Pages

Aura Baby Mason


Semenjak-menjak dah tersampok dengan kecomelan the cuttest baby in the world (my opinion) ~Baby Mason, pantang jumpa baby mesti cari ada tak aura2 baby Mason padanya. Saje2 je nak cari klon baby mason. Hahah. So far, banyak baby aku claim comel (walau tak semua). Dalam banyak2 yang aku claim comel tu, tak semua ada aura Baby Mason yang aku cari. Ala, yang ada ciri Baby Mason. Nak kata mata sepet, tak sepet sangat tapi tak terlalu bulat, pendek kata ciri mata sepet tu ada walaupun matanya besar. Eh susah benoo nak explainnya.haha. Pastu kulit putih2 pastu bila gelak comel nak mampos. Dan yang pasti susah la nak cari aura Baby Mason tu.

Dan budak kat bawah ni buat aku tersampok dengan aura baby mason semula setelah auranya dah lama tak muncul.hahah..

Comel+pipi tembam? Of course! Putih? Of course! Mata sepet dalam masa yang sama besar? Yeee, inilah mata yang aku cari2 selama ni susah nak jumpa.hahah. Budak ni nak kata sepet, tapi tak. Nak kata mata bulat, tapi ada ciri2 mata sepet sikit (perhatikan bahagian dalam mata dia.haha). Sebab ayah dia mata sepet, mak dia mata besar tak sepet langsung. Kombinasi dua tu terhasil la dia.

Dulu ada la sorang yang berjaya bagi aura baby mason tu tapi lamaaaa dah, 2 tahun yang lepas kot. Aura baby mason tu apa? Rasa nak cubit pipi dia kuat2 sangat pastu lari (bak kata Kak Yonna). hahaah.


Budak ni senang nak masuk dengan orang (tak sombong?kekeke). Dengan sape2 je dia nak, siapa2 je agah2 dia mesti dia ketawa look like macam dah lama je kenal. Ish ish ni yang suka ni baby cepat mesra ni.ngeheh. Gara2 comel ala2 baby mason (bagi aku laaa), sampai aku panggil dia bukan dengan nama dia tapi aku panggil dia "Aby Acon". Camno nak sebutnya? Kau pelatkan aje sebutan Baby Mason, jadi la 'Baby Acon' tu. Hahah. Kalau orang yang tak pernah kenal Baby Mason mesti ingat aku kata "Baby beracun". Wakaka. Jom la tengok gambar dia yang lain2.










Budak ni berjantina lelaki ye tuan puan. Hahah. Dah tersampok dengan perangai mak Seung Jo ke apa ni? Waakkaka. Kalau yang pernah baca review atau pernah tengok Playful Kiss mesti faham apa yang aku maksudkan.hoho.. Yaa, Baek Seung Jo!!! (adik aku n aku jerit kat dia). Oh ye inilah kali pertama dan terakhir aku pakaikan dia headband ni. Saje je tebiat kejap.





z







Semua gambar2 di atas aku yang amik. Guna kamera phone of course sebab tu tak cantik sangat. Takpeeee, yang penting subject.hehehe. Pandai aku agah dia supaya dia senyum dengan aku (kamera sebenarnya) dan pandang tepat ke arah kamera

Ada peristiwa aneh pasal budak ni. Sepanjang berkepit dengan budak ni selama 4-5 hari so aku tahu sedikit sebanyak pattern dia nangis macam mana. Sama ada nangis tak selesa (sebab pampers penuh), nak susu, sebab panas, atau nak dukung. Selalunya dia nangis jenis yang merengek-rengek, dan kejap2 je dan tak kuat@tak beria pun.

