Pages

Tension kemudian bahagia.


Ya Allah, kenapa susah sangat soalan tadi neh? Ya Allah. Ya Allah Ya Allah. Tak pernah aku sit exam soalan yang susah giler nak mati sepanjang 3 tahun aku bergelar student UPM dan sepanjang 22 tahun bergelar pelajar. Dah la subjek yang memerlukan penghafalan yang tinggi. Berlambak pulak tu. Banyak giler proses-proses yang perlu dihafal yang confirm akan merencatkan urat saraf kalau dihafal secara total kesemuanya. Nanti tak pasal2 aku meroyan masuk Hospital Bahagia. Memang tabik spring la siapa yang hafal kesemuanya itu.




Kadang2 faham memang faham. Dah baca berulang kali mesti faham punya, tapi subjek ni memang tak leh lari dari penghafalan. Faham lah macam mana pun , kalau tak hafal memang tak boleh jawab. Apasal la lect tak bagi hint. Subjek yang lepas (ala-ala subjek Petrokimia tapi yang basic punya) pun susah gak tapi at least mereka bagi hint. Hint tu bukan bermakna mereka bagi soalan apa yang keluar sebijik2. Tapi tajuk kecilnya. Means , kita hanya baca tajuk yang hanya masuk exam je. Yang tak masuk boleh diabaikan.




Aku geram betul la dengan UPM ni. Haaa..Amik ko. Apasal takde study week? Ramai yang merungut. Aku rasa jeles je dengan uni lain yang ada study week. Dah la jarak examku dekat-dekat tarikhnya. Adeh, tension. Aku rasa kalau ada study week, aku taklah tension macam ni.




Apasal lah subjek ni susah sangat. Kami berangan2 tadi, kan best kalau subjek ni macam subjek Computer Programming I dulu. Subjek fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat yang kami amik masa sem 4 dulu. Esok final exam, malam ni baru baca nota, itupun nota ringkasan. Lepas tu result yang keluar boleh buat tersenyum. Ni subjek Petrokimia ni, bacalah sehari suntuk ka, dua hari suntuk ka, tiga hari suntuk ka, belum tentu boleh jawab baik punya.




Tadi masa bukak je soalan Dr Taufiq, aku rasa macam …. Blurr… Apasal susah sangat? Sya kata, keadaannya macam darah menyerbu bakkk dalam kepala. Aku? Err..Apasal macam rilek?hahahah. Mungkin sebab susah betul punya susah, aku pun macam “Owh, macam ni ke soalan dia, ok memang susah!” Buka muka surat sebelah lagi “Okay susah”. Bukak muka surat lain “Ok, memang tak tahu nak jawab”. Next, “Ni soalan ke apa ni?” Memang tak boleh blah. Terus ambil part Dr Irma dan bukak kertas soalan, Okay, jawab yang part dia dulu. Part Dr Taufiq jawab last2.. hahaha..Nasib baik aku ni jenis yang tak mudah menggelabah ke apa ke. Kalau tak, mau je aku pura-pura pengsan lepas tu konon2 tak boleh sit final exam sebab pengsan. Wakahkahkahkah. Tak sit exam sebab pengsan nampak macam bermaruah sikit daripada sit exam tapi markah tak ok..hahaha. Giler!


p/s: Otakku bukan jenis yang menghafal. Aku prefer praktikal dan teknikal. Itu baru aku sedar sekarang. Aku ingat aku ni jenis yang kuat menghafal, rupanya bukan.hahaha =)


p/s: Final exam ku dah habis kesemuanya *sila baca dengan nada bahagia*. Tamat sudah riwayatku setelah 3 tahun bergelar pelajar UPM. Cehhh..Ayat tak leh blah... Mungkin ini secara tak langsung membuatkanku tak berapa nak sedih walaupun exam tadi buat macam ape je...huhu..Selamat tinggal nota kuliah, anyungighaseyo assignment, bubye lab report, sayonara kesemuanya yang berunsurkan skema itu.



p/s: Sekarang penyakit BBO ku dah datang. BBO=Baca blog orang. Yeah, nadia akan menggeledah blog2 yang ada di rantau ini. Lompat sana-lompat sini. Mari berfoya-foya di internet. muahahahaa!! Macam ganas je bunyi dia. Masuk internet tanpa teringatkan nota kuliah memang heaven. Oh ye, projek tetap tak boleh lupa, sebab belum settle lagi. Ya Ampun, bukan salah guwe, tu test NMR , pegawai Sains fakulti tak boleh buat lagi.Siap boleh pergi PD tu.. Orang kat sini semua dah menggelabah projek tergendala sebab tak dapat result test tu, dia boleh pergi PD plak..Adeh, dah nasib, dia sorang je yang pandai guna alat tu.