ianya hentam kromo, aku tak ingat aku belit style lagu mana last aku belit2 yang ni camni jadinya. Tak sama pun takpe lah eh nana.heheh

Tradisi family kitorang (belah mak aku)pelik sikit. Bukan tradisi pun tapi ini dilakukan secara suka-suka dan turun temurun. Acara ini dilakukan setelah majlis tamat (kiranya masa time tengah berkemas-kemas la).Syaratnya, pengantin dan pihak keluarga haruslah sporting (dan telah diberitahu lebih awal tentang acara ni)




Pengantin disapu dengan arang (diambil dari buntut kuali kawah)




dan kemudian disimbah dengan air lebihan basuh pinggan. Kadang2 left-over makanan yang orang ramai makan tu diorang amik dan campur sekali. Tu yang warna air tu lagu tu..Aigoo, ottokeh, sesiapa kahwen pun mesti akan menghadapinya. Unless kawen kat dewan. Masa tengok benda ni kan, adik aku telan air liur, senyum pastu cakap dengan aku “Kau macam mana ni angah, sanggup ke mandi dengan air tu? Takyah kawen la angah” Serentak kitorang gelak kuat. Aku jawab, alaaa apa susah, kawen kat dewan sudah. Celah mana nak main simbah2 air kan.wakakaka *gelak bijak*


Setelah itu air (air kosong, air paip) budak2 lelaki pakat2 letak dalam baldi dan disimbah secara random dan dilempar ke seluruh khemah. Sesiapa yang tengah duduk2 rilek kat khemah masa tu takkan terlepas la. Dasyat gila. Dah la aku bawa handphone ok. Terlupa nak tinggalkan hp kat bilik. Basah kang hp aku (aku takleh imagine kamera DSLR official photog macam mana). Time ni aku sempat lari masuk rumah. Haha. Sesi ni kan berulang-ulang setiap kali orang kawen so semua dah tahu awal2 so tukar baju basahan la siap2. Takde la nak sentap baju lawa2 basah kuyup.LOL. Macam budak bawah ni. Abis basah kuyup. Baju kurung plak tu. Tu laaa, apasai tak tukar baju awal2.




Selepas itu acara ‘sapu arang’ kepada semua sanak saudara terdekat (yang bertaraf dewasa sahaja. Budak2 tak dilayan.LOL). Ketuanya of course abg faizal, sepupu aku merangkap abang pengantin lelaki. Biasanya arang akan disapu ke muka family terdekat sahaja. Mak sedara, pak sedara dengan sepupu2 memang takkan terlepas la. Family jauh tak kan disapu sebab bimbang akan cepat sentap.LOL. Aku sebenarnya takde lah takut sangat kene sapu arang ni cuma aku fikir selagi boleh lari, aku lari (kalau dah lari pun kene jugak , redha je lah kan). But ottokeh? Aku dengan nana kan ala2 bijak sikit. Berjaya melarikan diri. Muahaha. Aku rasa advanture gila main lari2 ni rasa cam seronok pulak sebab tu aku lari. Rasa macam dalam situasi perang atau macam dikejar oleh penjahat. hahah. Seronokkkkk. Macam main nyorok2. Nyorok dalam toilet la (last2 mak aku citer yang diorang tahu ada orang nyorok dalam toilet Cuma tak tahu siapa), nyorok kat rumah kak Diana la (belakang rumah pakcik aku), Padahal abg faizal dah aim kitorang dah awal2. Sampai last2 bila dah abis sesi main arang tu, terserempak dengan dia terus dia cakap “Oooo, pandai korang lari eh”. Aku senyum2 la. Cuba lagi tahun depan ye. Eh tahun depan takde sepupu aku kawen kot, tahun lagi satu.LOL. Jom tengok gambar orang-kene-sapu-arang yang sempat aku snap





Mak aku dengan mak induk (kakak mak aku). Hehehe. Ni je sempat aku snap. Sebab keadaan sungguh tak selamat aku rasa, huru-hara dengan air simbahan dan upacara sapu arang. So selagi boleh dan ada peluang lari, lari jelah kan ;P

Selagi belum habis upacara sapu arang ni, semua dilarang untuk membersihkan, sebab akan disangka belum terkena dan arang akan disapu sekali lagi. Pernah jadi masa kawen sape tah sepupu aku bersihkan muka cepat sangat so dia kene dua kali sebab disangka belum kena lagi. hahhaha.