Ada suatu malam tu. Dalam nak dekat2 pukul 7 camtu (dalam 6.45 kot). Dia nangis semacam. Macam sayu+sedih gila (memang lain dengan cara dia nangis macam selalu). Loud. Tanpa henti walau sekejap. Dia behenti pun time ayat Al-Quran dipasang melalui phone tapi kejap je dia berhenti (dalam lebih kurang 20 saat je) pastu dia sambung nangis balik. Memang lama la dalam 30-40 minit camtu. Macam2 ikhtiar dibuat. Bagi susu la, tidurkan dalam buaian la, dukung la memang tak lut, dia continue nangis type2 macam sayu+sedih tu. Sampai tersedu-sedu dia (sebab nangis lama sangat). Lepas lebih kurang 30-40 minit tu pakcik aku bawak budak ni jumpa ustaz kat kawasan tu. Guess what? Ustaz tu cakap ada 'benda' ikut dia dan nak berdamping dengan dia. Kita assume saja dia comel jadi dapat menarik 'benda2' lain sebab kat rumah tu ada je budak kecik lain tapi takde pulak jadi benda camni. Ustaz tu cakap benda tu ada gigi 4 batang, baju hitam, seluar putih. Nak tengok? Dia kata. haha. Meremang la bulu roma makcik aku tu.hoho. Yang pergi sekali tu kata sepanjang pergi rumah ustaz tu budak ni nangissss je. Bila sampai , ustaz tu sapu je air yang dah 'dibaca-baca' ke muka budak ni, sekelippp mata budak ni senyap tak nangis dah. Dia ada bagi air yang dah dibaca-baca dan kata kalau jadi lagi, baca ayat 3 Qul+ayat kursi dan sapu ke muka dia (especially mata dia). Supaya Allah tutup pandangan mata dia daripada nampak benda2 yang tak sepatutnya dia nampak.

Nak dijadikan cerita malam esoknya, terjadi lagi benda ni. Pastu dalam 15 minit macam tu dan aku tengok type dia nangis jenis macam sayu+takut+sedih (macam semalam) so aku suggest buat macam ustaz tu cakap guna air yang ustaz tu bagi. Zasssss sebaik sahaja air itu disapu ke muka dia, sepantas kilat budak nii senyap pastu pejam mata+dalam proses nak tidur padahal baru je sesaat sebelumnya menangis bagai nak gila. Kesian gila tengok dia nangis macam takut sangat. Aku rasa mungkin 'benda' tu just nak main2 agah2 cak cak dengan budak ni tapi sebab keadaan fizikal 'benda' tu yang 'luar biasa' buat budak ni takut dan nangis ketakutan.

Orang kata budak kecik senang nampak benda2 macam ni. Especially time maghrib or nak dekat2 maghrib. Kalau jadi kat saudara terdekat korang, cepat2lah bawak ke pihak2 yang sepatutnya. Ciri2 nya, nangis time nak dekat maghrib+nangis pattern lain daripada biasa+berterusan lebih daripada 10 minit.


NI NAMANYA AMBIL BERKATTTT. HAHAHAHA. Kot la anak aku nanti ada terkena badi Baby Mason keee. Mak budak ni peminat Baby Mason jugak. Hari2 masa mengandung tengok muka baby Mason dalam laptop dengar ceritanya. Entah2 ada terkena badi sikit2 tak. HAHA. Pandai2 je aku. Oh ye, ini nana yang amik gambar ni. Ish ish tak pandai dia umpan budak tu untuk pandang kamera

Orang kata laaa, kalau dua2 mak dan ayah gorjes, anak jadi biasa2. Tapi kalau salah seorang (mak cantik tapi ayah biasa2 atau mak biasa2 tapi ayah hensem), anak tu akan jadi comel yaamatz. Mak biasa2 ayah pun biasa2 tapi anak comel gila pun boleh jadi jugak (kadang2). Hipotesis ni aku kaji sedikit sebanyak. Setakat ni semua yang aku perhatikan adalah betul. Cuba korang pulak perhatikan. Neway, sekali lagi, ianya tertakluk kepada mata yang melihat dan pandangan masing2 jugak kan =)

p/s: Until now, Baby Mason masih kekal the most cuttest baby in the world in my point of view. Baby Mason, kenapakah anda comel sangatttttt.

Just make it short.

1) Laptop dah masuk virus!!! *cry at the corner*. Taubat lepas ni tak mau transfer apa2 atau berhubung apa2 dengan laptop nana dah. Laptop aku jadi kucar-kacir sejak broadband aku dia guna kejap dulu kat laptop dia. Broadband a.k.a USB ni pun boleh pindah virus eh jangan tak tau. Bebudak u ni kalau tak menternak virus dalam lappy memasing memang tak sah eh (aku dulu zaman u pun camtu gak.Lalala~). Dia dah lama format lappy dia dah, aku je tunggu takleh start (kira dah tenat habis la tu) baru nak gi format. Sob sob abis la semua variety show SS501 yang aku susah payah download kat lappy aku tu. Mpick tu dah la appx 60 episod. Tu baru MPick, yang lain2 lagi. Ish menyesal tak transfer kat tempat lain dulu. Baru ingat nak simpan buat perkasam. Uwaaa, pasrah je la. Takde benda di komputer akan kekal. Format lappy ah pasni. Huhuhu...

