Pages

Kad matrik oh kad matrik !




kedudukan lampu flash ni memang strategik betul :D



Petang tadi saya dengan Sya kene tegur dengan seorang guard(kitorang gelar dia pakcik misai). Dan sebab tu la boleh terkeluar pasal entri kad matrik ni



Antara peraturan kat UPM (yang susah student nak ikut,yang selalu student protes tak puas hati)



1) Tak boleh pakai seluar jeans
2) Wajib pakai kasut bertutup
3)Wajib pakai kad matrik




Actually peraturan no. 1 dan no. 2 tu memang kebiasaan untuk student melanggarinya. Terlalu biasa. Selalunya pak cik misai je yang selalu tegur. Guard lain buat donno je.Tapi peraturan no 3 tu jarang orang tak ikut, tapi saya+kawan saya selalu tak ikut. Saya ni macam mempunyai satu tabiat yang tak suka pakai kad matrik. Tak tahu kenapa(susah nak explain). Walhal saya rasa itulah peraturan paling simple sekali dan mudah untuk diikut. Sejak kat matrikulasi lagi. Tyme kat matrikulasi saya hanya bawa kad matrik kalau nak masuk library atau nak outing je. Kalau waktu biasa-biasa tu takde la. Masa kat UPM pulak, setiap kali saya akan bawa kad matrik tapi tak pakai, simpan dalam fail je. Kalau kene tegur dengan pak cik misai, baru terkedek-kedek keluarkan dari fail dan pakai. Lepas tu tak sampai 2 minit berlalu, saya akan tanggalkan balik dan simpan dalam fail balik.haha.Tak makan saman punya budak. Banyak kali kene tegur dengan guard(pakcik misai). Siap nak ugut2 saman lagi (melayang rm50 kalau kene saman). Dah dekat 3 tahun kat sini, belum pernah kene saman (sebab tu bermaharajalela.hoho). So, kalau kitorang nak pergi mana-mana, kalau nampak pak cik misai tu, kitorang lari! Takkan lalu depan dia!




Pernah sekali tu saya, Sya dan Nora lepak-lepak kat ada satu tempat ni sementara tunggu start kuliah. Actually tempat tu dekat sangat dengan tempat perkumpulan guard-guard masa rehat. Tengah duduk leka melayani perasaan tiba-tiba mata saya tertancap pada seseorang yang berada jarak agak jauh dari tempat tu mendekati ke arah kami (tapi saya cam dia!). Dia PAK CIK MISAI!!!! Tanpa berkata apa-apa, sepantas kilat saya berdiri dan beredar dari situ. Dan tanpa saya sedari Sya pun membuat aksi serentak dengan saya (tak sangka dia pun perasan pakcik misai,ingatkan saya sorang je yang nampak dia). Kami berlalu serentak tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan seolah-olah macam masing-masing faham sendiri-sendiri tak perlu cakap. Yang paling kesian Nora la. Hahaha.. Dia terkebil-kebil tak tahu hujung pangkal kenapa kami berlalu tinggalkan dia dengan tiba-tiba tanpa memberitahu walau sepatah perkataan. Lama-lama sikit baru dia faham dan turut mengikut jejak langkah kami melarikan diri. Haha.




Ada sekali tu kami kene tegur sebab pakai sandle (tak pakai kasut bertutup.Pakai sandle biasa) masa bulan puasa ari tu. Bila dia keluarkan ayat ni “Lain kali pakai kasut bertutup. Ni bulan puasa, berdosa saya tengok ni. Kurang pahala puasa saya hari ini” tersentap kami ! Hoho. Tapi dia menegur secara baiklah, membebel macam ayah-ayah yang ingin menasihati anaknya. Sebab tu kami selamba je senyum-senyum masa kene tegur dengan dia (sebab kelakar la. Serius kelakar setiap ayat yang dia keluarkan). Minta-minta la dia tak cam kami. Mana la tahu dia ada anak lelaki ke, lepas tu saya tiba-tiba TERbercinta dengan anak lelaki dia ke, lepas tu saya tiba-tiba TERdatang rumah dia untuk beramah-mesra ke, lepas tu dia pun tiba-tiba TERkata la dengan anak dia “Eh, budak tak makan saman ni ko nak buat calon isteri? Reject2!” kah3x. Tak pasal-pasal. =P







