Pages

Today is Friday. Give me more Friday’s!

Eh, bukan hari ni. Hari ni ahad, ini kisah dulu semalam. Tajuk entri ni merupakan motto restoran.



Semalam, bos besar (Head of Technical) dari cawangan US datang company melawat. Maklumlah, nak pindah dah kan maka harus lah dia mengambil tahu hal banyak benda.Dia jarang datang, sekali-sekala je kot. Dari sumber yang aku dengar budak2 Technical (lab) memang akan seronok giler kalau dia datang. Kata mereka boleh makan besar, mula2 aku tak faham tapi last2 aku faham jugak



Seramai 13 orang berkumpul dan destinasi makan kali ini adalah di restoran T.G.I Friday. Aku tak pernah dengar pulak nama restoran ni tapi harga makanannya agak mahal. Bagi aku je la, kalau bagi orang lain murah, tak kisah la.Aku seorang yang tak suka bazirkan duit ke arah makanan. Beli baju ke, beli buku sebijik RM60 takpe kot. Bak kata ayah aku, kalau makanan mahal2 tapi sampai kat tekak je pastu dah takde dah, hilang macam tu jek. Aloo nadia! Takoyaki tu bukan makanan ke??? Teehee . Takoyaki takpe, itu kan ‘dadah’ dan murah pulak tu. Teeheee…





Sambung ke cerita tadi. Bila sampai2 aku tengok budak2 ni kemain galak order. Bukan masa sampai je, start dari dalam kereta lagi diorang dah siap2 rancang nak makan apa. Nak appetizer ni nak appetizer ini, main course bla bla bla. Aku? Hanya mampu diam tanda tak faham. Aku tengok menu je telan air liur kejap. Meraba mata aku cari menu yang paling murah. Kemudian aku rasa macam ‘something’ maka aku pun bertanya la soalan yang bercirikan fresh graduate dan berunsurkan innocent kepada Kak Nita “Err…Kak.. Bayar sendiri-sendiri ke?”:”Bos bayar la, order je”. Laaaaa, apasal tak cakap awal2. Zassss!!!!!!!!!



Air sampai dulu. Chocolate Chip Milk Shake. Sedapppp!!! Dia punya chocolate chip sedap giler rasa macam coklat cadbury.





First makanan yang sampai, mushroom soup. Fuh, memang terbaik ah mushroom soup dia ni. Dah la cendawan dia besau-besau. Aku rasa, mereka reka sendiri resipinya bukan amik jenama Sup Campbell. Unik. Lain benar dengan mana2 tempat yang aku pergi (specific: Piz*a H*t) dan mana2 gerai western food yang pernah aku pergi bersama family dan rakan. Semua pakat amik jenama sup Campbell jek pastu pandai-pandai pi modified sendiri tambah susu sejat ke apa ke pastu claim diorang yang punya dan letak harga tinggi2. Eleh, macam aku tak tahu pulak kan.hahahah.. Kak Nita makan yang ni, tak habis2 memuji sepanjang makan “Terbaik ah sup ni. Ni kalau anak aku makan ni mau menangis nih” (sebab sedap sangat.hahaha. Comel je menangis sebab sedap sangat)








*saje ambil gambar pelbagai sudut. Mungkin boleh menajamkan skill mengambil gambar (konon la)*

Aku pilih menu atas ni untuk main course, tak terlalu mahal tak terlalu murah. Dimmed Chicken with Shrimp. Mula2 sampai makanan ni kan, hati aku macam komplen sikit 'Hek eleh keciknya ayam dia. Harga dekat 40 hengget kasi la besar sikit. Ni saiz ayam pun macam saiz ayam goreng RM1.80 yang selalu kat pasar malam jual jek'. Lepas makan, hamik kau, kenyang sampai sebu perut. Mashed potato tu pun hanya mampu makan separuh jek (menyesal sebab mashed potato dia macam sedap dan rugi tak habiskan). Tak pernah2 macam ni.Rugi!Rugi! Sos dia sedap. Aku tak minat sangat western2 ni. Bagi aku, yang membezakannya sedap atau tak hanya bergantung kepada sos/kuah kot.*Aku tak dapat bezakan sangat*



Apa tah nama menu ni. Ayam. Yang pasti sos dia masam2 sikit. Budak2 chemist kalau dah berkumpul mulalah 'meng-kimia-kan' semua benda. "Sos dia masam kan? Asid banyak giler tuh" hahaha. Err, tak banyak nak cerita pasal benda ni. Biasa je kot.



Oh my God!!! Gambar apakah ini nadia? Harap maaf, lepas diorang godek2 benda ni baru aku snap gambar. Mencemarkan nama benda ni je padahal masa baru2 sampai punya lah cantik rupa dia, alih2 aku perkenalkan jadi buruk pulak. hakhakhak. Punca aku tak amik gambar awal2 ialah masa benda ni sampai, semua orang dah habis makan main course pastu semua pakat pandang benda ni malulah kalau aku nak snap gambar kan tetiba. Tah la, aku rasa perbuatan meng-snap gambar makanan semasa makan adalah blogger je kot. Silalah semua faham ye. huahuahuahua... Kadang2 KFC yang semua orang biasa makan pun aku tengok ada jugak blogger yang snap gambar letak dalam blog. Bagi aku ia adalah normal. Ialah kalau cerita pergi KFC dengan best friend yang 10 tahun tak jumpa ke, takkan nak letak gambar cendol pulak kan.hohoho... Oh ye, tersasar pulak. Nama benda ni Mud Pie. Nama Pie tapi ia adalah aiskrim sebenarnya. 'Mud' sebab limpahan coklat kelihatan seperti lumpur. Sedap giler+manis. Sesungguhnya aku tak menyesal tak makan yang ini sebab aku dah rasa hanya dengan satu sudu dah cukup bagi aku. Sebab kalau aku makan lebih sikit je lagi, sure aku akan muntah di tempat kejadian lantaran perut yang full tank tak boleh masuk apa dah.


