1. Ada seorang MT kat sini (lelaki) memang kelakar betul. Walaupun dia macam nak berlagak dengan aku tapi sumpah aku rasa tak annoying langsung. Tapi kelakar adalah. Dia je sumber aku nak bergelak-ketawa kat sini. Hahaha.. Lawak2! Dulu berangan-angan nak jadi penyanyi (af, mentor) tapi bila dapat tahu ada budak sorang ni jadi model dan keluar dalam majalah sekian sekian, dia pun nakkkk jugakkkk.. First time dia menyuarakan hasrat nak jadi model tu bila dia tahu budak tersebut keluar paper. Dia cakap dengan aku “Nadia, aku nak jadi model jugak la. Nanti aku nak tanya dia nombor contact orang yang tulis artikel ni” (kami berdua kenal budak tersebut. Regular customer). Terkelu aku dengar, spontan aku tergelak. Dan bila budak tu keluar lagi dalam majalah sekian sekian, dengan keyakinan diri yang sangat tinggi dan tak berbelah bahagi, berani dia pi tanya budak tu “Model ada kosong tak? Aku nak jadi model la. Macam mana nak jadi model ea?” Ya Allah aku gelak giler2 tyme dia ceritakan balik kat aku tu. Tak boleh nak berhenti. Berani okeh dia ni. Tahu apa reaksi budak tu?Budak tu gelak terkekek-kekek okay seperti yang aku jangkakan. Aku rasa, kalau la dia tanya budak tu tyme aku ada, sure aku gelak tanpa berhenti di tempat kejadian.
Bukan aku je gelak bila dia menyuarakan hasrat untuk jadi model tu, staff lain pun gelak jugak dan geleng2 kepala je dengar hasrat dia. Sebab apa? Rasanya semua boleh agak kot..hehe..Memang la tak baik gelakkan orang kan tapi sikap ‘over confident’ dia tu la yang melucukan aku dan itu yang membuatkan aku ketawa sebenarnya, bukan sebab lain. Dah la dia memang serius nak jadi model bukan nak melawak.hahaha!!! Aku dengan dia open sikit. Kadang2 selamba je aku ketawa terkekek-kekek depan dia setiap kali dia cakap “Aku nak jadi model la Nadia. Nanti aku jadi model terkenal nanti ko jangan terkejut pulak bla bla bla”. Bila aku gelak2 mesti dia akan cakap “Ko gelakkan aku eh nadia bla bla bla” (tak dapat tangkap dia cakap sebab tengah ketawa)
2. Berita tak besh. Nana dengan fiza tak dapat cuti raya. Ayah dah bising2 dah sebab nana tak dapat cuti raya ni. Macam mana nak balik kampung? Nampaknya aku sorang2 je la yang balik kampung(bersama ayah+mak) sebab fiza pun tak dapat cuti raya jugak. Hampehhhh….Confirm bosan giler aku raya ni. Uwarrgghhh! Tiada adik-beradik memang membosankan. Tak ada orang nak bergurau-senda, tak ada orang nak menyakat-nyakat, tak ada orang nak digelakkan macam raya tahun lepas.
source: google.com
Majikan2 diorang tu memang buat peraturan yang tak relevan langsung. Majikan nana tu, ada ke pi buat peraturan: sepanjang minggu raya , staff+MT+manager tak boleh cuti langsung. Lepas tu minggu lepas raya (means hari raya ke lapan) baru boleh amik cuti, itupun ikut giliran. Apa daaa, baik buat macam tahun2 lepas (cuti ikut giliran) masa minggu raya. Lepas raya nak buat apa. Dah basi.. Memang la $$ dapat double tapi still tak berbaloi aku rasa.
Aik nape aku macam tahu detail je pasal kerjaya nana ni? SEBAB AKU PUN KERJA KAT 7-ELEVEN JUGAK .Wakakaka! Tapi aku tak sama cawangan dengan nana dan jawatan kami pun tak sama. Dan aku pun sedia maklum dengan peraturan baru tu. Masih ingat dengan entri aku yang ini?>--- nanaku--Di situ aku ada nyatakan impian aku yang nak kerja di 7-eleven walaupun sekejap. Now tercapai sudah..hehe..Farah pernah tanya, kenapa nak kerja kat 7-eleven? The exact answer is, perasaan ingin tahu yang mendalam nih. Tambahan lagi aku nak try jadi leader pastu belajar macam mana nak arahkan orang bawahan dalam suasana pekerjaan yang sebenar. Susah jugak orang yang ada perasaan ingin tahu yang tinggi dan suka mencuba ni. Kalau boleh semua benda dia nak try. Wakaka!!! Boleh pulakkk… Kalau anda-anda perhatikan, yang memakai baju biru kat 7-eleven tu haa, macam tulah aku. Tapi yang pakai baju biru dalam satu kedai tu (biasanya kami panggil ‘store’) ada dua level jawatan. Store Manager dan Management Trainee (MT).