2) Aku baru balik dari bercuti di kampung. Sebab tu tak menghilang 4-5 hari ni. heheh. Baru ingat nak cerita sket2 pasal cerita 4-5 hari lepas sekali lappy buat hal terpaksa la aku tangguhkan dulu. huhu...

3) "Meaya, meh sini ayah nak tanya ni. Hari tu ayah takde sape bagi dia makan? Ada orang bagi dia makan tak? Makan kat mana? Dengar tak ayah tanya ni.... Ala kesian dia takde sape nak bagi dia makan eh. Ala ala ala, dia buat muka kesian yeee"-Ayah berkata kepada kucing aku bernama Meaya sambil mengusap-usap kepala Meaya. Alololo comel plak aku dengar ayah aku bercakap-cakap dengan kucing sensorang ni. Melepas rindu la tu. Masa kat kampung memang ayah aku asyik teringat-ingat je kucing2 kat rumah aku ni takde sape jaga. Lepas je memasing pandai2 la diorang cari makanan sendiri. Memang 3-4 kali la ayah aku mengeluh "Apa la nasib kucing2 kat rumah tu. Kesian pulak (pastu keluarkan bunyi macam mengeluh tu sambil buat muka risau)." Aku usik ayah aku "Habis la kucing2 kat rumah tu. Pepang tu dah la lurus bendul, tak reti cari makanan sendiri. Nanti balik2 kang entah2 mati kelaparan" Hohoho, sajeee je nak menyakat ayah aku padahal aku rasa kucing2 kat rumah aku ni jenis independent tahu cari makanan sendiri kalau kitorang takde kat rumah balik kampung ke apa ke. Bukan jenis2 kucing yang manja yang duduk dalam sangkar bajet kucing mahal takut orang curi tu. hahaha.

4) Buat pertama kalinya aku takleh tidur selagi tak tahu result Final pertama Piala Suzuki 2010 ahad lepas masa malam perlawanan final pertama dengan indon tu. Mimpi apa tah tetiba macam berminat gila dengan Piala Suzuki kali ni. Ialah, permainan Malaysia macam bagus la kali ni macam magik apa tah boleh kalahkan Veitnam yang terer tu sooo, rugi sikit la kalau tak tengok. (Malaysia kan,negara sendiri so bangga sikit la paling tidak pun. Piala EPL ke,MU ke, Chelsea ke apa ke memang semua tu aku tak berminat nak amik tahu langsung kot.hoho..).Terusss aku mesej beberapa kawan aku tanya siapa yang menang. Almaklumlaaa, tibi kat kampung aku tu ala2 tenat sikit, tv3 je yang boleh ditengok. Bagus betul kawan aku tu. Bukan setakat kasi tau result, sikit punya detail dia cerita. Woahhh Malaysia menang Oh!!!!! Ok, gudluck kepada team Malaysia yang akan lawan di indon pada final Rabu ni (eh eh, malam ni la kiranya) especially Norshahrul & Safee. Kalau takde dua orang ni aku rasa macam mustahil sikit Malaysia mampu ke akhir. Dan pedulikan tekanan psikologi yang akan dihadapi kat negara sana tu. Poyo eh. Fanatik namampus penyokong negara tu. Belum lawan lagi (baki 90 minit perlawanan) dah boleh nampak ke-poyo-an dan kefanatikan yang terlampau. Bila kalah yang final 1st tu, cipta pelbagai alasan yang tak logik diterima dari sudut sains. Ok la sebelum aku bercerita lebih panjang ada baiknya aku tamatkan di sini. Hahah, tetiba jek kann. Ok bye!

