Pages

Frust

Aku sign up paypal semata-mata nak beli barang tu. Buat penat je sign up sampai berpinar-pinar mata, tunggu lagi 2-3 hari untuk pengesahan kad. Bila dah boleh guna je, sekali barang tu sold out daaa. Aku lambat lambat lambat lambat T_T

Frust. Tapi frust yang bukan menonggeng.


Aku ada terjumpa seorang orang Malaysia persendirian (bukan melalui website) yang jual barang yang sama tapi mahal okeh. Apakes orang oversea boleh jual murah ko jual mahal. Cekik darah ke apa. Padahal dia amik dari sumber yang sama jugak rasanya. Dia punya harga lebih RM20 daripada harga website yang aku nak purchase tu(termasuk shipping). Walaupun RM20 tu tak la banyak sangat tapi boleh lah buat belanja nana makan KFC okayyyy.

Ok la, nak cari kat website lain pulak. Semoga berjumpa*positive thinking* ^_^

Sekian

Pertanyaan ayah

Pertanyaan ayah bila nampak aku senyum2 masa reply mesej kawan perempuan kat phone

"Eh eh eh. Senyum2. Mesej dengan pakwe la tu. Tengok nana, angah ko ni. Senyum senyum."

atau masa tengok aku gelak2 masa berbalas komen kat wall FB

"Chatting dengan pakwe la tuuu"

atau masa aku keluar dengan FS kat genting ari tu

"Nana, angah ko keluar dengan pakwe dia berdua pergi genting"

Tak pasal2 nana serang aku

"Angah, ko keluar dengan sapa gi genting? "
"Dengan officemate aku la. Perempuan chinese okay."
"Ayah kata (dalam telefon) ko keluar dengan BF ko. Owhhh ko ada pakwe tak beritahu aku ea!"
"Mana adaaa. "
"Ayah yang btahu aku"
"Bila ayah btahu?"
"Semalam, masa ayah call aku"
"Haaa. Ko caye la cakap ayah tu"

Ok, nampaknya ayah aku ni macam tak sabar je nak bermenantu (?) . Asal aku senyum2 mengadap lappy ada je benda yang dia nak cakap dan serang hendap konon2 aku sembunyikan sesuatu dari dia. Konon2 bila ayah tanya aku akan menafikan sambil senyum termalu-malu tanda betul. Eceh. Malangnya tak. Realitynya aku ada banyak perkara yang boleh membuatkan aku senyum dan ketawa. Mungkin bagi dia, senyum+gelak=bahagia=ada BF

Apakah? hahaha

Persatuan Salah Cakap

Woahhh, asal aku rasa macam dah lama tak update blog ea? Meh cek rekod sikittt. Ceh 2-3 hari je. Itu pun nak kecoh. Agagaga~

Lately aku busy giler. Entah, apa yang dibusykan pun tak tahu la, busy tengok drama online kot. HAHAHAH. Kira busy jugak wut =D


Ok, aku nak citer sikit pasal karenah mak and ayah aku ni. Ni yang aku cerita yang aku ingat la, paling lattest sekali

(dalam kereta)

Emak: (sedang berbual dengan seseorang dalam telefon)
Ayah: Nadiah nadiah, ko dengar tak apa mak ko cakap tadi? (sambil gelak2)
Aku: Apa die?
Ayah:*ajuk cakap mak* Helo! Helo! Haaa, one way one way! One way la ni (sambil gelak2)
Aku: *Muka blur*
Ayah: Sebenarnya 'on the way', mak ko pergi sebut one way. Kihkihkih*gelak*

Serentak dengan tu, ketawa aku dan ayah bergabung menjadi satu. Aku ketawa terbahak-bahak dalam kereta okay.

Mak aku selalu tersilap cakap. Kadang2 tu pulak dia tak sure nak sebut sesebuah perkataan, tapi dia main sebut je tu yang selalu tersalah tu. Pulak tu masa cakap, memang confident abis la. Dan setiap kali tersilap cakap tu, cepat aje kitorang2 ahli keluarga yang lain ni mengesan ke-tersilap-an itu. Lepas itu melaporkan kepada ahli keluarga yang lain pastu akan gelak beramai-ramai. Tak dinafikan mak antara banyak jadi bahan ketawa di kalangan ahli keluarga. Mak la yang selalu menimbulkan situasi 'fun' untuk gelak2 (orang kedua ialah aku. Ciss~). LOL. Ayah aku la selalu ajuk mak aku. Kitorng takde la sangat, sikit2 je.hehehe. Ayah aku ni jenis agak 'playful' dan gemar bergurau. So mak aku memang sedia maklum dengan perangai ayah aku ni.

p/s: Antara perkataan yang masih aku ingat. Background. Selamba je mak aku sebut 'backgown'. LOL. Kakak aku yang laporkan word ni kepada aku. Ulang banyak kali gown gown gown pastu gelak2. HAHAHA!


