Pages

Terima kasih Tuhan.

Kerana kurniakan aku ketabahan itu....

Apa-apa aje

1) Haish bahaya dapat bos yang playful suka bergurau ni. Kadang2 tak boleh nak detect, sama ada dia sedang bergurau sesaje atau nak perli aku. Reaksi aku? Sengih je la. Apa lagi yang mampu aku buat? HAHAHA

Kalau melibatkan aku dengan dia ok lagi tapi bila melibatkan orang lain yang buat aku tak senang duduk ni. Kengkadang saje je dia ‘mengangkat’ (puji kerja) aku secara terover-over depan semua orang padahal aku dengan dia je yang tahu (orang lain tak tahu sebab tak berada di tempat kejadian) yang sebenarnya apa yang dia cakap itu palsu belaka. Tak kisah la kan, tapi malu kat orang la kan, kang orang memang ingat aku terer/bagus betul, tak tahu yang bos aku tu main2 je.

2) Sekarang ni aku gigih pakai menda2 yang menghalang sinaran UV . Cehhhh. Bukan apa, sini sangat panas okeyh. Maklum la tepi laut. Kang bertambah tan muka aku yang sedia tan ni. Dah la dulu kene komen ngan housemate dulu kata muka aku macam hangus (sebab berbeza dengan leher). Adoyaiiii aku taknak jadi rentung plak kang!

3) Hari tu Deprtmnt of Stndrd M’sia buat audit untuk lab aku. Tak ku sangka nangka menjadi cempedak. Eh?

Aku ingatkan susah gila la rupa2nya end up dengan smooth terlebih-lebih sampaikan rasa macam nak gelak gila how come benda sepatutnya susah tetiba jadi senang. Rasa nak gelak HAHAHAHAHAHAHAHAAHAH gittew.

Merudum

Kesihatan aku merudum ke paras terendah. Aku rasa ini la yang paling teruk yang pernah aku alami sepanjang 24 tahun berhidup

1)Demam, panas. Rasa macam nak minum & bermandikan air sejuk sentiasa

2)Batuk kuat. Kadang2 sampai mengeluarkan air mata sebab sakit sangat . Kadang2 bunyi yang terhasil macam aku nak muntah pulak padahal tak muntah pun. Dasyat kan bunyi batuk aku?

3) Sakit tekak

4)Selesema.

Macam package. Alhamdullilah sakit tekak dah pulih.

Antara tiga ni, aku nak sangat2 no 2 pulih. Sebab? Aku taknak 'sakit' aku 'menganggu' orang lain. Aku taknak orang sekitar aku tahu yang aku tak sihat. Bunyi batuk aku kurasakan sangat menganggu orang lain! Ubat batuk dah nak hampir habis sebotol. Camne? Tak larat nak telan ubat batuk banyak2. Setiap kali makan mesti rasa ngantuk pastu nak tido. Kalau time keje camne? Cam lalok2 je takleh beri tumpuan.

Dengan kesihatan yang tidak menentu. Dengan masalah kerja lagi, buat aku rasa kelam-kabut. Syukur aku tidak ditimpakan penyakit yang lebih serius.

p/s: Sory terpaksa bertukar link untuk seberapa kalinya. Atas sebab yang errrr... panjang ceritanya. T______________T. Ada sesuatu dalam hati yang mengatakan ini adalah link blog yang terakhir, insyaAllah tak bertukar ke lain dah. Listen to my infinite secret. Tiada n_d_a mahupun a_y dalam link. Ikutkan hati aku nak delete je blog ni , dah malas dah. Tapi sayang dengan 'kenangan' yang tersimpan di dalamnya, maka aku kekalkan ia.

p/ss: Orng kalau tak sihat selalu emo kan? Cis sungguh.