picture: Flickr.com
Baru balik dari kampung. Pertunangan salah seorang my cousin yang aku baik dengannya. Bertemu juga dengan seseorang yang…err…camne nak cakap eh..err..seseorang yang tidak disukai (bukan yang bertunang ni. Orang lain). Yang pastinya aku tak akan memulakan perbualan dengan DIA. Tak akan. Tadi pun, 2 hari di situ, banyak kali terserempak dengan DIA, aku hanya bercakap ini je dengan DIA
*lagu soundtrack Witch Yoo Hee berkumandang di hp di tangan nana. Waktu tu aku duduk sebelah nana*
Dia: Lagu ni macam pernah dengar la. Dalam cerita Witch Yoo Hee kan?
Aku: Haah.
Dia: Hmm..Dah agak dah. (sambil angguk2 kepala)
Macam mana reaksi nana pulak? ~buat tak tahu. Mungkin sebab aku dah tolong jawabkan~. Aku? Menjawab sekadar untuk tidak memalukan DIA sahaja bukan untuk bermesra-mesraan (sebab aku rasa tak menjawab soalan orang yang bertanya akan memalukan orang tersebut. Aku tak akan memalukan DIA terang-terangan)
Aku dengan adik-beradik DIA memang baik giler la. Jumpa bersenyum-senyuman, makan sama2, buat kerja sama2+gelak bagai. Memang boleh kamceng+geng habis la. Tapi dengan DIA memang tak boleh. Senyum pun rasa sangatlah berat. Kalau senyum pun, terasa fake (aku tak suka senyum secara fake). Semuanya gara-gara onar yang dia buat terhadap fiza (kakak aku). tak lama dulu (2008). Macam biasa, bila ada ‘benda buruk’ menimpa orang terdekatku, aku pun turut ‘terasa bahangnya’. Kalau dia sekadar gaduh2 biasa, perli2 ke, merajuk2 ke, ejek2 ke, terasa2 hati ke, terlepas cakap ke, masih boleh dilupakan dan dimaafkan dan bolehlah difikirkan untuk ke arah hubungan yang lebih baik. Tapi onar yang DIA buat tu memang dasyat giler nak mati la. Sangat dasyat sampai aku pun tak terfikir MUKA SEBAIK DAN SELEMBUT (???) itu sanggup buat macam tu. MEMFITNAH ITU LEBIH BERDOSA DARIPADA MEMBUNUH. Fitnah tu pulak bukan yang biasa2, tapi fitnah dasyat punya. Pendek kata cerita DIA tu terang-terangan dengan niat yang jelas lagi bermisi nak menjatuhkan maruah orang lain bagai dipijak-pijak dengan tapak kasut. Dipendekkan cerita lagi, jika semua orang percaya, ia mampu membuatkan fiza dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Ok, tak yah cakap la, aku rasa semua dah boleh agak pasal apa. Semuanya gara-gara sebab DIA cemburu dengan fiza.
Inilah dia salah satu sikap orang yang tidak yakin yang Allah mengurniakan setiap manusia dengan kelebihan masing-masing. Yang penting, explore kelebihan masing2, dan gunakan sebaik yang mungkin, bukan cemburu2, lepas tu kerja asyiklah 'mencantas' orang lain. Satu jalan untuk tidak menjadi bahagia adalah dengan membeza-bezakan @membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain (pinjam ayat Diya kejap).
Berbalik kepada cerita tersebut, mula2 memang tak percaya tetapi bila orang sekeliling ‘bercakap dengan nada yang sama’, terpaksa terima hakikat tu. Dan aku agak bernasib baik sedikit sebab tak rapat dengan DIA, so tak adalah cerita buruk pasal aku yang keluar. Penilaian aku terhadap dia awal2 dulu tak salah rupanya, sebab tu awal2 lagi aku tak memilih untuk rapat dengan dia (aku agak memilih orang untuk rapat)
Inilah dia salah satu sikap orang yang tidak yakin yang Allah mengurniakan setiap manusia dengan kelebihan masing-masing. Yang penting, explore kelebihan masing2, dan gunakan sebaik yang mungkin, bukan cemburu2, lepas tu kerja asyiklah 'mencantas' orang lain. Satu jalan untuk tidak menjadi bahagia adalah dengan membeza-bezakan @membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain (pinjam ayat Diya kejap).
