Pages

Trauma ulat

Ya Allah, traumanya aku. Makan ayam lebih daripada separuh, sedar2 eh eh apa benda yang gerak2 kat tangan aku ni? Ya Allah, Ulat ok? Ulat yang berlegar-legar di dalam makanan kalau makanan tu macam nak basi2. Termuntah automatik segala apa yang ada dalam mulut ketika tu.

Tambah trauma bila aku selak2 ayam tu jumpa lagi ulat lagi seketul. Pastu dah aku tak sanggup nak tengok lagi.

Ok aku rasa nak nangis sekarang.

Sesungguhnya ini mungkin salah satu contoh benda yang lebih baik kita tak tahu daripada tahu. Bila tak tahu kot la aku sakit2 perut ke apa at least aku taklah syak bukan2 mungkin lah salah makan ke apa bukan tak pernah sakit perut kan. Tapi bila dah tahu mana tahu lepas ni aku trauma makan ayam/nasi seminggu apa macam? Pastu saket2 sebab tak makan bleh?

Takpun, aku beralih arah makan sushi je or takotao je. Sekurang-kurangnya memang fresh dari ladang.

Sekurang-kurangnya kalau aku taktahu takde la aku nak tersedih-sedih sekarang nangis sebab termakan ayam berulat.Logik tak sedih sebab termakan ayam berulat? Ke korang cool je ek? Imiginasi aku terlalu tinggi untuk aku let go macam tu jek.

My TOP #1 Feveret Sushi ever




Dulu top #1 feveret sushi aku ialah kanikama (er..korang tahu tak rupanya? Yang gulung2 balut dengan seaweed pastu potong kecik2 intinya isi ketam panjang tu). Look like everytime mesti wajib2 nak beli yang tu.Yang jenis lain rotate2. Kalau terdesak takda duit pun, berusaha capai sushi tu satu bijik (?) pun jadi la.


Ni top #1 feveret sushi paling terbaru. Sejak akhir2 ni terpesona dengan rasa sushi type ni. Tetiba beralih arah sushi feveret dari kanikama (for almost 4 years!) ke sushi ni. Tetiba je kan. Pembawakan budak agaknya. Kahkah sewel!

Sushi ni sedap giler tau. Orang yang tak suka dan memandang slack terhadap kaum2 sushi siap cakap 'yeckkkk nak muntah' (nanaaaa nanaaa! haha) pun boleh suka ok? Cehhh. Tu la selagi belum rasa jangan kutuk2 sushi. Kadang2 ilusi mata je nampak yeckkk, tapi bila rasa takde la yeck mana pun. Lagipun sushi bukan type makanan exotic macam daging monyet atau sup janin yang wajib di yeck-yeck kan. Lagipun tak semua sushi memberikan rasa yang sama. Mungkin anda yeckkk terhadap sushi salmon tetapi tidak yeckk terhadap sushi sotong ni kan. Sushi ni aku tak tahu nama sebenarnya, aku panggil sushi sambal sotong je (so rasa ala2 macam makan nasi sambal sotong LMAO). Sebab ketul2 tu sotong yang dipotong kecik2/dadu. Merah2 tu macam sambal. Apa yang aku suka sambal dia ni jenis yang manis2 gitu awwww suka!! Aku rasa dulu2 aku tak pernah makan kot sushi ni tu la pasal aku tak tahu kesedapannya.Maklum la awal2 mengenali sushi, dah rasa yang certain2 tu sedap dok putaq2 jenis yang tu je la nak try lain nanti terlebih bajet plak kan.HAHA. Laaa ni aku dah try hampir kesemua jenis sushi. Nanti aku buat review ranking sushi yang aku suka eh. Apa ingat artis korea je ada ranking? Sushi pun adaaaaaaa!

p/s: Aku sebenarnya tak berapa selesa makan benda yang orang yeck yeck (depan mata aku masa tengah makan benda tu) sebab rasa macam hina je makanan yang aku makan tu. Pastu rasa macam bersalah je makan benda yang orang geli. Erkk. Tak ptut eh rasa macam ni? Tapi tak kisah pun orang kutuk2 belakang or masa aku tak makan benda tu. Lain tau feel dia bila kita tengah makan pastu orang yeck2 makanan yang kita tengah makan tu depan mata kita sendiri. Dulu pernah kawan aku ni makan budu tau. Pastu ada sorang lagi kawan aku ni tak pernah makan gamaknya dia cakap la "Iyeee" pastu buat reaksi muka macam geli. Kawan aku tu terasa ok! Kawan aku tu cerita la kat aku "Kalau tak suka pun jangan la cakap macam tu depan2 (cakap belakang2 je ok?), dah la masa tu tengah makan. Pulak tu makanan tu dari negeri kita kan". Masa tu aku tak faham tau. Bila nana dok yeck2 sushi aku ni baru aku faham. Tapi takde la terasa dengan nana pun (aku dengan nana ni kebal sket bab terasa2 ni) cuma aku faham macam mana perasaan kawan aku tu. Ok sekarang aku nak tanya. Budu tu letak dalam nasi kerabu ke? If yes, ok aku rasa budu tu sedap! Haha. Sebab aku pun belum pernah makan budu secara directly.

