Aku tak tahu la nak cakap dengan orang yang jenis yang tak faham bahasa Melayu nih. Apa dia nak tunggu aku keluarkan bahasa Tamil, Urdu, cina,korea ke baru nak faham? Aku kasi hint sikit punya banyak still tak faham bahasa lagi. Ke ‘hint’ tersebut tidak seperti hint? Ke nak tunggu aku melaser dia? Haruskah aku mengeluarkan skill ‘menembak’ itu? (menembak dalam konteks ini bermaksud ‘melaser’ ye jangan ada yang salah faham. Mana tahu ada orang akan ingat menembak itu bermakna menggunakan pistol sebenar pastu ingat aku ni penjenayah pastu pi report polis. Kahkahkah!!!)
Laser2 ni memang bukan kegemaran aku, serius aku cakap tapi kalau terdesak sangat, aku TERPAKSA la keluarkan skill aku yang tak berapa nak skill ni. Eh, kalau sekali aku ‘tembak’ macam kene kat batang hidung tau. Kalau tak kena tepat pun, lencong sikit2 je. Tu yang aku kalau boleh malas nak ‘menembak’ orang ni. Nanti orang tu ternganga sape nak jawab?
Aku bukan orang yang terlalu baik, terima je orang cakap. Accept je apa orang buat kat aku. No! I’m not that kind of angelic, menjaga hati sangat sampai lama-lama aku pulak yang jadi tension. Aku pun bukan macam fasha sandha dalam cerita ‘NATASYA’ yang hanya diam dan merelakan orang buat jahat kat dia. Diam dan hanya menangis adalah BUKAN AKU. Buat yang belum tahu, apabila aku berhadapan dengan orang yang meng-annoying-kan ada 3 fasa yang akan aku hadapi
Fasa satu~listening: Biarkan dia bersuara. Okay, cakap semua apa yang kau nak cakap. Cakap je aku tak halang, aku nak dengar
Fasa dua~thinking: Biarkan lagi dia bercakap. Aik, kenapakah point ini sama seperti point pertama? Okay, sama tapi yang lainnya, dalam fasa ini, aku lebih banyak memerhati dan mendengar. Memerhatikan point orang tersebut. Teliti setiap patah perkataan yang dikeluarkan. Kaji sedalam-dalamnya. Dalam masa yang sama jugak, aku juga sedang prepare ‘point’ aku. Berfikir bagaimanakah untuk mengeluarkan 'point' aku. Dalam masa yang sama aku juga sedang menunggu kot2 la orang tersebut berubah ke, insaf di pertengahan jalan ke dan mungkin boleh di-ignore begitu sahaja. Biasanya fasa ni agak lama sedikit. Selalunya fasa ini lah ramai yang menganggap aku ‘lembik’ (???) sebab tak bersuara apa-apa kan. Maklumlah tak melawan langsung kan mesti dia ingat kita ni lembik ke apa ke. Lepas tu dia claim dia berani la sebab buat kita macam tu , tengok kita tak melawan ingat kita terkedu@penakut ke apa. Cehh. Okay, takpe terima je. Tunggu dan lihat.
Fasa tiga~Do it : Haa, inilah yang klimaks sekali. Fasa ‘menembak’ !! Kahkahkahkah. Fasa ni memang jarang wujud tapi kadang-kadang memang ada. Piu! Piu! Piu! (bunyi tembakan. Kononnya) Masa ni lah boleh tahu siapa sebenarnya yang lembik, siapa sebenarnya cepat terasa, siapa sebenarnya yang mempunyai hati yang nipis. Selalunya aku menegur (eceh, sopan sikit bahasa ni daripada ‘menembak’) dalam ketawa. Supaya tak nak bagi tahu sangat itu adalah teguran. Konon-konon nak melawak ke apatah. Tengok, aku still menjaga hati orang berkenaan jugak tu. Kalau tak faham ‘tembakan dalam ketawa’ tu memang tak tau ah nak cakap. Fasa ni terbahagi kepada dua jenis . Satu: ‘Menembak’ dengan niat memang ingin ‘menembak’. Dua : “Menembak” dengan dengan niat untuk menegur@menyedarkan. Contohnya boleh dilihat dalam peristiwa di bawah
Contoh menembak untuk menyedarkan
***: (cakap sambil sengih-sengih) Nadia, ko baik kan? Ko tolong buatkan ***** eh? Eh? Eh?
*Sebelum ni budak tersebut memang selalu suruh aku buat kerja yang sepatutnya dia yang siapkan bukan past kat orang lain. Budak2 lain pun cakap aku asyik kene buli dengan dia, suh aku defend diri sendiri tapi aku rilek je. Buat aje seperti yang disuruh. Melalui kesemua fasa2 di atas dan kemudian sampai ke fasa ketiga
***: *sengih-sengih*Nadia, nanti ko buat **** eh?
Nadia: *senyum* Amboi, pandai ko eh? Keje ko, ko past aku. Pandaiii...
***: Ala, bla bla bla
Nadia: Ah, takde2. Buat sendiri. Aku kalau buat *** tu aku buat sampai habis siap tau. Takde nak past2 kat orang lain. Ko ni buat benda yang simple pun tak bleh, sampai nak past2 kat orang lain pulak.
Dan percaya la, lepas je kes aku ‘melaser’ tu, dia takde dah suruh2 orang dah. Kadang2 ‘melaser’ ni bagus jugak untuk menyedarkan orang eh..Ok, panjang sebenarnya perbualan ni tapi aku kasi short. Itu adalah contoh menembak untuk menyedarkan. Contoh 'menembak' yang memang untuk 'menembak' mana? Sape2 yang pernah terbaca entri aku dulu2 mesti tahu . Yang pasal sape tah cakap aku dan kawan2 ku macam hantu yang berjaga malam yang kerjanya menakutkan orang aje wakakaka!!! Pastu aku pun tempek la gambar seketul dua untuk pembaca menilai adakah memang seperti hantu(dah buang dah post tersebut).Malas ah nak ungkit lagi tapi diungkit dalam entri ini sebagai contoh aku 'menembak' yang memang ingin 'menembak'. Harap maklum.
To that person yang aku sebutkan dalam perenggan pertama, STOP JOKING WITH ME about that. You're not close to me so takyah la buat gurauan yang macam annoying giler ah. Aku ni susah sikit menerima sesetengah lawak daripada orang yang tak close dengan aku ni. Pulak tu, dari kaum Adam. Sebab aku rasa tak lawak langsung. Jangan claim yang ko ******** seolah-olah ko macam kenal aku sangat padahal tak langsung pun. I’m not interesting to play a joke with you about the matter you know what . It could create a rumour and other people will misunderstanding about it. I don't like that type of joke. So please stop it! Serious it disgusting me (even my friend also said that). Sigh~*doa2 minta2 orang berkenaan baca entri ini.Aminn*
p/s:Aku nak tengok apa yang dia buat lagi. Kalau boleh aku taknak move ke fasa tiga. Sebab macam agak remeh. Tapi kalau dah lebih2 tunggu la...Fasa ketiga akan dimulakan.