Pages

Apa Harga Hidayah?

Keyakinan aku terhadap Allah adalah lebih daripada aku yakin terhadap orang lain mahupun diri sendiri.

Aku sangat faham yang hidayah tu milik Allah dan hanya Dia saja mampu beri kepada sesiapa yang dia mahu.

Dulu, masa saat aku teraba-raba antara yakin atau sepenuh yakin terhadap Allah, aku pernah tanya Allah. Berapakah nilai hidayahNya? Then aku doa padaNya, kalaulah harga hidayah itu adalah seluruh kebahagiaan aku di dunia ini, aku sanggup tukarkanNya. Takpe lah aku tak peroleh bahagia pun atau tak peroleh apa2 di dunia ini. Asalkan orang yang aku mahu, peroleh hidayah daripadaNya. Aku sebenarnya dah tak sanggup dan dah tak tahan tengok orang yang aku sayang hidup jauh daripada paksi Tuhan. Bunyi macam hampir give up kan? Sebetulnya itu yang aku rasa. Berapa saja nilainya aku sanggup tukarkan. See, betapa terdesaknya aku. Buat apa2 pun sanggup.

Nak dijadikan cerita, Allah tunaikan permintaan aku pada jalan yang bagi aku agak pahit sekali. Kelat, pahit sehingga tak terhitung air mata yang keluar (pada ketika itu). Kemudian lama-kelamaan yang kelat dan pahit tersebut beransur pergi dan barulah aku faham kenapa diuji begitu. Untuk dihadiahkan hadiah yang paling manis yang pernah aku dapat seumur hidup. Itulah hikmahnya.

Sejak kejadian ini, aku cepat positive dengan apa2 dugaan sebab bagi aku hujung2 nya mesti ada hadiah kemanisan yang bila fikir2 balik kalau inilah cara Allah  nak bagi 'hadiah', bagilah apa dugaan sekalipun, kalau itu yang perlu 'dibayar' untuk dapat kemanisan di hujungnya, aku sanggup. Bring it on! Huhu...

Penilaian manusia terbatas



P/s: Malas nak taip balik. Bukti ianya tulus dari hati paling dalam. Ingatkan pendek sekali tak sedar terpanjang.

P/s: ditulis selepas banyak baca kisah ala2 'sebelum kawen lain selepas kawen lain jadinya' seperti confession di bawah


Bahagia

Bahagianya menyaksikan keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dari segala sudut dan kesemuanya berada pada fikrah yang sama. Allahu, tumpang bahagia.

Betul la. Hidayah adalah benda paling mahal yang walau kau pertaruhkan seisi dunia hatta nyawa kau sekalipun, belum tentu boleh dapat.

Kalau aku Anjali



Aku akan kawen dengan Salman instead of SRK. Hahhaa. Aku ubah ending dia, biar padan dengan muka SRK (padan muka diri sendiri jugak).

Patah hati oiii. Patah pokok boleh nampak, patah hati tak siapa yang tahu.

Ibu



Bagi aku, punya anak yang tidak taat dengan kita bisa buat hati tercarik-carik. Mungkin kerana atas sebab kepayahan melahirkan dan membesarkan buat ibu2 meletakkan harapan agar hatinya dijaga oleh sang anak.

Harapan tersebut tak salah. Allah faham sebab itu Dia raikan dan mengeluarkan perintah untuk anak taat dengan ibu selagi suruhannya tidak menyebabkan akidah terbatal, selagi tidak bertentangan dengan apa yang Islam gariskan.

Apa salahnya berpenat untuk mereka? Engkau pun seorang ibu dan sepatutnya kau berkongsi rasa yang sama dan paling sedia maklum faham akan ini. 

Kau mahu dilayan raja oleh anakmu sedangkan kau tidak melayan ibumu begitu. Layakkah?

Kau mahu anakmu taat dengan kau sedang kau tidak taat dengan ibumu. Adilkah?

Apa-apa pun, Allah Maha Mengetahui apa yang zahir dan apa yang kau sembunyikan.

Change





If i've changed to someone else you may not used to know, that you may won't like it, that may not suit with you preference...

Would you still like me?


Kembali Lagi

Ya Allah. Baru tahu kewujudan blogger apps ni. Tak pernah terfikir ia wujud (maybe kerana sudah melupakan blog setelah sekian lama). 

Selama ni punyalah aku lakarkan personal thought (hasil daripada pemerhatian sekeliling) dalam notepad phone je lepas tu tetiba rasa pelik je nak share di instag. Maka mereputlah segala catatan tersebut dalam phone je. Cukup masa, bila kemas2 phone, aku delete semua2 dalam notepad. Walla! Hilang macam tu je . Tetiba rasa rugi.

'Menulis itu merupakan penghargaan kepada masa'. Aku terjenguk entri sekitar 2009, aku ada bercerita tentang satu suasana pekerjaan dan orang2 yang terlibat. Tapi tiba2 aku tak ingat watak salah satu nama. I was like who is Syafiq? Syafiq yang mana satu ni? Aku tak boleh capture image dia dalam kepala macam mana. Lol. Ni kalau aku jumpa kat memana sekarang sure aku tak kenal orangnya.