Pages

Bila Cinta

So far, kalau ada anugerah lagu OST terbaik untuk drama/filem malaysia, memang aku bagi kat lagu ni lah ---> Bila Cinta-Lagenda Budak Setan OST. Personally aku rasa LBS takde la best mana. Ni yang aku tengok versi drama kat Astro la bukan hok yang filem tu. Korang rasa best ke? ahaha. Aku rasa yang bestnya kat part ost/lagu ja. hahah.. Serius bosan. Jalan citer nampak lembab, slow namampos. Ni yang suka citer ni, suka sebab memang rasa citer tu best ke sebab lagu best giler ek? Confius aku. haha. Cuba bayangkan kalau lagu OST nya tahap 'biasa2' , ada tak yang kata best? hoho.. Kot la ada yang bias ke apa, lagu best so secara tak langsung cerita pun claim best jugak padahal biasa2 jek. Macam cerita yang tak best dikaburi dengan lagu yang best gila. haha. Tapi semuanya terpulang kepada personal preferance masing2 kan.

Korang pernah tak rasa citer gila babeng punya best tapi lagu OST 'biasa2 je'. Best tu best la jugak tapi still tak leh celen lagu yang korang rasa best gila namampos tapi ceritanya 'biasa2'? Hahaha. Aku banyak kali rasa macam ni ^^, (antara cerita korea lorr haha aku suka banding2 kan antara citer2 korea yang aku tengok, mana jalan citer best, mana yang lagu best giler tapi citer biasa jek.haha)



Ada dua intro eh lagu ni? Br sekarang aku tahu.LOL. Aku suka giler intro yang type camni. Macam 'rasa something' je bila dengar. heheh. Kalau tak silap intro ni versi perempuan. Err tak ingat plak sape nama perempuan tu tapi bukan versi Gio la..

Biasanya orang kalau buat piano cover, mesti akan gabungkan vocal+minus one sekali. Kadang2 macam tak best la sebab kadang2 aku just nak dengar versi minus-one jugak. How awesome is? Hehehe. Jarang kot kat YT yang aku jumpa yang buat versi minus one.


Err ni aku kasi contoh versi vocal+minus one. Bukan vocal=suara eh. Dia macam music sheet yang kau tak payah nyanyi nak dapatkan beat dia. Dengar je dah boleh tahu lagu apa/da bleh dapatkan rentak lagu. Dan biasanya orang yang belajar guna ears mostly akan mainkan cara macam ni..


Ni versi minus one. Jarang sangat tengok orang main piano cover menggunakan melody minus one. Bravo to budak ni. Dia lelaki umur 17 tahun kot tahun ni. Yang ni kene nyanyi untuk kenal/dapatkan betul2 rentak dia.Dan aku rasa, dia punya agak close dengan yang sebenar.



Ni pun bravo jugak. Seems like dia cuba pisahkan vocal+minus one. Yang vocal, play by decoder (seruling???) , minus one play by keyboard.

Pendek kata aku suka giler la lagu Bila Cinta ni.Sekian

Wasiat?

Benda ni dah lama blogger2 sekian terfikir cuma aku je belum terfikir lagi.

Guys, esp2 blogger, can u imagine someday when u're suddenly gone, what happen to your blog? Adakah bertukar menjadi blog berhantu? HAHA. Sebab blog tinggal kan. Macam rumah yang pemiliknya dah meninggal dunia takde sape duduk maka jadi rumah tinggal. Tak ke seram?

Sebab biasanya, kalau dah berblog ni sure ada rakan alam maya yang sentiasa berhubung sekali tetiba menghilang tak ke pelik tu.hehe. Pulak tu kalau tetiba simcard aku musnah terjatuh dalam air ke apa, tak boleh access langsung, nombor2 dalam tu semua hilang, mampuih kawan2 aku tak tahu ke mana aku menghilang. Hamboihh jauh pulak imiginasi aku ni kan.

