Pages

Alumni Kelas 2009






Pukul 10 pagi, bertolak dengan Sya dari KTM serdang ke K5 (lokasi: Bilik Nik Liyana). Rumate dia comey dan ramah ;) Kitorang meng-iron segala-galanya di bilik mereka. Pagi2, cuaca sangat baik. Tapi tak bergambar sangat sebab tak sempat. 1.45 dah kene pergi beratur nak masuk dewan. Kat dewan, walaupun dalam peraturan kata tak boleh bawa phone tapi aku n Sya bawa jugak. Ye ar, nanti susah kang nak contact mak dengan ayah pulak kan. Dah alang2 bawa masuk phone, pe lagi…bergambar aje la kan. Lepas tu bila tyme nak naik amik scroll, meraba cari orang nak minta tolong pegangkan phone. Tanya orang lain, semua baju jenis yang tak ada poket sama macam aku. Dusshhh.. Kalau aku bawa naik jugak pegang kat tangan , memang aku lah satu-satunya menjadi orang yang pegang phone masuk naik pentas kan.Termasuk Sya sekali. Jelas pulak tu terpapar kat layar skrin. Tetapi saat-saat akhir minta tolong pegawai yang suruh kitorang bangun untuk pergi ke kanan dewan untuk tolong pegangkan. Kantoi sudah bawa phone..haha.Nasib baik la dia sporting takde cakap ape. Buatnya dia sound2 kitorang depan tu tak ke malu? Kalau dah jadi camtu, terpaksa terima je la. Haha..




Masa dalam dewan tu, budak Master Alam Sekitar adalah yang awal2 terima scroll. Ada la dalam 2-3 orang macam tu terjatuh diorang punya mortar board masa tunduk nak amik scroll tu. Adoiii, pecah ketawa satu dewan. Orang terima scroll kat tangan, diorang sambut mortar board kat tangan..hoho.Ada seorang tu yang terjatuh mortar board lepas tu buat aksi macam mencari-cari lokasi keterjatuhan mortar board dia tu. Memang kelakar la aksi dia. Satu dewan ketawa lagi. Apa lagi yang dewan gelak? Bila nampak nama pelik2 kat skrin dan disebut oleh pengacara. Contoh: Ada orang cina mana tah namanya Long Kang. Kasihan dengan dia sebab mempunyai nama sebegitu. Berharap supaya lepas ni nama longkang dalam BM dah tak digunapakai dah dan digantikan dengan parit ke apa ke so that dia tak malu sangat . Aku cakap dengan Sya, jangan ada orang namanya Tong Sam Pah dah la..hoho



Yang fun dan agak tak boring tu, macam-macam lagu konvo yang diorang putarkan dari pelbagai genre. Mata aku segar-bugar sebab aku macam ternanti-nanti lagu apa lagi yang diorang akan putarkan. Lagu Hindustan ada, lagu rancak ada, lagu tradisional ada, lagu gamelan ada dan macam-macam la. Yang mana semuanya versi rancak dan menyebabkan aku rasa nak gerak-gerakkan badan.Kebest-an lagu yang dipasang juga turut diperakui oleh ayah dan mak aku sendiri. Lagu yang paling aku tak lupa adalah lagu Seiring Sejalan (lagu Sharifah Aini & Broery Marantika) dan jugak lagu Kuch Kuch Hota Hai. Aku rasa nak berkaraoke dan dan tu jugak.hahah.



Diploma pendidikan merupakan course terakhir sesi itu yang mengambil scroll. Dah la diorang ramai, rasa macam lambat giler. Orang terakhir di sesi itu yang mengambil scroll mendapat tepukan paling gemuruh dari dalam dewan. Nampak sangat semua nak keluar dewan cepat2.hahaha.. Dan masa amik scroll tu, budak tu buat gempak skit. Sebaik sahaja terima scroll, dia pandang menghadap hadirin kemudian menghadiahkan flying kiss-nya kepada semua orang. Gayanya macam penyanyi professional yang baru membuat persembahan pulak. Apa lagi, bertambah kuat la tepukan gemuruh+suara sorakan orang kan.Lepas tu kali terakhir aku menyanyikan lagu UPM, aku nyanyi dengan penuh bersemangat okay. Aku rasa lain masa tu. Lain sangat. Terutamanya masa pengumuman alumni kelas 2009 (kami-kami ni). Sedihkah?



Keluar-keluar dewan, hujan lebat giler+ribut petir. Bila dah kecoh-kecoh tu, lupa nak amik gambar dengan coursemate semua. Masing-masing nak rush cari jalan macam mana nak keluar dari dewan dalam keadaan hujan lebat tuh. Mak Sya dengan Fiza (kakak) bagi bunga. Fiza tu plak tak habis-habis sound aku. "Weh, bawa la bunga aku tu elok2". "Nadia, pegang la bunga tu elok2. Mahal tuh aku beli"."Nadia, nak terjatuh bunga aku tu." Memang takleh blah.hahaha


Dah, penat dah bercerita, sekarang tunjuk gambar pulak.