Setelah 3 bulan di sini, aku belajar macam-macam. Tentang management, business target, cash flow, audit, bla bla bla. Mula-mula memang aku macam excited sikit sebab belajar benda baru dan yang tak pernah aku tahu kan. Lama-lama, bila aku dah terer, aku rasa macam bosan dah. Ulang-ulang buat benda yang sama, yang aku dah tahu. I need something new please! Yang berbeza. Tak ada kah kerja yang hari ni buat benda lain, esok buat benda lain, lusa buat benda lain, tulat buat benda lain~~Wakakaka gila ke apa kerja apa macam tu.
3. Masa meeting tadi sorang staff telah membocor rahsia aku nak berhenti 15 hb ni. Didi &*(%$# geram betul aku dengan mamat sorang nih. Boleh masa tengah2 meeting tu dia datang sebelah aku+senyum2+ dan tanya “Nadia, 15 hb ni nak pergi mana nadia?” Duh, terkedu aku tak tahu macam mana dia boleh tahu. Tak pasal2 manager aku dah syak dah. Aku baru nak beritahu in person dengan manager aku esok, dia dah btahu manager aku tadi (tyme aku takde kat store~cuti). Rosak plan. Bukan apa, kan elok kalau kita nak resign, kita beritahu sendiri bukan melalui orang lain kan? Esok aku nak ‘serang’ Didi tak kira. Hahaha!!!
Sebab resign? Sebab aku ada plan lain which is call Plan A. Kalau tak jadi plan A, aku pergi ke plan B, kalau tak jadi jugak plan B, last choice aku adalah plan C. So, dalam kepala aku ada 3 plan sekarang, pilih ikut keutamaan. Heheeh
4. Tadi ada bintang jatuh dari langit. Diya yang jatuhkan di sini. So , aku pun mengutip la bintang yang jatuh itu dan menampalnya di blog ni so that ia takkan ‘hilang’. Thanks for the star diya. =)
Rising the star, 29 Ogos.
Habis sudah 4 tajuk, 4 cerita :D
5 voice out:
Kak Noi pun nak jadi model lah.Heeeeeeee..
Haip jangan gelak, serious ni!! Hahaha..
Adoi lah nadia ni, macam-macam lah!
Kak Noi tak letak lagi bintang tu dalam blog. Haiyoh......
salam dari queenstown [ecehhh] hahaha
kawan tu nk jd model? haha. semangat gile dia.
nadia ni something la. takpernah2 org berhasrat nk keje 7e, tp lps bc explanation tu farah fhm lah. sbb nadia ada rasa curious. hehehe
fiza ngan nana tak dpt cuti?? aaaaa bosannyee kan raya tanpa adik beradik. eh nadia ade 3 org adik beradik je eh?
alaahaiii...mesti tak best sgt kan kalau nana dgn fiza takde?ermm tkleh try gak ke minta lg cuti tu?isk isk mereka ni takde rasa belas kasihan ke utk org2 yg nk beraya..alaahai..
menariknya..yana tak pernah keje kt 7e.hihi..kntin je penah..haha tu pn kantin makteh..ahaks..;)
kak noi: hehehe ;)
farah: wahhhh da sampai queenstown dah dia ececeh..hehehe...aah farah, nadia ada 3 org je adik beradik, sikit kan? huhuhu...
yana: cuti memang dah confirm tak dapat. Tsk tsk. sape tah yang buat peraturan tu. 'Cha alif nun ya' kan, biasa la..huhu
Hehe. 7e. Macam best. Boleh minum [ke makan entah] ais kepal warna warni tuh, amenda tah namanya.
Tak sangka pulak Nadia tempek sini gambar bintang tu, hehe. Thanks again ^-^
Post a Comment