Tengok muka akuuu. Hepi semacam kan. Sebab memang seronok. USS is soooo cool and awesome! Everyone should go!
Lanjutan dari entri ini.
Note: Untuk gambar2 lain2 boleh tengok kat FB aku. Aku letak skit2 kat sini buat penghilang bosan baca entri. hahaha
1) Transformers The Ride.
Fuhhh awesome giler. Yang ni 4D, kene pakai spek khas. Aku boleh kata kalau gi USS, memang tak sah kalau tak naik ride ni. Tak caya pi tanya yang pernah gi USS gak and pernah masuk benda ni mesti dia akan kata ride ni paling best dan cool sekali. Dalam tu macam kenderaan yang membawa kita ke alam transformer, kita seolah-olah berada dalam kereta yang kadang2 laju, kadang2 berpusing terbalik, kadang2 berhenti dengan tiba2 dengan bertujuan nak lari dari orang jahat. Ada tu konon2 macam api depan kita, dengan kita2 sekali terasa panasnya (ada la tu dia keluarkan haba kat celah2 kenderaan yang kitorang naik tu), bila ada macam tersembur air kita memang betul2 rasa air terpercik!(ada la tu sumber2 kat kenderaan yang keluarkan air tu). Kalau ada benda/kaca pecah, dengan kita2 sekali spontan pejam mata takut benda tu masuk mata padahal layer skrin je, hebat kan. See betapa realnya 4D sampai dengan kita2 sekali rasa betul2 real. Ada transformer yang baik dan tugasnya selamatkan kita, ada transformer yang jahat yang keje nya nak menjahanamkan kita (erkk…aku hentam je transformer baik jahat bagai ni sebab aku tak pernah tengok pun Transformers. Kahkahkah). Bayangkan betapa seronoknya naik ride ni sampaikan bila nampak Transformer baik tu kata “Don’t worry, I will help you” terus aku jerit “Help me! Help me!” sambil tangan melambai-lambai kearahnya bajet benda tu nampak aku . Bwahahaha. Gila kanak2 ribena. Nasib baik sebelah aku ni adik aku ngan kawan aku je, kalau bf aku ke, tak ke keluar2 rasa nak tutup muka je sebab malu excited sangat. Muahaha. So aku nasihatkan sesapa nak gi USS tu cari ride ni dulu! Pastu naik 2-3 kali pun takpe. Aku nak repeat macam malu la plak. Ingatkan tak boleh repeat. haha
2) Mummy The Revenge.
Yang ni kedua best. 4D gak, kene pakai spek khas. Wajib masuk yang ini. Dia ala2 Transformer jugak cuma dia punya berpusing2 tu dasyat sikit. Memang best giler la. Kalau masuk Transformer aku pakai sunglasses tak tercabut, kali ni sebelum on, orang tu tegur suruh tanggalkan sunglasses sebab confirm tercabut. Dia kata “You arr… *sambil buat gaya macam hantu menakutkan ala2 dalam cerita The Mummy*” Muahaha. Sengal jek. Aku cam before tu biar je sebab time Transformer ok je rupa2nya dia punya spin ni lagi power. Yang ni pun aku excited asyik terjerit-jerit je. Ish ish bahaya gi ngan bf ni nanti hilang identity perempuan melayu terakhir. Wakakaka!
3) Roller Coaster Cylon (Galactica Battlestar apa tah nama dia tak ingat tapi Cylon untuk kaler biru, merah tak naik, nama dia Human)
Yang ni aku pujuk adik aku untuk naik sekali. Sepanjang jalan beratur nak naik tu berkali-kali di-warning (melalui tv LCD), ride ni hanya untuk orang yang extremely brave enough dan must fit good condition health untuk naik . Yang DILARANG KERAS UNTUK NAIK adalah orang2 yang senang muntah, senang pening, ada penyakit claustrophobia (eh penyakit ni ada dalam citer korea Secret Garden, tak tau sila google tu la sape suruh tak tengok cerita Secret Garden.kahkah *tetiba*) . Maksudnya dasyat abis la tu sampai dilarang2 .hahaha. 2 orang kawan aku tu taknak naik sebab takut. Mula2 aku tengok pamphlet macam yang ni tak dasyat sangat compare dengan roller coaster yang lagi satu yang nama Human tu (kaler merah). Sebab dia punya description macam takde extravaganza sangat berbanding yang kaler merah tu yang siap kata ketinggian macam 14 tingkat la, speed 90km/h la. So decide naik kaler biru tu la. Sekali naik punya naik oh myyyyy. Selalu aku naik roller coaster paling dasyat pun aku jerit2 je pastu maki2 skit ‘bodo punya roller coaster’ kadang2 aku gelak2 skit.. Yang ni kan macam aku tak mampu nak buat semua tu, nak gelak pun tak mampu sebab terkejut sangat, aku mampu berzikir je. ‘Ya Allah! Ya Allah! Astaghfirullah! Astaghfirullah!’ gittewww. Sebab dasyat sangat la. Time tu aku macam redha je kalau mati pun. Tu yang berzikir siap. Hahaha.
