Pages

Mereka adorable

Pict: Flickr.com


6hb (khamis) , aku sepatutnya aku pergi taklimat rehearsal untuk konvo tapi phewwwww, terus terbang ke putrajaya. Hohoo.. Tapi bukan dengan sengaja nak fly2, tapi temankan kawan yang sedang dalam kesusahan dan dilanda malang. Pergi bersama-sama dia menguruskan sesuatu yang lebih penting. Before tu makan sarapan kat kedai mamak, terserempak dengan coursemate2 yang lain. Tanya mereka “Tak pergi raptai ke?” Rupanya mereka pun ‘fly’ jugak. Hahaa..Mereka kata bosan giler taklimat tu takde menda pun. Mengantukkan adalah. Mereka kata mereka just tinjau2 kat dalam lepas tu terus keluar. Haha.. Mana taknya, mana ada naik2 pentas semua (berdasarkan senior cakap, bukan saya kata). Setakat dengar ceramah@peringatan, dalam notis konvo tu aku dah habis baca dah (tentang tatacara pemulangan baju konvo, pengambilan transkrip bla bla bla). Aku berkobar-kobar nak pergi rehearsal tu sebab aku ingatkan sama macam kat MRSM aku dulu. Time raptai memang meriah la. Beratur kat luar panjang2 (sambil tu boleh berborak dan beramah-mesra dengan rakan sebelah), pastu masuk dewan diiringi muzik gamelan dalam keadaan penuh ekslusif, pastu duduk di kerusi yang ditetapkan, lepas tu naik pentas konon2 terima scroll lepas tu kalau ada orang tersadung kaki ke apa kat pentas tu, ramai2 boleh gelakkan sekali.Meriah la. Memang feel nak konvo tu ada lah konon-konon kan walaupun raptai je.



Petang tu lepak2 kat bilik Nik Liyana, my only bff yang ada setahun lagi untukkan dia habis study (course dia 4 tahun). Untuk sape2 yang berkenaan, tak payah la nak cakap dia lonely ke apa sebab dia ada jugak best friend yang terdiri daripada coursemate2 dia yang sememangnya diakui rapat (kan ayie kan?). DIA BUKAN KAWAN DENGAN 3 ORANG JE. Oh ya, macam biasa bila dah cukup ‘korum’, banyak betul cerita-cerita peribadi masing2 yang keluar. We have such a great time. Ingatkan nak tidur di situ malam tu tapi suddenly manager call suruh masuk keje pagi la pulak. Tersasar matlamat. Baru ingat nak sharing ke peringkat yang lebih lanjut. Eceh! :P Malam tu kami sama-sama turun ke kafe. Serius rindu dengan makanan2 café. Berjumpa jugak dengan pakcik café yang mana sepanjang ketiadaan kami, asyik la bertanya dengan Nik di mana kami. Hoho tak sangka pakcik tu cam kami.



Aku malas ah nak beli2 baju. Macam tak sempat je. Kekangan waktu tak mengizinkan. Ye la, shoping beli benda2 tu semua mesti lama kan. Orang kata bila konvo semua kene beli baru. Tudung baru, baju baru, kasut baru…Aku macam tak beli apa-apa yang baru pun. Patutkah? Sebab aku fikir nanti aku kan pakai jubah yang besar gedabak tu. Macam takde effect je baju baru ke baju lama ke, bukan boleh nampak pun. Justeru itu aku tak faham kenapakah kene beli baju baru. Ke aku harus ikut trend je. Ahaha…


Ok, sekarang nak hidangkan rakan-rakan dengan satu video



Aku baru terjumpa video ni atas saranan seorang kenalan. Ya Allah sumpah comel betul la kanak-kanak ni!!! Tolonglah jawab kenapa kanak-kanak sangat adorable??? Suara mereka sendiri dah cukup comel dah. Comelllll!!! Mereka menamakan diri mereka sebagai baby wondergirl. Mungkin terlalu obsess dengan tarian wonder girl menyebabkan mereka begitu dan sungguh-sungguh hafal tarian itu (klik sini untuk klip video wondergirl sebenar). Pandai mereka tiru. Oh, comel sekali lagi, sekian terima kasih.



Yang aku perasan, kanak2 korea+jepun macam advance sikit dari kanak-kanak Malaysia (based dari cerita yang melibatkan kanak2 sebagai pelakon). Aku tengok, mereka macam luar biasa sikit. Bukan luar biasa dari segi apa tapi dari segi kesungguhan melakukan sesuatu. Nampak benar kesungguhan mereka :D

13 voice out:

farah, s. said...

huhuhu.. farah dah pnh tgk yg version baby. kelakar betul. mmg comel la diorg. ahaha

ape motif beli semuanya br utk konvo? haha. mcm nadia ckp, bkn nmpk kot. sbb pakai jubah konvo kan. tp yelah, maybe nk feeling lebih sket, kene la beli yg baru2 ;p

Yana Ismail said...

huhu...yana pun ada plan takmo g rehearsal...ahaks..depa kata bkn ada apa pun..;)

tau tkpe!bkn nye nampak pun kan kita pakai jubah nnti..tp tkpe...klau ada masa, g bli je yg br...melaram sekali sekala...huhu;)

