Pages

memporak-perandakan BM dan...hero pujaan nana!


Nana cerita hal kat tempat kerja dia. Ada seorang apek cina, ambil banyak giler surat khabar The Sun (untuk pengetahuan umum paper The Sun adalah free dan boleh didapati di 7-eleven sahaja menurut kata nana). Apek tu amik tebalnya nak dekat sejengkal. Mentang-mentang lah free kan tak payah bayar, kemain banyak pulak dia angkut. Bila adik aku tegur “Eh, u hari-hari pun manyak angkat”. Apek tu balas “Saya mau kasi itu kopi punya duduk. Semua meja dapat, sama rata, semua orang boleh baca maa..”. Adik aku balas balik “Aiya, kopi punya duduk, kopi punya duduk, orang lain pun mau angkat jugak maa, bukan u sorang saja…”

Kopi punya duduk.

Entah la, aku rasa kelakar je setiap kali dengar ayat tu. Tunggang terbalik abis.

First time aku dengar bahasa Melayu yang diporak-perandakan ialah masa aku keje lepas SPM dulu. Ada sorang akak ni pekerja kat situ jugak, melayu, tapi bila dia cakap memang pelat cina kuat giler la. Tambah-tambah bos kitorang cina dan customer pun memang ramai cina, so mungkin dia dah terbiasa. Setiap ayat yang keluar dari mulut dia, dah la lenggok macam orang cina cakap BM, pastu hujung ayat mesti ada perkataan “maa”. Contoh: “Saya pergi sana maa…”, “U angkat saja maa…”. Dan yang paling ketara, setiap pertanyaan dia mesti ada perkataan “meh” kt hujung. Contoh “Kamu sudah tengok meh?” Kiranya kalau aku tak tengok muka, just dengar suara dia je confirm aku ingat dia orang cina. First time memang aku dengar macam pelik, tapi lama-lama aku terikut-ikut pulak. Lepas tu pulak, baru aku perasan yang ayah aku kalau cakap dengan orang cina, pun memang macam itu gayanya. Teringat masa ayah berborak dengan Ah Sang, orang yang renovate rumahku tak lama dulu. Ayah memang cakap pelat Cina abis, siap ketawa kahkahkah dengan Ah Sang tu lagik. Ah Sang tu dah la jenis yang banyak cakap, gelak pun kuat, memang setiap kali dia datang rumah, riuh habis rumah aku hasil gabungan ketawa Ayah+mak+Ah Sang tu.


Lama-lama aku pun cakap pelat cina bila cakap dengan orang cina. Bila aku bercakap dengan orang cina, automatic gaya slang aku bercakap akan berubah. Yang aku perasan, bila cakap slang cina dengan orang cina, kitorang akan jadi cepat rapat dan mesra. Mungkin sebab gaya bahasa dan lenggok bercakap sama kot.


Khabar berita tentang nana sekarang.


Sejak2 ada streamyx ni, dari hari pertama pasang sampai la sekarang, tak jemu2 dia cari maklumat (google) dan cari klip video pasal 183 club. Sebab apa? Sebab salah seorang anggotanya adalah pujaannya sekarang. Habis semua cerita yang hero ni berlakon dia cari kat internet. Sampai aku pun naik bosan dan menasihati dia "Nana..., bawak2 la tengok cerita lain jugak. Tu kat mysoju tu berlambak list cerita yang ada. Pergi tengok pergi". Kesudahannya, search lagi, pasal Ming Dou and all the 183 club stuff, kali ni klip video kat youtube pulak. Semua klip interview wartawan yg buat review pasal citer yang hero ni berlakon pun dia bantai tengok jugak. Padahal bahasa tak faham pun (tak ada sari kata). Jawapan nana: “Tengok muka dia senyum2, gelak2 pun jadi la”. Hoh boleh pulak! Kalau aku, kalau tak faham, takdenya nak tengok. Hahaha. Hero ni dia jatuh suka sejak drama apatah yang first dulu. Dan cintanya bertambah bila dia tengok hero tu lagi dalam Prince Turn To Frog.



Oh ya, hero ni ada adik. Adik dia pun pelakon jugak, berlakon dalam siri Fated To Love You. Fated To Love You tu dah berkurun lama dah tapi aku baru tengok sejak cuti lalu. Mula-mula intro memang sumpah bosan dan membuatkan aku macam tak nak tengok. Tapi disebabkan drama ini menduduki tangga teratas (no.1) dalam jangka masa yang agak lama di rating mysoju (sebelum BBF muncul), aku gagahkan diri jugak untuk tengok 2-3 episod dulu. Lama2 dah jadi addict dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku seterusnya.