Before the Dawn

I don't have an idea about this grup. Don't know how many member(ok skang baru tahu), don't recognize their face. Bla bla bla semua tak tahu kecuali nama group.

But.




lyrics&english translation

Awat best bebenor lagu ni haaaaa???? Aku suka bebenor dengan beat keseluruhan lagu ni(especially intro&chorus!). Memang masuk la taste wajib dengar aku ni.Act dalam banyak2 lagu kpop yang aku try dengar tak banyak pun yang masuk dalam list wajib ulang ni. Tak lebih 20 punnnn. Tapiiii lagu OST drama banyak la! haha, tak terkira banyaknya!Daripada aku play lagu kpop yang 'list biasa2' ada baiknya aku pasang lagu OST jek. Ceh ala2 macam berat sebelah la pulak,nampak taklah kpop sangat kan? LOL.

p/s:Terserempak/terdengar lagu ni masa tengah tunggu performance JM Not Alone kat KBS Music Bank beberapa minggu yang lepas. Semua performance time tu lagu biasa2 je aku rasa boring nak tunggu (yang tak best langsung pun ada jugak.LOL) sampai la aku terdengar beat lagu ni. Thank God i found this awesome song. Selalunya aku cuba2 dengar lagu2 dari artist2 femes je, jarang nak try2 dengar lagu artist baru2 yang tak popular.Oh ye, apa yang aku tahu artist ni baru giler kot. Dan of course langsung tak femes.Sekian

Susah

Susah kan jadi orang tengah. Bila 2 orang bergaduh saling memperli antara satu sama lain tak kurang jugak mengkomplen antara satu sama lain dan kita di tengah2 tak mahu memihak kepada sesiapa terlebih.

Disebabkan kita baik dengan orang yang dia tak suka, dengan kita2 sekali yang diperlinya. Can't u stop that? Nampak macam aku pulak yang bersalah(or serba-salah) sebab berkawan/baik dengan orang yang dia tak suka.

I just don't want to make any enemy that's why i just okay with all people as long as orang tu tak cari pasal dengan aku. Hal dia dengan orang lain memang aku tak campur.

p/s: Dulu masa kat sekolah pernah jugak jadi orang tengah tapi yang bestnya dua2 tak mengutuk/memperli/mengkomplen antara satu sama lain. Alkishnya perang dingin dua orang ni tapi diorang langsung tak melibatkan sesapa dalam perang dingin diorang. Sangatlah best kalau macam ni.

Driving license

Setelah difikir-fikir balik, aku baru sedar kepentingan lesen kete ni. Serius pergerakan rasa terbatas je takde lesen kete. Nak buat pape pun takleh. Ingatkan aku boleh survive guna motor je. Kalau dekat2 takpe la guna motor kan. Takkan la pergi negeri jauh2 kau nak naik motor jugak deknonnnn?? Apa kau nak jadi minah rempitkahhh malam2 pecut kat highway?

Aku rasa aku nak amik driving license yang metro driving je. Mahal sikit pun takpe la. Takyah nak takut2 kalau2 fail ke apa.Kalau fail, rilekkkkkkk je! Retest balik! Kadang2 rasa takut tu yang membunuh sebenarnya.Takut sangat tak memasal. Sebagai contoh test bukit lancar je sekali bila JPJ ada kat sebelah, neves pastu nak apply balik naik bukit terus taktau nak wat lagu mana pastu fail ler apa lagi kan.

Aku tatau la pesal trauma sangat amik lesen balik ni. Mungkin sebab aku takleh terima kegagalan dalam test mungkin. Selama 24 tahun hidup mana pernah fail test ok. Bwahahaha takde kaitan ;P

Changing URL

Dulu pernah aku cakap yang aku suka giler dengan url/nickname aku yang dulu (sila terjemahkan huruf hangul di header buat sesiapa yang kenal huruf hangul) dan berazam nak kekalkannya sampai ke nafas terakhir. Menukar URL blog adalah perkara terakhir sekali yang akan aku buat. But i've no choice but to break the promise. It's hard. Berpuluh-puluh kali aku fikir ok.

Sangatlahhh tak best kalau orang yang tertentu yang kita taknak dia tahu blog kita, yang taknak dia tahu segala luahan2/aktiviti/keadaan semasa aku, tapi dia tertau kan (atas kesilapan aku sendiri, such a careless) kemudian baca senyap2. Lainlah kalau blogger ni ada sistem yang boleh cam muka dia, pastu block dia je takleh masuk baca blog. HAHAHA. Mustahilll.