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

HAHAHHAA.. budak tu comel..
ADoyaii~! akak tergelak-gelak ni nadia..
HAHAHAHAHAHA (lmao)..

konvo tu takyah rehearsal pun takpe....
Akak dulu mana ada rehearsal.. ! =P

joegrimjow said...

haha
mmg xde kaitan video tu dengan konvo ok

Nadia said...

farah: ye? nadia baru tertengok ni.ehehehe

hahah..tula nadia terfikir apa motif beli semua baru. Maybe macam yana cakap kot, melaram sekali-sekala..hehehe..Bdw, farah nanti konvo kat sana eh bulan 12?

yana:hehe..melaram sekali-sekala kan. Bak kata kawan nadia, konvo bukan 10 kali ;P

takyah g rehearsal la yana. Membazir masa. Masa itu emas (eceh, menghasut plak ;) )

kak noi: comel giler kan? hehe..

takde rehearsal? heheehe. Best la tu. Nadia nye rasanya bukan rehearsal pun. Lebih kepada taklimat rasanya :)

joegrimjow: eh eh, ada ke statement di perenggan di atas yang saya kata ada kaitan? KAHKAHKAHKAHKAHKAH. Aiyoyo, kene baca betul2 ni lain kali.

hahah, memang tak ada kaitan dengan konvo TAPI ADA KAITAN DENGAN TAJUK OK. Konvo tu saya main selit2 aje dalam entri ini. Biasa la, saya suka campur2 cerita dalam satu entri. :)

farah, s. said...

tak. farah ade setahun lg utk praktikum kt KL. pastu baru grad. uhu. T__________T

Nadia said...

oh kiranya farah akan pergi aukland sekali lagi untuk grad? or twinning program yang grad kat M'sia?

Anonymous said...

Uhuk. Budak2 kalau buat benda gitu memang lah sangat adorable. Diya tak sure Nadia dah tengok video ni ke tak, tapi takpelah diya nak share gak.

http://www.youtube.com/watch?v=7mZF813aXbQ

Rasanya, budak yang dalam video ni adalah dikalangan budak2 yg perform nobody tu. Rasanya lah, tapi tak sure yg mana satu. Huhu.

Btw, untuk statement Nadia berkenaan bebudak korea lebih advance dari bebudak kita, diya setuju gak tu. Mungkin faktor environment kot. Kenkadang bebudak korea nih, dia mudah dapat support untuk buat something yang takde kena mengena dengan skop study dia. Jauh beza dengan bebudak kita. Mak pak kita strict, anak2 nak buat benda selain buat kerja sekolah, mak pak kita tak bagi, nak support apatah lagi. Diorang macam tak nampak yang certain kids takleh develop melalui belajar je. Kalau dah bengap tu paksa macam mana pun, kalau dia tak minat belajar, still bengap jugak [sorry, macam agak kasar sikit, huhu tapi ini realiti]. Tapi, diorang TAK mungkin "bengap" dalam semua benda. Mesti ada gak talent budak tu walau kat celah mana sekali pun.


P/s-Eh, Nadia konvo esok kan? 10 hb. Selamat ber konvo ye ^-^

Nadia said...

wah diya, kanak2 itu bukan dah tahap kanak2 lagi dah, cara dia menari memang dah boleh kira expert dah! OMG! haha..Dah la setiap lagu dia boleh hafal macam mana nak menari. Memang berbakat la budak tu.Sangat talented. Nadia rasa nak melembutkan badan n menari macam tu mesti susah.haha

ya, diya sangat betul. Ibu Bapa malaysia lebih mengutamakan pelajaran. Memang pelajaran patut diutamakan tapi but then, tak leh halang budak2 buat benda yang mereka minat. Mana tau mereka ada bakat dalam bidang2 tertentu yang kadang2 lebih advance drpd yang pandai dalam pelajaran. Nadia sangat percaya yang tak ada manusia bodoh di dunia. Semua orang ada kepandaian masng2 cuma mungkin ia berbeza, bukan dalam pelajaran je kan? huhu

p/s: Aah konvo esok. Thanks diya :) Berdebar-debar ni

farah, s. said...

grad kt malaysia.
leh je nk grad kt auckland. tp kene tanggung sendiri tiket flight ke sana. urggghhh

T_T

btw selamat berkonvo nadia :)

Nadia said...

okay, thanks farah :D

Yana Ismail said...

tau tkpe!konvo bukan slalo..paling galak 3 kali..hihi..smpai phd..so,melaram je..;)

dear, ats tu tkleh komen ek?huhu

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Eh bukan takde rehearsal..
Maksud akak, time akak dulu.. akak ponteng rehearsal..malas nak pegi..
bukan ape.. sebab konvo yang lalu-lalu, akak join rehearsal sebagai dak koir (kitorang kena nyanyi lagu negaraku,lagu UMP & lagu negeri Pahang)
so.. untuk konvo akak yang sebenar, akak malas le.. takde ape pon.. betul lah! ada taklimat, tapi kan akak dah dengar time koir.. so takyah gi takpe kot.
Elok je akak naik atas stage amek scroll even tak rehearsal.. teeeeeheeeeee~