sekian: Live dari lappy nana

Random-ness

1) Gambar yang belum diupload





Korang kenal tak artis di atas? Aku memang tak kenal la sampai la mak aku beritahu, tu la Roh*n* Jal*l. Eh eh takyah la kasi nama penuh tak pasal2 je dia sampai blog aku kang. HAHA. Sedara makcik aku yang jemput dia datang nyanyi kat majlis kawen sepupu aku yang lepas. Aku post gambar dia ni sebab aku teringat muka depan paper bahagian Utusan Mega (lamaaa dah) ada featured muka dan berita pasal dia ni. Tajuk apa "Saya tak cucuk botox untuk kelihatan cantik". Begitu lah tajuknya tak ingat pulak tajuk yang sebenar-benarnya. Tapi isinya ada la kata yang dia kata dia tak mainlah cucuk2 ni. Kecantikan semulajadi la kiranya. Tapi aku tengok hari tu serius macam 'tak asli' je. Biasa la, standard jawapan artis kan. Orang sekarang tak macam dulu, da boleh menilai

Masa kat sana kan, tak putus2 orang amik gambar sekali dengan dia. Heran aku. Diorang2 ni semua minat dia ke? hoho.. Aku takde la nak amik gambar dengan dia bagai ni. Macam aku pernah cakap, kalaulah ada artis Malaysia yang aku teringin nak bergambar sekali pun, the only is, Siti Nurhaliza je kot =D

Bila lagi nak tengok muka mak aku macam ni? Hehehe, tumpang lalu mak...

2) Macaroni Cheese



Kenapa laaaaa Macaroni Cheese kat SR sedap gila????



3) Tentang Mayonis

Before ni , mayonis yang sedap yang pernah aku rasa ialah yang Burger Otai pernah guna dulu, jenama apa tah lupa daaa, tapi jenama dari negara New Zelen la. Ayah aku kata tu mayonis mahal. Patut laaa sedap. Sebab kalau setakat Lady Choice&Mayo, memang aku takde la beria sangat. Memang masa tu asyik teringat-ingat je burger Otai, asyik nak beli selalu. Tapi sejak bila tah aku macam dapat detect yang diorang tukar mayonis lain (mungkin Lady Choice&Mayo, mungkin nak jimat kos),rasa 'umphhh' dah takde. Rasanya biasa2 je so sejak tu aku dah tak addicted dengan Burger Otai dah.hoho


Tapi mayonis Kewpie ni lagi best la daripada yang jenama New Zelen tu. TERBAEK la mayonis ni. Sedap gila ok!!! Bila makan, rasa tak cepat muak, tak masam macam jenama tempatan. Aku ada buat research sikit pasal mayonis ni. Jenama tempatan lebih ikut kepada jenama western, rasa macam masam2 sket. Mayonis Jepun ni unik sikit sebab rasanya lebih kepada sweet (bukan manis macam taruk gula ok, tapi 'lembut' dan tak masam).Good good je rasa dia.Yang pasti unik dan best lah. 'Feeling' je bila makan. HAHA. Mak aku pun kata mayonis ni best. Patut la aku rasa mayonis yang selalu guna untuk sushi tu lain je . Rupanya Japanase style punya mayonis. Mayonis ni boleh dijumpai di mana2 pasaraya (aku beli kat Giant). Harga untuk 310 ml ni RM6.40 jeee.

4) Gel eyeliner


Baru beli kat Guardian tadi.Gara2 kurang berpuas hati dengan yang aku beli online tu. Nak beli the best brand of Gel eyeliner iaitu Bobby Brown tak mampu, amik yang biasa2 je laaaa.



Murah2 pun berkualiti yawww. Tengok, tak smudge langsung.Cepat kering pulak tu. Kalau yang ni pun aku rasa best terbaik kebabom,tak tahu la betapa bestnya kalau pakai Bobby Brown .hohoho..


Ni mata nana. Mengaplikasikan teknik cat-eyes pada matanya..

Oh ye, memandangkan ianya water-proof, nak hilangkannya tak semestinya kene guna make-up remover. Guna johnson baby oil pun boleh.



Info ni aku tau daripada blog2 & pengalaman orang ramai. Aku test memang betul pun. Adik aku letak tiga-empat titis kat tisu dan sapu sikit2 je dah bleh hilang takyah sapu hard2 sangat sampai sakit2 mata. Wahhh, cara yang sangatttttt murah dan effective. Tau harga minyak ni berapa? Kat Guardian RM2.40 jeeee. Harga make-up remover berapa? HAHAHA. RM16.90 jenama Maybelline yang aku sempat tengok tadi . LOL