Ikan salmon panggang sape punya tah aku rasa, pun sedap jugak la. Selama ni aku makan yang mentah je (yang toping untuk sushi). Mula2 masa tengok menu memang nak try makan ikan salmon panggang ni (sebab tak pernah makan kan) tapi tengok harga dekat 60 hengget, aku tak sampai hati la pulak habiskan duit orang. hakhakhak. Baik kan aku? kehkeh

Kejap, tengok aku snap gambar orang curi2 a.k.a skodeng




Yang girl tu Head Of Technical US punya, yang lelaki tu Head Of Technical cawangan Malaysia (Mr. Yap)


Ingat lagi interview yang aku cerita dalam entri lepas? Yang ni Quality Control Manager (baju hitam). Dia ni la yang nak interview aku bersama Mr Yap. Dia ni la yang puji2 aku buat keje efisien la, cepat la, alih2 tetiba nak lantik aku jadi QC executive. Tapi... tak sangka pulak perkara itu jadi kontroversi akhirnya. Aku nak cerita kat sini tapi Oppsss tak boleh cerita kat sini, sangat private. Aku ni kan sangat berhati-hati, mana tahu orang berkenaan tiba2 TERbaca, habis aku. Nanti aku cerita dalam entri akan datang tapi macam biasalah, akan didelete terus. Just check it at ur google reader ok. Setahu aku, entri yang telah didelete will remain there.

p/s: Macam best jek motto restoran ni. "Give me more Friday's!" Sebab keesokannya cuti boleh rehat2 takyah keje :D . Sekarang aku nak cipta motto: Tomorrow is Monday. Say no to Monday. Give me no Monday! Erk.

12 voice out:

farah, s. said...

huhu bestnye org belanja T_T hahaha

tak silap farah kt one utama ade tgi friday ni kan? dulu selalu lalu je, nk masuk takdak duit. muahhaa. btw mmg mahal kn mknn dia. T_T

udang tu nmpk sedap. yum2

Nadia said...

hehe macam biasa farah, makanan yang orang belanja biasanya akan jadi sedap yang luar biasa berbanding kalau keluar duit sendiri.hahah..

nadia tak pernah pulak pergi one utama.heheeh..Selalu mid jek.hahaha..bdw, memang mahal la. Kalau duit sendiri memang takde la nak masuk walau sedap mana pun. hehehe

Anonymous said...

oh my. lapar pulak sy bc entry nih. dah ler pagi2 sejuk nih. ehehe.

baik nye akak xamik yg mahal2. klu sy lah .. (uhuhu bole akak smbung sndiri ayat neh? =P)

give me no sunday .. T__T *malas nak pegi sekolah*

Nadia said...

HEHEEH dah sambung dah. Dalam hati ;P

give me more saturday! hahaha

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Akak plak lain.. akak suka spend duit untuk makanan & benda2 yang akak tak pakai. Sebab kalau baju ke handbag ke, ambil je ibu punya. Huehehehehe. Sebab tu adik2 akak cakap akak dah macam makcik2. Lantak korang le.

Duit akak habis utk hobi.
Like buat cross stitch yang dah terbengkalai sebab deathline berlambak-lambak, beli toys untuk A&L, buku-buku citer. Dan FOODS! HAHAHA..


Sonoknya ada orang banje.
Mushroom soup tu nampak sedap. Nak yang tu......... (T_T)

Nadia said...

oh ye ea kak.. terbalik pulak kita. Nadia kadang2 memang suka beli makanan tapi yg murah2 jek. Yg mahal2 hanya mampu pandang jek. hahaha... Tapi kalau kasut@baju mahal sikit2 (bwh rm70) takpe kot.heheheheehhe

tu la nadia tengok akak rajin belikan barang2 untuk A&L . Comel2 pulak tu barangnya :D

Anonymous said...

Choc Chip Milk Shake tuuuuuuuuu. Ahhhhhhhhhhhh. Rasa nak tela skrin je skrg neh. Hehehe

Bestnya bos belanja. Tapi kan, diorang sume chinese eh?

Nadia said...

huhu memang sedap giler, habis nadia minum. hahah (sebab selalu minum air takkan habis)

tak diya. Termasuk nadia ada 4 malay. Sorang perempuan duduk kat sebelah. Dia berkeras taknak nadia amik gmbr dia (walaupun curi2.hahah). Yang kat depan pulak 2 lelaki. Segan nak amik gmbar diorang (sebab dekat nanti nampak sangat).hhahha..Sebab tu takde malay dlm gambar ni.

Yana Ismail said...

Waaaaaaaaaaa rindunya nk kt blog ni...nasib smpt singgah...huhuhu hope you're doing just fine dear :D

Syiokkknyeeee org blanje..pe lg orderla pape yg patut..melantak habis2an..huhuhu...

yana sokongla motto nadia tu..best best..huhuhu

Nadia said...

yana: rindu kamu juga ;)heeheh motto cipta sendiri

s.c.h.u.l.t said...

takoyaki bukan dekat sushi king ke?

err..cik belog. sushi king diragui kehalalan toyyibahnya. harap cik berhati-hati. :D

sekian,

cik-expired-penah-keje-sana. HAHA

*salam singgah.gedik tanak kasi salam awal2*

Nadia said...

eh takoyaki bukan kat sushi king. Ia berada di Jusco, takde kaitan dengan sushi king pun. Bdw, terima kasih untuk peringatan, kawan dah beritahu dah before ni :D