Baby and I
Kawen-kawen...Kahwin?????

*Bukan sekadar kasut dan kaki. Mereka senada, seirama..*

*Mereka mencipta gerak-tari, bergerak seiring dan sejalan. Kemesraan dicipta. Bagaikan di alam yang tersendiri. Jauh dari orang lain*
*Bila mata bertentang mata. Mulut, diamlah. Biarkan mata berbicara. Yang penting, hanya mereka berdua sahaja yang tahu*picture source: Kesemuanya dari fotokahwin
note: description di atas hanya rekaan sahaja. Harap maklum..
Lepas tu melompat dari satu blog (blog jurugambar2 profesional) dan membelek gambar. Lepas tu mengkomen dalam hati . Bla bla bla . Yang tak menarik perhatian akan diklik pangkah. Yang menarik perhatian akan dibukak keseluruhan entrinya (muahahaha!)
Sabar nadia, sabar!
Jap jap jap. Bila tengok gambar2 kahwin ni kan, tiba-tiba rasa macam nak kahwin (eh eh! Tergatal pulak! Ya, itu adalah reaksi spontan bila melihat gambar2 itu. Jangan ambil serius) . But I wonder la, kenapa most photographer2 ni kahwin lambat? Diorang ambil kahwin orang lain takkan tak terdetik hati mahu berkahwin kan. Memandangkan kerjaya mereka sebagai jurugambar kahwin tu (dimana selalu melihat majlis orang) sepatutnya membuatkan mereka ada extra feeling untuk kahwin lebih sikit berbanding orang2 lain ni…hahaha…
p/s: Aku tak suka gambar kahwin 'plain;. Bagiku, ia tak sepatutnya 'plain'. Sepatutnya lebih berjiwa (ececeh!)
p/ss: Rasa macam nak hire salah satu dari mereka je nanti. Pasti! hahaha. Okay. Terlebih sudah..Lambat lagi. Abaikan
Saya rindu dia....
*Menjeling-menjeling , ku bertentang. Mata kita sama memandang.Bercakap, bertanya dan bermesra....*

*saliva pun saliva lah. Nasib baik kamu baby..ngeh3x *

*Comel!*




Amerika, Israel, bom atom, bom fosforus

Apabila Projek Manhattan diarah untuk merekacipta bom hydrogen yang mempunyai kuasa termanuklear pemusnah seribu kali lebih dasyat daripada bom atom Hiroshima dan Nagasaki, Oppenheimer ditanya tentang arahan tersebut dan beliau hanya menjawab “Tanyalah hati masing-masing”.
Peristiwa Oppenheimer, Truman dan bom atom dirakamkan dalam sebuah puisi oleh seorang penulis Amerika (David Krieger, 1995). Hayatilah bersama-sama :)
When Oppenheimer thought Now I become death did he mean “Now we have become death?” When Oppenheimer thinking about himself or all of us? From Alamogordo to Hiroshima took exactly three weeks On August 6th Oppenheimer again became death So did Grooves, and Brynes and Truman so did a hundred thousand that day in Hiroshima so did America “This is the greatest thing in history” Truman said He didn’t think he had become death that day When Americans know how to win Truman was a winner a shattered of worlds three days later, Truman and military boys Did it again at Nagasaki Sometime later Oppenheimer visited Truman “I have blood on my hands” Oppenheimer said Truman didn’t like these words “Blood? What bloods?” when Oppenheimer left Truman said “Don’t ever let him in here again” That August of 1945 Truman and his military boys shattered a few worlds they never learned That the worlds they shattered include their own |
Moga pembuat bom yang digugurkan ke atas Gaza menerima akibat yang sama dengan Oppenheimer. ‘Hukuman’ untuk pemusnah dunia.
p/s: Kandungan puisi di atas ada dalam buku Falsafah Sains, subjek yang saya belajar masa sem 4 di UPM. Tulisan Prof Mat Rofa. Inilah satu-satunya buku yang saya ‘jaga sepenuh hati’ dan sayang nak buang walaupun dah habis belajar dan tak berkait pun dengan bidang Kimia yang saya belajar sekarang, subjek Elektif sahaja. Sebab bagi saya kandungan dalam buku ni sangat ‘berharga’. Subjek yang sangat2 membuka mata saya dan sentiasa membuatkan saya berfikir. Yang membuatkan saya berkata dalam hati “Oh I see..” Sangat-sangat membuatkan saya berfikir jauh jauh jauh dan jauh. Setelah sekian lama ‘buku tersebut’ ada di rumah, ayah saya baru terjumpa cuti lalu. Mula-mula saya nampak dia selak2 sikit. Lama-lama saya nampak dia baca lama lepas tu dia cakap dengan saya “Bagus jugak buku ni kan?” Dan lepas itu dia mula bertanya saya apa-apa yang dia baca yang dia tak faham seperti makna lohong hitam, tentang kajian Stephen Hawking terhadap kosmologi, tentang Gallileo Galile, tentang teori Big Bang, teori Charles Darwin dan macam2 la.
p/ss: Oh ya! Kajian tentang kosmologi (asal usul penciptaan bumi) dan astronomi memang menarik untuk dipelajari. Perbandingan dari sudut Islam dan Kristian bersertakan bukti dan hujah yang kukuh. Sesuatu yang membuatkan kita rasa tersangat kagum dengan Maha Pencipta (Allah)..In fact, ramai sebenarnya saintis Barat yang masuk Islam setelah mendalami bidang kosmologi dan astronomi =)
Bila nadia jumpa Lee Chong Wei...
Saya tak tahu la kenapa saya masih tak minat muzik dan kumpulan indie. (Ayie, jangan marah.kekeke) Aku dah berusaha untuk dengar lagu-lagu dan lirik mereka dari dulu dengan sepenuh hati tapi masih tak minat. Masih tak boleh terima. Dan saya macam pelik kenapa seluruh Malaysia macam gilakan indie tapi saya pulak tak minat. Aik? Masalah ke? Okay, takda masalah tapi saya pelik kenapa dalam ramai-ramai yang minat tapi saya macam terasing dan melawan arus , tak layan indie. Rasa macam nak ketuk2 kepala kat dinding dan bertanya kepada diri sendiri "Apasal aku tak minat?" "Kenapa aku tak minat?" "Apasal ramai betul admire gile, tapi aku hanya memandang tanpa perasaan?" Oh.....Hoho… Ok, kembali ke tajuk asal.
Bila nadia jumpa Chong Wei? Ngeh3x. Jumpa dalam tv la.


Note: Badminton adalah satu-satunya sukan yang saya amik tahu semua-semua (walaupun tak pandai main pun). Sukan lain takda..hahah
Sekarang saya tiba-tiba teringat dekat Lee Chong Wei ni. Kalau dekat rumah, bila dia join apa-apa perlawanan, Terbuka Malaysia ke, Terbuka Korea ke, Terbuka China and etc confirm aku akan ‘follow’ dia dari awal sampai akhir. Start dari dia punye preparation lagi. Setiap kali dapat paper je aku mesti cari bahagian sukan dan baca cerita pasal dia dulu. Nasib aku tak gunting dan tampal dalam scrap book je. Hahaha..
Kalau tengok tv, bila tengok siaran langsung perlawanan yang dia masuk, aku akan jadi excited lain macam. Bila agak2 dia macam nak menang tu saya dan nana (okay, nana memang selalu sama dengan saya. Dia pun minat badminton jugak) akan terloncat-loncat seolah-olah macam bagi sokongan kat dia (padahal macam tak guna je, bukan dia nampak. Tak effect!) . Dan bila dia menang je terus menjerit “Yahoooo!!!” dengan kuatnya (excited sangat kan) dan akan give me five banyak2 kali dengan nana tu (sampai kadang2 boleh sakit tangan sebab kuat sangat give me five tu).
Suka tengok gaya dia main. Macam cool je (Eh, bukan yang beregu muda Fairuzizuan itu lebih 'cool' ke?) Ehem2! :grin:
Dan sebab Chong Wei jugak, saya tiba-tiba tak suka dengan Lin Dan, Chen Jin dan Chun Lai. Hahaha . Padahal mereka tak bersalah pun(mereka bersaing secara sihat). Kesian. kakakaka
p/s: Minta-minta la dia menang juara Terbuka Korea ni. Bukan setakat sampai akhir je tapi JUARA.
Err…baru perasan, apasal macam gatal je entri nih? Bercerita pasal lelaki. Chong Wei, Chen Jin, Chun Lai, Fairuizuan semua tu lelaki. Haiyoh!!!! Okay masukkkan sikit nama perempuan. Dengar kata Wong Mei Chow (pemain badminton Malaysia no 1 perempuan) bercinta dengan Chong Wei tu. Bila la mereka nak kawen ni? Sesuai betul. Ngeh3x...
