Bosan ah tengok blog yang hidup tak mahu, mati pun tak mahu ni. Blog sape? Blog ni la.haha.. Geram je tengok tarikh yang tak bertukar tu. Rasa macam nak hentak2 je keyboard ni (exaggerated). Untuk mengelakkan keyboard menjadi mangsa, berbulan-bulan tak mengadap blog sendiri, jenguk blog orang lain je. Haha…Macam tu pulak ye…Sorry banyak2 sebab lama giler tak bersiaran di alam blog secara rasmi. Bukan sengaja tapi kekangan keadaan tidak memungkinkan aku untuk…(dah skema plak ayat. Ok, continue nadia! Next news please!)
Perkembangan terbaru….Aku sekarang bekerja sebagai Management Trainee di dot dot dot. Bermacam-macam spekulasi wujud. Ramai orang yang ingat aku ni manager. Mungkin sebab baju yang aku pakai sama dengan manager kot. Ada jugak staff dan customer yang hairan, baru je nampak aku kat situ, terus naik pangkat padahal staff lain amik masa bertahun untuk naik pangkat. Err, aku guna degree, mesti la terus naik jadi Management Trainee. Tak kurang jugak, ada MT branch lain kata, kalau jadi MT guna degree takkan kekal lama. Aku just tersenyum je. Sebab aku memang tak nak lama2 pun kat sini. This is only my temporary work. Aku just nak kutip pengalaman berkaitan management di sini. Maklum la, aku ni kan mempunyai sifat curious yang tinggi. Aku nak tahu, orang management buat kerja macam mana, manager buat kerja macam mana, orang bawahan pulak buat kerja macam mana.
Lagi satu, aku ni agak suka mencabar diri sendiri. Kerja yang challenging, yang pada mulanya aku tak tahu apa-apa (bermula dengan zero, tak pernah belajar), lepas tu aku berjaya lakukan, aku akan rasa seolah-olah kepuasan dalam diri. Aku rasa macam seronok. Oh ye, ada seorang staff aku cakap ‘Mesti seronok bila aku naik jadi Manager nanti’. Sebab aku tak berapa garang katanya. Ceh, mula2 memang la tak berapa nak garang sangat. Nak tegur diorang apa-apa pun segan je, mungkin sebab factor aku baru lagi, rasa macam ralit je nak tegur2. Nanti diorang kata aku gila kuasa pulak. Dan..tingginyaaa harapan dia. Kalau jadi manager kene jadi MT sekurang-kurangnya setahun, takkan aku nak kerja sini setahun plak kan. Hahaha…
Dah, gambar orang isap rokok la pulak kan. Ok, switch tajuk, tentang rokok pulak. Kenapakah Dunhill 14 sangat popular? Entah, aku tak tahu, takpe boleh abaikan. Bila aku tengok Rokok Malboro kan, aku tengok la jenama-jenamanya itu dan aku tersenyum sendiri. Malboro biasa, malboro menthol, malboro menthol light, malboro mild, malboro light, malboro soft pack, malboro fesh mint. “Aik? Mana malboro LM?” Yakin dan innocent je aku tanya salah seorang pekerja. Tergelak dia dan menjawab “Mana ada malboro LM. Malboro, malboro. LM, LM. Lain jenama”. Err..Aku macam familiar je dengan malboro LM tu. Haha.. Eh eh, kenapa aku senaraikan jenis2 Malboro ni pulak ye? Buang tebiat ke apa? Hehehe..Takde la….Sebab aku teringatkan sesuatu! Betul cakap salah seorang kawan aku, bila kita terpandang that thing (rokok Malboro), serta-merta kita akan teringat apa-apa yang related dengannya dan kadang2 boleh tersenyum sendiri…. Walaupun suatu ketika dahulu kita mungkin tak suka dengan nama gelaran yang diberikan :)
Winston, Malboro, Dunhill, L&M, Pall Mall, Lucky Strike, Surya (gudang garam), Benson Hedges, Kent, Peter, Mild Seven, Sampoerna. Pergh..banyak gila! Tu belum campur dengan beberapa jenama yang masing2 punya menthol, menthol light, light, super light. Yang aku tak faham, apasal sama je? Seolah-olah semua jenama duduk berkumpul dan bermesyuarat kemudian salah seorang berkata “Mari kita semua sepakat. Sepakat membawa berkat. Yang kotak biru kita namakan ‘LIGHT’ (malboro, sila keluar mesyuarat sebab dia punya light berwarna kuning) dan yang kotak hijau kita namakan ‘MENTHOL’. Biru cair kita namakan ‘SUPER LIGHT’ manakala hijau cair kita namakan 'MENTHOL LIGHT’. Setuju semua? Oklah, memandangkan semua setuju jadi kita boleh bersurai…”
Dari apa yang aku survey, DOKTOR jarang yang ada yang merokok. Sangat jarang untuk dijumpai. Sebab apa? Atas sebab yang sangat mudah. Sebab mereka adalah pengamal perubatan. Mereka mempelajari kesan-kesan dan betapa bahayanya rokok kepada manusia. Mereka juga tahu bahawa rokok adalah antara PEMBUNUH SENYAP. Jadi tak mustahil di kalangan pengamal perubatan jarang yang merokok.