Yang saya herannya, masa praktikal kat MPOB dulu ,24 jam kad student (khas untuk student yang buat praktikal kat situ) tergantung kat leher saya ni. Mana taknya, semua pintu kat situ kene scan kad baru boleh bukak. Even pergi masuk toilet pun kene scan kad. Nak pi kuar makan lunch pun kene scan kat pintu keluar. Agaknya kalau UPM buat macam tu, tanpa dipaksa, confirm secara automatic, kad matrik akan sentiasa tergantung kat leher saya. :grin:




p/s: Saya baru cerita peristiwa petang ni dengan rumate saya. Gelak guling-guling kitorang. Mana taknya, dia dapat imagine macam mana reaksi pak cik misai tu terkejut beruk tengok kad matrik Sya tanpa gambar+no matrik (yang tertinggal Cuma logo UPM je (cuba bayangkan, bayangkan). Sampai terkeluar perkataan “MasyaAllah, kenapa dengan kad matrik tu?” Act, gambar dan no. matrik tu diprint atas sejenis plastic nipis(kemudian dilekatkan di atas kad matrik yang keras tu) dan plastic tu senang tertanggal sampai saya kene letak selotape bagi tak tanggal. haha..Sampai sekarang geng kitorang jadikan isu plastic kad matrik tertanggal tu untuk usik Sya..heheh..Jangan mare ea Sya :)

22 voice out:

mun-e said...

hahaha... eh dlu time sy kat upm sy tau peraturan no 1 ngan 3 jek. psl kasut tetutup tu mcm xde plak hehe

ke ade tp sy y xtau eh. sbb sy mmg pakai kasut p class hehehe

wah rindunya tgk kad matrix tu. nape masih xberubah? :D

YUSRIE MOHD YAMIN said...

kamoo memang NAKAL!!!!!!!!!!!!!!!111111

Anonymous said...

masa fiza kt utm pon ada sorang pakcik misai. hehehe... i like kad metrik. hehehe...

Lily said...

uncle yg muke garang tu ke??
tp cute je dia ckp cmtu tegur pasal sandal tu =)
kem slm kat beliau ye klau jumpe,,haha..

Thenadi said...

kalau tak pakai. saman lah gamaknya kan

Thenadi said...

tak pakai. saman lah gamaknya. berkejar2 plak ngan bendahari nak membayar saman plak

Nadia said...

pandangdenganmatahati: peraturan pakai kasut tu memang ada. Maybe sebab murni selalu pakai kasut kot, sebab tu tak pernah kene tegur.heheh.Dan yang rajin tegur pun pakcik misai je, kalau tak jumpa dia kira selamat la.hehehe

kad matrik tu ada perubahan sket untuk batch terbaru . Perkataan 'MAHASISWA' dah bertukar ke 'PELAJAR' =)

budak organik: hehehehhe

fieza: guard jugak ea? memang guard2 banyak ada misai supaya student takut.hehehe

lily: tak nak jumpa dia lagi.wawawa..kalau terjumpa dia tak sah kalau dia tak membebel.ehehe

eclipse: tu la, tak nak kene saman. Tapi selalunya dia ugut je, takkan saman. Dia saman apa-apa yang berkaitan kenderaan je. Parking tempat yang salah ke...

farah, s. said...

ahai. rindu kt kad matrik. (since penah masuk matrik dulu.ngeh3)

taktau pulak upm ade peraturan mcm tu. ingtkan time kt matrik je. skema habis, keluar pakai baju kurung. haha. ingtkan semua u dh benarkan pakai jeans. lol.

yg pasal pakcik misai tu kelakar la. haha. betul tu. kalau terberkenan kt anak dia, br tau! hihihi

Anggerik Hutan said...

aik kat matrik tak berkualiti ker..mase thn 2002 kad matrik upm agak best la sbb leh keluarkan duit kat atm..hehehe pastu siap bewarna cam meriah juga la kad matrik waktu tu..tapi skunk ni cam standard ngan uni lain..nadia awk kn tag..sila jawab yerk:D

