Pages

Showing posts with label makanan feveret. Show all posts
Showing posts with label makanan feveret. Show all posts

Takoyaki SOGO=Epic fail !

Tadi pergi Jalan TAR, singgah sogo, beli takoyaki kat situ. Kawan aku yang btahu kewujudan takoyaki kat situ. Seriously , worst takoyaki ever! Epic fail!

Nampak je macam tempting tetapi sesungguhnya penampilan tak menggambarkan rasanya. Aku usha2 cara dia buat tu. Tengok time dia letak sayur kobis(yang dah di-grind) tu aku dah jeling2 dengan nana dah. Mana taknya, kedekut kobis okeh. Sangat! Macam ada tak ada je kobis tu. Orang kata apa, celah gigi jek. Padahal tempat lain aku beli, aku tengok diorang letak kobis sepenuh-penuh alam okeh. Dia ni tak reti buat ke apa? Aku rasa dia tak reti buat la. Dia takut nak letak kobis2 banyak2 sebab takut tak boleh nak terbalikkkan/nak bulatkan bentuknya,padahal boleh je sebenarnya, dia tak pernah try buat camne nak tahu kan. Blerghhh. Sampai aku dah tak boleh tolerate dah. Rasa nak sound je orang yang buat tu "Pernah makan benda ni tak? Benda ni kalau letak sayur kobis tak boleh kedekut sangat nanti rasa dia terrible". Aku tak pernah makan takoyaki yang sangat sikit sayur kobisnya. Cuma aku dapat imagine yang kobis2 tu sebenarnya yang mengurangkan kepadatan tepung takoyaki ball tu dan membolehkan takoyaki tu 'sangat lembut' bila dimakan. Bila kobis terlalu sikit makanya ruangnya dipenuhi dengan tepung je la kot.Bila first time rasa versi sayur kobis kedekut hangit tu, memang betul apa imiginasi aku tu. Sebijik macam rasa cekodok tapi cekodok versi tak sedap.

Structure takoyaki=FAIL! Keras, kepadatan tinggi. Sebijik macam cekodok tapi versi tak sedap
Sos yang warna hitam tu=FAIL. Rasa tah apa2. Yek.
Sos sotong=FAIL! Sungguh teruk rasanya.
Mayonis=FAIL! Act yang ni aku boleh tolerate lagi. Mayonis kat Jusco Cheras Selatan pun mayonisnya tak sesedap Jusco lain tapi aku tak kisah sangat, tak effect sangat kot rasanya.

Pendek kata 99% FAIL. Yang 1% tak failnya pun katsuo (fish flakes) je kot. Ala, itupun sebab fish-flakes tu ready-made, bukan diorang buat. Kalau diorang buat entah macam mana lah kan.

Tiada lain melainkan yang teruk2 belaka. Sampai aku dengan nana lagi sikit nak muntah (serius! bukan over-exaggerate kayh).

Masa first2 makan tu, muka nana dah lain dah

Nana: Angah, aku rasa nak muntah la angah...
Aku: Aku pun..
Nana: Yekkk, aku tak sanggup nak makan.
Aku: Buang je la...


Untuk mengelakkan muntah, kitorang berpakat untuk buang takoyaki yang selebihnya . Aku try rasa dua ketul je selainnya faham2 je lah kan kat mana tempatnya. Tapi memandangkan rasa fish flakes tu rasa sama universal (ready-made kan), so tu je lah yang sedapnya pun. Tu je la yang kitorang habiskannya pun. Pastu, out dalam tong sampah.

Macam tak percaya aku buang takoyaki. Macam tak percaya. Macam tak percaya.

Masalahnya aku beli dua set ok. Nana pun dua set jugak. Total=RM18. Aku rasa rugiiiiiiiii sangat.Tak berbaloi. Kalau aku amik ktm singgah Mid Valley beli kejap pun rasanya lebih berbaloi. Masa aku beli tu kan, aku cakap nak 4, boleh plak dia ingat aku nak 4 ketul je (iaitu satu set). Dia selaku penjual pun tak double confirm. Last2 kene tunggu lamaaa gila. Sebab tunggu lama dia kasi kitorang free satu ketul setiap sorang. Bak kata adik aku, dapat free pun tak guna, tak sedap kan.hoho. .

Aku harap orang yang tak pernah makan jangan lah beli kat situ nanti akan mengalami trauma terhadap takoyaki. Aku takde la trauma cuma trauma takkan beli kat situ lagi dah.

