Ceh macam jiwang pulang tajuk ni, padahal entri takda jiwang pun. Antara banyak2 rahsia aku, ada satu rahsia yang aku simpan bertahun-tahun lamanya. Rahsia yang patut diceritakan kepada emak tapi until now aku tak cerita pun kat dia. Rasa macam jatuh maruah kalau diceritakan kepadanya. hahaha!
Masa zaman kecik-kecik+ innocent dulu ada satu kali tu aku berjalan-jalan bersama-sama sepupuku yang lain. Masa tu kenduri kawen sape tah, orang sibuk2 masak, kanak-kanak ambil peluang berjalan-jalan la. Lalu berjalan-jalanlah sekumpulan kanak-kanak comel (ewahhh, perlu ke statement ni?) menuju ke bekas sawah dan bendang yang dah kering-kontang takde tanam padi ke apa. Antara ramai-ramai tu, aku la yang paling tua sekali. Darjah berapa tak ingat pulak. Sekaligus aku merangkap ketua kumpulan. Aku la kepala mereka (dah lumrah yang lebih tua jadi ketua, terima je la). Pastu kan, sebelum sampai ke sawah kering-kontang tu, FOR THE FIRST TIME aku nampak rupa-paras PERIGI tak jauh dari sebuah rumah. Serius aku tak pernah jumpa perigi pun sebelum ni . Sebelum tu aku hanya tengok kat tv jek T___T (sedih tiba-tiba). So, bukan salah aku la kalau aku TER-excited terlebih masa tu kan.
Disebabkan rasa excited + macam jakun sikit, kami hold perjalanan ke bekas sawah dengan singgah lama di perigi tu. Aku pun asyik la tinjau2 perigi tu (nasib baik tak terjatuh ke apa. Kalau tak, dah jadi arwah dah sekarang). Disebabkan terlalu excited, aku mengambil seketul batu sederhana besar dan membaling ke dalam perigi tu. Plop! (sound effect). Sekelip mata batu itu hilang! Aku membayangkan yang aku jadi Si Bawang Putih yang memanggil ibunya si ikan kaloi dalam perigi (CERITA BAWANG PUTIH BAWANG MERAH). Apasal tah aku rasa macam best je baling batu kat dalam perigi, lepas tu aku baling daun pulak. Aku rasa best lagi pastu aku kaut segala apa-apa barang yang ada di situ pastu campak dalam perigi tu. Kemudian aku yang berlagak ketua ni pun mengarahkan sepupuku yang lain untuk turut serta. “Kawan2! Jom kita main baling2! Yuhuuuuu!!!” Lepas tu sekumpulan kanak-kanak tu pun kaut segala SAMPAH-SARAP, DAUN KERING+PASIR, PLASTIK SAMPAH, baling kedalam perigi tuh sambil bergelak-ketawa macam dunia ni mereka yang punya (apa yang diseronokkan pun tak tahu la). Aku lupa ending dia macam mana . Yang pasti sebaik tak lama je aku berada di dapur tengok2 mak masak bersama jiran-jiran (kat rumah kampong. Masa tu baru je balik dari berjalan-jalan) tiba-tiba kedengaran suara seorang makcik. “ANAK SAPE LA, HABIS DIA BALING SAMPAH-SARAP DALAM PERIGI AKU. KOTOR JADINYA PERIGI AKU, SUSAH DAH NAK BUAT MANDI”
Kebabooommmm!!!!! Aku rasa macam dunia dah runtuh. Muka pucat lesi habis, toreh pun tak berdarah I tell u. Macam cacing kepanasan dah aku di situ. Tindakan aku? Aku cepat2 pergi dari situ. Yang sempat aku dengar ialah jawapan mak aku “Iye? Ish2x, anak sape tuh? Nakal betul”. Itu je yang aku sempat dengar, tak sanggup lama2 kat situ jadi bahan marah-an. Masa tu serius aku rasa macam bersalahhhhhh sangat2. Eh eh, macam comel je kanak-kanak buat salah lepas tu masih ada rasa bersalah. Baiknya kanak-kanak tersebut. Ceh ceh, masuk bakul angkat sendiri nampakkkkkk.
Mungkin bagi sesetengah orang nampak macam tak apa (eh, ye ke tak apa?), tapi bagi aku ia sesuatu perkara yang besar. Cuba bayangkan kalau anda ada satu-satunya perigi yang digunakan untuk mandi atau setidak-tidaknya untuk membasuh baju, atau lebih dasyat lagi jika perigi itu digunakan untuk masak air minuman lepas tu tengok2 perigi itu dipenuhi dengan sampah sarap?? Ya Ampunnn…Mesti rasa annoying giler pastu dalam hati menyumpah-nyumpah orang yang melakukan perbuatan tersebut bukan? Sekarang pun aku fikir yang kalaulah aku di situasi mak cik tersebut, aku pun marah jugak. Kalaulah itu perigi mereka sekeluarga buat mandi, apa jadi? Entah2, tak mandi atau mandi di rumah jiran atau di perigi jiran , serius aku tak tahu. Ya Allah, memang rasa bersalah sangat2 sampai lepas je aku dengar mak cik tu komplen, aku pergi membawa diri sambil bermuhasabah diri.
Time tu la baru teringat apa fungsi sebenar perigi iaitu bukan setakat dijadikan lokasi penggambaran filem Bawang Putih Bawang Merah tapi untuk mandi, basuh baju, minuman dan lain-lain (masa buat dajal tu terlupa semua fungsi-fungsi tersebut). Mana la aku tahu kan. Aku tengok gelap je perigi tu ingat dah tak guna dah. Bila dah besar ni, aku pergi raya ada seorang makcik ni, pergi toilet dia nampak ada perigi kat situ. Gelap jugak perigi tu, aku try la amik air dia. JERNIH ok. Baru aku tahu, perigi gelap tak semestinya air kotor. Aku ingat kalau perigi gelap, air kotor. Aku ingat perigi yang airnya bersih adalah jernih dan ada sikit rupa macam kolam renang. Kahkahkah!!! Padahal perigi memang gelap gelita pun. Innocentnya aku tyme tu (or should I say, macam bodoh tak tahu apa-apa?) T___T
sumber: google.com
14 voice out:
hahahahahahahahahahahaha
sorry nadia, gelak terlebih. hehehe. tak sangka tak sangka. nakal betul eh. kalau mak nadia tau mase tu jugak dia pulas telinga nadia. hahaha. so sampai skang ur mum taktau la ye? hehe. mana no. tepon mak nadia, meh sini farah repot. kidding ;p
eh eh br perasan something kat sidebar ni. awww hahaha :p
p/s: ingtkn nadia nk cite psl drama rahsia hati :D
farah: tajuk ni keluar sebab cerita tu la..hehehe
haha memang mak nadia tak tahu smpai sekarang. Kalau mak nadia tahu tyme tu (kot2 la nadia mengaku time tu gak) memang heart attack la, sebab tyme tu mak pun macam marah jugak dengan sekumpulan kanak2 tu.Kalaulah dia tahu ketua tu anak dia .....(habis kene pulas telinga bak kata farah.hahaha!!).
sidebar ni nadia baru je letak tadi. hehehe ;)
hahaha. beshnya mandi air perigi.. sejuk je air perigi kan.. dlu2 mase kecik2 salu gak mandi air perigi tp 1 hari tu kecoh 1 kampung sbb org jumpa ular sawa batik kat perigi tu.. lps daripd tu dah xmandi dah kat perigi. ngeriiiiii... hehe
kak murni: betul2, air perigi sangat sejukk macam air sungai. Ular? Kalau nadia pun memang dah tak mandi dah kat situ, timba2 sekali tertimba ular. Ngerriiii...huhu
hu hu hu...comelll je kanak2 ribena yg tak tau pape ni main baling2 sampah sarap..hik hik..klaula kantoi anak siapa yg buat tu sure makcik tu membebel je kan dpn mak2nya?hehe
tkpela dear..kanak2 tu terpengaruh dgn cite bwg putih bwg merh..mereka tak bsalah ;P
Hihi mandi air perigi orang kata best, sejuk..tp yana tk penah try...tp org dulu2..perigi tula sumber yg sgt pnting..huhu;)
HAHAHAHA..nadia..apsal lah nakal sangat ni???
Tapi memang best pun..
Rumah atuk nenek belah ayah dulu ada perigi.. Salu gak mandi perigi.. air sejuk... best best.
Tapi sekarang takleh guna dah.. T__T
yana: agaknya kalau kantoi, sure muka makcik tu pucat lesi sebab org yg dimarahnya ada di depan mata. Confirm bebel abis la.wakakaka
air perigi sejukkk, kalau berkesempatan try la..hehehe
kak noi: haha, nadia tak berniat pun nak wat naya kat orang.hahaha..sejuk kan air perigi. Besttt... :D
Anak siapa la tu nakal sgt. Umur berapa masa tu?
"Makcikkkk...tengok anak makcik ni, dia baling sampah kat perigi orang!"
:p
"Owhh...Takpe2, makcik tak marah. Dia tak bersalah ketika itu" ~~mak nadia jawab.kekekeke
nadia tak ingat la umur nadia masa tu. Tapi yang pasti time sekolah rendah. Darjah 5@6 kot =)
Salam Ramadhan..
igtkn nk cte psl u jth ke ape dlm tu,hoho :p
kak zureen: salam ramadan too :)
nazhirul: aiyoyo. Kalau jatuh dalam tu memang dah tak tulis blog dah. wakakakaka!!!!
HAHAHHAHA omg dik! akak gelak gila2 ni hahaha. gila comel. boleh pulak p buang segala sampah sarap! I&*^%$! nasib la korang tak terfikir nak masuk dalam tu. kalau tak,sure skang nio nadia tgh blogging live dari syurga hahhaa.
nakal gile awak ni :p p bgtau mak la dik hehe
haaa itulah yang nadia terfikir sekarang. Kalaulah nadia ingat perigi tu cetek macam swimming pool dan cakap "Kawan2! Jom mandiii!!!" habislah tak tahu nak cakap. Arwah dah..hahahah ;)
Post a Comment