Sekarang aku rasa excited untuk tengok cerita Korea yang ini.Yang bertajuk 'Baby and I'. Tengok trailer pun macam best. Tergelak-gelak aku tengok telatah baby tu. Waaa nak tengok nak tengok nak tengok nak tengok. Cerita ini dicadangkan oleh salah seorang rakanku (Nik Nur Liyana.hehehe). Macam tahu2 je aku suka cerita yang melibatkan baby2 ni. Comel okeh. Sape ada lagi cerita pasal baby2 meh kasi review kat aku.haahahh
Aku agak jalan ceritanya lebih kurang cerita Rob-B-Hood lakonan Jackie Chan tu. Aku ada buat review cerita Rob-B-Hood tu kat entri ini. Ala, kalau jalan cerita lebih kurang sama pun aku kisah apa kan? Janji pelakon berjaya memainkan watak dengan superb confirm aku akan sanjung cerita itu. muehehehe...
Waaaa nak tengok sekarang tapi i need to prepare nak balik Shah Alam esok. Plus prepair interview sikit2*speaking I mean*. Waaaa...Minggu depan aku akan serang youtube. Jaga kau youtube! Jaga kau! Hahaha!! Wahai pengupload video, jangan buang lagi eh cerita ni. Ok, bye!
Hai my hero! Dah lama kita tak 'jumpa' kan. Missing you. Hahaha.
Orang tengah mood raya aku pulak pergi bantai mood sedih. Hahaah.. Tolong la no sedih2 please..haha..Err..Untuk entry raya , sila lihat entry di bawah ek. Sekarang ni aku tengah mood nak mendownload cerita korea ni (Stairway To Heaven). Dah lama aku tunggu orang upload cerita ni kat youtube, sekarang baru ada. Dulu aku tengok melalui vcd tapi since function dvd kat lappy aku ni tak berfungsi so aku tak bolehlah play cerita ni. Jadi bila tetiba aku ternampak ada orang baru upload(4bulan lepas kot), aku macam teruja kejap.Alhamdulillah, Allah telah memberi petunjuk kepada aku di saat malam raya ni (Errk…Apakah?)
Aku perasan akhir2 ni banyak betul keyword ‘Stairway to Heaven’ yang masuk. Aku pun macam “OMG citer ni dah lama giler how come baru sekarang orang mencari-cari cerita ni?" Disebabkan memenuhi permintaan orang yang mahu review cerita ni, meh sini aku nak share lagi pasal cerita ni.Untuk peminat drama Korea, cerita ini merupakan antara senarai ‘WAJIB TONTON’.haha..Ingat wayang je ke yang ada senarai ‘wajib tonton’? :P
Stairway To Heaven. Macam mana aku boleh ter-tau cerita ni? Masa jadi promoter dulu (form 5). Kat sana bos aku banyak gak la tayang video MTV dari banyak cerita2 korea. Biasa la, promosi kan. Dalam banyak2 tu, mata aku terpaku dengan video cerita ni lah. Cerita ni SAHAJA. Hahaha… Lama aku menghayati video cerita ni. Kalau tak silap aku, video yang bawah ni kot. Hati aku macam ditarik-tarik je untuk tonton the whole drama. Dan at last aku tengok jugak akhirnya.hahah!
Selama 22 tahun aku hidup ni, inilah drama tersedih yang pernah aku tonton. Cerita ni dah lama (tyme form 5) tapi until now aku ulang lagi tengok cerita ni sebab ‘keunikannya’. Untuk pengetahuan semua, bukan semua cerita korea aku ulang tengok banyak kali. Aku ni memilih sikit. Cerita yang terpilih je yang akan diulang tengok sampai banyak2 kali tak jemu. Bagi aku, cerita korea yang sedih (contoh: Autumn In My Heart, Sad Love Story) yang lain memang tak bleh lawan la cerita ni. Citer Winter Sonata pun kalah ok. Dalam banyak2 cerita tak kisah la cerita Melayu ke Taiwan ke Jepun ke, aku ‘mark’ cerita ni sebagai cerita tersedih abad ini .Damn sad. Freaking sad. Bukan sedih2 yang biasa je but I’m crying a lot. Yes , LOTTTT!!! Lame? Haha..You should watch this drama (without skip every episode) from beginning before saying anything. If you skip even 1 episode, you will not feel the same that I felt. Hahaha.. Even boy also said to me yang mereka pun menangis bila tengok cerita ni. LOL. Semua watak memainkan watak dengan sangat berkesan. Tengok sekarang! Siapa belum tengok lagi cepat tengok sekarang! Aku paksa! Hahaha..Suka2 je nak paksa orang kan. Oklah, tak paksa, Cuma promote je. Sebelum tengok aku nasihatkan sediakan tisu sebelum hujan. Eh eh? Hahah…Serius sebab nanti kalau ‘hujan’ turun akan menyesal takde tisu di sisi. Pastu bab-bab romantik mereka pulak mampu buat aku dan nana tersenyum-senyum dan rasa macam diri dilamun cinta pulak. Ewahhhh...