Aku rasa Takoyaki Jusco je kot yang sedapnya. Tapi ramai orang pernah buat review (termasuk Kak Di) kata takoyaki kat Sunway Piramid tu sedap (yang kat Asian Avenue?). Ada jugak yang kata situ lebih sedap dari yang kat Jusco tu. Tak pernah pulak aku pergi situ. Kalau yang kat Jusco tu pun aku claim sedap gila sampai rasa nak nangeh je setiap kali makan , macam mana plak kalau aku dapat rasa yang lebih sedap dari situ eh? Pengsan boleh?

Ok bye!

p/s: Aku pernah makan takoyaki kat Jusco (Bukit Raja, Taman Maluri, AU2 Keramat,Mid Valley dan Cheras Selatan). Setakat ni Cheras Selatan la yang paling tak best sekali (dan Jusco ini je yang paling dekat dengan rumah aku T_T ). 10-15 minit dah sampai. Bukan sekali dua aku makan yang aku claim tak sedapnya pun, banyak kali kot tapi redha je la. Selagi ada rasa Takoyaki tu boleh la, boleh la telan lagi. Daripada yang kat SOGO tu, silalah bungkus kedai.

Craving for Pasta Carbonara

*google image. Pasta prawn, secret recipe

Teringat masa jumpa wawa bulan lepas. Kami makan di Secret Recipe, aku confirm la order prawn spaghetti. Dulu masa masa makan dengan ex-rumate UPM minggu sebelumnya, 10 minit aku fikir nak makan spaghetti ke lasagna spaghetti ke lasagna. Last2 aku amik lasagna. Tak sedap. Menyesal T_T. So masa keluar dengan wawa tu aku order ni. Sedapppppp. Tambah2 disertakan dengan chocolate milk shake, tambah2 lagi dibelanja oleh wawa. Waaaaa.... Aku makan dengan penuh khusyuk okay. Makan penuh khusyuk tu maksudnya aku makan dengan penuh nikmat duniawi dan rasa macam nak berterima kasih kepada tuan kedai yang tolong masakkan benda sedap ni kat aku. Hahaha.

Wawa tanya, "Nadia suka ea makanan cheese2 ni?" Of course aku suka. Lagi banyak cheese lagi aku suka. Aku tak cepat muak. Kalaulah badan aku senang nak naik confirm badan aku tak macam sekarang. Semua menuduh aku sengaja tak makan sebab nak diet. What theeee....


Yang sos prego carbonara yang dijual dalam tin tu, boleh laaaaa. Tapi tak sedap sangat la. Ouch, paling sedap yang aku makan kat pullman putrajaya tu la. Secret Recipe menduduki carta no 2 . Ceh ceh macam anugerah la pulak.

p/s: aku suka pasta yang bentuk cam dalam gambar tu. Aku tak suka yang macam bentuk mi tu. Tak suka bukan maknanya tak makan langsung cuma aku prefer yang macam dalam gambar dalam gambar tu. heheh

Menu berbuka puasa pilihanku

Owwww man. Tolong ah, puasa2 begini tayang makanan kat blog plak. Ya Ampunnn...

Ini pengakuan paling jujur. Berikut merupakan menu berbuka puasa pilihanku.

1. Nasi Kerabu with love ♥



Aku suka makan bersama daging goreng. Memang aku tak nafikan, kat KL memang susah nak dapatkan nasi kerabu. Sampai aku dah naik mengidam-ngidam pulak dah. hahaha.. Tapi yang peliknya, bulan puasa ramai pulak orang jual nasi kerabu ni. Kalaulah pasar malam kat tempat aku ni ada jual nasi kerabu, memang tiap-tiap minggu aku beli tanpa gagal (eceh). Masa tyme bulan puasa kat UPM, ada satu kedai kat kafe ni jual nasi kerabu tapi tyme aku datang nak beli je selalu sold out. Kadang2 tu macam tinggal sisa2 je. Tersedih aku di situ :( Aishhh, bengang je. Mak cik ni buat lah banyak2 skit. hahah. Tapi tyme bulan puasa memang ada jual nasi kerabu kat pasar ramadhan tempat aku. Of course makcik-makcik kelantan yang memasaknya kan.

2. Kepak ayam panggang madu with love ♥



Ok, speechless. Sangat sedappppppp. Menu ni, bulan Ramadan ke bulan Zulkaedah ke bulan Zulhijjah ke, memang semua bulan pun aku selalu makan. HAHA!!

3.Ayam percik with love ♥



Menu ni memang hot tyme bulan puasa. Bulan lain aku macam tak jumpa je...

4. Murtabak with love ♥




Mana-mana murtabak yang aku rasa semuanya lebih kurang, so beli kat mana-mana pun boleh asalkan ada rupa murtabak..