Ramai mengambil inisiatif memberi password2 kepada orang2 yang dipercayai. Kalau ikutkan aku boleh je bagi password kat adik aku tu haaa, tapi tau2 je la, ada sesetengah entri yang masuk draft (sama ada yang pernah publish atau belum) so macam segan sikit lorrr. Muahaha. I think i need to clear (read:delete) segala entry2 yang kat dalam draft. OMG aku baru check tadi. Entry draft dah sama banyak dengan entri yang dah publish! haha. I really need to clear everything neh.

p/s: Nana, nanti bila2 aku bagi password&email blog aku kat ko nanti kan, silalah simpan dalam kepala ok tamau main lupa2 ok! Kot la jadi apa2 kat aku ke, silalah buat entri yang berpatutan untuk information kepada reader blog aku ye. Maklum la, kang ada orang tanya "Akak, kat mana nak cari citer korea murah tu ye" sampai mesej2 kat FB tak bereply, kesian plak kan tunggu lama2 takde respon. hehehe

F.A.R.A.H.I.Y.A.H

So sorry sebab terlambat 2 hari wish kat awk

Farah...

Ingat lagi perkenalan kita? Darjah enam, tapi masing2 ignorance.
Ingat lagi bila kita start rapat? Form 1.
Awak tau, sebelum kenal dengan awak, saya tak pernah ada best friend tau. Sebab masa sekolah rendah saya ni bercirikan ignorance sikit, langsung tak pedulikan orang. Yang saya tau, tegur orang secara rambang, belajar, sit exam, balik rumah. That’s it. Sampai masuk Form 1 pun terbawak-bawak perangai tu sampai la the moments awak tegur saya kat kantin. Macam terbukak je hati nak berkawan dengan awak.

Ingat lagi masa Form 3, ada someone (girl) yang nampak macam nak rapat dengan awak? Setiap kali waktu rehat, mesti dia tarik awak dari kami pastu berborak sampai la habis waktu rehat dan awak kurang masa dengan kitorang. Sebenarnya saya langsung tak kisah. Sebab saya rasa ‘dekat’ dengan awak so saya tak kisah awak rapat dengan sape2 pun. Bila geng2 kita usik2 awak rapat dengan dia, awak mesti perasan kan yang saya the only yang tak pernah mempersoalkan kerapatan awak dengan dia.

Sampai la saya dapat tawaran ke sekolah lain, kita bertukar surat. Awak tahu, saya tergelak tau baca surat awak, sebab tak sangka yang awak memang ‘care’ dengan saya. Awak minta maaf kalau kerapatan awak dengan dia buat saya terasa. Sangat tak sangka yang awak masih memikirkan perasaan saya walaupun saya tak pernah mempersoalkan. Saya langsung tak terasa awak ;)

Seingat saya, sekali je yang saya buat awak terasa. Masa birthday awak dulu. Yang saya amik gambar awak curi2 tu. Saya harap now atau kemudian saya takkan buat awak terasa lagi. Sebab saya boleh menangis tau kalau saya tau awak terasa dengan saya.


Jarak memisahkan kita. Saya di Perak-Kedah-KL, awak pulak all the time kat Johor. Awak tau, walaupun kita jarangggg sangat berhubung, jarangggg sangat berjumpa (for more a year?) tapi dalam hati ni tetap reserved satu tempat untuk awak tau. Sebab tu saya rasa tak pernah jauh dengan awak, sebab awak dah berada dekat dengan hati saya.


Ada kawan, yang kita terbiasa berbual hal2 'general'
Ada kawan, yang kita senang berbicara dari hati ke hati
Ada kawan, yang constantly nasihatkan kita berkait ugama
Ada kawan, yang kita sering berbual hal2 mengujakan/minat
Ada kawan, yang kita selesa to be with, rancak berbual non-stop
Ada kawan, yang suka belanja kita macam2 terutama bab makan2
Ada kawan, yang tegur kita untuk perkara2 random seperti "Nadia suka kasut eh"
Ada kawan, yang mampu detect ketidaksihatan kita hanya dengan mendengar suara
Ada kawan, yang pandai bergurau sentiasa buat kita ketawa, cas positif die tak pernah padam
Ada kawan, yang kita tak berhubung dengan dia selalu tapi kita tahu deep inside hati masing2 masih reserved satu tempat khas untuk dia yang takkan berubah sampai bila2

Kredit: Diya



p/s: Siapa kata kawan baik itu terhad kepada satu jenis sahaja? Tak semestinya kawan baik itu adalah yang kita selalu jumpa, yang selalu lunch sama2, yang selalu contact etc etc. Come on, don't be too rigid to define 'best friend' please. And i'm proud the fact that i have a best buddy yang tergolong dalam macam2 jenis . =)