Ayah aku tak merokok, jadi aku tak berapa terdedah kepada insan yang merokok. Aku teringat kat mana tah aku baca. Seorang mat saleh tegur someone. “You want to kill her right?” Terkejut perokok tu bila mat saleh tu tegur dia sambil menunjukkan aweknya di sebelah. Dia buat muka pelik. Dan mat saleh itu menayang senyuman cool sambil berkata “Because she sit next to you…” Heh, pedas seyh! Hahaha.. Ye la, orang kata, menghidu asap rokok akan menerima kesan dua kali ganda compare dengan menghisap rokok.
p/s: Bagi aku, zaman sekarang perempuan boleh berdiri sama dengan lelaki. Malah dalam sector kerajaan atau swasta dah ramai perempuan menjawat jawatan professional. Lelaki boleh panjat gunung, perempuan pun boleh, lelaki boleh menyelam scuba, perempuan pun boleh. Tapi aku tak berapa setuju bila PEREMPUAN MEROKOK. Bagi aku, perempuan akan hilang ‘nilai’nya bila dia merokok. Hurm…ni pendapat aku je bukan umum… Moga tak ada orang yang melenting =)
p/s: Eh, laju jugak la wireless streamyx combo ni. Jauh lagi laju daripada yang aku jangkakan. Aku ingatkan slow..
Yana, Selamat Bertunang. Walaupun dah terlambat tapi nak wish jugak. Semoga Yana dan JK (eh, dah tukar nama jadi Mr. Fiancee kan?) kekal ke jinjang pelamin kemudian ke anak cucu kemudian ke akhir ayat =)
8 voice out:
wah.. cerita kali ini, pusing2.. heheh.. all in one... ini mesti gian nak menulis, kalau hantar kat UTUSAN mesti kene reject artikel mcmni.. satu lagi, byk jugak jenis rokok yg nadia hafal??.. hehe..
cuma bab berdiri sama tinggi duduk sama rendah.. hehe ayat macam tak puashati dgn laki je?.. .
actually bagi fye, laki dan perempuan saling lengkap melengkapi, perlu dan memerlukan... lalala.. tidak sempurna laki tanpa perempuan begitu juga sebaliknya..
hehehe
fye: hahaha..tau takpe. dah berbulan tak tulis kalau boleh semua nak sumbat dalam satu entri. Ya Ampun..hoho
berdiri sama tinggi duduk sama rendah bukan maksudnya tak puas hati la. Salah faham tu. Maksdnya prempuan zaman sekarang dah setaraf ngan lelaki. Apa boy leh buat, girl pun boleh TETAPI sesetengah perkara tak boleh...
Dear, lama btol tak update blog..hehe rindu sama kamu...;)
sama la kita, ayah kita tk merokok..so taklah terdedah sgt dengan rokok2 n asap2nye...hehe dr kalau merokok mmg saja cari penyakitla..dahla keje rawat org ;P
Thanks dear..doakan kami ek;)hehe..aminnnnnnnn...
oke, skali update byk btol.`
igt lagi nadia ni, entri psl twilight dulu tu. :)
mmg sonok blajar dr zero then dpt buat apa kita nk, mmg best. yg rokok, btol la, agkla pelik dieorg ni, if mknn, confirm xde yg sama, if rokok, boleh pulak sama kaler + nama dieorg, sepakat btol.`
tuan belog, sy nk kasi award, blog anda best ape. amik la award xseberapa kt blog sy tu. :)
yana: waaa...rindu sama kamu juga ;)Betul2. Doktor kalau merokok macam cakap tak serupa bikin la..kekekeke
fatin : betul2. Syarikat2 rokok ni memang sepakat membawa berkat..hohoho..Eh, ada award, ok2, nanti tuan punya blog g amik..heheh
Welcome back nadia! ;)
Lama menyepi. So, harap semuanya dlm keadaan baik. So, dah masuk alam pekerjaan la ye?Betul, grab banyak-banyak pengalaman dulu.
All the best.
Waaaa, update pun!!! Lama giler tak update. Sebulan kalau tak silap diya. Huhu. Apa pun, welcome back ya ;)
1st, tahniah untuk kerja Nadia tu. Insya Allah, mana tahu murah rezeki boleh jadi manager kat situ. Diya doa2kan =)
2nd, adeh deh. Pening jap diya bab nama2 jenis rokok tu. Diya tak tahu pulak satu jenama ada macam2 jenis pulak. Huhu. Info bagus jugak tu =D
3rd, bab perempuan smoking dah biasa sangat sekarang ni, Nadia. Diorang dah tak smoking belakang2 dah, diorang berani smoking depan2 orang. Entahla, nampak tak sopan sangat2 kan.
Lastly, all the best ya ;)
syira: yup2. nadia nak amik pengalaman kat sini dulu. Supaya bila interview untuk pekerjaan sebenar, boleh dijadikan modal untuk bercakap..hehehe
diya: yup2. memang dekat sebulan dah tak berupdate..hehe
Uish, susah jd manager ni. Risiko sikit dan ayah mesti tak bagi punya la. Sekadar nak grab pngalaman untuk masa akan datang. heheh
Post a Comment