5. Samosa with love ♥



Macam spesis murtabak jugak, tapi ini mungkin versi yang kecik (pandai2 je aku buat kesimpulan)

6. Kuih cara berlauk with love ♥.



Tyme bulan puasa, kuih yang lain aku pandang sebelah mata je. Kalau boleh tak nak pandang langsung. Kesian dengan kuih yang selain bulan puasa selalu makan tapi bulan puasa, ditolak tepi. Habis madu sepah dibuang (aku merepek sudah). Tapi serius masa bulan puasa, kuih lain seperti karipap, donut, keria memang aku tak pilih ar. Aku hanya mencari kuih cara berlauk je. Mungkin sebab kuih ni memang sedap. Sebab kedua, aku rasa kuih ni mcm harmoni je kaler dia dan menarik perhatian. kehkehkeh. Coklat+merah+hijau+kuning = comel !

7. Dim Sum with love ♥





Ini tipuuuu!!!! hahah. Tak pernah dibuat orang , jadikan ni menu berbuka puasa. Lately ni kan (sejak2 aku habis belajar di UPM), aku nana dan fiza kami adik beradik kalau ada duit je, confirm akan melaburkan di Restoran Makanan Cina Muslim yang agak baru dibuka dekat dengan rumah kami. Bak kata iklan rejoice, jalan guna kaki pun boleh. Boleh kata setiap 2 minggu sekali, mesti pergi ke kedai tu makan makan Dim Sum. Asal tyme gaji je mesti pergi kedai ni. Sampai tokey+pekerja kedai tu dah cam+kenal sangat muka2 kami ni. Malu weyhh... Restoran ni jual makanan chinese style. Nama pun Cina masuk Islam kan. Tapi kitorang jarang order makanan lain selain dim sum. Ok, kami dah jadi Dim Sum freak dah. Lagipun agak murah. Satu jenis (ada tiga ketul) RM 3.80 je. Boleh pilih sama ada nak Chicken Siew Mai ke, Button Mushroom ke, Prawn ke, (okay tu je yang aku mampu ingat. Selalu aku main tunjuk2 je tak hafal nama pun). Kami selalu melakukan aktiviti underground yang ini (makan dim sum kat kedai tu) tak bagi tahu mak ayah sebab kalau mereka tahu mesti kene sound "Asyik2 dim sum je. Ari tu dah makan dah. Ni makan lagi. Tak jemu-jemu ke. bla bla bla" hehehehe...

So, dalam sebulan ni, rasanya rotate2 je senarai 1-6 tu sama macam Ramadan tahun lepas. Tak jemu pun sebab sebulan je kan bukan setahun.heheh

kredit gambar: dimsum~ koleksi peribadi. Yang lain, google.com






Err…sebenarnya dah lama nak cakap. Sejak di UPM lagi dah nak tanya benda ni tapi asyik lupa je (padahal segan). Boleh saya tahu siapakah daripada anda (yang sedang membaca ini) yang sekarang berada di area2 Concord, New South Wales, Australia ? Sorry, just wanna know. Selalunya orang yang berada di luar Malaysia yang berulang-alik di blog ini hanyalah Farah (yang berada di Auckland, New Zealand). Lain semua adalah dari Malaysia. Jadi, agak mudah untuk mengesan. Err…saya terfikir, manalah tahu jika anda rakan lama saya ke boleh la kita beramah-mesra di sini. Ataupun jika kita saling tak kenal, boleh la kita berkenal-kenalan. Cewahhhhh… Hope to see your blog if u have too. Sama macam rakan-rakan blogger saya yang lain. Or perhaps we can contact by email. Just wanna know u. Tapi, jika anda lebih selesa saya tidak mengenali anda, its okay =)

Owhh..Rasa curiousity ini memang tak boleh blah. Sekian

From my heart: Dah la pengunjung blog ini sedikit. Yang sedikit itu lah yang aku ambil tahu dan sangat hargai mereka ♥♥♥~~~




p/s: SALAM RAMADAN ~ Moga ramadhan kali ini memberi sesuatu yang lebih baik buat kita semua =)

Mudahnya tergoda....


makanan! I lap u!

