hehehe..Aku berkeputusan untuk balik Cheras setiap hujung minggu. Tyme entri ni ditulis, aku berada di rumah asal di Cheras. Bahagiaaaa. Bukan kat rumah sewa tak bahagia tapi aku jadi sikit kebosanan la bila ketiadaan internet ni. Kat office, aku diberi peluang 5 minit je untuk online sebelum aku masuk kerja (sebab aku datang awal). Apa la sangat 5 minit tu untuk kaki internet macam aku ni, stakat nak check email pastu update fb sebaris dua ayat boleh la. Perkara lain seperti berblog, berplurk,mencari resepi masakan, mendownload cerita, mendownload lagu terpaksa dilupakanhuhuh..Lepas tu bosan sangat sampai aku dah terbeli novel sebijik. Buat penghilang kebosanan aku tyme di rumah sewa. hahha..Padahal aku dah lama stop tabiat membaca novel ni. Sebab? Malas. heheh.
First time masuk bilik sewa, ada seorang bilik depan ketuk bilik aku saje nak kenal2. Pastu dia kata "Bilik ni besar kan untuk tinggal sorang..Okay ke?" Aku tanya dia balik "Okay macam mana tu?" Dia kata "Tak takut ke duduk dalam bilik sorang2" Aku senyum je sambil jawab "Dah biasa". Aku kalau dalam bilik sorang2 tak la takut. Tapi kalau dalam rumah sebijik aku sorang2 je dalam tu, tak berani la kot..huhu...Kesemua isi rumah sewaku berjumlah 9 orang. Walaupun kedengaran ramai tapi aku rasa macam 4-5 orang je dalam rumah tu. Baru aku tahu bila masing2 bekerja, tyming kerja tak sama jadi tak semua berada di dalam rumah dalam satu2 masa. Kadang2 ada yang keluar la, ada yang tak balik kerja lagi la. Camtu la lebih kurang. Setiap kali balik kerja aku akan lepak2 kejap depan tv di ruang tamu sambil menonton rancangan Jangan Lupa Lirik. Selalunya tyme tu memang depan tv akan ada tak lebih 3 orang. Sambil2 tengok tv tu la aku baca novel pastu berborak-borak mana yang patut.
Awal bulan 11 companyku akan berpindah je Dengkil. Jauh. Semuanya gara-gara companyku dah tak attach dengan BASF dah tapi bergerak sendiri dengan kilang sendiri. Mesin pun bos besar kat US tak nak guna dah mesin Jerman ni (yang ada kat company sekarang), katanya tak bagus. Dia nak kitorang guna US punya mesin (kat kilang baru) di mana masa memproses jimat masa 2 kali ganda.
Nasib baik BNM kasi elaun banyak skit bleh support duit minyak semua so aku ikutkan aje la. Kalau elaun bawah RM1200, memang confirm aku cari kerja lain dah.hoho.. Tapi, masa ceramah kat BNM tu, penceramah tu menyedarkan aku sedikit sebanyak. Dia kata last minit dia ada panggil sekumpulan group dari Perak dan bila BNM kata diorang akan dihantar untuk bekerja di KL, mereka tanya "Boleh ke ni" dan ada salah seorang tu jawab "Saya akan bawa ayah dan emak saya pergi tengok tempat tu pastu saya akan try cari rumah sewa di sana". Fuh, termotivasi sekejap aku. BNM kata budak KL banyak karenah sikit. Hantar jauh dari rumah sikit, terus komplen pastu nak minta tukar company dekat dengan rumah. Banyak pulak tu panggilan yang diorang terima untuk minta tukar. hahaha..Nasib baik aku bukan salah seorang yang buat panggilan tu. Sebab bagi aku,itu akan menyusahkan pihak mereka. Yela, dah penat2 arrange company yang bersesuaian dengan course yang amik masa kat U, nak tukar2 banyak kerja pulak. Bagi aku benda2 ni semua macam cabaran. Macam kerja la jugak. Takkan kalau dapat kerja kat tempat jauh, terus tak nak keje dah kan.
Sekarang baru aku ada inisiatif untuk amik lesen kenderaan. Kereta dulu atau motor dulu kita tengok nanti. hahah, aku ni kadang2 ada sesetengah perkara aku jadi peka tapi ada sesetengah perkara pulak, aku jadi tak peka langsung. Sudah terhantuk baru tergadah. Ye la, selama ni hidup aku dikelilingi dengan kemudahan awam seperti bas, lrt, komuter,monurel. Nak pergi Jalan TAR? Pergi naik bas . Sorang2 pun macam dah biasa takyah harapkan orang hantar. Now aku macam baru terfikir macam mana kalau tempat yang aku nak pergi tu takda semua benda2 tu.hahhaa.. Terpaksa bergantung kepada orang lain untuk hantar *tak suka*.
