Pages

Love of Music


Dulu aku pernah cakap, lagu2 best kat Malaysia ni banyak yang best2 music nya tapi lirik semua berkaitan pasal frust/putus cinta saja. Lagu2 positive ada tapi tak banyak... Boleh kata rare la susah nak jumpa. Aku perasan lagu Siti Nurhaliza sejak2 dia kawen dengan Dato’ K semua lagu dia dah berunsurkan postive dah takde pasal frust/putus cinta. Postive tu contoh nya harapan dia ke arah perkahwinan yang bahagia, dia terjemahkan dalam lirik2 lagu dia. 

So aku mengharapkan banyak lagi lirik2 positive yang akan muncul dalam lagu tapi malangnya tak hahaha. Redha la nak janji telinga layan. Tak pasal2 bila aku tgh obsess dgn lagu tu, kene cop frust 🤣 Heyy aku kalau suka lagu sebab music okay bukan lirik. Sebab tu aku boleh suka lagu Korea walaupun tak faham maksud, hanya dengan music aku boleh obsess kot 😂




Lost Hope in Love





I always wonder how two person who seems deeply in love with each other can lost their way and go in separate way? Like in love gila2 kot mcm maut memisahkan tiba2 eh eh dah tak bersama.

I always believe any problem in marriage can be solve as long as 2 people work on it. 2 orang yang mahu memulihkan keadaan, 2 orang yang berusaha utk buat apa saja untuk selamatkan marriage. Unless one of the person dah hilang hati & stop all the effort la kot? Or maybe one of it dah buat kesalahan yang menghilangkan trust di pihak satu lagi. Or maybe dah beralih arah. Ataupun abusive marriage?

Sad. To see all the broken marriage. Esp kalau start2 pun with deeply in love with each other kan.

Fact




Alamakk.. Hahaha. Terasa lak baca post ni 🤣

Aku imbas kembali zaman U aku. Memang langsung rak terfikir nak mencari jodoh. Like langsung tak terlintas kot. Kenal2 lelaki as kawan lelaki pun tak. Hahah.  Maybe aku rasa bukan masanya kot? Aku macam ada mindset dalam kepala aku yang kalau boleh kawan dengan perempuan kenapa perlu kawan lelaki haaa gitu. Bagi aku lelaki ni perlu untuk jadi suami je 🤣🤣🤣 Kalau tak terfikir nak kawen, mana mungkin aku terfikir nak berkawan dengan lelaki kan. hahaa.

1st masuk alam pekerjaan memang cabaran besar sgt bagi aku. Bila mana aku perlu bergaul dengan lelaki2 ni as if bergaul yang baik supaya dapat bekerja dengan baik, selesa dan tak awkward. Memang mencabar! Sebab aku tak reti dan sumpah tak reti. Aku try ubah cara aku supaya bolehlah build rapport ke apa. Tapi aku start cara salah kot. Sampaikan ada orang tertentu yang maybe aku terlebih mesra ke taktau la, sampai orang tu boleh luahkan perasaan kat aku cakap kalau dia kenal aku lebih awal mesti dia pilih aku dah. Dia cakap aku kelakar pastu cepat mesra bla bla apalagi tah x ingat. Aku was like whattt?? Gila ke apa laki orang cakap macam tu. Masa tu aku ingat balik memang aku selalu melawak-melawak dengan dia gelak2 tapi tu utk fun2 hilangkan boring camtu. Mana ada gedik2 ke apa. Lawak kasar adalah. Termasuk mengumpat pasal boss. 

Start dari tu aku fikir2 balik. Salah kot cara aku. Mungkin terlalu over bergurau. Aku try control balik pergaulan aku sejak dari peristiwa tu dan hasilnya aku sedikit awkward dengan lelaki balik kecuali dengan orang yang aku selalu bercakap or deal la tapi tu pun aku control gak, dah tak semesra macam dulu.

Aku pernah cakap ngan best friend aku Sya, kalau dengan laki orang esp yang tua2 40-an or dekat2 40-an ni aku senang mesra sikit berbanding dengan orang single muda bujang trang tang tang. Dia pun nampak hal ni. Sya sound aku, apasal aku tak apply cara yang sama dengan lelaki single bujang mana tau lekat boleh berjodoh 😅 Bukan sbb aku suka ke apa ngan laki orang (aku kalau suka orang , of course bukan laki orang, mmg aku akan ada rasa malu2 skit, xde makna aku nak gurau over ke apa. Perempuan kan, jumpa lak orang kt suka, haruslah malu, gituhhh) tapi sebab aku takut laki single ni fikir aku nak try diorang ye la single lagi kan. Tapi x sangka lak hat laki orang pun perasan sama. Hadoii memang pening. 

Tapi tu la, sebaik-baik aku dengan lelaki kat tempat kerja pun mmg mind set aku utk memudahkan kerja je, habis je kerja memang aku takde nak extend berkawan-kawan kat luar hahhaha macam aku ckp la, kalau boleh berkawan dengan perempuan kenapa perlu ada kawan lelaki. Kawan dengan lelaki bagi aku leceh sebab aku perlu control2 pergaulan. Nada cakap terrendah sikit je diorang fikir apa dah, gedik ke apa taktaula. Kawan dengan perempuan senang, ko nak over pun takpe sbb diorang perempuan. Bagi aku lelaki dan perempuan kawan baik macam mana pun tetap ada batas. Dah satu hal kene control2 😂

Tapi kalau gurau over dengan nana ke fiza ke (kakak & adik) la paling best. Diorang dah faham sangat dah, paling2 pun diorang cakap “Bongoklah Angah ni!” Si fiza pulak “Nadia ni bongok tau!” 🤣 Memang lepas tu kitorang akan sama2 gelak (of course aku gelak paling over). Aku memang suka usik fiza & nana ayat2 yang diorang takkan terfikir keluar dari mulut aku 😂