Kalau mak aku ada FB, boleh aku suruh dia masuk group 'Persatuan Salah Cakap' . Ngeh ngeh ngeh

Personal Taste

1) Ada sorang chinese lelaki kat tempat kerja aku ni. Setiap kali dia cakap dengan aku or berada dekat dengan aku, bau arak kuat yaamatz. Setiap kali okay. Sampaikan aku rasa dia ni pagi petang siang malam ke minum todi? Tak tahan giler. Macam kan bau todi itu dah sebati dengan dia. Bak kata pepatah, 'well blended'. Kadang2 jugak bercampur-baur dengan bau rokok. Hish. Rasa nak tutup je hidung tapi nanti nampak macam kurang diaajar la pulak kan.

2) Aku baru perasan minggu lepas bahawa ada bahagian2 tertentu pada tapak tangan aku ada somthing sikit. Camne nak cakap eh? Something like 'terhakis'. Ni semua gara2 kegagalan aku memakai glove pada masa2 yang aku rasa macam tak payah pakai pun tak apa. Rupa-rupanya memang kene pakai. Even bukak penutup volumetric flask pun kene pakai. Kerana asid berada dimana-mana. Antara nampak atau tak nampak je. Cair atau tak ia tetap asid di mana kesannya adalah menghakis kulit. Dushh, tak pasal2 tapak tangan aku ni mengalami seisi bersalin kulit. LOL. hahaha!! Tapi nasib baik ada kulit baru tumbuh yang menggantikan kulit yang terhakis tu dan tapak tanganku kembali ke keadaan sedia kala. Tadaa. Nasib baikkkk. Kalau tak, jatuh la saham aku. Erkk, saham apakah? BWAHAHAHAHA. Dush~~


Terpengaruh dengan mentaliti mak&kakak aku la ni. Gurauan sejak azali lagi. Kalau apa2 yang tak kena dengan diri mesti nak kaitkan dengan saham. Macam saham ada orang nak beli.wakakakaka

=)))

Tadi layan k-drama Personal Taste episod 6. Terkekeh-kekeh aku gelak. Sayang tak ada nana di sisi, kalau ada sure akan ketawa sabung menyabung. hahaha








pic: google.com

Aku suka watak heroin cerita ni. Kelakar + nampak original. Watak hero jugak. Adorable. Seorang yang berusaha keras untuk capai kejayaan atas usaha sendiri bukan sebab lobi-melobi. Sweet je mereka.Setiap kali heroin punya thought yang kononnya hero tu gay, mesti aku gelak2. Tambah2 bila tengok reaksi hero yang seakan geram je dengan heroin ni asyik cakap dia gay (padahal sebenarnya tak). Sekarang episod 6 dan aku percaya episod akan datang akan lebih interesting.


p/s: Apasal la setiap kali tengok Lee Min Ho berlakon asyik nampak cool je tak pernah tak nampak cool. Dulu BOF, sekarang Personal Taste pulak. Lee Min Ho dengan cool bagai irama dan lagu tak dapat dipisahkan. Eceh. Bdw, teringat part masa dia kene interview cerita Boys Over Flowers dulu. Macam tak percaya je dia seorang yang sangat pemalu like kalau korang tengok cara dia macam tak percaya dia adalah seorang pelakon. Pelakon mana boleh malu2 lah bukan? Setiap kali aku tengok MC usik dia, dia hanya tersenyum malu sambil tutup mulut dengan tangan.Pastu jawab sikit2, tak banyak cakap.LOL. Lelaki tutup mulut dengan tangan sangatlah sopan okay. muahaha. Berbeza sungguh dengan cara Jang Geun Suk (JGS) yang sememangnya seorang yang talkative. JGS kalau gelak, selamba je dia gelak kuat bwahahah. Bila MC usik dia, selamba je dia balas balik dengan cara dia dan last2 akan jadi funny sampai dengan aku2 sekali tergelak.JGS seorang yang selamba & playfull, Lee Min Ho pemalu & sopan, dua karakter yang berbeza tapi dua-dua aku sukaaa =D Dua2 ada keistimewaan masing2. Dua2 bila berlakon akan totally berlainan dengan sifat sebenar mereka =D

Sekian, dari seorang observant bernama nadiah ;)

Ayahku dah pandaiiii


Masa balik dari tempat kerja tadi, lalu tol mana tah. Ala, highway KESAS tu. Masa tu aku tengok palang tu macam tak palang. Err fahamkah? Kan selalu kalau belum bayar palang halang kereta kan tapi tyme tu palang macam rosak kot. Aku macam tenung je la sambil berkata dalam hati "Eh eh, palang ni rosak ke? Apasal dia ta turun eh?" Ok, benda macam tu pun nak terpelik-pelik apakess kan. Dalam masa aku dok pandang palang tu aku pun terperasan la sorang mamat ni yang tak sempat pun aku nak telek muka dia. Dia berdiri dekat je dengan palang tu (mungkin communicate dengan kawan dia a.k.a juru tol kat depan). Tak lama pastu tetiba je ayah aku cakap

Ayah: Nadiah nadiah. Hensem tu nadia. Nampak tak tadi?

OMG ayahku kah iniii?


Pelik bebenar, tak pernah2 dia macam ni okay. Talking about handsome thing pasal lelaki lain.hahah

Nadia: Kenapa pulakkk?
Ayah: Takde la. Ayah nampak ko macam jeling2 tadi
Nadia: Mana ada jeling2 , biasa je.
Ayah:*gelak* Haaa, yang macam tu baru boleh kira hensem. Dengan muka putihnya, dengan hensemnya.