p/s: Nampak tak shawl coklat yang aku pakai untuk majlis belah lelaki tu? Tu shawl Arab manik ke apatah nama dia (update: Nama shawl tu ialah shawl crumple anting-anting) .Shawl ni baru nak popular tapi belum over-popular macam tudung ekin tu (sekarang dah ada tudung Rozita Che Wan pulak da. Macam2 kan? haha). Shawl ni ada manik besar bahagian hujung dan berkain cotton. Pastu dia macam style kedut2, tak payah gosok pun takpe (aku tak gosok ok?haha). Currently i loveeeeeeee that shawl. Neomu neomu neoumu chuaa. Sangat suka sebab ianya cotton dan selesa dipakai plus suka manik besar kat bahagian hujung tu. Lepas ni akan membeli shawl itu secara pukal. hahaha. Mari ramai2 serang Jalan TAR sebab ianya dijual RM10 satu helai pun dah boleh dapat kalau pandai tawar-menawar mak aku cakap, murah kan murah kan. Kan online shooping paling murah pun RM16-RM17 yang aku jumpa.

Hoi hoi

Setelah hampir 10 bulan tak mengulang kebiasaan ini, semalam ianya terjadi jugak. Tidur lambat sebab tengok citer korea. Hahahaha. Semalam aku tidur nak dekat pukul 5 semata-mata nak habiskan episod citer ni.


neomu neomu neomu (100x) chuaaaaa. Mereka digelar 'hoi couple'. Bayangkan girl comel ni sebut "hoi hoi "sambil sengih2 dan senyum2 (macam dalam gambar atas ni). Comel kan? Perkataan yang kalau dalam BM macam sedikit kasar tapi bila disebut dengan cara nada suara yang comel, perkataan tu jadi comel la pulak.



Err..cerita apakah ini? Cerita hantukah?? Cerita magic-kah??? Teheeee. Esok lusa aku buat review citer ni eh ;)

Cerita ni 16 episod. Aku tengok plot episod 14 macam dah nak abis dah tapi since belum sampai episod 16 lagi buat aku tertanya-tanya dan curious dengan endingnya. Apa salahnya aku 'intai' kejap ujung episod 16 tengok kejap endingnya sebelum aku boleh tidur lena tanpa rasa tertanya-tanya kan kemudian esoknya bolehlah sambung episod yang belum tengok lagi. Maklumla , aku once rasa tertanya-tanya mesti aku rasa nak 'selesaikan' dan2 tu jugak. hahaha. Tapi tu la, mana best kalau intai2 episod last, tak thrill laaaaa. LOL.Tu yang jadinya tido nak dekat kul 5 tu. Itu pun setelah aku fast-forward mana2 scene yang aku rasa boleh skip. Agak-agak macam aku terlepas scene2 best, maka aku reverse balik.LOL.

The fact is, aku berjaga sorang2! Hampeh je nana, awal2 kemain konon2 stay up last2 dia tertidur. Aku rasa dia tak fokus tengok kot (kalau fokus mustahilll boleh tertidur). Aku kejut, dia bukak mata kejap pastu tidur balik, bukak mata kejap then tidur balik. Bila dah area kul 2-3 aku kejut, haremmmm tak bukak mata. Wae nana? Waeeee?? *tetiba*

p/s: Hong Sister (penulis skrip citer ni) suka buat trademark untuk citer2 dia kan? Ingat lagi citer YAB yang diorang jugak yang tulis skrip citer tu? Kalau trademark citer YAB ialah "Hyung Nimmmmm!!!", trademark citer kali ni pulak "Hoi hoi". Dulu aku macam pelik bila orang buat status kat FB 'hoi hoi' tapi bila dah 3-4 orang friends buat status ni so aku tahu la, ni mesti tak lain tak bukan mesti trademark citer mana2 ni. Tapi citer ni banyak trademark tau. Selain 'hoi hoi', trademark lain ialah 'neomu neomu neomu neomu (tak ingat bape kali neoumu ni yang pasti nak dekat 7 kali kot) chuaaa'- cara yang cute untuk express rasa suka terhadap sesuatu/orang, 'fashionista' etc etc.

Mimpi buruk


Pernah mengalami mimpi buruk?

Semalam aku mimpi dasyat giler. Dalam mimpi tu aku tak boleh rely on or tak boleh percaya sesiapa pun termasuk orang terdekat even family sendiri sekalipun. Mimpi yang aku tak boleh percaya orang lain melainkan diri sendiri. Ni bukan kes naya ke apa tapi macam aku tengah berjalan dengan orang yang aku kenal tapi tetiba orang tu bertukar jadi orang lain. Macam magic giler. Ala macam citer han-dot-dot-dot-tu, ko ingat kau tengah berjalan dengan someone yang ko kenal rapat abis la tapi sebenarnya itu adalah 'orang lain'.

Mimpi aku tu ala2 macam citer han-dotdotdot-tu bergabung dengan citer mafia gangster. Tak tau la eh yg mana satu tapi dasyat giler sampai aku tersedar dari tidur tu aku taknak tidur balik sebab aku takut mimpi tu datang semula.

Tak ingat sangat la mimpi tu tapi dalam mimpi tu aku sentiasa dikelilingi oleh orang2 jahat yang nak bunuh aku. Ada satu part tu kan, orang tu letak pisau betul2 kat leher aku je. Aku macam dah putus harapan dah tapi aku macam tetiba teringat nak mengucap dua khalimah syahadah (note:ini dalam mimpi. Dalam mimpi biasanya jarang kot ingat benda2 lain melainkan go on dengan mimpi tu je). Lepas je aku mengucap dua khalimah syahadah tu kan, tetiba orang tu tak berjaya bunuh aku. Sejak dari tu everytime aku rasa takut or everytime aku ditimpa bahaya (dalam mimpi tu) mesti aku mengucap. Masa tu kan aku BETUL2 rasa yang bila ditimpa dengan situasi yang amat sukar or situasi genting di mana aku tak boleh percayakan sesiapa atau tiada siapa2 untuk aku bergantung harapan, aku seolah-olah ada satu-satunya tempat bergantung yang boleh aku percaya. Itu yang aku simpulkan sebaik sahaja aku terjaga dari tidur.

Ada satu part tu kan, aku accompany someone ni. Tak tahu la sebab apa aku tetiba accompany dia padahal bukan kawan and aku tak kenal pun. Mungkin kebetulan kot. Maklumlah dalam mimpi memang banyak betul tiba2 dan kebetulan. Pastu budak tu masuk cyber cafe dah book 2 jam online tapi dia keluar dalam masa tak sampai 10 minit. Dia tak nak bayar la kiranya. Pastu orang yang jaga cc tu kiranya gangster dan mafia abis la, minta dia bayar tapi dia taknak. Dengan aku2 yang accompany dia terkena tempias sekali (sebab aku sekali dengan dia kan). Aku offer bayar tapi bayarannya RM25 satu jam (fuyooo, ingat lagi jumlah ni). 2 jam so RM50. Aku fikir, macam tak logik gila mahal camtu. Paling penting aku rasa pekes nak pi bayarkan pihak dia padahal aku tak kenal dia langsung. Aku taknak bayar la (walaupun tyme tu aku ada lebih dari RM50 masa tu), just sebab dia bukan kawan aku so aku rasa takde tanggungjawab untuk bayarkan dia plus harga kalau RM5 takpe la kan. Pastu korang tau apa jadi? Benda yang aku dah agak dah. Aku jadi mangsa buruan mafia n gangster2 tu. Macam bongokkkkk je aku rasa tau. Kesalahan orang lain, yang aku tak kenal, aku kene tanggung. Aku kene buru sampai lubang cacing.

Bila aku fikir2 balik, situasi ni ala2 macam kes ah long minta hutang. Minta secara gangster dan mafia kalau tak bayar dia akan buru sampai ke lubang cacing. Tapi bezanya kes ah long tu melibatkan orang yang pemiutangnya dikenali (sedara or kawan), ni kalau tak dikenali ni dapat bayangkan betapa tensennnya aku? Bila fikir2 balik, gambaran ni seolah-olah bermaksud yang jangan sekali-kali accompany orang yang kau takleh percaya.Aku bayangkan macam ni. Kau ni awek mat rempit la kiranya. Pastu tetiba bf ko rupa-rupanya bergaduh dengan someone. Di pertengahan jalan kau dan bf kau kene tahan pastu bf kau kene belasah dengan geng2 mat rempit yang lain pastu dengan title kau sebagai gf dia tu maka kau dijadikan 'tebusan' and the rest u will know the story goes around. Alahh, macam citer dalam tv tu. Aku macam takut je kalau aku terinvolve dengan someone yang berhadapan dengan situasi hidup dan mati yang macam aku selalu tengok dalam tv tu.

Err apakes la tetiba masuk bab ah long & mat rempit ni? lol. Biasalah kadang2 aku selalu tersasul ;P


p/s: Itu adalah salah satu contoh kes aku macam nak kene bunuh tu. Ada banyak lagi kes tapi aku tak ingat. Tapi serius rasa berdebar-debar sepanjang perjalanan mimpi aku ni.