Private blog is not the right things i guess. Yet i still want to share somethings to stranger. As u know, aku bukan jenis yang rahsia2 sangat. Kadang2 orang tak faham. Ingat kt private apa2 nampak macam bajet kekdahnya. Bajet banyak followers sangat. Konon2 ada orang nak follow sangat. Padahal sebenarnya aku taknak orang2 tertentu yang di-target (sorang dua je sebenarnya yang memang aku tahu dia baca dan mengikuti perkembangan aku) dari membaca apa2 berkaitan aku untuk hari2 yang seterusnya. Yang lain2 aku tak kisah ok. Even stranger sekalipun. U know kan, kadang2 stranger/orang yang kita tak bape rapat sangat in a real life is better than someone u really know in real life (family&BFF terkecuali ye). Err faham kan. Memang susah kalau orang tak faham tindakan2 kita ni. Dan susah jugak kalau orang salah faham.


Yeah, i already changed my URL. Dan semua2 yang berkaitan dengan ehem2 (nick name dulu) semuanya aku dah padamkan nama itu dalam semua entri (gigih!) supaya tak muncul di google. Dan kalau muncul pun, link blog lama yang keluar kot.Pastu bila klik keluar "Blog not found"

*tepuk tangan*

Ok selesai kerja aku.

Oh tak ketinggalan ucapan tahniah kepada yang still boleh track entri2 dari link lama aku. Anda memang bijak. Tapi yang bukan blogger tegar/tak pandai IT takleh tahu kot cara ni. HAHAHA. Still mahu memberi info kepada stranger2 walaupun dah berpindah URL (haha info lah sangat! ;P ).

p/s: Kepada sesapa yang terer coding tu, kalau tengok ada yang tak kene dengan layout blog aku ni abaikan je la eh. Maklumlah orang tak habis belajar coding memang gini. Dan oh ye, header blog tu pejam mata je la eh. Tu je yang mampu aku design (konon!) buat masa sekarang ni.Photoshop pun baru nak install ni. hihi

T_T

Aku tak tahu sama ada this is a good things or not. But i lost something yang sepatutnya aku dapat Khamis lepas. Atas kesilapan mudah diri aku sendiri. Silly mistake.

Seriusly rasa bodoh sebab bertindak begitu.

Tapi aku percaya dengan takdirNya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Mungkin.
Ayah pun tak marah malah menyatakan kelegaan. Keredhaan Allah datang dengan keredhaan ibu bapa kan?

God, i need ur guidance. Please show me the way!


Rasa macam bertimpa-timpa benda tak best datang ke arah aku akhir2 ni. Terasa bad luck memanjang. Pening kepala nak memikirkannya satu2.

Aura kedewasaan


Setiap kali aku beritahu umur aku kat sesetengah orang, mostly diorang akan terkejut. Kadang2 depa dengan yakinnya cakap "Sekolah lagi ke?" . "Tak lah. Dah habis dah"-aku balas. "Oooo, tengah tunggu SPM la ni?"(muka yakin giler). Pastu bila diberitahu umur aku mesti buat reaksi terkejut sebab anggapan diorang adalah salah. Pernah dulu ada orang estimate umur aku Form 2. Fuhhh form 2 kauuuu nasib tak darjah enam. Kalau darjah enam memang tak dapat diselamatkan lahh<---nanges!

Bila jadi macam ni aku selalu terfikir 2 sebab je . Sama ada ianya compliment (awet muda gituuu. Memang terima kasih la kalau fikir macam ni bwahaha) atau nak kata muka aku selebet/selenga ala2 macam budak hingusan/budak tak cukup umur (owhhh tetiba akan keluarkan bunyi 'tsk tsk tsk' kalau dianggap begini). Bukan merendah-rendahkan diri okeh. Tapi selalunya kalau ngadap depan cermin tanpa pakai apa2 kat muka mesti aku rasa muka aku selenga semacam je (selenga2 camni pun selamba je aku kuar tak pakai pape make-up/bedak takde la rasa selenga taknak kuar kan macam sesetengah orang yang takleh hidup tanpa makeup tu). Konfusi umur selalunya terjadi bila begini (muka tak pakai apa2 langsung.Kebetulan tadi gi rumah ada orang tu tak pakai pape tu yang jadi lagu tu). Sooo bila aku pakai bedak compact skit2 or eye-liner skit2 barulahhh aku rasa macam 'aura kedewasaaan' sedikit sebanyak gituuu. Wahh motip je tetiba datang aura kan. Ni aku dah calit sana sini kalau orang panggil budak lagi aku tak tahu la nak cakap kan. Sebab aku boleh kata kalau calit sana sini memang takde orang kata tak budak2 dah.