Aish..Risau pulak bila jadi orang merempat ni.Merempat>--- stay kolej walaupun semua pelajar balik. Mana taknya,bila pelajar takde kafe pun takde la. Bila kafe takde, nadia mau makan apa ni? Dah la kenderaan takde. Harapkan bas kolej yg kadang2 ada kadang2 takde tu mmg tak boleh diharapkan..huhuh..Setakat ni kafe still bukak. Nadia tanya dia,bukak sampai bila. Mak cik tu kata tak tahu lagi. Sekarang still bukak sebab student still ramai lagi. Kalau sumer dah balik dan kafe tak bukak? Takkan nak panggil delivery mc D or pizza hari-hari..Ayoyo..Serius nadia tak boleh hidup tanpa makanan. Cakap pasal perkaitan dan kepentingan makanan dalam hidup nadia ni,mengingatkan nadia terhadap perkara yang Nadia paling tak lupa iaitu masa minggu orientasi.Adegan kejar makanan bersama ‘teman berlari’ yang seperjuangan. Tentu kedengaran pelik bukan? Oh ye, lupa nadia nak cerita pasal ‘teman berlari’ nadia. First ialah sya. Dia satu group dengan nadia masa minggu orientasi tu dan dia juga tinggal depan bilik nadia. First nadia tegur dia masa di toilet. Nadia tak tau la kenapa ada yang menggelarnya ‘muka sombong’ kerana nadia tak rasa muka dia macam tu. Ceria jek. Kalau betul la nadia rasa muka dia sombong, nadia pun susah nak tegur rasanya walau apa pun terjadi. Okay, kita pergi ke ‘teman berlari’ kedua pula Azalea. Dia ni memang semulajadi peramah dan banyak cakap rasanya. Dia juga merupakan salah seorang yang nadia boleh baik kurang 24 jam kenal. Bila jumpa dengan orang yang peramah,serta merta terkeluar la sifat peramah nadia ni.Hehehe..Pasal adegan kejar makanan. Selalunya bila start aktiviti kitorang hanya berjalan lenggang kangkung(note: lenggang mak limah) sahaja tetapi sebaik sahaja aktiviti tamat, kitorang akan berlari laju serupa kanak-kanak rebina untuk sampai awal di tempat makanan. Semua orang tahu minggu orientasi kene segalanya cepat. Mandi cepat,makan cepat dan semuanya cepat la. Kalau berjalan lenggang mak limah tu rasa-rasanya sempat makan dengan tenang tak? Dah la ramai giler beratur. Harus berada di belakang la kalau lambat. Pastu kan, bila nadia dan kawan-kawan nadia ni berada di antara barisan terawal mengambil makanan, terasa semacam bangga la pulak. Mana taknya, bila habis aktiviti kitorang di belakang skali, tup-tup bila beratur ambil makanan tiba-tiba terpacul muka kitorang di depan. Dapat bayangkan kitorang berlari macam mana?

Cakap pasal lari@joging ni, nadia sebenarnya sangat tidak menggemari aktiviti sebegini. Takde bakat la. Harap badan je kurus tapi nak berlari tu malas yaamatz. Dah beberapa kali kawan nadia ajak ‘Jom,jogging kat bukit ekspo’ dan nadia hanya mampu jawab dengan senyuman..hehehe.. Cakap pasal berlari ni nadia ada dua peristiwa nak relate.

1) Cakap pasal jogging ni teringat masa Kursus Pembangunan Sahsia Mahasiswa(KPSM) K5 UPM dulu. Tyme tu diorang buat aktiviti jogging ramai2. Diorang lepaskan ikut kumpulan. Tup-tup bila habis sesi tamat NADIA MERUPAKAN ORANG YANG TERAKHIR YANG SAMPAI. Rasanya nadia antara group terawal yang diorang lepaskan. Macam tak percaya pulak(tapi harus percaya). Ada seorang peserta tu yang berbadan agak besar dan terkenal di kolej kitorang sebagai ‘orang yang berbadan besar’. Fuh, NADIA KALAH DI TANGANNYA. Nadia sampai lebih lewat daripada dia! Bila fikir-fikir balik memang tak logic. Badan nadia ni rasanya 1/3 daripada badannya tapi…..tapi…

2) Masa aktiviti treasure hunt KPSM tu, memang penat giler. Berlari ke sana-sini. Bukit ekspo,bangunan akademik,padang kawat,padang bola dan boleh kata 1 UPM kitorang pusing. Sampai nadia jadi lembik dan tidak bermaya( korang harus faham,sebarang aktiviti berlari@joging macam ni la keadaan fizikal nadia). Tapi yang anehnya, sebaik sahaja sampai di pintu masuk kolej,apabila nadia semacam terdengar laungan “Cepat2.Makan2!” nadia yang daripada lembik tidak bermaya tiba-tiba berubah menjadi seorang pelari yang cergas lagi aktif! Fuh, siap cakap dengan member 1 group “Korang,cepat korang! Ada makanan kat depan! Tak sabo nak makan nih! Cepat2! ” See…Member satu group pun macam tak percaya nadia mcam nak pengsan ni tiba-tiba menjadi cergas. Padahal sebelum itu mereka yang memberikan semangat kepada nadia untuk menghabiskan larian. Ni terbalik pulak! Nampak sangat mudah tergoda kan?