Berbalik kepada cerita tersebut, mula2 memang tak percaya tetapi bila orang sekeliling ‘bercakap dengan nada yang sama’, terpaksa terima hakikat tu. Dan aku agak bernasib baik sedikit sebab tak rapat dengan DIA, so tak adalah cerita buruk pasal aku yang keluar. Penilaian aku terhadap dia awal2 dulu tak salah rupanya, sebab tu awal2 lagi aku tak memilih untuk rapat dengan dia (aku agak memilih orang untuk rapat)
Selain onar yang dia buat terhadap fiza, dia juga telah mereka-reka cerita yang tak betul tentang family aku dan menyampai-nyampaikan kepada orang lain sekaligus menjatuhkan maruah family aku jugak. Padahal salah dia, dia halakan salah itu ke arah family aku. Sekarang, patutkah aku bersenyum-senyuman dan bermesraan dengan dia?
Hati aku kosong je terhadap dia. Kehadiran dia tak ada pun ‘membahangkan hati’ aku seperti dulu masa awal2 aku tau cerita dia buat onar tu. Kehadiran dia takde bagi side effect bagi aku pun. Kalau dulu, tengok muka dia, aku rasa macam ‘panas’ je tapi sekarang tak ada lagi. Kehadiran dia seperti angin lalu. Pandang tembus. Seriusly tak ada effect. Cuma aku rasa naturally tawar hati nak bercakap dengan dia. Aku rasa macam ‘bermesra-mesraan’ dengan dia tak ada guna pun. Baik tak payah. I can't be too perfect untuk lupakan macam tu je apa yang dia dah buat. Ramai sebenarnya yang tak suka dia atas banyak sebab. Cuma semua tak tunjuk dengan niat nak menjaga hati banyak pihak. Aku tunjukkah? Tak tahu, tapi yang pasti DIA tahu aku+family aku tak suka dia.
Aku agak kagum dengan kakak aku (fiza) sebab mampu buat dua perkara. Tutup keaiban DIA dan masih boleh bermesra-mesraan dengan DIA . Aku? Masih boleh tutup keaiban DIA yang agak banyak tu tapi nak bermesraan dengan dia macam susah. Tak apa, just go with the flow. Dan satu lagi yang aku nak highlight di sini. DIA TAK PERNAH MEMINTA MAAF ATAS SEMUA YANG DILAKUKAN ITU. Walaupun dia tahu, kami tahu apa yang dia dah buat. Oh, sungguh tak sangka manusia yang tidak berperasaan masih wujud di dunia ini. Di mana bila dia buat salah lepas tu orang boleh discover kesalahan dia, dia masih mampu buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tu juga menyumbang kepada faktor2 kenapa aku tak boleh nak 'bermesraan' langsung dengan dia. Apa salahnya minta maaf? Kalau rasa diri salah, admit je. Kalau rasa diri tak salah tak payah admit, janji minta maaf it's quite enough. Meminta maaf bukan bermaksud kalah. Meminta maaf jugak bukan menentukan siapa salah, siapa betul. Sekurang-kurangnya, meminta maaf mampu meredakan sedikit hati yang tengah panas pada ketika itu.
Aik, macam emo plak entri ni pulak. Hahaha..Tak la. Itu hujung 2008 punya cerita. I had such a great time kat kampung semalam. Fun! Really! Tambah2 lagi ramai betul tukang buat lawaknya. Orang Melaka aku admit memang cakap main lepas. Lepas habis la takde main cover2. Kadang2 perkataan yang tak dijangka pun boleh keluar. Itu yang asyik nak gelak je tu. Tapi, itu semua diakui untuk tujuan bergurau. Bila dah terbiasa dengar, takde siapa yang nak makan hati or terasa2 semua tu. Walaupun aku pun kadang2 tak biasa bercakap begitu, tapi aku tumpang gelak je diorang cakap camtu. hahaha!!! Serius aku boleh terima yang itu adalah untuk tujuan melawak. Bukan macam ada sesetengah pihak, nak memperli orang lain tapi dikaburi dengan LAWAK BO***. Supaya tak nampak sangat macam nak memperli. Eh eh, ada orang terasa tak? (sambil pandang kiri kanan) Opsss!! Ahaha.. Aku boleh beza antara lawak atau perli okay ;)
p/s: Gambar yang terhasil di majlis pertunangan itu dari hasil tangkapan kamera hp aku semuanya jenis yang gelap2. Atas alasan, cuaca@suasana@pengcahayaan yang tak mengizinkan untuk gambar itu jadi clear. Wah, tension akuuu..