Jom tengok perbezaan calit2 yang aku maksudkan



Muka tak berbedak langsung. Kosongggg. Kalau yang paling asas (bedak) yilek makanya yang lain2 pun automatik yilek takda. First year kat uni kalau tak silap. Maklum laaaa, dulu mana reti bedak2 ni. Bedak baby pun kalau beli pakai kat badan je. Ok baru teringat, dulu2 aku takda jerawat, sampai akak yang pernah make-up kan aku masa malam kebudayaan dok praise kulit aku licin, siap buat muka kagum terkejut tercengang-cengang bagai sampai aku termalu-malu dah taktau nak wat reaksi kat dia macam mana. Bwahaha. Sekarang apasal tah jerawat kecik2 tu rajin tumbuh dan jerawat besar sekali sekala. Nak kata sebab ada kekasih, takda pulak. Kekasih gelap pun takda. Crush2 ada la (adakah sebab ini? kahkahkah). Pastu parut2 jerawat dah start wujud dah walau tak bape ketara. Huhuhu.




Ni muka pakai bedak compact saja. Blusher ala2 je (macam takda kesan?). Pastu malas nak pakai eyeliner atas mata, so aku pakai eyeliner kat bahagian bawah mata sahaja (yang putih2 tuu). Pastu takda gincu, calit lipbalm Mentholatum sheer colour je, mula2 memang pink2 ala2 pakai gincu gitu (orang kata aku pakai gincu instead of lipbalm,boleh?) , pastu bila petang(lama2 sket) nampak takkkkk bibir aku tu (sila click kat gambar kalau rajin), kering huduh ok. Selalu je aku dapat kutukan padu sebab bibir aku camni. Bibir aku jenis yang senang kering tau. Dia macam kering tau pastu pecah2 dan muncul kulit yang macam terkopek-kopek. Sebab rimas kulit bibir yang hidup segan mati tak mahu so aku matikan terus dengan kopek terus, terusss kuar darah. Pastu darah tu kering jadi la camtu, jadi merah tompok2. Aihhh bibir oh bibir, masalah Justin Bibir betul. Gincu banyak2 beli mesti aku pakai 2-3 kali je pastu buang. Pakai gincu buat bibir aku kering dua kali ganda. Ottokeeee? Bila tengok bibir orang lain yang gebu2 ni terus aku insap kejap *lepas ni harus gi famarsi cari ubat sapu untuk bibir kering since petua sapu mentega&vaseline tak berkesan untuk aku*




Haaa yang ni sama macam di atas cuma tambah eye-liner hitam kat bahagian atas mata (feeling mata besar sat. Err besar ke masalahnya). Bibir tak kering dan nampak lembap sebab ni masa mula2 apply lipbalm (dah petang2 kering balik mcm gambar atas tudung kelabu tu tsk tsk tsk). Pastu kat pipi ada blusher+bedak compact+eyeliner putih bawah mata. Memandangkan jarang aku bermake-up banyak camni (banyak ke masalahnya?wakaka banyak bagi aku laa), haruslah camwhore banyak2 kali macam jakun kehkehkeh

So taktau la kalau aku tambah barang2 lain seperti Mineral loose powder+mineral foundation+foundation (eh bape banyak foundation da?? berlayer-layer kekdahnya)+eye-shadow+maskara+bulu mata palsu ala RCW+ concealer (camni ke ejanya? dah macam kaunselor la plak)+makeup base primer+lipgloss+gincu (oh alergiknya dengan gincu!) etc etc (apa lagi? aku tengok beg makeup orang yang rajin make-up ni macam berpuluh-puluh je barang) jadi macam mana lah kan. Haruslah rasa macam aura kedewasaan berganda-ganda triple multiple pastu camwhore patpuluhpat juta kali. kahkahkah. Aku rasa time kawen je kot ;P

p/s: Seumur hidup aku, sekaliii je aku pernah make-up full overboard. Itupun sebab wajib make-up, make-up artist disediakan. Masa first year masuk pertandingan seni kebudayaan antara kolej. Dah macam patung opera cina dah muka aku. Tebal sungguh bedak+fondation kekdahnya. Macam heart-attack tengok muka sendiri depan cermin toilet. Masalahnya gincu merah menyala ok! Disaster betul, sebab mata dah solek tebal abis dah. Mengikut peraturan make-up terkini yang aku baca, solekan tebal di bahagian mata haruslah dipadankan dengan gincu kaler nude yang tak bape menyerlah (at least pink boleh? kaler merah makngah tak boleh diterima oleh akalku untuk warna gincu aku). Patutlah macam pelik je make-up aku tu kan memang patut terkejut(walaupun tatau pape pasal make-up still boleh rasa 'kena' atau 'tak kena' make-up tu). Kalaulah gincu tak merah menyala haruslah aku camwhore patpuluhpat kali.

p/s: Selalunya umur 15/16 ke, kalau sesapa pakai make-up lengkap blusher, eye-shadow,bulu mata palsu,eye liner,foundation etc etc etc selengkapnya, confirmmmm aku akan tertipu dan agak umur dia atas 20. Orang korea (artis pun) ramai camni. Selalu je terkejut bila tahu umur sebenar diorang. Tak ketinggalan blogger2 budak sekolah yang rajin make-up tu.

