Pages

Showing posts with label DSLR. Show all posts
Showing posts with label DSLR. Show all posts

dua cerita masa cuti

CERITA PERTAMA



“Nadia,cepat masukkan ayam tu! Dah garing dah tu”

“Nana, laa..kenapa sikit sangat asam jawa ni? Lagi-lagi!”


“Ketuk je bawang putih tu dengan belakang parang, boleh, tak payah tumbuk2, cepat sikit”


“Taruk je sos tiram tu.Haa.. Abiskan.”



Macam tu la serba sedikit suasana kat dapur rumah saya tyme cuti lalu. Kecoh occay! Ayah saya kalau memasak ni memang alert. Bersuara sana-sini mengalahkan perempuan pulak. Tyme tu, ayah saya jadi coach, saya dengan nana yang mengambil alih tugas memasak makanan tengah hari. Kalau masakan yang hard skit, ayah saya jadi coach la bagi arahan. Kami hanya mengikut arahan. Hiris bawang nipis2? Ok, hiris! Amik pinggan leper? Ok,amik! Alihkan pinggan ke sinki? Ok, alihkan! Pendek kata dari sesusah2 sampai la sesimple2 kerja kami buat. Tugas ayah saya, sebijik macam coach bola sepak kat padang. Bagi arahan. Jenguk2 sikit. Tu je.




Dan ada sekali tu, terdengar la komplen dari ayah saya “Sejak ko ada ni, cepat betul bawang putih abis. Ayah nampak ko selalu pakai banyak.” Hahaha! Prinsip saya kalau memasak, lagi banyak bahan tu lagi bagus! Whahahaha. Selagi tak menjejaskan kesihatan, kira okay la. Garam dengan ajinamoto harus mengikut sukatan. I mean bawang ke, ikan bilis ke camtu la. Lain dengan mak dan ayah saya, mereka agak berjimat means pakai cukup2 je. Tapi rasa masakan tu sama je kan letak banyak ke letak cukup2 ke, tak la effect sangat. Tapi… entah, saya nak letak banyak jugak! Macam bagus je. Kah3x! Sebenarnya ayah saya komplen sebab tyme tu dia malas nak pergi kedai tyme tu (sebelum tu dia dah berulang-alik ke kedai banyak kali dah. Dia tak perasan bawang putih habis.haha) Ada satu hari tu, tyme masak lemak cili api. Nana letak banyak gila cili api. Boleh kata 2 kali ganda daripada biasa. Ayah saya suruh letak sikit, dia nak letak banyak jugak. Alasan dia, nak pedas! Selama ni tak berapa pedas! (dia la yang kata. Saya tak kata) Last2..Hah, amik kau! Pedas melilau! Semua komplen pedas. Banyak kali jugak suapan saya bersulamkan air(sebab pedas gila kan). Kene ceramah berulang kali la nana dengan ayah saya.”Tu la, lawan cakap tokey lagi. Anak murid lawan cakap cikgu macam itu la jadinya”




Ayah saya ni selalu cuba masak apa-apa yang dia rasa best. Ada sekali tu kitorang makan Yong Tau Foo Sup kat Bandar Tun Razak(makan sekali je terus addicted). Anda pernah makan? Ni makanan orang Johor mak saya kata. Yong Tau Foo tu dicicah dengan kuah cili buatan sendiri (cili merah blend+limau+??? Alamak lupa la :D ) dan dimakan bersama-sama sup sekali. All my family member rasa memang sup dia tu lain dari yang lain tapi sedap dan unik. Bukan macam sup biasa yang berminyak dan muak tu. Kitorang pernah try sup Yong Tau Foo sup kat tempat2 lain tapi semuanya sup dia macam ‘muak’ dan tak best. Setelah makan lebih kurang 2 kali kat situ, kami satu family try buat kat rumah. Ayah saya la jadi ketua nya sebab dia rasa je sup tu dia boleh detect apa-apa bahan dia. Mak saya jadi penolong ketua (occay, dah boleh nampak ayah saya lagi terer masak berbanding mak saya). Dan percubaan pertama memang 100% sama dan jadi. Sup sama, kuah cili pun sama. Menjerit kesukaan la kami adik-beradik sebab tak yah la g sana lagi, boleh buat sendiri kat rumah.