Sape pernah naik spaceshoot kat Genting? Lebih kurang la tu cuma spaceshoot tu sekali je kita rasa ‘perasaan’ tu tapi ride ni berkali-kali! Keluar2 bila perhatikan betul2 perbezaan road biru dengan merah baru perasan road biru tu lagi dasyat sebab 360 darjah dia pusing dalam keadaan tergantung. Yang ride merah tu, just kiri kanan dan at least duduk, bukan tergantung. Aku ingat nak try ride merah tu pulak sekali turun dari ride kaler biru ni aku macam pening2 sket rasa nak muntah pun ada so macam tak ternaik la yang kaler merah tu.
Walaupun benda ni paling dasyat yang aku pernah naik, paling adventure tapi aku letak no 3 best. Sebab? Benda ni bermain dengan adventure je. Tapi no 1&2 tu bermain dengan adventure + imiginasi sekali. So rasa fun! Yang ni rasa adventure je la. Beza eh adventure dengan fun. Hahah
4) Shrek 4D Adventure
Yang ni 4 D gak Cuma bezanya duduk je situ macam tengok wayang pakai spek khas, takde gerak2 masuk dalam kenderaan macam Transformer & The Mummy tu. Everything look so real termasuk kalau kat screen tu bersin, dengan kita2 sekali rasa air terpercik. Pastu ada apa benda tah labah2 kot tetiba kat kaki ada rasa benda gerak2, rasa geli giler. Tyme ni wa cakap lu, semua angkat kaki atas riba tak turun2. Wakakakaka. Takut geli lagi.hahaha.
5) Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg.
Steven Spielberg kalau tak silap aku pengarah citer omputih. Entah la citer omputih aku tak bape sangat lain la kalau pengarah citer drama korea kan. Wakakaka. Dia tunjuk macam mana citer action2 kilat2, rebut-petir, kapal jatuh, api2 di buat. Betul2 kat depan mata ok! Seolah-olah kitorang di set penggambaran citer omputih plak, kamera ada siap. Paling terkejut masa kapal jatuh ke air dari atas pastu tetiba ada jaringan api pastu dinding kat depan retak dan terbang. Fuh, memang kagum la, bukan chokia punya kerja.
6) Enchanted Airways.
Beratur kemain panjang tapi biasa2 je. Boleh la. Nama pun Junior Rolller Coaster. Ala2 macam Cyclon kat Genting. Best la jugak but typical roller coaster la.hehehe
Nampak tak? 3-4 line tu. Beratur kemain panjang. Mengikut teori, beratur panjang2 ni best ride dia, sekali biasa2 je, penat je excited satu jam tunggu (ride ni je yang beratur panjang bdw)
Nampak tak? 3-4 line tu. Beratur kemain panjang. Mengikut teori, beratur panjang2 ni best ride dia, sekali biasa2 je, penat je excited satu jam tunggu (ride ni je yang beratur panjang bdw)
7) Pantages Hollywood Theater
Rock Musical. Ni paling bosan sekali sampai aku terngantuk-ngantuk dalam tu. Hahaha. Pastu tetiba berkumandang music lagu Nobody & tarian Nobody apa lagiiiiii terus sugar-bugar mata aku siap tepuk tangan akhirnya ada gak benda yang buat aku excited kat dalam show ni. Ahahaha. Biarpun versi omputih sekalipun bukan versi korea. LOL
Eh, 7 je ke tempat aku cover, apasal rasa macam dah cover semua? Hahaha. FYI, tempat yang aku tak cover adalah bercirikan funfair iaitu ala2 macam merry go round gitu.Hihihi. Bak kata kawan aku, baik takyah datang USS kalau nak main mende2 tu, kat funfair pun adooo. Secondly tempat yang aku tak cover adalah semua2 yang bercirikan basah (The Lost World & Madagascar). Hahaha. Aku tak bawak baju spare, nanti aku takde mood nak jalan2 kalau terbasah sana-sini. Tempat lain memang semua aku cover dah.