Chopstick



Dulu2 kan masa zaman sekolah aku suka tengok citer Cina Hong Kong kat tibi Sampaikan mak aku slalu komplen rumah ni rumah orang cina ke asik cing cong cing cong (ajuk bahasa cina)

Disebabkan asyik layan citer cina, aku macam berminat nak try style makan diorang pakai chopstick. Suatu hari aku macam terjumpa chopstick free (untuk sample kot? entah lupa tapi yang pasti berterabur dalam paket sepasang2 so aku amik satu) kat pasar-raya so bawak balik. So melalui chopstick free tu la aku blaja pakai benda alah tu. Aku tak ingat camne bleh terer pakai chopstick ni. Either nana/fiza ajar or aku try figure out sendiri. Ada sekali tu kan masa makan maggie ke mee tah, ayah aku kebetulan ada kat rumah masa tu, dia nampak la. Ayah aku marah giler! Dia kata buat apa nak ikut2 style Cina. Aku kata style makan je pun, bukan berkaitan agama (eh even muslim kat taiwan pun pakai chopstick kan). Masa tu memang touching2 gitu maklum la budak2. HHAHAHA.

Sejak tu memang takde de makan pakai chopstick depan ayah aku. Kitorang main sorok2. Huahuahua. Makan pakai chopstick tyme ayah takde, basuh pastu sorok chopstick tu.

Pastu sejak2 dah besar ni ada sekali tu adik aku (nana) selamba makan pakai chopstick depan ayah aku. Eh eh?? Ayah aku tak bersuara pulak dah? Pastu sejak tu aku dah macam berani makan pakai chopstick depan ayah aku =D

Ni kejadian yang berlaku semalam. Tetiba ayah aku makan mee pakai chopstick (aku punya,aku yang beli. hhahaha). FIRST TIME OKEH! Sangatlah tetiba, bukan takde sudu langsung. Pastuuuuu apa lagi sempat lagi aku bagi ayat se-das dua kat ayah "Aiiiii ayah, pakai chopstick ke? Nape tak pakai sudu? Tu sudu berlambak kat dapur tu ayah"-OF COURSE IN A VERY SACARSTIC WAY (sila bayangkan). HAHA. Dulu beria-ia marah aku sebab makan pakai chopstick kan. Reaksi ayah aku? Of course tahan nak senyum. haha . Just like macam mana reaksi aku bila kakak aku bagi se-das ayat kat aku "Aiiiii budak Maybelline dah pakai Pixy keee?"

Surprised

www.naluvkpop.blogspot.com

1) Aku ingat giler dengan blog ni sebab link ni yang menang Love Ya contest kat blog Hurul Aini tu (haruslah aku ingat apa2 yang berkaitan dengan SS501 sekian terima kasih).Untuk membuktikan daya ingatan aku ni tak salah, aku google balik result tu memang betul pon.
2) Tak ketinggalan header blog aku skg ni aku request dari dia dengan tak malunya. Siap mention 'selamba je kan tak kenal,comment for the first time tapi dengan muka tak malunya selamba request.hihi'. Req on the second time landing kat blog dia.
3) Tak ketinggalan sejak aku jumpa blog dia, aku follow blog dia secara 'sebab suka baca entry blog' walaupun jarang meninggalkan komen (oh ye, lately aku jarang meninggalkan komen kat blog orang)
4) Tak ketinggalan jugak ada sesekali memberi komen/membalas komen secara mesra alam jika berkesempatan. Maklum la, orang mesra alam dengan aku secara automatiknya aku mesra alam dengan dia balik tak kira la siapa orang berkenaan.

but i got a surprised today! Tak sangka dia rupanya orang yang aku kenal selama ni! (ok bayangkan all of this while aku hanya kenal dia di alam maya rupanya someone yang aku kenal kat luar jugak.) Salah seorang kenalan masa kat High Skool yang sejak pertengahan 2010 rajin komen mengkomen pasal kpop kat FB ;P How silly i am boleh tak cam blog dia walaupun baca bagai nak rak. Perhaps sebab dia tak pernah letak gambar diri sendiri (secara nyata dan jelas) kat blog. Dia dah tentu2 kenal aku since dulu aku ada buat network blog kat FB kan. Agaknya kalau aku tak private blog ni and aku tak dapat emel dari dia (yang dia memperkenalkan diri, blog n FB dia) tanya kenapa takleh baca blog aku, mesti sampai sekarang aku tak tahu identiti naluvkpop ni. Wohoho ala2 misteri gituuu (the lattest photo on your blog serius tak cam which one is u, i thought gambar yg paling jelas mukanya tu adalah kamu. Isk isk tengok balik gambar tu baru perasan ur face). Ok seriusss surprised giler ni. Rasa cam lawak pun ada sebab aku leh tak cam dia tapi dia cam aku sejak awal lagi. Errr, hi nad! Jom gi korea! Ok tetiba sangat ;P


p/s: Ok rasa cam malu. Nad, nape tak mention me ur blog alongside with ur FB before? =D

p/ss: Teringat kes ada sorang kawan sekerja yang aku baik tu yang baca blog aku senyap2 tu. Baik punya aku btahu dia bila dia tanya aku ada blog ke tak "Takde blog la, selalu baca blog orang je" sekali dia memang dah tau aku ada blog at the moment dia tanya aku tu. Haih memang la malu ;P Agaknya kalau tak terjadi 'kes tergempar' tu agaknya sampai bila la baru aku tahu dia dah lama baca blog aku =D

Last but not least

Need to private my blog dalam jangka masa tertentu atas sebab2 tertentu. Start 9 malam ni.


But will open it back hujung bulan ni (still want my blog to be useful for those yang datang dari google~mostly yang search about how to buy korean vcd/dvd or korean related things LMAO.).But perhaps there is no new entry for a while.

But definitely i'll be back!!! Tapi taktau bila.Tapi bila aku dah kembali nanti pastu aku say hi hi hi kat korang, korang jangan buat2 lupa plak eh sape aku ni? huuuu. Kot korang terlupa sape aku ni, sedey gituuu..

Take care!

Will continue 'watching' uols whenever i have that chance. Bye!

Love u guys.



Salam Maulidur Rasul ;)

p/s: Lupa nak cakap, aku dah deactivate dua2 akaun FB sejak 2-3 minggu yang lepas tau. Kot la orang ingat aku delete dia ke apa. Hehe.

Kasih Zahra

1) Aku selalu impress dengan lakonan Lisdawati ni. She's damn talented. Seangkatan dengan Rita Rudaini, Noorkhiriah, Sheila Rusly

2) Muka bare face dia (sambil nangis) masa dia masuk penjara sempat lagi aku buat statement kat ayah "Ayah, RCW takleh la berlakon macam ni". Kenapa pulak?-ayah aku tanya. Aku jawab, takkan kat penjara pun nak pakai make-up/bulu mata palsu. Hihi. Ayah aku terdiam tanda setuju ;P

3) Ending yang bodoh/tak kena. Siap kene perli dengan ayah aku "Laa, macam ni je? Tah apa2 tah. Tak logic etc etc"

4) Watak antagonis ni, sekurang-kurangnya, tunjuk la watak ni bawak2 bertaubat ke apa at the the very last scene. Sekurang-kurangnya bagi mesej kat orang, yang jahat ada dua option je untuk dia, sama ada watak dia dimatikan/menerima hukuman atau berubah jadi baik/insaf. Bukankah sepatutnya begini? Selain dari ni, aku rasa macam citer akan jadi tergantung.

5) Tolong la, kalau nak tunjukkan elemen pengorbanan sekalipun, biarlah related sikit dan ada relation antara satu sama lain supaya penonton tak komplen2.

Oh lupa, satu je aku suka tang citer ni, lagu temanya. HAHA. Kalau tak silap suara Misha Omar tapi tak tahu tajuk apa.

Oh malas nak cerita sinopsis. Tu je yang aku nak btahu.

Different style of thinking

Aku fail test P&G tadi. Nampak la tak cukup kretip kan. Hehehe. Test kul 10, kul 11 terus dapat email bagi result cepat sungguh mereka bekerja.hehehe.

Firstly i'm surprised about the question. Susahhhhh yaamatz! Soalan contoh dia bagi kat website sangatlah senang compare dengan soalan sebenar.

Kedua, aku tertarik dengan soalan numerical dia (math). Soalan dia tambah tolak darab bahagi. Takde guna rumus apa2 pun. Guna pun kalkulator biasa takleh guna kalkulator saintifik. Nampak macam senang eh? Padahallll. Hahaha

Ketiga, soalan figural dia fuh fuh fuh. Sangatlah mencabar hati dan nurani. Aku rasa soalan type gini sangatlah pelik dan bercirikan 'tiba2' yang tak pernah aku jumpa setakat ni.


Yang dapat aku simpulkan, dia nak cari orang yang berfikir lain daripada orang lain. Boleh kata creativity&focus at the very very very first place (yeah,i'm not that type of person.hihi). Benda ni kata diorang TAK BOLEH NAMPAK MASA INTERVIEW. Kiranya kalau hebat bercakap/putar belit mana pun atau experience mana pun tak semestinya menepati apa yang mereka nak. Sape yang lepas test ni memang aku tabik spring la kat dia ok! Sebab u should past the test first before qualified for further interview with them compare to other company yang main pick2 (berdasarkan luck?hoho) pastu interview terus. Pastu kene pulak jenis yang hebat bercakap sure lepas interview kan. Hehe.