Serius aku macam tak percaya je ayah aku macam ni.

Sebelum2 ni aku dengan kakak n nana naughty2 sikit. Kalau dalam kereta, nampak lelaki hensem bawa kereta atau motor (tapi kalau motor mat rempit kakak aku layan ar, aku soriiii). Pastu cakap hensem2 bla bla bla pastu gelak2. Pastu kannn, tetiba je ayah aku tegur "Hensem hensem. Muka hensem tak ke mana pun. Orang hensem ni korang tau tak, ada perangai semacam sikit bla bla bla" (ayah aku tengah berceramah tentang perangai orang hensem yang cenderung untuk playboy bla bla bla.. Macam kan ayah aku ingat aku ni pandang orang hensem je tak tengok perangai langsung. Which is not me. Aku balas balik "Ala, setakat tengok je, bukan buat laki pun. Tengok macam fiza ni. Hensem sana hensem sini last2 bf dia tak hensem pun"

"Kuang aja ko" balas fiza. kehkehkeh. Sempat lagi aku perli dia.


Oh lupa, aku kalau dengan fiza ni stail cakap lepas sikit. Perli sana perli sini. Dia la start dulu. Dia suka perli2 aku, maka aku pun bereaksi sama la macam dia. Dia selalu kutuk aku kaw2 ok, Mula2 tu(masa tengah tak biasa) rasa macam gerammmmm giler tapi lama2 macam dah biasa sangat malah kutukan tu jadi bahan lawak okay. Maka aku pun selamba la kutuk dia kaw. Sebab dah biasa so kalau sape kutuk, memang lepas tu mesti gelak2.

Fiza: Nadia, cantik giler baju tu nadia. Ko beli la baju tu nadia, mesti cantik.
Aku: Takde duit ar. Ko nak ko beli ar. Eh tak boleh tak boleh, ko tak sesuai kot. Ko kan pendek. Nanti nampak pelik bila pakai
Fiza: Siot ko. Ko kutuk aku pendek nadia? Ko memang adik kuang aja!!

End up kitorang gelak gila2. Gelak ikhlas ok. Aku pernah rasa macam ni. Kakak aku kutuk aku apa tah *rahsia.ngehngehngeh* tapi sumpah aku tak marah langsung malah gelak adalah. Macam ni baru best. Orang yang suka kutuk orang lain haruslah bersedia menerima kutukan. Ada la orang tu yang aku kenal ni, kutuk orang lain pandai, bergegar-gegar bajet2 dia ni rock abis la, otai bla bla bla, hati sekeras kulit durian tak senipis kulit bawang bla bla sekali kene ayat aku yang takde la berunsurkan kutuk, perli2 biasa je. Dahhhhh terasa dah. Apakah? Aku hanya mengikut stail dia cuma 'lembut sikit' la sesuai dengan sifat keperempuanan ceh ceh ceh. Tapi tak sangka plak dia nak terasa2. Itu la, cakap hati orang senipis kulit bawang konon2 last2 dia pun touching eleh eleh eleh.

Serius aku tak leh blah dengan orang lelaki yang jenis suka kutuk2 orang, cakap kasar2 la konon (konon2 bajet otai) pastu suka perli2 konon2 gurau ah (padahal sebenarnya nak kutuk betul2 bukan gurau). Supaya kalau orang marah dia boleh jawab "Ceh, manja sangat. Hati tisu. Gurau pun tak bleh. Pergi duduk bawah ketiak mak gi" . Ok takpeeeee. Sekali orang lain kutuk dia tau plak marah. Eh eh. Tak adil lah bukan?

Eh kat mana tadi? Ok sambung2. Tapi nk sambung apa ni? Ok sebenarnya cerita dah habis. ngehngehngeh

p/s: Aku layan orang sama macam mana orang tersebut layan aku. Sebab aku tak suka jurang perbezaan dalam sesuatu interaction (sebab nanti nampak pelik dan tak mesra~bagi aku la) sebab itu la aku akan mengikut cara orang tersebut berinteraksi dengan aku. Fair. Faham kan. hehehe =D

p/s: Dua tiga menjak ni aku selalu perasan adv nuffnang kat sidebar ni asyik dok tayang je iklan kereta Toyota Vios. Dah la kereta tu KERETA IDAMAN aku okay. Eieieieie bila la boleh dapat ni

Nostalgia

Salah satu sebab utama aku suka tengok drama korea adalah kerana muziknya sangat 'in' dengan telinga aku.

Kalau ceria tu, dengar je dah buat aku ceria

Kalau mendamaikan, aku dengar je rasa macam tenang dan mendamaikan

Just nak share antara lagu terawal yang aku pernah minat. Sort of mendamaikan


Only You (piano version). Mendamaikan. Buat aku rasa sangat sangat sangat tenang. Muzik yang agak selalu dimainkan dalam drama (nama pun OST instrumental.haha)



Buat aku rasa macam nak mainkan lagu ini guna piano sama seperti yang aku dengar. Tapi aku pernah sentuh je piano tapi mana pernah belajar. hahaha. Kan best kalau aku pandai main piano T_________T




Ini lagu sebenar. Penyanyi Ryu. Aku suka dengar suara dia kalau nyanyi rentak2 macam ni.. Tak tau kenapa. hahah. Kalau tak silap aku semua OST cerita ni dia yang nyanyi. Eh lupa nak cakap, cerita Winter Sonata. The memoir and nostalgia of Kang Jun Sang dan Jung Yu Jin.