p/ss: Petang semalam tiba-tiba terhisteria kejap bersama-sama nana bila tertengok cerita hero pujaan nombor dua nana kat tv8 (Hooping Dulcinea, ulang tayang). Mike He Jun Xiang. Comel! Hahaha.. Mike He aku kenal sebab cerita Devil Beside You. Yang aku tahu, dia spontan dan kalau berlakon jadi pelajar sekolah@kolej yang nakal memang menjadi lah. . Komen nana “Angah, perasan tak, watak Mike He semua yang macam nakal2 sikit. At the same time a bit romantic. Lepas tu mesti ada part dia main bola keranjang, tak pun naik motor besar. Dia macam sesuai la watak2 macam tu”.
sekarang macam dah trend perempuan Malaysia meminati lelaki bermata sepet a.k.a yang berasal dari Taiwan@China@Hong Kong@Korea@Jepun. Sila akui statement itu. Kah3x!
9 voice out:
Yash. Curious diya nak tahu benda apa makhluk tersebut fitnahkan kakak Nadia. Macam dahsyat giler oh.
Heh. Sememangnya orang Melayu cakap lepas takde lapik2. Mula2 terkejut gak, lama2 jadi dah biasa. Huhu. Kena open minded ah kalau nak layan gurauan diorang.
P/s-Uhu. Pernah tengok Devil Beside You. Boleh tahan ah mamat tu =D
diya: Memang dasyat diya. Sampai nadia tak sanggup nak statekan di sini. Yang pasti, bagi orang Melayu, ia adalah perkara yang sangat menghinakan dan boleh menjatuhkan maruah dan nama baik seseorang..huhu...
Cute kan mamat tu..hahaha
keluarga farah pun penah kene fitnah teruk. tak suke manusia pemfitnah ni. benci!
mike he ni comeel. suke tgk dia dlm citer why why love. eheeee
Eh eh, the word "Melayu" supposed to be "Melaka"! Haha. Sorry. Kadang diya pikir lain, diya taip lain.
Its okay kalau Nadia tak bagitahu. Diya paham Nadia nak jaga aib dia. Insya Allah, Tuhan juga akan jaga aib kita nanti =)
farah: kan? kan? kenapa la manusia pemfitnah ni masih wujud di alam fana ni? Takpe la, mungkin ini ujian buat kita2 ni..huhu
comel2!compare dengan why why love, nadia lebih suka tgk devil beside you lagi.eheheheh. Mungkin sebab dlm why why love, dia nampak macam second hero. Dlm devil beside you dia hero 1st.hoho
diya: nadia dah agak dah diya tersilap taip, tp biasa la tu, its okay ehehe...
Yang pelik dia ni, aib orang pandai pulak reka2 tp dia sendiri yang buat takpe pulak. Walaupun ada certain2 aib yang nampak mcm perlu dikhabarkan kepada kedua-dua orang tuanya tapi..ish susah2, tak sampai hati la. Takpe la, kalau Tuhan nak tunjuk jugak, mereka semua akan tahu sendiri. Tp until now, kedua-dua orang tuanya belum tahu satu2nya perkara penting tentang anak mereka tu..huhu
Hmmmmmmmmm..
Taktau nak komen apa pasal DIA yang berperangai keji tu. Tapi orang macam ni kita patut ignore je.
Doakanlah satu hari nanti dia sedar & meminta maaf.
kak noi: yup2. Memang sekarang tengah ignore pun..hahaah
hm btol tu dear..bukan senang kita nak pura2 atau buat cm biasa as if nothing happen bli DIA tu dah buat onar kat org2 yg rapat dgn kita..lagi2 family sendiri..
yana faham perasaan tu..hmm kalau yana pn, tkleh nk layan cm biasa kot..terkesan tau dgn apa yg dia buat!
betul yana! susah la nak pura2 ni. Lebih baik just macam ni. Plain. Tak perlu bermesraan, borak2 bagai. huhuhu
Post a Comment