After 2-3 years



What a coincidence!!! Rupa2nya rumah family farahiyah yang kat Bukit Jalil tu (baru duduk) satu blok dengan rumah sedara terdekat aku. Sedara aku tingkat 4, dia tingkat 12. Semalam mak ayah aku gi rumah sedara aku zuppp gi singgah rumah farah jap.

Aku cakap dengan farah suruh dia apply kerja area KL/Selangor je. Bleh la selalu berjumpa/hangout2. Glad u being around KL Farah. =D

Testing testing 1,2,3




Now, talk about P&G, this is my 1st Top Dream Company sebab this company quite diff. compare to other multinational company. One of it, kalau bosan dengan technical work, depa bagi peluang untuk involve dalam business dev. at the same time tanpa perlu bertukar company. Interest much eh? Jarang oh ada company macam ni. Selalunya once dah masuk dalam technical work, stuck lah kat situ buat kerja yang sama bertahun-tahun/puluh2 tahun. Itu adalah bosan. HAHA. Tu yang ada kes walaupun dah stabil kerja kat multi pun, still tukar kerja kat company lain sebab 5 tahun involve dalam technical work. Contoh:Chemist. Err...Motif je kan.

First time dengar P&G sebab listed dalam magazine Graduate's Top Choice Company 2009 (2010 juga). Ala buku yang dapat masa job fair tu. Masa tu macam tak ambil kisah sangat sebab mata aku hanya 'pandang' oil&gas company je. Shell, Exxonmobil, Petronas dan sewaktu dengannya. Ter-accross dengan P&G website masa struggling search about 'Cosmetic Chemist' beberapa minggu yang lepas. Nak tau apa kaitan Cosmetic Chemist dengan P&G silalah google. Harapan je la nak jadi Cosmetic Chemist kat Malaysia ni. Obersi je deknon. Kalau ada pun, tunggu la kot2 Olay ka, SK2 ka, Shiseido ka nak bukak kilang kat Malaysia ni. Itu pun kalau. So sebab P&G ni working with the almost popular cosmetic brand so macam tetiba je berminat. Mana tau bleh bawak brand2 cosmetic Korea masuk Watson ke, Guardian,Giant ke, Econsave ke, Tesco ke so tak la susah2 nak cari haha tetiba jek. Haktuii


I already pass the online success drivers assessment(pheww 65 soklan 30 minit memang la terkial-kial), now move to further process which is Reasoning Test (in-person test) a.k.a pencil & paper test main bulat2 jawapan. I didn't put a hope on this (since it must be involve a lots of participant dan kalau lucky lepas test ni pun sure interview aku tak lepas punya la). But, hey let's try and get the experience! Saje2 main testing 1,2,3. Selain tu bleh test otak aku ni haa. Creative&critical thinking ke idok? Kalau tak lepas tu kira tak cukup kretip la.

Nampak word bergaris itu? TAKDE ESSAY TEST . Bagusssssss. Now u know how much i hate the essay test. Chek trauma sket essay test ni.

pesanan kepada Siti Nurhaliza: Taknak bukak kilang SimplySiti kat Malaysia ke? Nanti dah femes amos kang bukak la eh, pastu hire saya jadi one of your chemist. hoho. Kat Korea more to product-development, kat Malaysia bleh focus on manufacturing, ok wut? Selalunya multinational food company buat macam ni laaaa.

Ok, ok nadia berundur sekarang. HAHA . Bye!

Fighter



*Yin dan Yang sedang berperang sesama sendiri*

Kehilangan kata2. Dan maaf untuk itu.Juga untuk nana,so sorry for the 'unusually me' 4-5 hari yang lepas (itu pun kalau ko perasan la). Maaf sekali lagi.

Tak tahu lebih baik daripada tahu

'Ada sesetengah perkara, lebih baik kita tak tahu daripada kita tahu.'

Yang mana sebaik sahaja kita tahu, kita tak boleh mengelak untuk bereaksi negatif (or even bersedia untuk situasi 'worst come to worst' ) di mana sebelum2 ini kita positif2 sahaja.

Damn. Could not agree more.

Kenapa la aku ditakdirkan untuk tahu suatu ketika dahulu? Kenapa? Kenapa? Yang mana kesannya aku dapat rasa sekarang. Kan bagus kalau aku tak tahu je. Kan bagus kalau aku ditakdirkan untuk tidak tahu.

p/s: Menjadi ignorance kadang2 amat bahagia kan. Semakin aku meningkat dewasa semakin aku tak boleh menjadi ignorance. Kadang2 aku macam mahu mengembalikan zaman2 ignorance aku tyme sekolah rendah dulu. Sangat2 mahu. Di mana tiada sesiapa mengambil tahu hal aku dan aku tak mengambil tahu hal sesiapa dan aku tak mengambil tahu apa2 pun di sekeliling aku. Macam budak hingusan yang blur2. Totally ignorance. Yang penting hati tak kacau.