Sebenarnya tv kat rumah aku sekarang ni terpasang TV 2 , drama melayu apatah, dan menggunakan music ini dalam cerita (dalam satu jam yang lepas aku dengar). Tetiba aku rasa syokkkk je. Tu yang buat aku macam "Eh ini OST Winter Sonata ni" tapi aku lupa tajuknya apa. Dan dan ok cari kat youtube ;P

Oh ye. Masa aku try nyanyi bersama-sama dengan penyanyi asal, tak sangka lirik lagunya (in korean) masih lagi lekat dalam kepala dan masih boleh menyanyi mengikut rentak asal. Aku ingatkan aku dah lupa terus lagu ni since dah 8 tahun aku tinggalkan lagu ni. hahahaha. Dulu kan zaman internet macam tak berapa popular so takde internet pun kat rumah aku. Nak cari lirik macam mana kan. Tahu tak macam mana caranya aku hafal lagu ni? Aku beli CD OST kat pasar malam (kebetulan sangat ada), pastu aku play ulang2 kali sambil salin lirik bagi bunyi dia sama dengan penyanyinya sebut. Korang bayangkan la betapa gigihnya aku, dah la bahasa yang sangat asing bagi aku. Kejap2 pause kejap2 rewind pause lagi rewind, reverse banyak2 kali. Kalaulah vcd kat rumah aku tu cap ayam, agaknya dah lama rosak gara-gara aku. hahaha

Tapi tu dulu. Cuba sekarang kalau ada cerita korea terbaru, tak lama je pastu confirm ada orang yang tolong buat lirik lagu pastu sebarkan kepada umum. haha. Kehebatan internet. Sangat memudahkan.

p/s: Dalam Winter Sonata ni, HANYA dua lagu je yang aku minat (hahah aku ni memilih sikit lagu). Lagu atas ni (Only You) dengan lagu From Beginning Till End (lagu utama. ). Lagu From Beginning Till End tu Hazami dah remake balik jadi lagu dia. Sonata musim salju tajuknya. hahah.Dua lagu ni aku boleh kata aku sangat suka dengan susunan music score nya . Dua lagu korea yang pertama aku minat. =D

Ish TV2 ni kacau betul lah. Kan dah tak pasal2 keluar entri yang aku tak berhajat pun nak keluarkan entri sekarang. hahaha. Maklumlah, bz kan sekarang. Ok, mahu sambung layan Personal Taste ;P

Kejap kejap. Apa persamaan Winter Sonata dengan Personal Taste? Heronya kerja sebagai arkitek. Baru aku perasan. lalalala~

Craving for Pasta Carbonara

*google image. Pasta prawn, secret recipe

Teringat masa jumpa wawa bulan lepas. Kami makan di Secret Recipe, aku confirm la order prawn spaghetti. Dulu masa masa makan dengan ex-rumate UPM minggu sebelumnya, 10 minit aku fikir nak makan spaghetti ke lasagna spaghetti ke lasagna. Last2 aku amik lasagna. Tak sedap. Menyesal T_T. So masa keluar dengan wawa tu aku order ni. Sedapppppp. Tambah2 disertakan dengan chocolate milk shake, tambah2 lagi dibelanja oleh wawa. Waaaaa.... Aku makan dengan penuh khusyuk okay. Makan penuh khusyuk tu maksudnya aku makan dengan penuh nikmat duniawi dan rasa macam nak berterima kasih kepada tuan kedai yang tolong masakkan benda sedap ni kat aku. Hahaha.

Wawa tanya, "Nadia suka ea makanan cheese2 ni?" Of course aku suka. Lagi banyak cheese lagi aku suka. Aku tak cepat muak. Kalaulah badan aku senang nak naik confirm badan aku tak macam sekarang. Semua menuduh aku sengaja tak makan sebab nak diet. What theeee....


Yang sos prego carbonara yang dijual dalam tin tu, boleh laaaaa. Tapi tak sedap sangat la. Ouch, paling sedap yang aku makan kat pullman putrajaya tu la. Secret Recipe menduduki carta no 2 . Ceh ceh macam anugerah la pulak.

p/s: aku suka pasta yang bentuk cam dalam gambar tu. Aku tak suka yang macam bentuk mi tu. Tak suka bukan maknanya tak makan langsung cuma aku prefer yang macam dalam gambar dalam gambar tu. heheh

Baby Mason~Cuteness overload

Biarkan gambar yang berkata-kata





















Sumber: google image

Sape kenal Baby Mason? Kalau yang pernah tengok cerita Baby and Me (or Baby and I ) tu sure kenal punya.Aku rasa macam bersepah je muka budak ni di blog2 perempuan yang aku terbaca. Asal cerita pasal baby je mesti muka budak ni yang keluar, asal entri pasal baby je mesti muka budak ni.hehehe. Glemer owh dia, kecik2 da glemer. Aku dengar2 cerita budak ni separuh korea separuh canada :)






Sape lagi comel? Baby tu ke atau orang yang kat sebelah dia yang dok main kuchi-kuchi tu?

