Pages

Berbaloi ke?








Detail: For my college's dinner pada ahad malam . 4 hari je lagi (Cehhh, buat countdown lak)





Yang pasti, penampilanku nanti TAKKAN membuatkan mata orang terbeliak ke apa ke. TAKKAN buat orang terkejut beruk. TAKKAN buat orang rasa pelik dengan aku. TAKKAN berbeza dengan aku yang sebelum2 ni. TAKKAN …TAKKAN….Okay, ayat panjang2 di atas membawa maksud yang mudah dan simple. Pakaian atau penampilanku TAKLAH menepati tema sangat iaitu ‘GLAMOROUS TAPI SOPAN’. Tak glemer pun. Biasa2 je. Takde la kalau orang tengok, orang akan kata “Wah!” ke apa ke. Selendang hitam yang besar gedabak ni pun, dengan gigihnya aku jahit pakai tangan sendiri supaya tak kelihatan semak dan menghodohkan penampilanku (nadia menjahit? Fuuuyyyyooo, macam tak caya jek).




Meh sini nadia nak kongsi satu rahsia. Mula-mula memang berhajat nak buat dress ke, gown ke (upah orang jahit. Ala, kata glemer kan), tapi bila aku fikir sedalam-dalamnya, di hati yang paling dalam (eceh!) rasa macam membazir la pulak. Dah lah harga mahal nak m**pus! (Tak lebih RM200 tak sah. Err..Kalau beratus tu kira mahal gak la kan) Tak multi-used plak tu. Maksudnya, pakaian tu hanya boleh dipakai sekali tu sahaja.Event lain takda. Kalau ada pun mungkin 10 tahun lagi yang mungkin design gown sekarang sudah out-to-date. Ataupun mungkin masa itu warna dress sudah pudar. Kang aku pakai masa raya kat kampong, mau melopong orang kampong tengok! Kahkahkah….





Ini berbeza dengan kurung moden or kebaya yang boleh diguna di lain waktu seperti majlis kahwin ke, kenduri kesyukuran ke dalam masa yang terdekat. Dress @ gown???? Lain la kalau aku ada bf ke, boleh la kot nak ber-candle-light pakai dress. miahahahah




Aku rasa kan, sewa baju semata-mata untuk dinner kolej macam tak berbaloi pulak (dengan statusku sebagai pelajar sekarang). Macam membazir. Aku macam pernah dengar (tak tahu kat mana.Kat tenet kot), ada orang sewa baju untuk dinner. Sepanjang pengetahuanku, sewa baju tu around RM200 dan ke atas. Selalunya baju yang ala-ala cam pengantin sikit. Untuk pakai sehari for event dinner tu macam rugi je pulak. Lebih baik beli kain baju yang cantik2 kat Jakel tu, pastu upah orang jahit buat kebaya or kurung moden ke.. Rasanya tak la sampai RM 200. Lepas tu yang bestnya, baju tu jadi hak milik kita. Compare dengan sewa, kene pulangkan baju tu balik pulak . Aiseh.. Kalau event kita sendiri kawen@nikah takpe la kot sewa baju sebab hari tu adalah hari bersejarah kita. Must be perfect dan cantik. Pakai dress pun should be okay. hoho (tu tandanya, aku kawen nanti nak buat dress la..hahaha)






Ada tu aku dengar beli baju dinner sampai RM400 . Mungkin ada sesetengah orang yang tak kisah berbelanja sampai RM400-500 untuk kelihatan ‘berbeza’ pada majlis dinner mereka. Bak kata orang, melaram sakan sekali sekala kan. Its okay. Masing2 ada pendapat yang tersendiri ;)




Oh ye, budget baju dinner aku tu tak mahal pun. Kurung moden je pun. Yang pasti berbaloi. Takde la sampai beratus. Sesuai dengan tema ciptaan aku sendiri “Tak glemer dan quite simple tapi sweet" (Ewahhhh!) Kakakakakkaka.. Giler r..Buat pertama kalinya memperah santan secara direct dalam blog sendiri (tutup muka dengan tangan sket).hahah



Oklah, gurau je. Yang pasti aku nak bergambar sakan. Ah! Tak kira! Kamera! Tunggu aku! Yuuhuuuuu!!!!

13 voice out:

farah, s. said...

hihi nadia. mmg saje xnk tunjuk gmbr full lg ke? hehe kasik saspen eh..hehehe

errr nadia menjahit sendiri? fu-yoh! farah da lame xmenjahit ni, keras da tgn. huhu

errr.. xmo la bazir2 duit sampai ratus beli baju utk annual dinner. smpan duit wat baju kawin lagi bagus.HAHAHA

mase annual dinner farah dlu beli baju murah je, tp org tetap tegur cantik. alah membeli menang memakai. cewahhh. memperah santan jugak kt sini ;p

Nadya Heidi aka nadxoxo said...

bagus2..akak setuju ngan nadia..membazir la spend banyak2 utk acara yg hanya boleh pakai 1 malam je beratus2 lak tuh. isk. tuh x masuk mekap tu kalo mintak servis mekap ish2 baik simpan, sedekah ke..lebih bagus ;)

Nadia said...

nadxoxo: hehe..Melaram kak, biasa lah kak. Tambah2 kalau diorang dah ada income sendiri. Tapi nadia tetap rasa membazir..heheh

Nadia said...

hihihi..Macaam tau2 je farah ni..hahaha..Takde la, segan nak tunjuk before tiba masanya ;)

Farah, nadia jahit selendang je, fuyooo sikit je, kalau menjahit baju baru boleh fuuyyyooo banyak2..hohhooho

Farah kan memang comey, so pakai apa2 pun tetap comey ;)

p/s: Jom tempah dress kahwin ngan rizman ruzaini.hehe ;)

Anonymous said...

diya macam takleh nak figure out camne rupa the whole baju tu. colour dah nice. =)

enjoy your dinner nanti ye, nadia. diya tak join pape dinner sem ni. sibuk dan malas nak melaram. huhu

nadia-ady said...

diya: diya tak join dinner final year ea? Budak2 kat sini aktif ber-dinner. Dinner fakulti g, dinner kolej pun g. Nadia just kene pilih satu event je coz tak larat melaram dua-dua event. Pokai nanti..hoho :D

zureen @ mama said...

Cantiklah..nanti kak zureen hantar baju boleh???Bubuh byk2....

en_me said...

pinjam baju datuk siti nurhaliza.. mesti mancongkamm ghitewww

Nadia said...

kak zureen: Kak, akak lagi lagi pandai menjahit daripd saya. Believe me.Saya jahit selendang je, baju tak pandai jahit.Orang lain yg jahitkan.hehehe

Nadia said...

alahai, kalau dia sepupu saya ke best fren saya ke, dah lama saya pinjam en_me..hahahaha

Anonymous said...

huhu..kan majlis tu meraikan korang, jadi perlu la korang melaram. huhuhu...

Nadia said...

Q: Melaram pun kene berpada-pada ;)

Lovely Emy said...

wahhh jahit sendiri ke.??

kte pun ada dgr org beli rm400, sapa tu.??

kalo xmenang queen of the night mesti dia menangis, huhuuu~!!!