What so unique?
1) View sangat cantik! Aaaaa dengan castlenya dengan bangunan2 nya, dengan streetnya yg lawo, everything sangat cantik. Syok untuk bergambar. Boleh berangan macam kat obersea je.kahkahkah
2) Setiap site attraction ada cafe nya yang tersendiri. 13 cafe/tempat makan ok kesemuanya! Ni menjadikan unik aku rasa compare dengan genting. Sebab tu aku rasa walau orang ramai gilaaaa tapi aku manage cover almost semua tempat tanpa perlu beratur lama2 dan tanpa bayar extra untuk express pass (express pass kene bayar extra 50 SGD, boleh terus masuk tanpa beratur macam orang2 yang ada pass biasa je ni). Sebab semua orang macam banyak lepak2 je aku tengok. Ye la, tempat lepak pun best, macam takyah main sangat pun takpe, syok lepak & bergambar. Cafe pun banyak (compare ngan genting yang ada satu je cafe dalam tu).Bila ramai yang lepak2, so tak la penuh sangat nak main permainan kan. Aku rasa tak perlu kot express pass ni kot. Aku pergi time peak hour ramai gila ok je beratur. Puas hati. Kalau kat genting, macam takde tempat lepak je sebab tu aku rasa semua permainan pun orang nak main panjang giler beratur.
3) Toilet takdak air untuk cebok. Lupa yang orang sini mana main cebok2, depa main lap2 guna tisu je. Huhuhu. Nasib baik tak terasa nak buang air besar, kalau tak, tak tahu la apa jadi. Nak buang air kecil kitorang tadah air guna botol guna air mineral. Sob sob sob *nasib di perantauan*.
3) Toilet takdak air untuk cebok. Lupa yang orang sini mana main cebok2, depa main lap2 guna tisu je. Huhuhu. Nasib baik tak terasa nak buang air besar, kalau tak, tak tahu la apa jadi. Nak buang air kecil kitorang tadah air guna botol guna air mineral. Sob sob sob *nasib di perantauan*.
4) Rate tukaran mata wang asing kat sana lain dengan M’sia. Maka, tukar duit awal2! Nanti kerugian macam kitorang2 ni. Aku tukar RM150 dapat 57 SGD je.Rate RM2.6 kat sana untuk 1 SGD. Balik sini duit ada lebih, nak tukar balik kat sana dia kata nak balik Malaysia ke aku angguk pastu diorang kata baik tukar kat Malaysia sebab kalau tukar ke RM kat sana dapat sikit, so aku tukar balik kat Malaysia rate 2.4 ok. Rugi2. Nasib baik tak tukar banyak. Tapi hilang berdollar-dollar di situ.
5) Rate mahal maka nak beli sebenier pun aku berkira ok. Sebelum beli apa2 aku akan fikir ‘darab dulu dengan 2.6’ maka terus tak jadi beli. Wakakaka. Mula2 memang aku tak layan sebenier2 ni tapi bila nak balik tu rasa seronok so sayang tinggalkan tempat ni maka aku beli la sebenier skit yang bernilai 9.90 SGD untuk buat kenangan. Sobsobsob. Hanya untuk sebenier yang gantung2 kat leher (yang untuk gantung ID card) tu dengan harga RM26 macam tak berbaloi. Fikir 10 kali sebelum beli ok! Sebenier2 kat sini semua bernilai 6.90 dollar paling murah itupun keychain bodo2 je. Botol air yang cute2 pun 20 dollar lebih, cekak & spek mata plastic pun 15 dollar. Arghhh semua mahal. Wakakak. Tapi kalau ikutkan mata wang diorang memang reasonable la harga tu.
6) Untuk makanan, ada several makanan2 yang halal untuk dimakan kat sini. Out of 13 cafe, cuma beberapa je yang halal. Sila tengok risalah ada tanda halal untuk restoran halal. Kitorang makan kat Marty's Casa Del Wild.
Ni haaaa, nasik 14 dollar
Adik aku punya. Campur aku punya sphagetti 9.50 dollar campur air mangga 4 dollar (itupun share, sape suh mahal wakaka) jadilah 27.5 dollar = RM71.50. Fuhhhh terbaik la lunch aku kali ni. Da macam makan kat TGIF. Selama ni pergi TGIF hanya mampu memandang saje, nak lalu pun menggigil-gigil apatah lagi nak membeli, yang ni selamba badak je kan. Ahahah. Takpe, sekali seumur hidup
7) Sistem penyimpanan barang kat lockernya agak unik. Guna DOB& fav colour sebagai password. Free untuk 30 minit pertama, dan 2 dollar untuk setiap jam yang berikutnya. Locker yang free 30 minit pertama tu yang special ada kat ride2 yang tak boleh bawak masuk barang2 macam roller coaster ke. Yang sebelum pintu masuk tu aku tak sure.