*Miahahahaha*

p/s: Tergerak nak update pasal Baby Mason ni sebab ternampak gambar dia kat twitter




Dah besar dah dia sekarang. Dah besar lagi sure hensem nih.

sumber: Twitter Jo Kwon



JGS with Baby Mason when filming Baby and Me. Behind the scene.Dah gaya macam ayah-ayah dah JGS ni. Nampak macam mereka sangat serasi! =D

takde tajuk


Masa pergi exam tu kan. Aku dalam kereta pastu ayah pergi tanya guard sekolah tanya kat mana blog B. Pastu tetiba ayah aku cakap "Nadia, tadi ada sorang budak. Budak UITM, tinggal kat Bandar Tasik Selatan. Dia pun blok B jugak. Pergi la kenal2 dengan dia"

Pastu ayah aku pun membawa aku ke suatu sudut dan panggil budak perempuan tu datang sekali. Kak Dayah, lahir tahun 1986. Dan kami pun berkenal-kenalan dan berborak sementara tunggu start exam. Masa tu 7.30 kot, satu jam gak la berborak.Beberapa minit je borak dengan dia terus aku rasa macam serasi je. Rasa macam dah kenal lama. Macam tak ada kekok. Jarang jugak la aku borak2 dengan orang 2-3 minit terus rasa selesa. Selalunya aku akan mencuba hingga beberapa jam untuk rasa selesa. Untuk stranger la yang aku maksudkan.

Comel tak ayah aku ni? Dia risau aku takda kawan nak exam sekali, nak makan lunch sekali so awal2 dia dah carikan aku kawan. Bila fikir balik, macam kelakar la pulak ayah aku ni. Entah, aku rasa lawak.

Bila aku observe kak Dayah melalui cara dia bercakap kan, aku rasa macam dia boleh menjadi seorang PTD yang berjaya. Aku rasa kalau dia dapat last stage untuk interview, confirm dapat.hehehe. Cara dia menjawab soalan cara dia bertanya. Jauh benar dengan aku. Aku jadi PTD? Dalam mimpi bleh lar. muahahahahah

p/s: Ayah aku sangat tak takut nak memulakan perbualan dengan stranger. Laki perempuan dia tegur. Lain dengan aku. Kalau stranger lelaki memang jangan harap la aku nak memulakan perbualan kan. Perempuan boleh la. Aku kan pemalu sikit. mueheheheh. Aku pilih2 orang sikit yang rasa2 aku macam boleh masuk dengannya. hahah.

Exam

hohoho. Setelah berzaman aku tinggalkan exam, tadi tetiba pergi exam pulak. Act, aku tak mengharap langsung pun akan dapat kerja ni sebab applicant macam ramai yaamatzz, tapi aku just saje2 pergi exam sebab nak observe macam mana feel sit the SPA exam. Tahun depan kalau dapat lagi, baru aku pergi dengan betul2 ready fizikal dan mental. hahaha. Bila aku pergi saja2 tu maksudnya aku tak prepare apa2 pun untuk exam. Sama la kalau aku kata saje2 pergi interview, maksudnya aku tak prepare apa2 la untuk interview tu. Ok, banyak nyaaaa mukhadimah.

Hasil observation aku tadi, soalan Matematiknya lebih senang daripada KPL* punya exam. hahah. Level form 3 kot, tambah tolak bahagi darab, tapi otak kene cepat pickup la macam mana nak selesaikan soalan dengan cara yang cepat. KPL* punya math, fuh, tahap form 5 okay. Bulatan, sudut2, sudut dalam bulatan, geometri semua2 keluar, jammed kejap otak aku. Berkarat daaa, soalan yang dah 5 tahun aku tinggalka dulu. Dulu, aku la heroin selesaikan soalan math tapi tyme exam kpli tu tetiba jadi HEROIN.

muahahaha

Nasib baik yang SPA ni takde soalan bertahap koma macam dalam KPL* tu. Soalan analitikal ke apa tah. Bukan math. Aaah, analitikal la tu. Gila arr, 20 soalan, semua aku blur. Sampai satu tahap, aku tutup buku soalan pastu aku hentam jawapan. Biarlah aku hentam tanpa tengok soalan. Stress aku tengok soalan tu ok. Soalan macam teka-teki yang tak ada solution. Aku rasa pembuat soalan tu syok sendiri ke apa. hahaha!

Yang SPA ni takde la stress ke apa ke tapi agak krem gak la tangan aku menjawab 200 lebih soalan dalam masa 20 minit dan 200 soalan dalam masa 40 minit. Esei lagi.

Kesimpulan: Exam KPL* lagi susah kot daripada exam SPA. Untuk soalan bebentuk objektif. Bagi aku la. Cuma yang bestnya KPL* ialah takde soalan esei. Aku malas ar nak mengarang-ngarang esei ni. hehe. Karang entry blog takpe lagi. Ngeh ngeh ngeh.

p/s:Yang manakah bukan filem arahan arwah Yasmin Ahmad?
a) Sepet
b) Papadom (muehehehee)
c) Gubra
d) Mukhsin

tersenyum aku tengok soalan atas ni. Tak sangka pulak soalan bebentuk hiburan pun ditanya jugak. Tapi satu tu je la yang berunsur hiburannya pun.

update:
Banyaknya keyword 'kali terakhir malaysia menang piala thomas' . Tetiba macam ramai betul nak tahu. Mungkin sebab piala thomas nak dekat kot kan. Harap2 malaysia menang kali ni. Kali terakhir malaysia menang adalah pada tahun 1992 ye. Moga Piala Thomas 2010 Malaysia mampu melakar kejutan. Aja aja fighting!!!!!!!!!!

