Pages

Menu berbuka puasa pilihanku

Owwww man. Tolong ah, puasa2 begini tayang makanan kat blog plak. Ya Ampunnn...

Ini pengakuan paling jujur. Berikut merupakan menu berbuka puasa pilihanku.

1. Nasi Kerabu with love ♥



Aku suka makan bersama daging goreng. Memang aku tak nafikan, kat KL memang susah nak dapatkan nasi kerabu. Sampai aku dah naik mengidam-ngidam pulak dah. hahaha.. Tapi yang peliknya, bulan puasa ramai pulak orang jual nasi kerabu ni. Kalaulah pasar malam kat tempat aku ni ada jual nasi kerabu, memang tiap-tiap minggu aku beli tanpa gagal (eceh). Masa tyme bulan puasa kat UPM, ada satu kedai kat kafe ni jual nasi kerabu tapi tyme aku datang nak beli je selalu sold out. Kadang2 tu macam tinggal sisa2 je. Tersedih aku di situ :( Aishhh, bengang je. Mak cik ni buat lah banyak2 skit. hahah. Tapi tyme bulan puasa memang ada jual nasi kerabu kat pasar ramadhan tempat aku. Of course makcik-makcik kelantan yang memasaknya kan.

2. Kepak ayam panggang madu with love ♥



Ok, speechless. Sangat sedappppppp. Menu ni, bulan Ramadan ke bulan Zulkaedah ke bulan Zulhijjah ke, memang semua bulan pun aku selalu makan. HAHA!!

3.Ayam percik with love ♥



Menu ni memang hot tyme bulan puasa. Bulan lain aku macam tak jumpa je...

4. Murtabak with love ♥




Mana-mana murtabak yang aku rasa semuanya lebih kurang, so beli kat mana-mana pun boleh asalkan ada rupa murtabak..

5. Samosa with love ♥



Macam spesis murtabak jugak, tapi ini mungkin versi yang kecik (pandai2 je aku buat kesimpulan)

6. Kuih cara berlauk with love ♥.



Tyme bulan puasa, kuih yang lain aku pandang sebelah mata je. Kalau boleh tak nak pandang langsung. Kesian dengan kuih yang selain bulan puasa selalu makan tapi bulan puasa, ditolak tepi. Habis madu sepah dibuang (aku merepek sudah). Tapi serius masa bulan puasa, kuih lain seperti karipap, donut, keria memang aku tak pilih ar. Aku hanya mencari kuih cara berlauk je. Mungkin sebab kuih ni memang sedap. Sebab kedua, aku rasa kuih ni mcm harmoni je kaler dia dan menarik perhatian. kehkehkeh. Coklat+merah+hijau+kuning = comel !

7. Dim Sum with love ♥





Ini tipuuuu!!!! hahah. Tak pernah dibuat orang , jadikan ni menu berbuka puasa. Lately ni kan (sejak2 aku habis belajar di UPM), aku nana dan fiza kami adik beradik kalau ada duit je, confirm akan melaburkan di Restoran Makanan Cina Muslim yang agak baru dibuka dekat dengan rumah kami. Bak kata iklan rejoice, jalan guna kaki pun boleh. Boleh kata setiap 2 minggu sekali, mesti pergi ke kedai tu makan makan Dim Sum. Asal tyme gaji je mesti pergi kedai ni. Sampai tokey+pekerja kedai tu dah cam+kenal sangat muka2 kami ni. Malu weyhh... Restoran ni jual makanan chinese style. Nama pun Cina masuk Islam kan. Tapi kitorang jarang order makanan lain selain dim sum. Ok, kami dah jadi Dim Sum freak dah. Lagipun agak murah. Satu jenis (ada tiga ketul) RM 3.80 je. Boleh pilih sama ada nak Chicken Siew Mai ke, Button Mushroom ke, Prawn ke, (okay tu je yang aku mampu ingat. Selalu aku main tunjuk2 je tak hafal nama pun). Kami selalu melakukan aktiviti underground yang ini (makan dim sum kat kedai tu) tak bagi tahu mak ayah sebab kalau mereka tahu mesti kene sound "Asyik2 dim sum je. Ari tu dah makan dah. Ni makan lagi. Tak jemu-jemu ke. bla bla bla" hehehehe...