Introducing my beloved Uni



Introducing my faculty



Introducing, my parents



Introducing, my siblings




Introducing, one of my best fren, Sya

(kami paling suka gambar ni)

Other photoshoot















......

......




........

..........

.............

......................

.................................

....................................................... (speechless kejap)

..............................................................................................

................................................................................................................

.......................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................


3 Tahun di sini memang sangat priceless. Pengalaman yang tak mampu dibayar dengan wang ringgit.Fun, happy and also sad too. Sangat berharga. TAK RUGI.
TAK PERNAH MENYESAL.
Bye Bye UPM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (Babai dengan hati yang sayu T_____T)

Daripada,



Alumni Kelas 2009,
Nadiah

Sekian ;)

11 voice out:

Anonymous said...

Hahaha. Tergelak part LONG KANG tersebut. Nama2 dak chinese memang senang "diubahsuai" =p Okay, budak yang buat flying kiss mesti spesis tak tahu malu nya orang. Hehe. Bunga2 memang mahal, jaga lah sebaik mungkin ye =D

Cantik semua gambar2, Nadia suka eh ambik gambar nampak mata je ala2 ayat2 cinta gitu. Huhu.

P/s-Tiba2 kecuakan's melanda bila baca entri konvo Nadia nih. Padahal, lambat lagi pun diya konvo nya. Huhu.

Nadia said...

tau takpe. Nadia pun sangat tak sangka nama Long Kang tu wujud. huhu..Maybe mak ayah dia tak belajar BM kot, kalau tak takkan dia nak namakan anak dia sebegitu..huhu

ayat-ayat cinta? haha, nadia baru teringat macm sm plak.hoho.. Nadia teringin nak amik gambar stail dekat2 macam selalu girl buat tu tapi macam jelas sgt je+malu.Pastu asyk mcm buruk+tak jadi je. So, separuh pun jadi la.Tak nampak sgt.kehkehkeh (boleh pulak)

diya bila konvo?

mun-e said...

rindu UPM slps mbace entry ini.. oh~

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Congratsss.. congratss..
Dah ada diploma dah dia ek~
*Excited*

Long Kang kalau dalam bahasa Cina maksudnya apa ek? Kot kot le maksudnya baik ke.. fengshui baik ke.. kite mana tau.. hehehehe~~ =D

farah, s. said...

tersenyum baca entry ni :)
yg tk tahan cite pasal bunge tu. hoho
ahai
tak sabar nk konvo jugak T_T
btw tahniah! :D

Yana Ismail said...

Dear, tahniah!huhu..memang sgt happy kan bila dh konvo..tp dlm ms yang sama, sangat sedih..lg2 bila terkenang kwn2..tkenang U..part plg sedih ms nyanyi lg tu..huh..memang terkesan..papepun!teruskan perjuangan!ahaks..smoga terus cemerlang ye!;)

IamYonna said...

long kang? HAHAHHAHA sumpah kesian ah nama beliau begitu. T__T haihh jgn dihina saja susah la.

dik,congrats ok dik :) imagine ah akak bagi bunga sejambak kat adik ok! hehehe

tempat belajar adalah tempat paling heaven sepanjang kt dunia ni (selain rumah). best kn dik? lepas ni semua akan berubah. semua akan ada life masing2.

good luck for ur future undertaking ok :)

Nadia said...

kak murni: Akak!!! Dah lama nak cakap. Sejak dari awal lagi nadia pasang tenet ni, sampai sekarang tak dapat bukak blog akak. Tak tahu nape. Masalah streamyx ke tak tahu la. Tapi bukak blog org lain boley pulak..huhu. Nadia baca blog akak kat goggle reader je skang T____T

kak noi: Nadia takde diploma kak. Degree je..huhu..

bdw, thanks ;) pasal nama tu ..errr..mungkin jugak eh. Mana tahu dalam bahasa cina maksudnya lebh baik ke kan.

farah: thanks farah ;), takpe2 tak lama je lagi farah pulak konvo kan? farah konvo tahun depan ea? kat ipba?

yana: thanks yana ;). Yup2, nanti yana konvo mesti rasa camtu jugak. Mesti rasa sayu je bila nyanyi lagu universiti nnt..huhu

kak yonna: betul, kesian kan..mesti masa kecik2 dulu dia dah banyak kali kene ejek dah. Budak2 kan suka ejek-mengejek..huhu.Hopefully dah besar, tak ada org hina dia..huhu

yup2, tempat belajar adalah rumah kedua. Best sgt. Lepas ni semua bawa haluan masing2, sharing2 pun tentu dah berkurangan T___T

Anonymous said...

Lambat lagi yang. Bulan 10, after raya =)

aiyie said...

ady diorang cite..yang budak flying kiss tu mmg budak yang terplih..org yang ssusun atur graduan tu akan pilih sorang yang tercun laa kiranya untuk jadi budak yang paling last then budak tu kena buat pelbagai2 aksi yang giler2...hheheh:P..congrate dear

Nadia said...

diya: owhhhh..okay2 :D

ayie:yeke? owh baru tahu.hehehe..Thanks ayie :D