New environment

Erm..masuk hari ni dah hari keempat aku bekerja di tempat baru. So far ok.

Hari first dan hari kedua, terasa kebodohan yang melantun-lantun. Biasa la, bila first time didedahkan dengan benda baru , sangat baru (ICP system which is lain konsep dari tempat kerja yang lama) , of course la blur2 kejap. Mana ada orang ajar sekali je terus pandai kan? Hari first, aku diajar benda2 yang simple pastu di hujung2 tu dah start ajar benda yang complicated skit. Hari kedua aku belajar benda yang more complicated lagi. Oh sangatlah blurrrr!!!!

Hari ketiga, blur lagiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!

Hari keempat which is hari ini aku dah pandai sikit dah *tepuk tangan*. Teheee =D Pengiraan yang memeningkan dah tak terpening-pening dah. QC standard yang aku sangatlah blur awal2 dulu, aku dah boleh prepare dah. Pipet canggih tu yang awalnya aku macam bodoh je nak guna, aku dah terer guna dah. Pelik owh, pipet pun aku boleh terconfius-confius nak guna. Pipet je pun kan. Setiap kali guna mesti aku confius. Aku sangat confius dengan unit microlitter dengan mililiter. Tambahan lagi keadaan pipet tu sendiri mengelirukan aku. Sampai orang yang train aku tu confius kenapa aku boleh confius.


Persekitaran/ rakan sekerja= Well, tapi tak sebest dulu. Tempat kerja dulu, first2 masuk je aku dah terasa suasana kemesraan, dan semakin berkembang dari hari ke hari. Budak sales boleh easily mix-up dengan budak technical walaupun lain2 department. Budak operator(production) di mana tarafnya hanyalah spm sahaja boleh bergelak-ketawa dengan manager semasa bersembang hal bukan kerja. Is it interesting? Everyone can easily mix-up between each other.Takde gap antara jawatan. Yang membezakan hanyalah nama jawatan dan tugasan sahaja bukan dari segi pergaulan. Aku sangat suka suasana macam tu. Entah bila lagi aku boleh dapat the same environment again. Oh, rindu dengan suasana dulu especially Kak N dan juga FS. Rindu rindu rindu.


Kat sini aku bersosial (eceh, bersosial) dengan akak2 admin, account dan HR. Bila lunch hour, maka berterbangan la kami mencari tempat makan. Nasib baik muat satu kereta 5 orang.

Ok, aku nak sambung baca note. Supaya aku boleh hafal, takde la esok terkial-kial lagi.

I love ICP!

Ok bye

Evolusi KL Drift 2



Baru je keluar Sunway Piramid dengan mummy wanna be, Wawa. Ex-rumate masa kat matrik. Mula2 ingat nak tengok wayang cerita Alice In Wonderland tapi full, malas nak tunggu amik je cerita KL Drift 2. Ok, meh sini aku komen sorang2.

Aaron Aziz


Dia memang pelakon yang versatile. Sesetengah pelakon hanya boleh watak2 yang streotaip. Streotaip adalah bermaksud : Kalau stok muka jiwang+romantik, drama jiwang+romantik je la yang mereka boleh berlakon. Kalau stok muka gangster2, watak gangster je la yang diorang leh bawak. Dulu Rosyam Nor pernah cakap kalau dia namakan seorang artis yang akan jadi pengganti dia, dia namakan Aaron Aziz. Yes, aku setuju dengan pendapat Rosyam Nor. Ko bagi je apa2 watak kat dia, confirm menjadi. Dari watak romantik sampailah watak gangster semua menjadi. Memang bravo ah dia ni. Tabik spring toink toink kat dia. Kalau dulu dia boleh membuatkan aku suka dengan dia dalam drama Emil Emilda, kali ni dia berjaya membuatkan aku menyampah dengan dia dalam filem Evolusi KL Drift 2 ni. Jahat+kejam. Itu yang boleh aku describe watak dia ni. Dari memek muka+gaya bercakap+penampilan memang sebijik macam gangster. Part yang aku tak senang duduk tu bila scene dia belasah Farid Kamil & Scha. Ohowww, memang kejam ar. Bergenang air mata aku masa tengok Scha kene tembak.

Shaheizy Sam

Aku hampir tak kenal dia. Aik? Nama kat intro ada si Sam ni tapi mana satu dia? Wohooo.. Dia pakai misai dan jambang rupanya. hehehe.Dia pun sangat menjadi wataknya. Nak cakap versatil aku baru tengok 2 je drama yang dia berlakon so takleh nak cakap sangat. hehehe. Tapi watak dia ni sama je kejamnya dengan Aaron. Menjadi la kiranya. Muka+gaya cakap+segala-galanya. Dia dengan aaron cakap pun ala2 style tyco cina "wa lu wa lu"


Shamsul Yusof

Dia punya lakonan dah meningkat la sikit. Dulu masa dia masih baru2 lagi berlakon, lakonan memang tak boleh blah. Tone suara pulak ke lauttt. Haha, maksudnya tone suara dia tak selari dengan dialog. ngeh ngeh ngeh. Eh, jujur punya penilaian ni. Sekarang lakonan dia ni boleh tahan la.