Aku suka melihat emosi seseorang. Sebab melalui emosi, aku seolah-olah dapat meneka apa yang tersirat di sebalik hati orang. Cewahh.. Dari awal sampai akhir, anda pasti akan menyumpah-nyumpah 2 girl yang jahat itu. How can u forgive someone that make your whole life ruin off? Err..melalui drama ni, I’ve learn a lot. Tentang kasih sayang seorang ayah, abang dan anak. Tentang kekeluargaan. Cerita ni merupakan cerita pertama yang mengajar aku erti cinta sebenar (OMG, aku ter-jiwang plak kat sini) dan juga pepatah “Jika anda benar-benar cintakan seseorang, anda perlu berani lepaskan dia dan jika dia kembali kepada anda semula, dialah cinta sebenar anda’. Sweet drama actually. Cerita yang saspen dan tidak dapat dijangka apa yang akan terjadi seterusnya (sebab tu aku dan nana tengok marathon:P). Through this amazing drama, you can feel sad,angry and protective like if you was there. Emosi anda pasti terbawa-bawa sehingga ke penghujung cerita. Tapi untuk gelak2 gila2 tu takde la since cerita ni sedih kan. Nak gelak gila2 boleh la cari cerita My Girl eh. Heehe. Aku ni balance sikit. Kalau asyik layan cerita gelak2 je aku pun macam ada feel nak layan cerita sedih gak sekali-sekala.
Yeah..Setakat ni aku belum jumpa lagi pelakon korea yang boleh bawa watak sedih macam dia (heroin). Sebab tu kot di Korea, Choi Ji Woo digelar pelakon air mata. Bravo!! Dan memang aku tabik spring la kat dia ni sebab mampu bawa watak yang menyentuh hati macam tu. Even memek muka dia jadi buruk ke, dia tak kisah. Tak macam sesetengah pelakon kat Malaysia, memanjang je nak cover cun dalam drama. haha..Aku rasa dalam banyak2 drama (watak sedih) yang dia berlakon, cerita ni la yang paling well perform. Dan di drama ni lah aku boleh ter-kenal Kwon Sang Woo yang cute! Ahahah.. Owhhh…comelnya beliau. Kenapakah tak ada lelaki melayu mcam dia? Wakakaka. Tapi yang peliknya dalam drama lain dia takde la se-cute macam drama ni. Dan aku suka segala-galanya tentang watak Kwon Sang Woo dalam cerita ni. His character I mean. Adorable. Dan percayalah, jika anda menonton cerita ini, anda juga akan jatuh suka dengan Kwon Sang Woo jugak ;)
Oklah, sebagai penutup, ni aku bagi part yang tersedih dalam cerita ni.Saat heroin itu hilang deria penglihatannya. I gallion kot air mata keluar. Hahaha..Kesedihan, ketakutan ,cemas , rindu ,cinta semuanya bersatu dalam satu emosi. Walaupun ramai pilih episode last sebagai part tersedih but I choose this one. Cuba perhatikan emosi dan memek muka yang ditonjolkan oleh Choi Ji Woo (pelakon heroin wanita) itu. Owhhh…Its look like real! I like it! Sukanya aku tengok lakonan dia!!!!!
