Pages

Terbaru

SUASANA KAT TEMPAT KERJA BARU BEST!!!! That's my first impression. Everybody was nice here. Mula2 aku search company ni kat internet tengok senarai manager dia, mak aih cha ya nun alif kesemuanya (dieja sebegitu untukmenjaga sensitiviti. Harap maklum) . Bila kesemuanya cha ya nun alif, aku macam tak berapa sedap hati la kan(faham2 je lah kenapa). Tapi bila 2 minit pertama aku dah dapat rasa yang mereka sangat 'warm'. Aku rasa selesa. Mereka tak seperti yang aku gambarkan. Even GM (General Manager) pun memang down to earth ok tak macam gaya GM pun. Tanya aku macam2 dan sesi perkenalan dengan dia buat aku tak nervous langsung.Dan mereka kesemuanya sangat profesional dan menghormati antara satu sama lain. Guess what? Kat sana selain aku hanya ada 4 melayu SAHAJA . 2 perempuan dan 2 lelaki.


Oh ya, kat sini tiba-tiba aku ter-geng dengan group budak2 chemist. Semuanya bermula dengan insiden yang melucukan yang terjadi di lab (masa aku diperkenalkan kepada mereka) kemudian tetiba tyme lunch hour mereka datang meja aku dan mengajak aku join mereka lunch. Macam tau2 je aku takde kawan nak ajak lunch (sebab team lain semuanya macam makan kat meja sendiri~membusy) . Lepas tu dari dalam kereta sampai la tempat makan sampai la habis makan sampai la sampai company balik, rancak betul berborak dan ter-ada sesi berkenalan sikit. Mereka sangat mesra dan mengalu-alukan kedatangan aku. Lepas tu semuanya mempunyai harapan tinggi menggunung supaya aku lastly diterima kerja tetap di situ, join team mereka dan melalui hari-hari bersama mereka. Terasa macam dihargai pulak. Eceh (padahal aku mana ada langsung exprience, entah2 company ni amik chemist yang berpengalaman je kot untuk kerja tetap). Mereka memang supportive , bagi macam2 nasihat, bagi aku semangat banyak2 untuk hadapi cabaran yang akan datang. Baru 2 hari dengan mereka, macam2 cerita aku dapat dengar. Banyak betul pengalaman mereka yang berjaya aku korek (mostly yang berkaitan dengan dunia kerjaya chemist dan pengalaman mereka di company lama). Mereka ni semua chemist2 berpengalaman. FYI, chemist sini tak ramai dan mungkin sebab itu mereka sangat unite berbanding dengan team lain.


Esok bermula fasa baru dalam hidup aku. Duduk rumah sewa sendiri yang aku tak kenal langsung hati budi orang di dalamnya.I really hope everything ok. Kan best kalau chemist2 ni yang jadi housemate aku (sebab dah kenal kan). Senang cerita. Dan selepas ni kalau aku tak cerita apa2 pasal housemate maksudnya biasa2 la kot. hehehe..Macam biasa la blog aku nih macam anda2 tak faham pulak, yang baik melambung akan dipuji secara melambung jugak. Yang so-so tidak akan diceritakan. Yang tak baik pulak akan dihentam habis-habisan tanpa mendedahkan identiti orang tersebut. Get it? ahaaaa... Eh, macam hukum karma kan. Buat baik dibalas baik (dipuji dan dibuat apa yang patut), buat jahat dibalas jahat (er..dengan bermacam2 cara la). Ayah aku selalu cakap, kalau orang buat jahat jangan balas balik tapi aku jawab sampai bila? Bukan bermaksud aku membalas secara kejam@jahat@tidak berperi-kemanusiaan kan. Gunakanlah akal yang diberikan Allah ni untuk menyedarkan orang yang takde perikemanusiaan ni. Supaya mereka menjadi lebih berperikemanusiaan sikit. Pandai2 loorrr...


p/s: Aku lupa nak cakap, lepas je entri yang ini keluar, orang yang aku tujukan tidak lagi melakukan perbuatan meng-annoying-kan aku.Tiba2. Macam tau-tau je. Guess what? Aku dapat detect yang dia baca entri itu.Melalui apa? Kuasa supermagic, superwoman, supernatural. Ada laaaa... . Err...macam berkesan lah pulak entri aku tu eh. hehehe. .*off topic

6 voice out:

Yana Ismail said...

see see...huhu yana dh ckp..sumenya akan baik2 saja utk dear..huhu take care tau!keje leklok :)huhu

FdausAmad said...

beb,

gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek.

selambe..

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Glad to hear that,dear...
Pasal housemate tu takyah risau sangat. InsyaAllah semuanya OK.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Nampaknya Nadia dah boleh adapt dengan tempat kerja yg baru. Moga semuanya berjalan lancar lah ye. Insya Allah lama2 boleh get long dengan bakal housemates nanti. Jaga diri selalu ;)

farah, s. said...

baguslah kalau semuanya ok. bukan senang nk dpt environment kt tmpt keje mcm tu kn. kirenye nadia ni lucky la. hehe

Nadia said...

yana: thanks yana ;)

kak noi: yup2 kak, semuanya ok. Thanks bdw :)

diya: thanks diya :D

farah: yup2, bukan senang nak dpt env camni.huhu..thanks ye farah :D