8) Aku suka character (mascot kat sini). Unik la kan. Comel2 plak tu. Kat Genting ada clown je.hihihi. Aku yang tak layan kartun2 ni bleh suka plak character2 kat sana.
Antara paling banyak2 character2 tu, dua ni je yang aku paling berkenan.
Pussy boots ke apa tah nama dia lupa. Seekor kucing. Dari pagiiiii tau aku cari dia ni tak jumpa2 (aku tau dia wujud sebab aku tengok blog orang yang ada tangkap gambar dengan dia, terus jatuh hati pandang pertama gitu so gi sana nak cari dia la). Bila dah nak dekat2 balik baru jumpa, excited aku. Terus beratur nak amik gambar2. Character2 kat sini ala2 retis tau, ramai berkerumun nak amik gambo, nak amik gambar kene beratur. Tak la panjang sangat, depends. Sayang gambar blur, orang tu tak reti amik gambo kekdahnya.
Tapi bila tengok live aku rasa boogie ni paling comel. Tengok macam mana aku peluk? Erat punya peluk taknak lepas. muahaha. Masa tu nak abis makan datang dua ekor ni masuk restoran tempat kitorang makan. Excited sebab mereka sangatttttttttt comel!!!! Aku tanya Sya & nana, sape paling comel dalam banyak2 character dah jumpa, diorang pun jawab boogie. Comel tau dia, dah la rendah2 camtu, pastu perut buncit gemuk2, pastu putih je perut dia. Dengan mulut camtu, dengan tangan camtu Auwww comel. Macam jatuh cinta pandang pertama gitu. Asyik pandang tak lepas je ke arahnya. Macam nak culik je dia bawak balik rumah peluk tiap2 malam. Wakakakaka. Aku yang tak layan cerita Happy Feet pun bleh suka dia. Itu tandanya dia comel giler. Sekian
Adik aku excited tengok boogie sampai keluar dari tempat makan lupa nak amik beg tangan atas meja. Gila dia ni. Hahahaha.
Camni nak cari laki ‘comel’ bercirikan ala2 boogie la. Buat peneman hidup sepanjang masa pastu best je buat peluk2 sentiasa. kahkahkah. Gatal plak ko ni nadia. Astaghfirullahalzim *sarung telekung*
9) You are free to take a picture even kat souvenir shop! People2 kat sana so nice. Perasan tak most of souvenir shop kat Malaysia tak bagi amik gambar dalam kedai diorang? aku pun tak faham kenapa. Konon tak bagi tiru design diorang ke apa?
Since takde signboard kata tak boleh amik pic, so aku try snap pic, takde apa2 pun pastu aku tengok orang lain semua selamba je amik gambar, aku pun apa lagiiiiiii, saksikanlahh...saksikanlah gambar2 camwhore ku wahai pembaca wwaakakkaka
Topi di atas SEMEMANGNYA dipinjamkan kepada semua orang khas untuk bergambar. Nice kannnnn??? Semua berebut-rebut nak pilih topi. Kedai sebenier ni letak banyak2 topi kat luar sebagai attraction. Bila orang tengok cantik mungkin akan beli. Gittewwww promotionnya. Tapi bagus untuk orang yang suka bergambar macam aku ni.
Penat berjalan, lepak tepi jalan. FYI, ramai je lepak2 cam aku ni. Sebab bersihhhhh, takde nampak macam pengemis pun. Kalau buat kat Malaysia mesti orang pandang pelik kan.
OK. Tamat. Kesimpulannya USS awesome (cuba kira berapa banyak kali aku sebut awesome untuk USS ni? hahaha). Nanti aku nak try taman tema tempat lain pulak. Of course aku cari yang 4D punya dulu! Syiookkkk! Orang yang dah pergi USS pastu pergi Genting mesti gelak dengan apa yang ada kat Genting sebab rasa cam takde pape je genting tu melainkan cuaca sejuk (walaupun dulu macam jakun jugak dengan Genting). Err... Aku dengar Disneyland bakal dibuka di Johor?
0 voice out:
Post a Comment