pic from : disini



CERITA KEDUA




Entah angin kus-kus apa yang melanda, nana kalau nampak lelaki2 hensem kat tv, mesti dia cakap dengan saya sambil tersenyum simpul “Angah, cuba bayangkan lelaki tu pegang DSLR…”. Saya pun layanlah gurauannya dan membalas “Wah! Nana! Smartnya nana!” dengan gaya dan mimik2 muka sekali*muka miang(muka yang senyum tersipu-sipu sambil kerdip2kan mata beberapa kali* (note: memang style kami BERGURAU macam tu~dalam family je,tak didedahkan ke orang luar sebab nanti orang cakap kami tak betul@senget padahal kami BETUL sebenarnya.kakakaka) . Dan selepas itu kami akan ketawa sama2 dengan penuh semangatnya sampai fiza mencelah sambil menggelengkan kepala “Dah gila la budak dua orang ni”






pict grab from creative.fotopages.com


*Lupa nak cerita, nana pun minat dengan fotografi jugak sebenarnya. Dia belajar masa masuk Kelab Fotografi kat sekolah dulu. Lepas saya cerita pasal DSLR dan kisah di majlis kahwin ini(tyme tu dia keje, tak ikut), terus dia bukak cerita yang dia pun minat jugak. Siap cerita shoot2 cantik (tyme majlis kahwin) yang pernah dia tengok(dalam album gambar) masa berada dalam kelab tu. Kami berazam nak beli DSLR dan jadi ‘camerawoman tak rasmi’ masa majlis kahwin fiza (tak tahu bila. Dalam 2-3 tahun lagi kot). Tak kisah la kalau dia ada upah jurukamera pun, kami nak menyelit jugak amik gambar sekali. Nana siap cakap lagi “Nanti kita dua jadi camerawoman ye angah. Pakai seluar jean,kasut sport.”(takkan nak pakai kebaya@kurung. Macam tak kena plak kan.hahahah). Ayah saya menyampuk “Kalau jadi cameraman, gambar korang takde la. Biasanya cameraman tak masuk dalam gambar,tugas dia amik gambar je la”. Saya terdiam. Betul jugak. Tak bolehlah saya nak bergaya sakan pakai kebaya cantik2, tudung lawa2 nanti. Bila fikir2 balik, takpe la kot. Saya pakai cantik2 masa majlis kawen kat rumah pihak lelaki je la..ngeh3x. Nana pun tak kisah jugak kalau gambar dia takde nanti..hohoho..Mula2 kami cadang KONGSI DUIT je beli DSLR. Saya cakap dengan dia “Tapi masa majlis fiza tu nanti, aku je yang shoot, ko jadi tukang fikir aksi macam mana nak suruh pengantin buat.” Dia balas “Wah wah wah. Banyak cantik! Aku nak pegang DSLR , nak shoot jugak” Sudah…dah dua2 nak pegang DSLR terpaksa la beli lain2. Muahahahahaha!



p/s: Sejak akhir2 ni suka betul tengok gambar kawen di website photographer2 semalaysia. Nak kawenkah nadia? Kah3x. Bukanlah... Sekadar melihat kekreatifan photographer2 mengambil gambar. Mereka memang kreatif!

Dah tak ada kerja lain ke nadia?

Note: Entri kali ni mempunyai banyak gambar sebab mood EXCITED!


Nadia memang betul2 tak ada kerja kot hari tu. Sebab tu nadia buat aktiviti ni>---SKODENGGG! Wakaka!


TAPI! Jangan la salah faham,ini bukan skodeng untuk mengutuk, tapi untuk memuji occay :D


Nak tahu saya skodeng apa?


MEREKA DAN DSLR!