Nadia said...

farah: matrik farah wajib pakai baju kurung ea? skema jugak ea..nadia nye matrik dulu boleh pakai apa-apa...jeans tu, aah upm tak leh pakai(seluar slack je boleh). pelik kan?huhuhu

anggerik hutan: ye ke? wah wah wah, boleh jadi kad atm tu..huhu..sekarang ni cam skema je kaler dia. merah,putih, kelabu..huhu..kene tag? nanti saya amik :)

farah, s. said...

oho. matrik kuala pilah. mmg kene pakai bj kurung. sadis betul. xkisah pun. tapi kalau setiap kali keluar pakai baju kurung sedih jugk.haha.

tula pelik. ingt u x strict dgt.

Nadya Heidi aka nadxoxo said...

dulu masa kat utp kalo tak pakai kad matrik kompem kene saman. takde ugut2 nih. kalo bawak kad metrik tp x pamerkan pun kene saman tau. memang gila saman betul pakgad kat utp. hehehe. seb baik kite jenis suka pakai kad metrik di mana saja berada :)

Admin said...

hahha. pak gad utp gile saman. sket2 saman. sampai ramai komplen. tp skrg da x kot. die da makin relak. pakai round neck, selipar, x pakai kad matrik pn diorg lepas. cume sekali terkantoi. mse cucuh rokok kt nk blah bgunan akademik. tp dia suh padamkan je. hehe.

Anonymous said...

HAHHAH
tu laa
sy pn stud UPM gak

mmg sengal
pasal jeasn tu wat dunno sudeyh
yg kat matrix tu
mmg la
nk masuk admin
sure kene sound dlu sbb x
gtung kad mtrix

en_me said...

patutlah negara tak maju, manja sangat takleh kena saman.. uhuhu

Nadia said...

farah: heheh..tu la kalau setiap kali kuar outing kene pakai baju kurung macam sedih jugak.hehehehe


nadxoxo: utp saman ea? hehehe..ok la tu.displin2! kalau kat upm diorang takkan saman. Just sound je. huhu

ubey: hoho. lain kali nak merokok cari la port baik sikit,jangan la depan orang awam nampak tambah2 guard.hahaha

enchekamera: hahah..jangan main2, saya setiap kali pergi admin,pakai kad matrik n kasut bertutup lengkap tau. Biasa la.. Perancangan kene bijak. Awal2 sebelum naik g kuliah, kene decide nak pergi admin atau tak. Kalau pegi kene pakai ikut peraturan la.kakakakaka...

Nadia said...

en_me: hahaha..kalau saman sebab tak pakai kad matrik macam tak berbaloi je =P

Anonymous said...

huhu..skang baru kau bersyukur dapat utp..
peraturan tak ketat sangat..
pekai selipar+jeans pun bole g klas lagi~

kad matrik tu lumrah la..kalau tau jadi PATI nanti

Nadia said...

ok la tu utp tak straight sangat. errr...aku ada taktik la camne nak buat kalau kene tahan, guard tu takkan kata aku PATI .hahahah

nasYa said...

hehhehehhe!!!reaksi muke pak cik misai mmg xleh blah tyme tgok kad matrix kite..hahhahah!!!naseb2 tak kene 'heart attack' jek...wakaka

miSS lyAn4 said...

ady..hahahah siyes pasalkad matrik sya mmg sgt kelakar..haha kite rase kan..citer pasal pak cik misai ni mmg tak der kesudahan laaa..haha igt tak waktu sem awal2 dulu..asal blik je cite kene kejar ngn pakcik misai la...kene marah depan bus stop fak laa..tu suma gara2 malas nk pakai kasut n pakai jeans..hahaha lots more n it will con`t until kita suma da grad..huhu..mesti duk snyum sngsorang bile tingat balik kan t??heee~

Nadia said...

sya: tahu takpe sya...nasib bek tak kene heart attack je..wakakaka

ayie: yup2! tergelak sakan kita kat bilik kan.hahaha..betul2, nanti dah kuar upm mesti asyik dok teringat peristiwa dgn pakcik misai lepas tu asyik dok tersenyum sensorang macam orng tak betul.wakakaka!