Pages

Bakal mertua tak jadi

Tadi pergi rumah bakal mertua tak jadi. HAHAHHAHA. Ingat lagi kisah yang aku pernah cerita tu? Kisah risik-merisik tu. Budak lelaki tu kawen dah. Aku rasa orang yang dah lama bekerja ni memang jenis fikir kawen kot. Tak kisah sape2 asalkan kawen. Tak kenal pun takpe, rembat je sesape janji kawen. Tambah2 lelaki. Huahuahua..

Bila tengok dia bersanding tu, kepala aku tetiba terbayang aku yang bersanding dengan dia. Hualamak advanced nya imiginasi aku ni kan! Ye la, kalau aku bersetuju dengan cadangan mak&ayah aku aritu memang aku la yang bersanding tyme tu. Tetiba erkk, aku rasa geli boleh? HAHAHA. Rasa geli dengan imiginasi sendiri. Maklum la, dengan orang yang tak kenal dan tak suka, hensem ke tak hensem ke tetap rasa geli. Rasa euw euw. Cuba kalau orang yang kita kenal dan interested skit2 (muehehe), tak hensem pun kita kata hensem ;)



Hahaha dah dah. Tu je benda yang aku nak citer.

Wordless Wednesday #2


kredit:tumblr

yangakutakfahamkadang2orangsekelilingyangdokrisau2lebih2pasalakumehakunaktepekayatnikatdia

Menyelami perasaan penghidap HIV

Buat pertama kalinya, air mata turun laju ketika membaca tulisan orang di alam maya. Luahan hati blog seorang lelaki yang telah beristeri dan ada beberapa orang anak dan penghidap HIV positif. Membaca bait2 penyesalan yang menunjukkan dia telah insaf dari kejahilan zaman silam dan kembali ke tikar sejadah, kembali mengenal Tuhan. Membaca luahan ketakutannya yang sudah mula menghadapi tanda2 pesakit HIV yang mana berpotensi untuk ke peringkat pesakit AIDS. Membaca betapa risaunya dia takut penyakitnya berjangkit kat isteri&anak dan langkah2 pencegahan yang dibuatnya. Sedihnya. Turutan kata-katanya membuatkan aku lebih tabah menghadapi hari2 yang mendatang. Rasa diri ni sangat bertuah kerana tidak dipilih untuk menghadapi ujian yang paling ditakuti oleh setiap insan bergelar manusia.

Selalunya kisah ni aku tengok dekat tibi je. Tak pernah pulak ada orang terdekat aku penghidap HIV. So bila baca blog orang secara real ni, rasa sayu semacam.huhu..

Kita selalu rasa kenapa la malang/tak bertuah nya kita sekian2. Asal ada dugaan/cabaran sikit mulalah merungut. Tapi kita tak sedar ada orang yang 1000 kali lebih malang daripada kita.