Kan best kalau...

Lumrah kalau meeting, kalau apa2 benda tak betul/salah/tak tepat yang dapat di-detect akan diutarakan masa meeting. Time ni la masing2 menunding jari cari salah sape.




Aku pernah bekerja dengan someone yang macam ni. Orang Cina. Suara tinggi2 siap main hempas2 pintu, 2 minit kemudiannya duk sebelah aku pastu duk gurau2&gelak2. Especially kalau dia dapat tahu salah tu berpunca dari dia (yang pada mulanya beria-ia kata ia salah aku). LOL. Bukankah sepatutnya dia malu? Memang patut la gelak kan. Dia gelak atas kesalahan sendiri, dengan aku2 sekali gelak sebab dia beria2 kata salah aku tapi rupa2nya salah dia. Cuba kalau dapat kat orang yang ego abis, seboleh-boleh nak salahkan orang lain jugak. Mula2 macam pelik je kan, maklum la tengah angin2 lagi apahal dia nak guna suara tinggi siap hempas2 pintu ni padahal salah dia. Tapi rasa macam best plak lama2. Gaduh2 pastu baik balik. Sebab rasa free dapat express opinion. Setiap kali dia berperangai begitu mesti aku patahkan hujah dia dengan nada suara yang garang abis la. Rasa best, sebab dapat luahkan/express opinion. At least. Dan dia pun sporting mengaku salah sendiri bila tahu dia salah.

Sesetengah orang jenis yang tak bape tunjuk disagreement diorang tu. Depan2 fuhhh senyap macam malaikat lalu. Tapi kat belakang, mulut cotcetcotcet. HAHAAHA. Aku rasa lebih selesa dengan orang yang terang-terangan tunjuk disagreement (tapi lepas tu no hard feelings between each other siap boleh gurau bagai ni. Yang hard feelings lebih tu tak masuk line eh), daripada depan2 tunjuk agreement tapi belakang cakap macam2. Orang melayu memang suka cakap belakang eh? Oppssss~

Apa salahnya kau bagi 'hint' sikit disagreement ko tu kan. Kalau takut sangat cakap direct, kasi hint2 supaya orang dimaksudkan faham. Ataupun dengan nada bergurau ke. Pastu boleh lah bawak berbincang dari hati ke hati ke apa ecehhhh

PTK: Kamera beku

Teringat kejadian masa kat Genting Highland dulu. Masa tu masing2 antara geng2 aku takde kamera maka pinjam kamera kawan kepada kawan. Ada sekali tu kan tiba2 kamera hang. Masa tu pucat je muka masing2. Ye ar, barang orang kan, sekali rosak kat tangan kita sure ar risau kan. Pastu buat macam mana dah, elok balik sah. Kusss semangat. Aku assume mungkin accidently (a.k.a magic) la kot tetiba jadi macam tu. Atau terlanggar kat mana2 pun.

Aku baru baca2 info, camera kalau cuaca terlalu sejuk biasanya akan hang. Owhhh baru tahu. hahah. Dan2 teringat kisah kamera hang kat genting dulu. Bergantung kepada jenis camera jugak. Tapi aku rasa cuaca kat Genting tu memang la sejuk tapi takkan sampai hang kan. Agaknya ikut jenis camera kot. Hari tu aku bawak kamera aku pergi Genting dengan FS takde plak hang bagai ni padahal sejuk gila+aku bawak keluar kamera tu all the time sandang kat bahu jek. Tapi aku perasan jugak yang kat lens macam ada kabus (wap air) tapi dia macam hilang camtu je.. (adakah itu salah satu sebab lens aku ditumbuhi apa benda tah fungus ke apa tah?)

Pastu aku baca2 lagi. Depa2 yang pegi obersi musim sejuk. Kalau kamera compact jadi hang macam tak kisah la kan. Aku dengar2 kamera DSLR pun hang jugak. Apakah? Haha bukankah kamera rege mahal tak sepatutnya begitu? >_<. Depa bagi tips

1) Tips jaga kamera. Takleh bawa keluar kamera all the time. Kalau tak nak guna mesti simpan dalam beg dia.

-Apakah? Dahla aku kalau pergi mana2 tempat first time (especially kalau bersalji ni) haruslah nak amik gambar versi jakun all the time hahaha. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan lah katakan. Pastu kalau tetiba terserempak ngan artis yang diminati ke tak ke satu keje nak bukak bag lagi, bukak zip bag lagi tup tup artis da takde depan mata dahhhh. Hahah. Rugi2 ;P

2) Bawak kamera spare 2-3 unless menangis tak berlagu la kamera hang takleh amik gambar

-Cek semekin ... Tak mampu nak berkamera sampai 2-3