Pasal kerja pulak, selama seminggu dah kat sini. Rabu lepas ada seorang Chinese male baru masuk kerja. So, kami berdua ditraining untuk memahami sepenuhnya HACCP, ISO 9001:2000, GMP . Disebabkan kilang ni mengamalkan amalan HACCP(Hazard Analysis Critical and Control Point) dan GMP(Good Manufacturing Practice) yang ketat, jangan harap la aku dapat bawak masuk phone pastu tangkap gambar mesin ke apa ke macam aku selalu buat kat MPOB dulu. Da tak boleh berangan nak tangkap gambar segala mesin2 yang canggih-manggih tu. Tapi yang aku suka, kilang ni agak bersih. Bukan agak tapi memang bersih. Jangan harap la nak jumpa sawang ke, air tumpah ke, kekotoran ke. Memang bersih dan kemas giler la. Aku suka! Tak macam sesetengah kilang menghasilkan produk makanan tapi keadaan kilang masyaAllah kalau orang tengok orang pun tak nak makan makanan tersebut. So sekarang kalau cari makanan kalau boleh cari yang ada logo HACCP dan GMP . Terjamin bersih & selamat.
p/s: Apasal aku rasa entri ni macam bercampur-campur? Adeh, macam2 perkara dalam kepala aku sekarang. Lempar semua dalam blog tak tersusun.huhu
9 voice out:
xpe nadia, bersusah2 dulu bersenang2 kemudian. hehehe. cabaran mencari rezeki namanya tu. tp oklah kalau dpt bilik besar dan duk sorg2. cume bab tade intenet tulah yg membosankan sikit. hehe. entah2 pasni nadia akn jd ulat buku. hahaha
betul farah, sebenarnya nak bagi tajuk entri ni bersusah dulu bersenang kemudian tapi tak jadi.heheh...
hahaha sejak takde internet ni kan farah, nadia da pandai tidur awal. Pukul 11 malam. Kadang2 tidur pukul 10 lebih pun ada.. petang2 tu memang meng-ulat-buku la nampaknya.ekekeke..
Uish.. Kak Noi pun dulu camtu le Nadia masa mula2 praktikal..
Tapi bernasib baik le sebab kat ofis memang boleh online puas2..
Dulu, kaknoi sewa bilik sorang2.memang heaven lah!! Nak tergolek ke nak ape ke, kaknoi punya pasal.
Sekarang ni kaknoi stay kat rumah berdua je ni..Ehehe.. memang best lah!!! Huh, nak bagi Lolo main kat ruang tamu pun cam aman je. Bagi dia main hamster ball puas2 sementara housemate lain belum balik ni (devil)
Kak Nadia! patut lah dh lm xnmpk. rpe2 nye xde internet.
xpe2. tak tersusun pn, ttp akn bc. hehe.
ps : rs teruja lah plak nk tgk machine kat kilang tu. =D
kak noi: heheh part tergolek tu yg paling betul sklai tu.Nadia tergolek dengan pelbagai gaya pun takda sape tahu. hihihi :D
wahhhh sekarang ni alex n lolo tengah bermaharajalela la ni ye. Bagus2, amik peluang.hehe
arina: yup2, tiada internet di Shah Alam sana arina. Diorang semua pakai broadband, akak lum nak beli lagi sekarang..huhuhu
nanti kalau akak berjaya snapp gmbr curi2 mesin tu, akak paste kat sini..hehe
hi nadia.glad to hear that you enjoy your attachment..mewakili BNM, we are happy to have participants like you!bermotivasi dan tidak mencai jalan mudah.make sure perform baik kat sana.mudah2 an dapat tetap kat sana ok!!~~
Pe kata Nadia amek lesen moto ngan kete sekaligus? Jimat sket. I mean, kalau buat asing2 [kete dulu, moto kendian], banyak makan duit nanti. Anyway, all the best utk apa saje yg Nadia lakukan yeh ;)
bersih kannnns.. ehehe
shida: hahaha..malunya, terlupa yang u also read this blog. hahaha. Jangan cerita kat Kak Shikin ek, nanti malu i. :P
diya: huhu..tu la nadia terikir yang macam tu jugak. Tapi kalau macam tu tak makan masa yang lama ke diya? huhu sebab amik serentak mungkin masa yang lebih diperlukan. Nadia ada masa weekend je untuk belajar untuk amik lesen tu.huhu..takpela, tengok dulu cane, neway thanks for ur support =)
en_me: yup2 :D
Post a Comment