Aku sangat faham yang hidayah tu milik Allah dan hanya Dia saja mampu beri kepada sesiapa yang dia mahu.
Dulu, masa saat aku teraba-raba antara yakin atau sepenuh yakin terhadap Allah, aku pernah tanya Allah. Berapakah nilai hidayahNya? Then aku doa padaNya, kalaulah harga hidayah itu adalah seluruh kebahagiaan aku di dunia ini, aku sanggup tukarkanNya. Takpe lah aku tak peroleh bahagia pun atau tak peroleh apa2 di dunia ini. Asalkan orang yang aku mahu, peroleh hidayah daripadaNya. Aku sebenarnya dah tak sanggup dan dah tak tahan tengok orang yang aku sayang hidup jauh daripada paksi Tuhan. Bunyi macam hampir give up kan? Sebetulnya itu yang aku rasa. Berapa saja nilainya aku sanggup tukarkan. See, betapa terdesaknya aku. Buat apa2 pun sanggup.
Nak dijadikan cerita, Allah tunaikan permintaan aku pada jalan yang bagi aku agak pahit sekali. Kelat, pahit sehingga tak terhitung air mata yang keluar (pada ketika itu). Kemudian lama-kelamaan yang kelat dan pahit tersebut beransur pergi dan barulah aku faham kenapa diuji begitu. Untuk dihadiahkan hadiah yang paling manis yang pernah aku dapat seumur hidup. Itulah hikmahnya.
Sejak kejadian ini, aku cepat positive dengan apa2 dugaan sebab bagi aku hujung2 nya mesti ada hadiah kemanisan yang bila fikir2 balik kalau inilah cara Allah nak bagi 'hadiah', bagilah apa dugaan sekalipun, kalau itu yang perlu 'dibayar' untuk dapat kemanisan di hujungnya, aku sanggup. Bring it on! Huhu...
0 voice out:
Post a Comment