Part sedih video yg bawah ni pun aku suka jugak (please jump this below video to scene 4:41 until 7:55 (timing) please ). Amatlah menyentuh hatinya alahaiii..Dahla dengan muziknya yang mendayu-dayu. Kalau nak tahu kenapa mereka menjerit-jerit macam tu, kene tengok dari awal la kay.heehhe
p/s: Cerita ini mempunyai susunan muzik yang menarik dan SANGAT kena pada tempatnya. Well done! Ada sejenis muzik yang selalu dimainkan dalam cerita ni. Muzik ni muncul bila ada adegan ‘surprise’ yang akan muncul. Sebelum tengok cerita ni aku memang kutuk giler la muzik ni. Apa la muzik macam opera pun ada orang suka. Lepas habis je tengok semua episode, dengan aku2 sekali addictive dengan muzik tu. Hahaha..
p/s: Adalah perkara yang menyedihkan bila keluarga kita layan kita macam tak ada harga diri tapi wujud orang lain yang sudi layan kita macam keluarga sendiri. Sanggupkah anda ‘menyingkirkan’ adik/anak kandung anda demi orang lain? Walaupun anda rasa ianya MEMANG SEPATUTNYA BEGITU, tetapi atas nama ‘ikatan, sanggupkah anda? That was the HARDEST thing I think. Sebab tu aku rasa cerita ni agak logic ;)
Oklah, banyak betul aku menghulur video dalam entri ni. Dan macam panjang jugak entri ini ye.. Err..Kind of obsessed . Layankan aje lah ek:P
p/S: Sesiapa yang rasa nak tengok cerita ni, bolehla pergi ke youtube dan search keyword “Stairway to heaven ep1” and you will find it. Ataupun straight away pergi ke link ini>--Link. Yang telah diupload oleh The Silent Boi. Oh Silent Boi, I love u! (tetiba)
Apa cerita tersedih bagi anda pulak? Meh la kongsi dengan saya. Sharing is caring. Cewahhhh!
ok, nak raya sakan ni. 1 minggu lepas ni baru keudara semula (update) dengan cerita raya aku. Chow dulu . Daa~~ ;)
Itu adalah tajuk untuk drama Gerak Khas Jumaat lepas. Songsang yang bermaksud lain dari fitrah manusia biasa. Fitrah manusia dijadikan berpasangan. Lelaki dengan perempuan. Dalam cerita tu memaparkan tentang hubungan lelaki dan lelaki iaitu GAY. Cakap pasal ni, tahu tak apa yang ada dalam fikiran aku kalau aku nampak lelaki smart semacam? “Entah2 gay.” Hahaha.. Kesian kalau mereka sebenarnya bukan gay (lelaki2 smart sekalian, sila jangan marah saya :D). haha..Kalau aku terserempak dengan gay2 di KL atau dimana-mana, aku akan berkata dalam hati “Ya Allah, smart2 macam ni sayang betul jadi gay. Sayangnya! Hish! Ruginya! Apasal lah mereka tak straight? Kalau ya, boleh la aku masuk list buat calon bf” wakakakka! (okay, merepek tak sudah2 nadia nih)
Berbalik kepada cerita yang aku tengok tu, dalam cerita tu ada memaparkan yang seorang wanita bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Dan lelaki itu adalah gay. Euuwww!!! Dia macam tak memperdulikan tunangnya dan selalu busy. Perempuan tu macam peliklah kenapa lelaki tu selalu tak angkat call. Kemudian si perempuan itu dapat tahu dari seseorang yang pernah ternampak dengan si lelaki itu di kelab gay. Lepas tu nak dijadikan cerita, si perempuan tu pergi la siasat sendiri pergi ke kelab gay dan OMG! Dia nampak tunangnya itu sedang ‘membuat aksi bercumbuan’ dengan ghairahnya bersama lelaki lain. Yuckksss! Kalau anda di situasi gurl itu, apa perasaan anda? (Geli la kan?)
Aku macam pelik dengan golongan2 ini. Jelik aku melihat perlakuan mereka. Nafsu mereka adalah pada mereka yang sejantina dengan mereka. Sebenarnya aku memang tak boleh terima gejala songsang ini. Aku pernah bayangkan kalau orang2 sebegini adalah orang terdekatku, maknanya ada rakan-rakanku merupakan seorang gay ataupun lesbian. Sungguh, aku sangat tak boleh berkompromi dalam hal-hal sebegini (Ya, ini adalah salah satu KELEMAHANku. Aku tak mampu membimbing mereka kerana aku takut, sesi bimbingan itu dipenuhi emosi). Justeru macam mana? Hanya tutup mata dan membiarkan dia dengan dunianya sendiri? Oh, lagilah tak boleh. Kelemahan2 lain aku boleh terima dan MUNGKIN akan bertolak-ansur dan boleh bertenang tapi tolong bukan yang ini! Rasa hormatku kepada mereka punah sama sekali. Serta-merta! Fikiranku, kalau aku dapat tahu, aku akan menjadi emosi sedikit kemudian menjauhkan diri (mungkin untuk seketika atau mungkin untuk selamanya. Maafkan aku)
Satu cara untuk menangani mereka yang berada dalam dunia songsang ini adalah dengan menasihati. Untuk mereka yang kuat tidak mengapa. Takut nanti dengan kita2 sekali dipengaruhinya. So, jalan terbaik? Itu yang kita kene fikirkan.