Nadia pun pelik kenapa nadia macam ni. Mesti budak group nadia ingat nadia ni pura-pura je penat n macam nak pengsan. Tapi memang rasa macam tu pun. Lagi sikit nak jatuh. Bila teringat je makanan terus nadia semacam mendapat semangat@energy untuk menghabiskan larian. So,lain kali kalau nak memberikan semangat kepada nadia untuk menghabiskan larian JANGAN cakap macam ni “Cepat nadia. Sikit je lagi nadia.Nadia boleh!Go nadia!” Agak TIDAK BERKESAN cara itu. Lain kali cakap macam ni “Nadia! Cepat Nadia! Kat depan ada nasi tomato sedap2, ayam besar2 gedabak! Sayur brokoli pun ada! Air mango juice lagik! Kalau lambat nanti habis tak dapat makan!”

rasanya nadia dah jumpa jawapannya..Nadia sanggup buat apa sahaja demi benda yang nadia suka. That’s the fact.

Oh,makanan.Jangan dikau datang kepadaku di saat aku tidak memerlukanmu kerana daku pasti tidak akan dapat menolak kehadiranmu..huhu

p/s: mudahnya nadia tergoda dengan makanan…Astaghfirullahalazim…

addicted to takoyaki!!!!!!!!

Sekadar nak memperkenalkan makanan sedap ni.Yum2!!!



jepun Pictures, Images and Photos

Namanya Takoyaki ataupun Tako Tao. Ia juga merupakan salah satu Japanese Dumpling. Click di sini untuk maklumat lanjut. Dengar nama of course makanan Jepun mali(tapi tempat yg saya beli halal ye,xder wine@pork). Ada 5 jenis isi di dalam bebola(isi dia dok kat tengah2) tu yg boleh dipilih. Ayam,sotong,udang,daging,jagung. Yang saya pernah try ialah sotong dan udang. Sedap giler…(ketahuilah olehmu bahawasanya makanan ini sangat sedap!).First time masa my friend introduce this food to me, l feel this food look weird (my rumate ayie pun cakap macam tu). 3 ketul+bulat2+lembik2+tak pernah nampak. Yeah, kinda weird! Disebabkan my fren bagi free(means tak perlu bayar), saya saje je try(alamaklumlah benda free). Tak rugi pun kalau tak sedap. First time saya makan, saya agak tergamam dengan rasanya sampai tak terkata apa. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Serius! Apa yang mampu saya cakap di sini adalah ‘rasanya sangat lembut dan mild bila ianya berada di dalam mulut’. Seolah-olah cair di mulut tidak di tangan(ececeh..macam iklan smarties pulak). Saya pun x sure apa bahan yg digunakan. Tengok cara dia buat,macam ada rupa kobis halus-halus yg dia taruk.Pastu macam ada mayonis cair yang dia letak. Pastu tepung yg dibancuh agak cair n entah la...Nanti saya keje di situ nanti saya beritahu korang ek cara2 buatnya.Ops..dah jumpa resepinya kat tenet>-- Click di sini untuk resepi n cara-cara nak buat. Rasanya dah ramai orang(termasuk melayu) pernah makan n tahu benda ni. Saya je yg kuno(selalu pergi mid valley pun tak tahu mende nih.Adeh~)

Lokasi jualan: Dalam shopping complex Mid Valley. Dekat dengan jusco aras paling bawah(LG kalau tak silap). Dekat jugak dengan kedai roti La Boheme aras bawah mid valley.Dia xde kedai yg khusus. Hanya booth sahaja. Nak tengok rupa kedai? >--- Link

Harga sekarang : 3 ketul=RM4.30

Kredit to nora yg memperkenalkan makanan ni(dan kawan dia yg memperkenalkan kepadanya).

Rasa jgn tak rasa……..SEDAPPPPPPPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

*Saya berazam nak keje di situ sekejap. Belajar cara nak buat. Bila dah pandai, try buat kat rumah pulak. Cilok resepi pastu jual!Hahaahaha*gelak kijam*

*saje tukar kata ganti diri dalam post kali ni. Nampak best la tukar2 ni. Nanti nak guna kata ganti diri ‘nadia’ pulak.hahahaha

*notakaki: sebelum terlupa, thanks to farah for the award




Photobucket Image Hosting ~a new friend of mine. we have similar interests (^_^)

yeah,..minat gong chan jugak kan?heheheh

~amboi,banyak betul notakaki.Adeh~