Setelah melihat mereka di dalam drama+di belakang tabir, aku dapat simpulkan yang abangnya ni seorang yang agak serius, matang, romantik tapi kadang-kadang act secara comelnya di mata aku. Jauh beza dengan si adik yang agak childish, suka bergurau dan selalu buat lawak sampai aku dengan nana gelak terbahak-bahak dan terkekeh-kekeh tengok aksi dia dalam behind the scene drama Fated To Love You tu (yg aku tengok tu dia selitkan behind the scence dalam cerita tu skali. So, tengok aje la kan). Owh, adik dia memang kelakar okeh!! Pandai memanipulasikan memek muka+ dialog untuk buat orang ketawa. Dalam cerita kelakar, luar cerita pun kelakar. Sape belum tengok, pergi tengok sekarang! hahaha :guling2:


Pilihan aku? Tentu la aku pilih si abang sebab aku suka dengan sifatnya yang agak serius, matang, romantic tapi kadang-kadang act secara comel dan spontan di mata aku =)~Nak tahu lebih lanjut sila tengok Prince Turn To Frog itu. Ngeh3x~


Pilihan nana? Sama macam aku. Ish, asyik2 sama je. Hahaha!!!

Ini perbezaan mereka.




11 voice out:

zureen @ mama said...

Kadang2 kita pun ikut bercakap cara mereka..hujung tambah mahhh..lorr...mcm2 lagi..(tatabahasa tolak tepi..huhuhu)

Muhibbah kot..he3

farah, s. said...

mana satu adik mana satu abang eh? hehe. ming dao tu nmpk lg soft.

farah penah tgk fated to love u episod 1, pastu terus stop. hehe. best eh cite tu?

hahahaha, pasal bm. farah selalu kene gelak ngan alif sebab cakap bm tak betul. T___T

Yana Ismail said...

lor, adik beradik ke?errr yana minat gila cite prince turns into frog tu...huhu..sangat sweeeeetttttt;)huhu dahle hensem..huhu

Cikgu Ije said...

selalu kita boleh detect bm seseorang tak betul semasa dia menulis. ayat tunggang terbalik je. ehe..

kopi punya duduk? agaga.

Nadia said...

kak zureen: yup2 kak. Semangat muhibah dan inginkan persamaan mungkin.hehehe..

farah: Ming dao tu abg =) Yup2, dia memang soft farah. Sweet and I lke it. heheh

fated to love u best farah. Mula2 nadia tgk kat mysjou tu memang nadia pun mcm farah gak. Tutup. haha..Bila dapat soft copy cerita ni (dalam hard disk) tu yg layankan aje, lama2 tu eh eh, best la pulak sampai addict. hoho

yana: yeay geng! nadia pun mnat jugak. Drama tu macam ada tarikan la pulak. heheh.. Dalam behind the scene fated to love you ada cakap diorng adik beradik.Dan dalam fated to love you ni, ming dou ada muncul sekejap tau. Dia ganti watak adik dia. Tp masa tu kene pakai topeng tutup muka , so orang tk perasan sgt itu adalah ming dao bukan hero cerita tu. hahaa...Boleh plak passing2 berlakon kan.Tp muka diorang ada seirans sikit kan? Lebih2 lagi tang kening tu. Perbezaan paling ketara, mingdaou mata agak besar, adik dia sepet. heehhe

kak ije: ea? wah wah wah, itu dia cikgu ije bercakap..hehe..mesti selalu perasan ayat tunggang terbalik dalam karangan budak2 sekolah kan? hehe

Adeqq said...

kopi punya duduk.. orang tala duduk.. ahahaha.. ape daa.. kalo org indonesia ke datang malaysia dengar apek cakap camtu mesti die pelik.. kopi pon mau duduk ke? ahahaha

Nadia said...

tau takpe. Memang confirm itu orang indon talak faham punya lorrr....hahahah ;)

Anonymous said...

Aduhai. Kamu berdua ni sama jelah dengan kami berdua. Hehehe. Dah la nama adik sama, nama kakak pulak dekat2 sama. Berjodoh betul =D

Ow ya. Gambar hero Nana minat tu macam pelakon Chinese pulak. Yang diya ada tertengok kat 8TV. Apa nama tah cerita nya. Pasal bebudak sekolah.

Nak try tengok lah Prince turn to frog tu. Tapi kena tunggu internet okay dulu lah. Huhu.

Nadia said...

heheh.Itu la, nama adik sama, nama kakak pun nak dekat sama. =)

cerita tu yang rasanya adik nadia tengah cari kat mysoju tu. Cerita Taiwan kan? hehe

yup2, try tengok diya. Citer tu kelakar...

Yana Ismail said...

hihi tau tkpe..kening sama..!;)

err...malu plak dia nak terima komen..huhu mesti nadia kurang berminat dgn yg lbh muda kan?

Nadia said...

yup2...sebab rasa yang lebih muda tak matang..huhu..tapi tak semua mcm tu..tapi...entahlah.Payah tu..hahaha