Sebenarnya, mereka ini BOLEH BERUBAH. Syaratnya, JANGAN benarkan mereka berkawan dengan golongan2 sebegini. Jika mereka ada ‘pasangan’, jangan bagi mereka dekat. InsyaAllah, jika dah berusaha, mesti Tuhan kabulkan doa mereka. Ini kalau still bergaul dengan golongan songsang juga, buat aktiviti tak senonoh berkepit ke sana ke mari, lepas tu asyik bagi alasan “Saya tak boleh halang perasaan ini. Orang yang tak pernah rasa takkan tahu. Perasaan ini dikurniakan kepada saya secara semulajadi. Bla bla bla” Eh eh, BOLEH BLAH LA!
p/s: Hati memang tak boleh dipaksa. Tapi untuk kebaikan, apa salahnya mencuba. Jika hati MAHU, insyaAllah Allah akan pasti bukakan pintu hati dan meluruskan jalan kita. Sebenarnya 'perasaan itu' bukan diberikan sampai bila2. Itu hanya ujian Allah kepada mereka (setiap ujian Allah kepada hambanya memang berlainan). Terpulang bagaimana mereka mengharunginya :) Jika mereka berjaya, alangkah besarnya pahala buat mereka2 ini...
p/ss: Semalam tengok cerita cerekarama. Lakonan Umie Aida dan Zamarul Hisyam. Menangis okeh. Terharu tengok pengorbanan lelaki itu.Berapa ramai je lelaki sebegitu yang masih wujud? Sanggup berkorban, mengabaikan kepentingan diri semata-mata tidak mahu mengecewakan ibu bapanya. Tahukah apa pengorbanannya? Mengahwini perempuan yang terang-terangan mengaku tidak suci dan sedang hamil anak dengan lelaki lain. Owhh…Rasanya lelaki sebegini sudah tidak wujud lagi..
Aku tengok citer kaizer baru-baru ni. dalam citer tu ada muzik yang dimainkan yg mengingatkan aku kepada citeer korea-STAIRWAY TO HEAVEN-.Muzik tu merupakan lagu tema asal citer korea tu(ciplak la tu).Apa lagi aku marathon la tgk cd citer tu balik coz dah lama tak tengok,rindu la plak kan.
Citer STAIRWAY TO HEAVEN(STH) ni merupakan antara citer yang mendapat pujian mostly customer masa aku keje dulu dan citer ni adalah salah satu yang aku promote giler-giler dulu. Citer ni sebenarnya dah lama.Tyme aku tgh form 5 dulu dan aku percaya peminat citer korea mesti dah tgk citer ni.Masuk list wajib nih!heheh.Kepada sesiapa yang x tgk lagi citer ni,tengok la. Citer ni temanya pasal kasih sayang,dendam dan penganiayaan. Aku ngan adik aku bersependapat,biarlah orang nak cakap kitorang ni jiwang ke,ape ke..tapi aku rasa ada sesuatu dalam citer ni yang xder kat citer lain. Sebenarnya aku bukan minat sangat citer sedih-sedih tak tentu pasal ni.Tambah2 citer sedih kat Malaysia ni. Banyak merapu je!Sedih tak tentu pasal,marah tak tentu pasal.Pelakon dia nangis giler2 pun,aku tetap tgk dgn muka yang x de perasaan.Xsedih langsung! Tapi bila aku tanya semua customer aku,SEMUA yang dah tgk citer ni mesti cakap BEST GILER sampaikan dah tgk kat tv pun nak beli lagi coz nak tgk lagi walaupun harga dia agak mahal RM92.Aku teringat ulasan seorang penggiat filem.Dia kata citer dan filem yang berkualiti adalah citer yang membolehkan penonton rasa nak tgk berulang-ulang kali. Dia bagi contoh filem Titanic.Tapi aku nak bagi contoh cite STH ni.Wheheh.. Aku tertarik la sedikit sebanyak.Tambah-tambah kalau orang lelaki yang puji citer ni. Semua laki yg aku tanya semua cakap best.Ye la,orang laki kan biasanya x suka citer yang tangkap leleh tak tentu pasal ni. Bila aku tau ramai lelaki yang minat citer ni aku rasa ada sesuatu yang istimewa yang ada dalam citer ni dan aku rasa aku perlu tahu apa yang ‘istimewanya’ . So,aku take care gak la citer dia. Baca synopsis,ambil tau jalan citer and nama pelakon citer tu.Aku ingat lagi,masa citer ni first time kuar kat tv,aku x dpt tgk coz masa tu aku kat mrsm-mana ada tv! Bila aku keje kat situ,bos aku suh pasang soundtrack citer tu (lagu tema+klip video) coz ms tu cite tu tgh hot kat tv..bila aku pasang tu,dah tentu la aku tumpang tgk sket.Ambil peluang! First time tgk aku rasa tertarik dengan citer tu.Tapi aku just ignore je.Malas la nak beli.rm92-mahal! Tapi asal orang lalu je mesti berhenti kejap coz nak tgk skali klip video citer tu.Pastu bila lalu je mesti puji-puji citer tu. Aku ingat lagi ada 1 budak kecik laki umur dalam 5 tahun(buddak kecik pun pandai tengok citer korea dah). Bila dia tengok klip tu terus dia jerit “Mama,Han Jung Suh mama!!!” Aku geram jugak,semua orang puji-puji citer tu best,aku x tgk so x dapat la join!huhu.Bila dapat tau kawan aku ada citer tu,aku pinjam dia nye. Ingtkan nak tgk kejap2,x sangka marathon plak aku tgk ngan adik aku.20 cd.Xberhenti weh!X bleh nak stop.Last2 kan,adik aku pg beli cd citer tu walaupun dah tengok*wink*
Citer STH ni bagi aku ada kekuatan yang tersendiri.Teknik kamera dia bagus. Diorang tau time bila nak focus kat muka pelakon(yg membolehkan ekspresi muka dilihat dgn jelas) dan time bila kemera kene letak jauh dari muka.Muzik dia indah dan masuk tepat dgn jalan cerita. Diorang tau nak adjust muzik bagi sesuaikan dengan scene dan part muzik tu masuk memang tepat la!Pelakon-pelakonnya memainkan watak mereka dan juga ekspresi muka dgn sgt2 berkesan dan nampak sgt original~sesuatu yang aku rasa jarang ada kat citer Malaysia. Tak perlu dialog,tak perlu berkata-kata,aku dapat rasakan perasaan yang ada dalam hati pelakon tu sama ada cinta,rindu,marah,dendam,benci,iri hati,sebak,rasa tetipu,terharu,rela dalam terpaksa,rasa bersalah dan juga wajah kepura-puraan.Emosi yang diorang gambarkan sampai tepat kepada penonton .Bila ditambah dengan dialog yang indah dan sesuai ,ia berjaya melengkapkan citer ni.Kenapa citer kat Malaysia aku x rasa macam tu? Hmm..yang tu aku komen lain kali la.Aku nak komen citer ni dulu.Jalan citer dia mantap dan kelihatan logic dan rasional.Takde watak yang terlalu baik macam dalam citer NATASHA yg fasha berlakon tu. Aku dapat mengenali serba-sedikit erti kehidupan dalam citer ni.Apabila wang menjadi taruhan,manusia sanggup buat apa saja walaupun mengorbankan saudara kandung sendiri. Apabila kasih sayang saudara tiri terlalu luhur,ia boleh mengatasi kasih sayang saudara kandung. Anak yang sanggup berkorban demi kebahagiaan ayahnya.Perihal kepercayaan yang tak berbelah-bahagi….Bunyi macam biasa kan?Tapi kene tgk citer ni dulu la baru tahu…
Sinopsis Han Jung Suh berkawan baik dgn Cha Song Ju sejak dari kecil lagi(kira macam bercinta la kot).Bapa Jung Suh yang kematian isterinya berkahwin dengan pelakon Tae Mira. Dah nama pelakon,mesti pandai berlakon dan berpura-pura~sesuainye! Sebelum tu Tae Mira dah ada anak dah~Han Yuri(jahat dia ni) dan juga Han Tae Hwa. Sebab Jung Suh ni satu-satunya manusia yang baik dengan Han Tae Hwa,so Tae Hwa ni terjatuh cinta dengan dia(diorang adik beradik tiri)...Han Yuri ni memang x sedar diri,da dapat kemewahan dia nak rampas semua ‘barang’ milik Jung Suh.Asalnya pasangan ni(Jung Suh n Song Joo) pegi blaja sama-sama kat luar Negara.Tapi disebabkan tipu helah Tae Mira dan YuRi,Jung Suh tak dapat pegi. Suatu hari(time ni diorang dah dewasa dah),waktu JungSuh nak jumpa Song Joo wat pertama kali(sebab Song Ju baru balik dr blajar kat luar negeri) Yuri yang dengki tu sanggup langgar Jung Suh dengan kereta dan akibat kemalangan tu Jung Suh hilang ingatan. Sebab Tae Hwa ni terlalu cinta kat Jung Suh dia gunakan cara yang salah untuk dapatkan cinta Jung Suh. Dia sanggup tipu Jung Suh kata Jung Suh hilang ingatan sebab kebakaran dan sepanjang 5 tahun tu,diorang tinggal skali dengan ayah kandung Tae Hwa.Ditakdirkan citer,5 tahun kemudian,Song Ju bertemu dengan Jung Suh dan bla,bla,bla(panjang citer dia,x larat citer semua). Bila Jung Suh tahu yang abang dia tipu dia selama lima tahun,dia jadi marah giler+sebak+sedih yang sangat2 dengan abang dia..Aku paling suka adegan ni. Cara dia marah tu bukan cara yang kurang ajar tapi cara yang macam….entah la! pendek kata berkesan giler2. Aku pun tetiba je jadi marah jugak dengan abang dia tu.Waktu dia mula2 tahu tu pun adegan best jugak. Tyme tu dia baru ingat segala ingatan yang dia pernah hilang dulu..Bergetar bibir dia tahan marah,berombak dada dia menahan sebak.Tyme tu dia belum minta penjelasan abg dia lagi.Yela,time tu kat shoping kompleks,persekitaran yang tak sesuai.Dia x nak tgk muka abg dia kat depan mata dia.Betul gak kan,klu kite betul2 marah ngan seseorang,kite tak nak tgk muka dia tyme tu..Aku juga suka lihat ekspresi muka JungSuh yang jelak melihat wajah pura-pura mak tiri dia tu.Tak perlu cakap,aku da tau perasaan dia. Jelak,menyampah tapi x mampu nak wat ape-ape sebab dia fikirkan kebahagian ayah dia.Dia tahu ayah dia xkan percaya cakap dia.Bila dia try bersuara,terus ayah dia potong cakap dia n cakap dia kurang ajar.Ya,x perlu beri penjelasan kalau xde sorang yang akan percaya.Kebenaran akan muncul dengan sendirinya,dan kejahatan akan terselah suatu hari nanti.Part nangis pulak,aku paling suka bila tyme JungSuh baru sedar yg dia dah betul- betul buta.Xnampak,gelap! Aku dapat rasakan perasaan cemas dia.Ditambah dengan memek muka yang berkesan,sebab2 yang kuat,aku rasakan dia layak untuk nangis macam tu.Ye la,ingat boleh ke nangis macam2 tu je? Bila nangis atas sebab yg x munasabah,tu namanya lembik la.Ditakdirkan cerita juga,akibat kemalangan 5 tahun dulu,Jung Suh menghidap kanser mata dan jadi buta. Disebabkan tak tahan melihat penderitaan yang Jung Suh hadapi,Tae Hwa membongkarkan kejadian kemalangan 5 tahun dulu dan memberitahu sape sebenarnya yang langgar Jung Suh ni.Aku suka tengok watak hero dia(Cha Song Joo).Walau apa pun yang terjadi,dia selalu tetapkan hati dia. Dia tahu kehendak dia.Bila dia yakin dengan perasaan dia,dia x takut tindakan dia bakal menimbulkan kekecohan dan cara dia nak dapatkan kehendak dia tu semestinya dia menggunakan cara yang paling terhormat.Cara dia betul…ok,la sampai ni je yg dpt aku citer. Kalau nak rasa best ke tak,tgk la ye. Tapi jgn buka suara yang mandarinnye bahasa. Buka yang korea nyer. Percaya la,korang takkan rasa citer ni best kalau buka dlm bahasa mandarin.Rasa pelik ,x sesuai dan nampak janggal! Ye la,orang lain yang nangis n marah,orang lain punye suara.Dah la gerak mulut tak sama. X nampak pelik ke? Ya,sesungguhnya aku tak sukakan sesuatu yang x original termasuk la suara!