Saya skodeng cameraman la! Hahaha…Inilah hobi saya. Saya suka sebenarnya tengok GAYA jurugambar professional ni (especially waktu majlis kahwin). Of course la mereka bersama DSLR nya itu. Tak kisah la lelaki or perempuan yang jadi jurukameranya (tapi perempuan jarang la. Kalau majlis biasa kat k5 UPM,ada la sorang dua). Klik sana! Klik sini! Bila tengok gaya mereka ambil gambar ni, nampak macam mereka ni sangatlah bersungguh-sungguh mencari ‘angle’ yang baik semata-mata untuk menghasilkan shoot yang terbaik,kreatif dan memuaskan(Ayah saya pun kagum dengan cara mereka shoot). Sejak bila saya minat DSLR ni ek? Sejak saya tengok gambar kawan saya(girl) bergambar bersama DSLR(tak tahu DSLR siapa punya, tapi bukan dia punya). Saya rasa gambar tu sungguh unik dan bergaya la(terdetik dalam hati: Tu kamera sape? Saya pun nak bergambar macam itu jugak!). Tapi tyme tu saya tak tahu kamera tu namanya DSLR.. Dan masa tu terdetik je, tak minat lagi. Start minat DSLR dan ‘menghayati gambar’ sejak saya tengok gambar2 kat blog ini (OMG, gambar disitu semuanya kreatif dan cool! Bukan sekadar gambar ‘biasa-biasa’. Editting dia pun bagus. Gambar yang mempunyai sejuta makna.Salah satu gambar yang saya suka adalah gambar ini) Lama saya terpaku di depan lappy ni (extra kagum). Masa tu saya cakap dalam hati “Macam mana la agaknya gaya mereka masa amik gambar ni?” hoho. Dan minat pun jadi bertambah selepas saya tengok ramai blogger2 meletakkan gambar2 yang extra cantik dan kreatif di blog mereka.Erm..selalunya cameraman je yang amik gambar candid orang lain kan? Kali ni kita tengok ‘aksi candid’ cameraman pulak. Jom! Lai ! Lai! Lai!


Tarikh:25 Disember 2008

Tempat: Dewan Perdana, Lembaga Getah Malaysia

Majlis perkahwinan: Roslin(sepupu saya) dan isterinya







Serius saya ingin meniru ketiga-tiga gaya jurugambar ini mengambil gambar. Saya teringin nak buat aksi macam tu! (saya rasa,dalam ramai2 cameraman, dia la yang paling banyak buat gaya. Kagum betul :D)





Contoh angle yang baik untuk ambil gambar cincin kahwin





Tengok, sampai senget2 kepala semata-mata nak amik ‘shoot’ yang cantik.



















*siapa dapat snap gambar paling cantik, saya bagi hadiah!* :grin:

(note: semua gambar di atas diambil dari jauh tapi diZOOM di laptop)


Dan ini dia gaya ‘camerawoman’ tak professional yang mengambil kesemua gambar di atas.(berlainan lokasi.Gambar ni kat Mid Valley,kat hiasan pokok krismas.Whahahaha!)




Err..Siapakah ‘camerawoman’ itu? Sayakah, nanakah atau fiza atau orang lain? Okay, kat perenggan bawah ni ada jawapannya (^^,)


Mak saya bising2 “Ambil la gambar pengantin dekat sikit. Apa la. Amik jauh2 mana nampak” padahal dia tak tahu, SAYA bukan nak ambil gambar pengantin sebenarnya. Wakakaka.. Nak ambil gambar pengantin kene amik dekat2 (kasi nampak muka sebab kalau pengantin,muka penting). Amik jauh macam tak berfaedah la. Gambar yang SAYA amik tu semua jauh2 lorr. Mana taknya, takkan SAYA seorang je perempuan yang nak menyelit2 di celah2 jurugambar lelaki tu kot (Malu la sikit!). Ada je perempuan2 yang amik gambar guna kamera digital tangkap gambar jauh sikit (Tapi saya kene sedar diri, kamera phone saya takde fungsi zoom) Kalau nak diikutkan boleh je nak menyibuk dengan berhati-hati sket tapi bila teringat kamera ni…KAMERA CIKAI!! Terus cancel nak menyelit(rendah diri terus!). