Pages

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Meet my bff

Fiza: Eh, ko perasan tak nadia. Muka Nur Amina ni macam Farahiyah la..
Aku: Ish mana ada. Tak sama pun aku tengok.
Fiza: Ye...Cuba ko tengok betul2 terutamanya kalau Nur Amina ni buat muka sedih. Memang sama la..
Aku: Yeke..Tak sama pun...



Akhirnya bukti telah pun ada bila ada orang lain pun cakap macam tu. Bila refresh2 balik, ye kot, mungkin sama sikit especially yang macam kakak aku cakap tu, bila Nur buat muka sedih.


BFF stand for what? Best friend forever. Jangan pandai2 pi reka nama lain eh. Menukarkannya menjadi perkataan lain terutamanya bertujuan ingin memerli, tak berfaedah okay. Sebab ia akan bertukar menjadi melawakkan.hahaha...Tadi aku pergi kenduri kawan kat tempat kerja mak. Kenduri sempena nak pergi haji. Sesuatu yang mengejutkan aku ialah kawan mak aku tu adalah mak saudara Farahiyah (i called her farah). Patutlah rumah tu macam familiar, rupanya aku pernah pergi dulu rumah tu sekali dengan Farah (masa Form 2). Memang terkejut giler la. How u expect yang kalau korang pergi kenduri entah sape2 pastu terjumpa pulak dengan orang yang korang baik giler.Rasa macam ajaib. Dah la lama giler tak jumpa dengan farah ni since dia belajar kat Johor. Sure rasa terperanjat sampai menggigil tangan pegang pinggan. muahahah..Ada plak macam nih.



Farah ni merupakan best friend yang paling lama yang aku pernah kenal. Aku dengan dia kenal masa darjah enam tapi kami rapat sejak Form 1. Dan yang sangat pelik adalah bila ada jugak orang yang kata muka kitorang sama. Padahal memang sikit pun tak sama langsung. Dia putih, aku tak putih sangat, mata dia besar mata aku sepet, dan dia rendah daripada aku (memang beza giler). Mungkin sebab bila aku kehulu-kehilir asyik dengan dia membuatkan orang tiba2 nampak persamaan kitorang. Aku rasa kunci utama orang kata muka kitorang sama adalah kening kitorang lebat sikit dari orang lain kot.



Dia cantik. Pelik betul aku, dari dulu lagi kawan2 aku semuanya cantik2, aku je yang tak cantik. hakhakhak. Oh ye, perkara yang aku nak highlight tentang dia ni, dia tak pernah rasa dia cantik*aku dapat bezakan*. Sepuluh orang puji dia cantik ke, dua puluh orang puji ke, tiga puluh orang puji ke, dia tetap maintain. Reaksi dia terhadap pujian tu aku dapat 'baca' apa yang tersirat di hati dia Macam tak terkesan langsung pujian orang tu terhadap diri dia. Macam takde perbezaan, orang puji ke orang tak puji ke, dia tetap rilek. Errhhh..aku pun tak tahu macam mana nak explain. In a short way, mungkin dia tak pernah rasa langsung diri dia cantik kot. That's why dia macam kelihatan 'humble' di mata aku. Aku kagum dengan orang yang humble. Rasa macam seronok berkawan dengan orang2 yang humble. Orang2 dalam blog ni pun humble2 belaka. Kagum betul ^_~


Berkawan dengan dia, sekali je kitorang pernah bermasam muka. Masa hari jadi dia ke berapa tah. 15 tahun kot. Masa tu kamera (kamera dia ke kamera aku tah lupa) ada kat tangan aku. Aku cakap aku nak ambil gambar dia. Dia cakap taknak, jangan ambil. Aku kan degil, aku cakap nak ambil jugak, dia kata jangan (sambil gelak2). Aku ingat dia bergurau. Sekali dia keluar je dari pintu bilik terus aku snap gambar dia. "Nadiah!!!" Hanya dengan satu perkataan je yang keluar dari mulut dia , yang kedengaran agak kuat cukup membuatkan muka aku pucat lesi. Dia masuk balik bilik dia, tutup pintu tak keluar dalam jangka masa yang lama. Fuh, menyesal akuu tak sudah. Sejak tu aku macam fobia. Takkan melakukan perkara yang mungkin boleh menimbulkan pertelingkahan. hahaha..Oh ye, tak lama pastu kitorang baik balik. Hari yang sama jugak. Dia kan lembut hati.


Masa aku nak pindah sekolah sebab dapat tawaran Sek. Teknik (sebelum MRSM), dia ada bagi sepucuk surat kepada aku. Isi surat itu boleh aku simpulkan yang antara geng kami, aku mendapat tempat pertama kat hati dia. Eh, salah keempat kot. Selepas mak dia, ayah dia dan bf dia *grin*


p/s: Sebenarnya aku macam blur hari ni tak tahu nak tulis pasal apa. Kalaulah peristiwa aku terserempak dengan farah tu tak berlaku aku rasa sure aku akan keluarkan entri mengandungi dua@tiga baris ayat, yang bertajuk 'BLUR' . Macam entri takde faedah sangat, lepas tu terus delete.Hadui la.hahahah


p/ss: Aku ada interview hari Isnin. Rilek ar nadia, kau menggelabah lebih2 apasal? Kau kalau menggelabah memang akan jadi gagap, menyampah aku tengok kau ni tau, cubalah jadi rilek sikit *ayat sedang marah diri sendiri* Walaupun bayang2 rasa macam dapat tapi rasa was-was mengatasi segalanya. Mana tahu entah angin ribut apa melanda tetiba aku menjadi gagap, habis aku melepas. hahaha..Aku mengharapkan orang2 yang positif untuk mempositifkan aku yang sedang dalam cas negative ni. Fuhhhh.... Harap2 segalanya berjalan lancar. Biarpun ayat tak bombastic, as long as aku mampu bercakap BI dengan lancar, it's quite ok for me. Gud luck Nadia! Aja-aja fighting! Keputusan interview itu mungkin aku beritahu minggu depan. Harap2 aku boleh dapat gaji yang aku request.

CCTV oh CCTV !





Semalam masa tengah busy buat paperwork, tiba2 mata aku tertancap pada screen pc. CCTV sedang on masa tu (seperti gambar di atas). Ternampak ada sorang ni. Bulat mata aku tengok dia kat screen tu malangnya time tu dia dah nak balik dah. Ceh, dalam banyak2 manusia, dengan dia je aku macam pay attention lebih sikit tak tau nape. Sebab kenal tapi tak kenal kot (tak tahu nak describe camne. Cewahh. Konon la). Nasib baik awal2 dulu, manager aku sempat ajar cara-cara nak review CCTV. Pe lagi, aku menggunakan kuasa yang ada padaku untuk reverse CCTV tu balik start dia datang sampai la dia balik. Yang paling best, aku ZOOM kamera mana yang dia berada pada satu2 ketika. kahkahkah.. Kesimpulannya, aku dapat tengok segala perilaku, memek muka dia, dia sengih sorang2 sebab apa. Terkekek-kekek aku gelak bila tengok balik ada satu part tu. Part yang err…boleh kata dia bajet2 orang tak nampak la padahal CCTV nampak. Wakaka!!!




Time tu mengingatkan aku bila aku kerja masa lepas SPM dulu. Agaknya macam ni la kot sikit2 situasi aku dulu. Tyme tu aku macam pelik je dengan benda alah CCTV ni (or should I say jakun?). Why canggih sangat?? Aku rasa benda tu canggih sangat-sangat. Bila dah rasa canggih tu serta-merta minda aku berfikir, kat mana wayar dia bersambung, macam mana kamera dia connect each other, sape la orang genius sangat boleh reka CCTV ni dan bla bla bla macam-macam la aku fikir. Bila macam2 fikir of course la mata aku lama tertancap kat kamera CCTV tu kan. Pastu sambil2 tu macam main cak2 dengan kamera tu. Aku pun tak tahu kenapakah aku perlu buat begitu T___T. Dalam minda aku berfikir camni “Kalau aku duduk area ni, agak2 kamera ni boleh nampak aku tak?” (sambil pandang kamera) okay kemudian pergi ke sudut lain pulak, lepas tu soal diri sendiri dengan soalan yang sama sambil pandang kamera. Lepas tu pindah sudut lain pulak+ulang2 buat benda yang sama. Haa..camtu la kot yang boleh jadi kes main cak2 a.k.a tinjau2 tu.Hoh!


Tak lama kemudian rakan sekerja , Kak A datang kat aku dan cakap cakap “Nadia! Akak baru lepas pergi jumpa bos tadi kat dalam. Tau tak bos sekarang tengah gelak2 giler kat office tengok nadia kat CCTV. Apa yang nadia buat depan CCTV?” Kak A cakap sambil gelak giler la.


Dusshhh, aku terkelu di situ tak tahu nak jawab apa. Aku rasa macam ada benda terhempap kat kepala. Berat kepala. Malu! Rasa darah menyerbu kat muka. Rasa macam nak campak muka dalam longkang. Atau rasa macam nak balik je tak nak keje dah malu punya pasal. Atau rasa macam pura-pura nak pergi toilet lari dari tempat kejadian. MALUUUUNYER!! AKU TERLUPA@TAK TAHU YANG CCTV BOLEH DIREVIEW! Tak lama kemudian, bos keluar dari office dia, tersengih-sengih dan gelak-gelak pandang aku. Tersengih dan gelak bersama memek muka yang ergghhh macam ejek aku la tu.Dan aku sempat berkata “Apa gelak2?” sambil membuat muka macam marah. Ceh, beraninya aku berkata begitu dengan bos padahal time tu hari pertama kerja sepatutnya kene act innocent sikit tunduk je tak payah angkat kepala+kene senyum2. Reaksi dia? Sambil dia jalan ke depan, sambil dia toleh aku yang berada di belakang dan tersenyum-senyum dan gelak bagai. Macam baru lepas menyaksikan persembahan melucukan padahal memalukan aku.


Aiyoyooyo, memang merah la muka aku tak tahu nak cakap ape dah. Serta-merta segala perbuatan aku depan CCTV terlayar di minda. Semuanya bercampur-baur dan bersimpang-siur. Aku rasa macam aku ada senyum sorang2 depan kamera tu T___T . Ye ar, kalau fikir tu memang la akan senyum sorang-sorang kan. Lepas tu aku macam ada buat gaya mengetuk-ngetuk dagu sambil tenung kamera (macam memikirkan sesuatu yang susah padahal tak perlu). Itu je yang aku mampu ingat.Nasib baik lah aku tak buat aksi ‘bubye’ depan CCTV yang macam selalu kanak-kanak buat tu (kanak2 kan, mana selalu jumpa kamera CCTV). Yang pasti, ingatlah




PERBUATAN MERENUNG CCTV LAMA-LAMA SAMBIL BUAT AKSI MACAM KONON2 TAK ADA ORANG YANG AKAN TENGOK MEMANG MEMALUKAN. JANGAN BUAT.JANGAN INGAT TAK AKAN ADA ORANG REVIEW CCTV. SEBAB BILA ORANG YANG ADA HAK UNTUK REVIEW CCTV TENGOK, IA AKAN MEMBUATKAN KITA JADI TERMALU SENDIRI SEBAB BILA KITA TENGOK BALIK, KITA PUN AKAN KETAWA BERDEKAH-DEKAH MACAM MEREKA JUGAK

Ceh, siap pesan kat orang konon, padahal entah2, mana ada orang yang pernah buat macam tu. Aku sorang je kot kahkahkahkah!!!!

Contoh tempat yang ada CCTV: Bank, office, premis-premis kedai atau mana2 la yang ada

Aku ni kadang2 macam sengal jugak. Selalu kalau buat benda terlupa yang ada orang sekeliling yang akan@sedang memerhatikan aku. Bajet2 tak akan ada orang akan tengok aku. Ye la, siapalah yang nak tengok aku kan. Bukan lawa pun. Aku selalu buat ikut kepala aku je, sudahnya....(termalu sendiri). Tapi lama2 aku baru sedar, MANUSIA AKAN SELALU MEMERHATIKAN ORANG DI SEKELILING MEREKA WALAUPUN DIA TAK PERNAH KENAL ORANG TERSEBUT (sebab aku pun macam tu gak.ehehe).

p/s: Ayat berhuruf besar di atas sampai sekarang aku ingat. Yang paling pasti, selama 22 tahun hidup, inilah peristiwa yang paling memalukan dalam hidup aku. Betul tak tipu. Dusshhh..

p/s: Kakakku dah pandai beronline shopping dah. Sejak2 aku aktif online shopping ni, dia pun nak jugak. Mungkin bila aku berjaya mendapatkan barang yang dipesan, dia pun terpengaruh juga.. Terkezut aku bila dia beritahu da dah berjaya membuat pesanan di 3 buah blog serentak. Huyooh! Serentak tu. Aku pun online shopping pun tak ada la serentak. Mula2 beli tudung kat blog ini. 2-3 hari kemudian pergi blog lain pulak,macam tu la. hehe. To fiza: Belilah manyak2 lagi, boleh aku tumpang sekaki. Ececeh! Jangan mare aku selitkan kisah ko di sini. Mana ada umpat2, cerita2 aje..Chewahhh ;)

Hari tu masa tengah skrll blog ni bersama fiza, dia sempat tangkap namanya di sini terus dia kata "Hah! Aku nampak nama aku tadi. Ko cerita pasal aku eh? Meh sini aku nak baca cepat". hahaha

kredit gambar: Macam biasa~ google.com

Rahsia Hati

sumber: google.com


Ceh macam jiwang pulang tajuk ni, padahal entri takda jiwang pun. Antara banyak2 rahsia aku, ada satu rahsia yang aku simpan bertahun-tahun lamanya. Rahsia yang patut diceritakan kepada emak tapi until now aku tak cerita pun kat dia. Rasa macam jatuh maruah kalau diceritakan kepadanya. hahaha!



Masa zaman kecik-kecik+ innocent dulu ada satu kali tu aku berjalan-jalan bersama-sama sepupuku yang lain. Masa tu kenduri kawen sape tah, orang sibuk2 masak, kanak-kanak ambil peluang berjalan-jalan la. Lalu berjalan-jalanlah sekumpulan kanak-kanak comel (ewahhh, perlu ke statement ni?) menuju ke bekas sawah dan bendang yang dah kering-kontang takde tanam padi ke apa. Antara ramai-ramai tu, aku la yang paling tua sekali. Darjah berapa tak ingat pulak. Sekaligus aku merangkap ketua kumpulan. Aku la kepala mereka (dah lumrah yang lebih tua jadi ketua, terima je la). Pastu kan, sebelum sampai ke sawah kering-kontang tu, FOR THE FIRST TIME aku nampak rupa-paras PERIGI tak jauh dari sebuah rumah. Serius aku tak pernah jumpa perigi pun sebelum ni . Sebelum tu aku hanya tengok kat tv jek T___T (sedih tiba-tiba). So, bukan salah aku la kalau aku TER-excited terlebih masa tu kan.



Disebabkan rasa excited + macam jakun sikit, kami hold perjalanan ke bekas sawah dengan singgah lama di perigi tu. Aku pun asyik la tinjau2 perigi tu (nasib baik tak terjatuh ke apa. Kalau tak, dah jadi arwah dah sekarang). Disebabkan terlalu excited, aku mengambil seketul batu sederhana besar dan membaling ke dalam perigi tu. Plop! (sound effect). Sekelip mata batu itu hilang! Aku membayangkan yang aku jadi Si Bawang Putih yang memanggil ibunya si ikan kaloi dalam perigi (CERITA BAWANG PUTIH BAWANG MERAH). Apasal tah aku rasa macam best je baling batu kat dalam perigi, lepas tu aku baling daun pulak. Aku rasa best lagi pastu aku kaut segala apa-apa barang yang ada di situ pastu campak dalam perigi tu. Kemudian aku yang berlagak ketua ni pun mengarahkan sepupuku yang lain untuk turut serta. “Kawan2! Jom kita main baling2! Yuhuuuuu!!!” Lepas tu sekumpulan kanak-kanak tu pun kaut segala SAMPAH-SARAP, DAUN KERING+PASIR, PLASTIK SAMPAH, baling kedalam perigi tuh sambil bergelak-ketawa macam dunia ni mereka yang punya (apa yang diseronokkan pun tak tahu la). Aku lupa ending dia macam mana . Yang pasti sebaik tak lama je aku berada di dapur tengok2 mak masak bersama jiran-jiran (kat rumah kampong. Masa tu baru je balik dari berjalan-jalan) tiba-tiba kedengaran suara seorang makcik. “ANAK SAPE LA, HABIS DIA BALING SAMPAH-SARAP DALAM PERIGI AKU. KOTOR JADINYA PERIGI AKU, SUSAH DAH NAK BUAT MANDI



Kebabooommmm!!!!! Aku rasa macam dunia dah runtuh. Muka pucat lesi habis, toreh pun tak berdarah I tell u. Macam cacing kepanasan dah aku di situ. Tindakan aku? Aku cepat2 pergi dari situ. Yang sempat aku dengar ialah jawapan mak aku “Iye? Ish2x, anak sape tuh? Nakal betul”. Itu je yang aku sempat dengar, tak sanggup lama2 kat situ jadi bahan marah-an. Masa tu serius aku rasa macam bersalahhhhhh sangat2. Eh eh, macam comel je kanak-kanak buat salah lepas tu masih ada rasa bersalah. Baiknya kanak-kanak tersebut. Ceh ceh, masuk bakul angkat sendiri nampakkkkkk.


Mungkin bagi sesetengah orang nampak macam tak apa (eh, ye ke tak apa?), tapi bagi aku ia sesuatu perkara yang besar. Cuba bayangkan kalau anda ada satu-satunya perigi yang digunakan untuk mandi atau setidak-tidaknya untuk membasuh baju, atau lebih dasyat lagi jika perigi itu digunakan untuk masak air minuman lepas tu tengok2 perigi itu dipenuhi dengan sampah sarap?? Ya Ampunnn…Mesti rasa annoying giler pastu dalam hati menyumpah-nyumpah orang yang melakukan perbuatan tersebut bukan? Sekarang pun aku fikir yang kalaulah aku di situasi mak cik tersebut, aku pun marah jugak. Kalaulah itu perigi mereka sekeluarga buat mandi, apa jadi? Entah2, tak mandi atau mandi di rumah jiran atau di perigi jiran , serius aku tak tahu. Ya Allah, memang rasa bersalah sangat2 sampai lepas je aku dengar mak cik tu komplen, aku pergi membawa diri sambil bermuhasabah diri.


Time tu la baru teringat apa fungsi sebenar perigi iaitu bukan setakat dijadikan lokasi penggambaran filem Bawang Putih Bawang Merah tapi untuk mandi, basuh baju, minuman dan lain-lain (masa buat dajal tu terlupa semua fungsi-fungsi tersebut). Mana la aku tahu kan. Aku tengok gelap je perigi tu ingat dah tak guna dah. Bila dah besar ni, aku pergi raya ada seorang makcik ni, pergi toilet dia nampak ada perigi kat situ. Gelap jugak perigi tu, aku try la amik air dia. JERNIH ok. Baru aku tahu, perigi gelap tak semestinya air kotor. Aku ingat kalau perigi gelap, air kotor. Aku ingat perigi yang airnya bersih adalah jernih dan ada sikit rupa macam kolam renang. Kahkahkah!!! Padahal perigi memang gelap gelita pun. Innocentnya aku tyme tu (or should I say, macam bodoh tak tahu apa-apa?) T___T



sumber: google.com

Alumni Kelas 2009






Pukul 10 pagi, bertolak dengan Sya dari KTM serdang ke K5 (lokasi: Bilik Nik Liyana). Rumate dia comey dan ramah ;) Kitorang meng-iron segala-galanya di bilik mereka. Pagi2, cuaca sangat baik. Tapi tak bergambar sangat sebab tak sempat. 1.45 dah kene pergi beratur nak masuk dewan. Kat dewan, walaupun dalam peraturan kata tak boleh bawa phone tapi aku n Sya bawa jugak. Ye ar, nanti susah kang nak contact mak dengan ayah pulak kan. Dah alang2 bawa masuk phone, pe lagi…bergambar aje la kan. Lepas tu bila tyme nak naik amik scroll, meraba cari orang nak minta tolong pegangkan phone. Tanya orang lain, semua baju jenis yang tak ada poket sama macam aku. Dusshhh.. Kalau aku bawa naik jugak pegang kat tangan , memang aku lah satu-satunya menjadi orang yang pegang phone masuk naik pentas kan.Termasuk Sya sekali. Jelas pulak tu terpapar kat layar skrin. Tetapi saat-saat akhir minta tolong pegawai yang suruh kitorang bangun untuk pergi ke kanan dewan untuk tolong pegangkan. Kantoi sudah bawa phone..haha.Nasib baik la dia sporting takde cakap ape. Buatnya dia sound2 kitorang depan tu tak ke malu? Kalau dah jadi camtu, terpaksa terima je la. Haha..




Masa dalam dewan tu, budak Master Alam Sekitar adalah yang awal2 terima scroll. Ada la dalam 2-3 orang macam tu terjatuh diorang punya mortar board masa tunduk nak amik scroll tu. Adoiii, pecah ketawa satu dewan. Orang terima scroll kat tangan, diorang sambut mortar board kat tangan..hoho.Ada seorang tu yang terjatuh mortar board lepas tu buat aksi macam mencari-cari lokasi keterjatuhan mortar board dia tu. Memang kelakar la aksi dia. Satu dewan ketawa lagi. Apa lagi yang dewan gelak? Bila nampak nama pelik2 kat skrin dan disebut oleh pengacara. Contoh: Ada orang cina mana tah namanya Long Kang. Kasihan dengan dia sebab mempunyai nama sebegitu. Berharap supaya lepas ni nama longkang dalam BM dah tak digunapakai dah dan digantikan dengan parit ke apa ke so that dia tak malu sangat . Aku cakap dengan Sya, jangan ada orang namanya Tong Sam Pah dah la..hoho



Yang fun dan agak tak boring tu, macam-macam lagu konvo yang diorang putarkan dari pelbagai genre. Mata aku segar-bugar sebab aku macam ternanti-nanti lagu apa lagi yang diorang akan putarkan. Lagu Hindustan ada, lagu rancak ada, lagu tradisional ada, lagu gamelan ada dan macam-macam la. Yang mana semuanya versi rancak dan menyebabkan aku rasa nak gerak-gerakkan badan.Kebest-an lagu yang dipasang juga turut diperakui oleh ayah dan mak aku sendiri. Lagu yang paling aku tak lupa adalah lagu Seiring Sejalan (lagu Sharifah Aini & Broery Marantika) dan jugak lagu Kuch Kuch Hota Hai. Aku rasa nak berkaraoke dan dan tu jugak.hahah.



Diploma pendidikan merupakan course terakhir sesi itu yang mengambil scroll. Dah la diorang ramai, rasa macam lambat giler. Orang terakhir di sesi itu yang mengambil scroll mendapat tepukan paling gemuruh dari dalam dewan. Nampak sangat semua nak keluar dewan cepat2.hahaha.. Dan masa amik scroll tu, budak tu buat gempak skit. Sebaik sahaja terima scroll, dia pandang menghadap hadirin kemudian menghadiahkan flying kiss-nya kepada semua orang. Gayanya macam penyanyi professional yang baru membuat persembahan pulak. Apa lagi, bertambah kuat la tepukan gemuruh+suara sorakan orang kan.Lepas tu kali terakhir aku menyanyikan lagu UPM, aku nyanyi dengan penuh bersemangat okay. Aku rasa lain masa tu. Lain sangat. Terutamanya masa pengumuman alumni kelas 2009 (kami-kami ni). Sedihkah?



Keluar-keluar dewan, hujan lebat giler+ribut petir. Bila dah kecoh-kecoh tu, lupa nak amik gambar dengan coursemate semua. Masing-masing nak rush cari jalan macam mana nak keluar dari dewan dalam keadaan hujan lebat tuh. Mak Sya dengan Fiza (kakak) bagi bunga. Fiza tu plak tak habis-habis sound aku. "Weh, bawa la bunga aku tu elok2". "Nadia, pegang la bunga tu elok2. Mahal tuh aku beli"."Nadia, nak terjatuh bunga aku tu." Memang takleh blah.hahaha


Dah, penat dah bercerita, sekarang tunjuk gambar pulak.

Introducing my beloved Uni



Introducing my faculty



Introducing, my parents



Introducing, my siblings




Introducing, one of my best fren, Sya

(kami paling suka gambar ni)

Other photoshoot















......

......




........

..........

.............

......................

.................................

....................................................... (speechless kejap)

..............................................................................................

................................................................................................................

.......................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................


3 Tahun di sini memang sangat priceless. Pengalaman yang tak mampu dibayar dengan wang ringgit.Fun, happy and also sad too. Sangat berharga. TAK RUGI.
TAK PERNAH MENYESAL.
Bye Bye UPM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (Babai dengan hati yang sayu T_____T)

Daripada,



Alumni Kelas 2009,
Nadiah

Sekian ;)

Dinner Kolej Kelima: As a final year student..

Notakepala: Entri ini mempunyai banyak giler gambar.





Seperti yang saya pernah katakan dalam entri ini. My dinner kolej (Kolej Kelima UPM) is on 5th April 2009, di Berjaya Times Square Hotel & Convention Center.Start 9 malam. Tema=glamorous. Happening n glam.Itu yang aku dapat gambarkan dinner kolej kali ni.. Okaylah, kita pergi ke urutan majlis.






Ketibaan tetamu kehormat dan perarakan pelajar tahun akhir masuk ke dalam Dewan. VIP kat paling depan, kitorang semua kat belakang dia beratur panjang2. Masa ni spotlight betul2 depan mata sebab tu nampak macam ‘bercahaya’ giler.



Lepas baca doa, nyanyi lagu semua, ada la persembahan pembukaan lepas tu ada segala jenis ucapan orang-orang penting (VIP, Pengetua n bla bla bla)



Lepas tu, masa yang ditunggu. Makan tyme! Hhhehehe. Before tu ada gimik dan persembahan makanan terlebih dahulu. Masa ni waiter2 semua bawa apa benda tah, periuk tanah ke periuk api ke entah la. Besar semacam. Kemudian periuk besar gedabak tu mereka bawa ke atas pentas..














Rupa-rupanya dalam periuk tu ada…..




Gadis rupanya



Lepas tu ok, memang makan tyme. Chinese food biasalah, makanannya pelik-pelik tapi sedap betul la serius! Tak tahu nak gambarkan macam mana tapi memang sedaplah.


Meh saya perkenalkan rupa menunya satu-satu






1) Sebaik sahaja sampai di meja, kami dihidangkan dengan Chinese Tea. Err…Tawar.Macam pahit sikit pun ada(Err..gambar takde sebab tak sedap.hahha )
2)

Two Appetizer Combinations

3)

Braised Crab Stick with Dried Seafood Soup

4)

Deep Fried Crispy Boneless Chicken with Mango Sauce

5)

Steamed Red Snapper Fish with Home Made Bean Sauce

6)
Stewed Assorted Mushroom with Broccoli

7)

Wok Fried Rice with Seafood Anchovies

8)


Chilled Longan with Sea Coconut & Slice Lemon





Lepas tu ada sesi cabutan bertuah. Before tu aku ada cakap dengan rumate aku sambil memegang tiket cabutan tu. “Tolonglah no 48 jadi nombor bertuah sikitlah hari ni!”.



Yelah, selama 22 tahun hidup, tak pernah sekalipun aku dapat apa-apa cabutan bertuah . Sedih giler. Rasa macam tak bertuah giler. Dan tak tahu lah kot aku terlupa yang semalam aku ada termakan lauk kailan ikan masin ke , atau aku ada sentuh sikit ikan masin yang kering ke.Mulut tiba-tiba jadi masin. Tiba-tiba aku dapat pulak. DENGAN ITU AKU SECARA RASMINYA MENGGUGURKAN TITLE 'TAK BERTUAH' AKU TU...Owh, masa mc umumkan nombor aku tu, aku macam terkejut + excited giler la. Kalaulah melompat di khalayak ramai itu adalah perkara yang tidak menjengkelkan, sure lah aku terlompat-lompat sambil cakap “Saya! Saya! Saya!. HAHAHAHAHA!!! Kecoh je nadia ni. Orang lain dapat banyak kali takda kecoh apapun..hahaha




Err..Da dapat hamper, haruslah berposing dengan hamper dengan segera kan.















Okay, di bawah ada gambar-gambar posing kami masa di sana. Owh, banyak seh. Maklumlah, memang bergambar sakan kan..Lepas ni, mana ada bergambar cenggini lagi. hohohoh..So, kerana itu saya buat dalam bentuk scroll. Bukan apa , takut nanti 5 tahun akan datang, saya datang tengok blog ni balik, tiba-tiba ada sindrom muntah di blog sendiri gara-gara terrrrrlaluuuu banyak gambar kan..kehkehkeh



































Macam bosan je tengok muka kami berempat je. So, amik la gambar2 dengan orang sekeliling yang dikenali jugak.

















antara pelajar tahun akhir yang hadir






dengan Raja. Coursemate..




Dengan Hafiz a.k.a muse dan juga Mat.




Dengan Abut. Coursemate




Dengan Mr. Lim. Oh, kami semua suka dengan dia sebab dia ni memang sangat pandai mengajar.


Ni dia . QUEEN OF THE NIGHT (gaun ungu tu). Err..mana dia King of the night? Macam biasa lorr..Kalau lelaki tu takde nak fesyen sangat. King itu memakai blazer, kemeja, topi, kasut..Biasa kan? (Memang la biasa, lelaki takkan nak pakai riben ka atau lip lap sana sini pulak kan). Oleh itu, sila kagum dengan perempuan sebab kami boleh mempelbagaikan pakaian lebih dari lelaki. hahaha.. Ok Ok, move!




Dengan Ima,my junior...Kenal sebab kami sama2 AJK Sambutan masa event PENITI.




Dengan Fairuz Ain, our KTO 3 labmate



Tabblemate



Dengan budak-budak ex-MTM K5...



Dengan yaya dan sharina..







Aku suka gambar ni. Clutch kepunyaan ayie ni membawa cerita yang tersendiri. Manik lip lap tu asyik melekat (tersangkut) kat baju je. Masa terlekat tu ayie pun terkata-katalah “Ah! Melekat! Melekat! Melekat!” Lepas tu ada la sesi membuka lekatan antara clutch ni dengan baju (baju ayie) .Ada sekali tu terlekat jugak dengan baju orang lain masa sesi mengambil gambar tu..hehehe…









Okay, tamat sudah. Minggu ni bukan setakat minggu busy, tapi minggu tension, minggu bengang n bla bla bla semua ada. Minggu ni kene get ready untuk VIVA tesis Final Year, seminar di Hotel Palm Garden, Presentation KTO 3, Lab report KTO yang terakhir dan GET READY FOR FINAL EXAM MINGGU DEPAN! Fuh, tak sangka dah nak final dah. Dah tak boleh aktif berblogging selama 2 minggu dah. Thanks to google reader. Bila aku kebosanan nanti bolehlah membaca update blog anda dari sana nanti ;) Err..dah macam penagih plak. Penagih blog. Sejak bila tah. Asal ada je update dari rakan blogger, cepat je nak bukak kemudian baca. Bila tension je, baca blog rakan blogger. Semuanya blog. Makan blog, minum blog, tidur blog. haha..Buktinya, gambar2 dinner ni first di upload di blog terlebih dahulu. Macam biasa. friendster seperti dianak-tirikan. Nanti-nantilah baru upload di friendster.



p/s: Plurk macam kene update selalu. Tinggal lama sikit, karma akan menurun. Cet. hahahaha