Scha

Shamsul kata suara dia macam Rimau. hahaha tapi rimau2 pun, last2 tangkap cintan jugak.Watak dan lakonan dia sangat la berkesan dan kelihatan 'original'. Watak dia sama macam watak2 dia dalam cerita2 yang dia pernah berlakon sebelum ni. Aku belum boleh kata dia pelakon versatile sebab setahu aku type2 cerita dia berlakon agak streotype. Cam kasar2 pastu gangster2 skit. heheh. Aku masih menunggu-nunggu watak dia yang lain dari yang lain.

Eh, dengar cerita watak Scha ni ganti Diana Danielle kan? Kiranya watak dalam cerita ni sepatutnya Diana la bawak tapi sebab ada 'masalah tertentu', Scha la penggantinya. Serius aku kata walaupun Diana Danielle tu sangat cantik, kalau dia bawak watak Scha dalam citer ni, rasanya tak berapa menjadi kot. Tone suara memang ke lauttt. hehehehe. Sebab berdasarkan lakonan2 dia before ni, belum cukup 'gangster'. Aku still nampak dia sebagai gadis ayu2 gituuuu. Kalau dia berlakon watak kasar, aku still tak nampak di mana 'kasarnya dia'. heheh. Takpe2 dia muda lagi, ada banyak masa lagi untuk 'sharp' kan lakonan dia.

Eh kejap2 . Aku tetiba je rasa Shamsul dengan Scha ni nampak sepadan bila tengok mereka dalam citer ni. Nampak serasi. Ala, dua2 single kan. =D

Remy Ishak

Tak banyak kot nak komen. Apa-apa pun watak dia memang menjadi dan berkesan. Dia jadi inspektor Kamal, seorang anggota polis yang menyiasat kegiatan jenayah Joe (Aaron)

Farid Kamil

Boleh la. Still berkesan.Tak banyak kot nak komen. Tapi watak dia dalam citer ni sensitif yaamatzz. Sikit2 nak touching sikit2 nak touching. Mungkin sebab faktor dia cacat so sensitif terlebih.


Comment tentang plot

Storyline dia terlalu biasa. Nothing interested. Takde kekuatan yang boleh aku ceritakan kat sini. Malas aku nak komen. Aku boleh kata kalau tak kerana keberkesanan lakonan Aaron, Sam, Scha, Shamsul dan Farid Kamil ni, cerita ni nothing kot. Part kejar mengejar kereta terlalu panjang sampai aku rasa ada la dekat 10 minit kot. Mula2 memang la excited tengok kereta berlumba-lumba, streeeetttttt, streeeeettttt. Bunyi baik punya. Tapi bila scene dah terlalu lama, cam bosan sikit kot.

Rating?

Cam aku cakap, kalau takde Aaron, Sam, Scha, Shamsul dan Farid Kamil ni, cerita ni nothing kot. Pendapat aku, pengarah patut buat homework dengan menonton cerita2 luar banyak sikit. Tengok bagaimana filem luar olah idea untuk buat cerita&storyline. Kalau bab gangster2 ni, boleh la try tengok cerita Hong Kong. Mereka banyak idea dan idea2 mereka agak kreatif =D

Apa-apa pun ini hanyalah pendapat peribadi sahaja okay. Bukan sesuatu yang salah kalau berlainan pendapat =)

p/s: Henset aku bukan setakat buat hal& sakit lagi dah. Ni dah tahap masuk ICU dah neh. TAK BOLEH TAIP MESEJ LANGSUNG DAH SEKARANG. Buka je sliding nak type word, terussss mati&padam secara tiba2. Tiba-tiba je. Dush~

Mimpi

Aku mimpi aku buat salah dan akan ditangkap.Cuak seyh. Lawak pun ada. Masa tu aku berkerjasama dengan sekumpulan polis untuk dedahkan kegiatan jahat ada sorang Dato' ni. Tup2 aku pulak yang kene tangkap jadi apakah? Nama pun mimpi kan. Konco2 Dato' tu yang tangkap aku dan 5 orang kawan2 aku yang lain. Eh bukan kawan tapi semua tu sepupu aku. Tempat kejadian kat taman tema ala2 genting tapi lebih cikai daripada genting. Yang lawaknya kitorang main nyorok2 la elak kene tangkap tapi ada satu masa yang aku dah tertangkap aku minta permintaan dengan orang yang tangkap aku tu supaya aku dibenarkan untuk main ada satu permainan ni buat kali terakhir. Sebab aku nak main sangat benda tu tak pernah try lagi. LOL. Boleh plakk. ahahah. Aku dibenarkan tapi dia naik sekali dengan aku la.Ok macam ape je mimpi aku tu.

