Pages

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

PTK: Kamera beku

Teringat kejadian masa kat Genting Highland dulu. Masa tu masing2 antara geng2 aku takde kamera maka pinjam kamera kawan kepada kawan. Ada sekali tu kan tiba2 kamera hang. Masa tu pucat je muka masing2. Ye ar, barang orang kan, sekali rosak kat tangan kita sure ar risau kan. Pastu buat macam mana dah, elok balik sah. Kusss semangat. Aku assume mungkin accidently (a.k.a magic) la kot tetiba jadi macam tu. Atau terlanggar kat mana2 pun.

Aku baru baca2 info, camera kalau cuaca terlalu sejuk biasanya akan hang. Owhhh baru tahu. hahah. Dan2 teringat kisah kamera hang kat genting dulu. Bergantung kepada jenis camera jugak. Tapi aku rasa cuaca kat Genting tu memang la sejuk tapi takkan sampai hang kan. Agaknya ikut jenis camera kot. Hari tu aku bawak kamera aku pergi Genting dengan FS takde plak hang bagai ni padahal sejuk gila+aku bawak keluar kamera tu all the time sandang kat bahu jek. Tapi aku perasan jugak yang kat lens macam ada kabus (wap air) tapi dia macam hilang camtu je.. (adakah itu salah satu sebab lens aku ditumbuhi apa benda tah fungus ke apa tah?)

Pastu aku baca2 lagi. Depa2 yang pegi obersi musim sejuk. Kalau kamera compact jadi hang macam tak kisah la kan. Aku dengar2 kamera DSLR pun hang jugak. Apakah? Haha bukankah kamera rege mahal tak sepatutnya begitu? >_<. Depa bagi tips

1) Tips jaga kamera. Takleh bawa keluar kamera all the time. Kalau tak nak guna mesti simpan dalam beg dia.

-Apakah? Dahla aku kalau pergi mana2 tempat first time (especially kalau bersalji ni) haruslah nak amik gambar versi jakun all the time hahaha. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan lah katakan. Pastu kalau tetiba terserempak ngan artis yang diminati ke tak ke satu keje nak bukak bag lagi, bukak zip bag lagi tup tup artis da takde depan mata dahhhh. Hahah. Rugi2 ;P

2) Bawak kamera spare 2-3 unless menangis tak berlagu la kamera hang takleh amik gambar

-Cek semekin ... Tak mampu nak berkamera sampai 2-3

Amerika, Israel, bom atom, bom fosforus








Israel kejam sebab guna bom fosforus ke atas Gaza. Kesannya berpanjangan . Hakis sehingga ke tulang. Israel kejam! Cukuplah setakat bom biasa yang p buat bom fosforus buat apa?.Teringat kes masa Amerika gugurkan bom atom pertama kalinya di Hiroshima dan Nagasaki 1945. Projek membuat bom atom itu (di pusat kajian Projek Manhattan) dipengerusi oleh Truman dan saintis yang mencipta bom itu adalah Oppenheimer. Selepas diberitahu bom itu telah meranapkan kedua-dua bandar itu, Oppenheimer menyesal, sedih,pilu dan tertekan (sebab dia pun tak sangka kesan bom ciptaannya sedasyat itu) lalu berjumpa Truman untuk menyatakan kekesalannya. Tetapi disambut Truman dengan kata-kata “I don’t want to see that son of a bitch ever again”. Oppenheimer terpaksa menelan kata-kata tersebut. Projek bom atom itu bukan sahaja memusnahkan musuh tetapi alam sekitar termasuk diri pencipta bom itu sendiri. Oppenheimer terpaksa membawa penyesalannya itu bersama-sama penyakit barah kroniknya (barah kerongkong kesan radioaktif sepanjang penyelidikan cipta bom atom itu) sampai ke mati.










Apabila Projek Manhattan diarah untuk merekacipta bom hydrogen yang mempunyai kuasa termanuklear pemusnah seribu kali lebih dasyat daripada bom atom Hiroshima dan Nagasaki, Oppenheimer ditanya tentang arahan tersebut dan beliau hanya menjawab “Tanyalah hati masing-masing”.



Peristiwa Oppenheimer, Truman dan bom atom dirakamkan dalam sebuah puisi oleh seorang penulis Amerika (David Krieger, 1995). Hayatilah bersama-sama :)










When Oppenheimer thought
Now I become death
did he mean
“Now we have become death?”
When Oppenheimer thinking
about himself or all of us?
From Alamogordo to Hiroshima
took exactly three weeks
On August 6th Oppenheimer again became death
So did Grooves, and Brynes and Truman
so did a hundred thousand
that day in Hiroshima
so did America
“This is the greatest thing in history” Truman said
He didn’t think he had become death that day
When Americans know how to win
Truman was a winner
a shattered of worlds
three days later, Truman and military boys
Did it again at Nagasaki
Sometime later
Oppenheimer visited Truman
“I have blood on my hands” Oppenheimer said
Truman didn’t like these words
“Blood? What bloods?”
when Oppenheimer left
Truman said “Don’t ever let him in here again”
That August of 1945
Truman and his military boys
shattered a few worlds
they never learned
That the worlds they shattered
include their own




Moga pembuat bom yang digugurkan ke atas Gaza menerima akibat yang sama dengan Oppenheimer. ‘Hukuman’ untuk pemusnah dunia.



p/s: Kandungan puisi di atas ada dalam buku Falsafah Sains, subjek yang saya belajar masa sem 4 di UPM. Tulisan Prof Mat Rofa. Inilah satu-satunya buku yang saya ‘jaga sepenuh hati’ dan sayang nak buang walaupun dah habis belajar dan tak berkait pun dengan bidang Kimia yang saya belajar sekarang, subjek Elektif sahaja. Sebab bagi saya kandungan dalam buku ni sangat ‘berharga’. Subjek yang sangat2 membuka mata saya dan sentiasa membuatkan saya berfikir. Yang membuatkan saya berkata dalam hati “Oh I see..” Sangat-sangat membuatkan saya berfikir jauh jauh jauh dan jauh. Setelah sekian lama ‘buku tersebut’ ada di rumah, ayah saya baru terjumpa cuti lalu. Mula-mula saya nampak dia selak2 sikit. Lama-lama saya nampak dia baca lama lepas tu dia cakap dengan saya “Bagus jugak buku ni kan?” Dan lepas itu dia mula bertanya saya apa-apa yang dia baca yang dia tak faham seperti makna lohong hitam, tentang kajian Stephen Hawking terhadap kosmologi, tentang Gallileo Galile, tentang teori Big Bang, teori Charles Darwin dan macam2 la.



p/ss: Oh ya! Kajian tentang kosmologi (asal usul penciptaan bumi) dan astronomi memang menarik untuk dipelajari. Perbandingan dari sudut Islam dan Kristian bersertakan bukti dan hujah yang kukuh. Sesuatu yang membuatkan kita rasa tersangat kagum dengan Maha Pencipta (Allah)..In fact, ramai sebenarnya saintis Barat yang masuk Islam setelah mendalami bidang kosmologi dan astronomi =)

RAHSIA SENYUMAN =)





Rahsia Senyuman =)

1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .


9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


15. Pujangga menyebut : " SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisahlah jangan senyum sinis dah lah.. tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekadarnya sahaja ok.

p/s: Aku hanya senyum pada org yg first senyum kat aku dulu. Takut kalau senyum kat org dulu tapi org tu tak balas? Malu woo...wakakaka...
p/s: Suka senyum tp hanya boleh senyum dengan ikhlas. Tak boleh senyum terpaksa =) *peace*