So, dalam sebulan ni, rasanya rotate2 je senarai 1-6 tu sama macam Ramadan tahun lepas. Tak jemu pun sebab sebulan je kan bukan setahun.heheh

kredit gambar: dimsum~ koleksi peribadi. Yang lain, google.com






Err…sebenarnya dah lama nak cakap. Sejak di UPM lagi dah nak tanya benda ni tapi asyik lupa je (padahal segan). Boleh saya tahu siapakah daripada anda (yang sedang membaca ini) yang sekarang berada di area2 Concord, New South Wales, Australia ? Sorry, just wanna know. Selalunya orang yang berada di luar Malaysia yang berulang-alik di blog ini hanyalah Farah (yang berada di Auckland, New Zealand). Lain semua adalah dari Malaysia. Jadi, agak mudah untuk mengesan. Err…saya terfikir, manalah tahu jika anda rakan lama saya ke boleh la kita beramah-mesra di sini. Ataupun jika kita saling tak kenal, boleh la kita berkenal-kenalan. Cewahhhhh… Hope to see your blog if u have too. Sama macam rakan-rakan blogger saya yang lain. Or perhaps we can contact by email. Just wanna know u. Tapi, jika anda lebih selesa saya tidak mengenali anda, its okay =)

Owhh..Rasa curiousity ini memang tak boleh blah. Sekian

From my heart: Dah la pengunjung blog ini sedikit. Yang sedikit itu lah yang aku ambil tahu dan sangat hargai mereka ♥♥♥~~~




p/s: SALAM RAMADAN ~ Moga ramadhan kali ini memberi sesuatu yang lebih baik buat kita semua =)

20 voice out:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Pagi-pagi lagi dak ni telah menguji kesabaran akak. Apsal le akak leh termasuk blog ni time tengah berpuasa ni pastu tertengok le plak si chicken wings tu T___T

Grrrrrrrrrrrrrrr (konon marah tapi tak marah pun) hahaha..

Selamat Berpuasa Nadia, jangan fikir nak berbuka je.. puasa ni puasa.. grrrrrrrrrrr

mun-e said...

saya scroll cpt2 tgk gambar scr cepat! :D pas berbuka baru bace balik entry ni :p

Brilliant Marjan said...

Salam.selamat berpuasa...nmpk je mknn yg terhidang terus rasa nk mkn gak...hehe...mujur ku sedar diri

Apa yg awk suka, sy pn suka...cume dim sum xpenah mkn lagi...

zureen @ mama said...

Menyeksa batin betullah baca blog nad hari ni..waaa..(lapar plak rasanya..he3)

Kak Zureen pun suka mkn kerabu..

farah, s. said...

sedap semuanya!!!!! duhhhh terkedu tengok food sedap2. semua fav farah tu. hayoh. tp dimsum tu je farah takpenah makan. hehe. sedap eh? mesti sedap kan sbb tu nadia suke. haha

wahhh nadia, secret admire tuuu hehehehe

Yana Ismail said...

huhuhu...dear, owh terliur jap tgk gmbr makanan sgt bykkkkkkkkkk....waaaaaaaaaaaa cptla buka puasa ;P

napa semua makanan ada with love hujungnya?ahaks..hati tgh bunga2kah..ahaha;)

slmt berbuka puasa dear...;)

shima said...

nasib baik xpose ari nie..kalu xmencabar kesabaran okay bile tgk menu2 kat entry nie.leh wat aku rase nak bakar je blog nie.kalu aku pose lar..hehheh.

amatt mexes amir said...

sumenye with love <3.hehe :P

Anonymous said...

Ya Allah. Tergugat jiwa raga diya baca entri Nadia pagi tadi. Mula nya view dekat google reader, gambar tak kuar. Pastuh, try view blog nadia .. hah amekkk berderet makanan! Huhu.

Dim sum tu macam best je. Tak ingat le penah makan ke tidak. Macam pernah, tapi tak ingat kat mana. Ngeh =p

Nadia suka nasi kerabu ye. Satu2 nya nasi yang paling diya tak suka, nasi kerabu lah. Tak lalu tengok nasi kaler biru. Nasi kaler kuning, ungu, hijau boleh diterima lagi. Biru macam tak berserenjang dengan nafsu makan. Hehehe.

Nadia said...

kak noi: haha, comel je kak noi marah ;P ingatkan nak publish entry ni lepas buka puasa tapi ter-publish awal pulak dah (ye ye je nadia nih). hehehehe

kak murni: hehehee..kak murni, itu namanya scan. Nadia selalu buat masa baca nota kuliah masa kat UPM dulu.Tak baca, scan je. hihi :D

marjan: hehe. betul2. Bulan puasa ni, nampak je makanan terus rasa nak makan dan dan tu gak. Nasib baik puasa kan. hahaa

kak zureen: heheh..Takpe, nanti buka puasa, cepat2 cari menu di atas ;)

farah: dalam bnyk2menu hot buka puasa, senarai tu je yg nadia short-listkan dan kalau boleh tiap2 kali buka puasa nak makan semua. Wahhh, dasyat pulak.hahaha. Fav kan? hehe...

Dim sum sedap! Makanlah kalau berkesempatan :D

yana:hahah, nadia pun terliur-liur dah masa search gambar atas ni (walaupun masa tu belum puasa lagi pun.hehe)

mana ada berbunga-bunga hati, yana. Takde sape yg nak membunga-bungakan hatiku. Eceh. Love tu saje2 letak . Macam comel jek love tu =D

shima: haha habislah blog ni hitam legam hangus dibakar ;)

nazhirul: sebab gambar love tu macam comel. hehe :D

diya: heheh. Diya tak suka sebab kaler dia ea? Kalau tak silap nadia, kawan nadia cerita warna biru tu sebab nasi tu dia 'treat' dengan bunga apa tah, so jadi kaler biru. Nanti try la cari bunga yang boleh buat nasi jadi kaler lain (hijau ke kuning ke. Menarik sikit kan? hehe). Tapi setakat ni kaler biru je nadia jumpa, kaler lain takde jumpa lagi..huhu

Insyirah said...

I love dim sum. Restoran mana tu nadia? Kalau dekat, bleh juga akak terjah ke sana.

Susah nak cari dim sum yg halal. Melainkan di hotel. Ada satu chinese muslim restoran yg akak jumpa di area Damansara ada jual dim sum. Tapi bukan sepanjang hari ada. If I'm not mistaken, dim sum nya available masa breakfast dan dinner je.

farah, s. said...

nadia, dim sum tu diperbuat drpd ape -_-'

Nadia said...

kak syira: sedap kan? kedai ni kat taman tanming jaya, selangor. Dekat2 dengan jusco balakong cheras. Dekat tak kak? hehehe...Tu la, susah betul nak cari kedai yg jual dim sum halal ni. Kalau ada sure mahal punye ..huhu


farah: hehe dah jawab kat FB tadi. Nadia bukak FB dulu baru bukak blog..hehehe

Insyirah said...

Wahhh...dah dekat sgt tu nadia. Akak nak minta actual direction bleh? Sebab senang akak nak bawa ayah akak pergi makan kat sana. Akak masih tercari-cari restoran chinese muslim yg dekat-dekat dgn akak. Erm, nadia hantar ke email akak, boleh? Ni email akak, syira_qistina@yahoo.com. Sori if menyusahkan. Thanks ya! :)

p/s: kalau tak boleh, then it's ok.. ;)

Nadia said...

kak syira: nadia dah send email kat akak. Nanti cek ea. Hope dapat membantu ;)

Cikgu Ije said...

.. with love.

tak baik tau tunjuk2 mknn best2 gitu. kang akak bukak puasa xtau.

:P

Yana Ismail said...

hik hik..love tu memang comel..ahaks;)

alaahai..tkpe2..yana doakan akn dtg sorang putera yg bakal mbahagiakan dear ok...aminnnn;)

Nadia said...

ije: alamak, okay kene terus update entry lain ni. Wee ;D

yana: Aminnnn. Cewah ;)

IamYonna said...

akak sungguh tergugat memlihat ayam percik! )*&%^!! apa ni nadia! hahah nasib akak x boleh puasa tp bukan boleh makan ayam percik pun pagi2 ni T__T haih adik akak sorg ni.

err dim sum? tak pernah nak makan.apa rasa dik?

Nadia said...

heheh marvellous kan ayam percik? ehehe..Dim sum tu isi ayam+isi ikan+isi udang yang dihancur dan diblend sekali.Rasanya sedapppp tambah2 kalau cicah dengan sos dia . Rasa lebih kurang macam nugget kot (sebab nugget diperbuat drpd isi ayam yg dihancurkan) tapi bezanya yang ni dikukus;)