p/s: First time cerita pasal mimpi kat blog. Baru je bangun tido. Mamai2 lagi nih. Oklah , nak sambung tido balik. Bye!

p/ss: Honda S 125, I will waiting for youuuu, gidakidaril kaeyo, doesang apununmu...Eh lirik lagu =D

Tentang Motor


Aku masih lagi warganegara Cheras. Ngeh ngeh ngeh. Ayah aku decide tunggu aku cekap bawak motor dulu baru dia kasi aku duduk kat tempat tu. Act, aku sebenarnya boleh je bawak motor tapi entah kuasa apa tah mempengaruhi ayah aku buat dia tak percaya dengan aku padahal bila buat testing siap meronda satu taman perumahan 4-5 kali pusingan pun dia tak puas hati gak. hahah. Sebenarnya titik permulaan aku bermotor ni ialah kakak aku la yang ajar TANPA PENGETAHUAN AYAH AKU. Kira belajar underground la nih. Sebab kalau dia tahu dia mesti marah sebab mungkin akan menjahanamkan motor dia (mana la tau kan).hahah. Kakak aku pulak belajar dari sepupu aku masa kat kampung.


Aku rasa salah satu sebab ayah aku tak percaya dengan aku ialah aku jarang bawak motor dalam pengetahuan dia. Aku cam malas & tak bersemangat nak bawak motor ayah aku tu sebab tu aku tak rajin nak explore2 bagai ni (walaupun tahu bawak).Sebab apa? Sebab tempat pulas tu keras (susah nak perah minyak) dan bunyi masa bawak tu masyaAllah kuat yang amat.Sampai aku terconfius-confius, apa laju sangat ke aku bawak sampai bunyi kuat bagai ni? Padahal dah cukup slow rasanya . Dah macam bunyi motor mat rempit okay. Prengggggggggg. hahaha. Itu motor ayah aku la motor kakak aku lain pulak ceritanya. Jenis skutter. Besar dan berat. Aku tak bape berkenan sebab bila aku bawak, mesti badan aku macam terhuyung-hayang. hahaa. Pendek kata, AKU NAK MOTOR BARU!!! Ayah, sila take note okay. Confirm dengan motor baru aku akan rajin bawak. Dengan lesen L ni. weheeeee, best giler!


Oh ye, mahu motor biasa bukan skuter. Sebab? Aku tak suka ciri2 skutter di mana

(1) Brek guna tangan~Aku prefer brek kaki lagi. Sebab kaki aku lebih bertindak balas daripada tangan. Ini terbukti bila aku bawak skutter kakak aku je mesti tyme patut tekan brek aku lambat tekan yang mengakibatkan nyaris2 langgar orang pastu kene bambu dengan kakak aku. hahaha.LOL. Tapi bila aku bawak motor ayah aku masa ayah aku test aku ari tu, boleh je aku control brek. Guna kaki kan. Jarang aku guna brek tangan

(2) Berat~ Mengakibatkan aku terhuyung-hayang semasa membawanya. Tambah2 kalau ada penumpang kat belakang. Kejap ke kiri kejap ke kanan.

(3) Auto, takde gear~ Aku suka main2 gear guna kaki tyme bawak motor ayah aku. Bagi aku, peralihan gear adalah menyeronokkan dan fun. Mungkin sebab dari kecik kot. Dulu masa kecik tyme sekolah rendah bila kat kedai beskal, ayah tanya nak beskal macam mana, aku cakap aku nak yang macam budak lelaki selalu bawak tu. Yang banyak gear sampai 5. Pastu yang besar2 ala2 basikal lumba. Sebab boleh bawak lajuuu pastu boleh tukar2 gear. Cerewet. Dah la beskal type2 mahal. Ayah tunjuk kat aku basikal takde gear yang perempuan selalu bawak tu, pastu yang belakang ada tempat duduk tu, murah katanya,pastu perempuan biasa beskal camtu. Aku cakap taknak. Kalau tak, takpe takyah beli pun takpe. Ceh ceh ceh. Lama jugak la ayah decide before beli tu. Last2 ayah beli jugak beskal yang aku nak. Pelagiiii, tiap2 petang merempit guna basikal, Maghrib baru balik rumah.

Kereta? Buat masa sekarang kereta bukan pilihan. Sebab aku sendiri tak yakin aku boleh bawak lagi buat masa sekarang. Lagi la ayah aku tak kasi aku bawak kereta dia sebab ada sekali tu ayah test suruh aku bawak. Pastu dia tengok aku bawak macam sengallll je kejap ke kiri kejap ke kanan (mueheheheh) so memang takde harapan la aku nak minta2 try test bawak ke apa ke dengan kereta tu kan, confirm dia tak bagi. Tunggu dapat P kot baru boleh. Lagi satu pakai kereta cepat habis duit maa. Dah la aku nak berjimat-cermat ni. Nak memenuhi senarai wishlist yang pernah aku buat dulu. muahahah




Kaler biru muda please!!!!! Ayah aku berminat dengan type motor ni. Mula2 aku prefer honda wave, design cantik tapi ayah kata tak praktikal sebab cc nya rendah. So, bila aku tengok motor ni berimiginasi kaler biru dalam kepala, terus aku pun suka jugak. Teheeee =D.

Soalnya jadi ke amik motor ni?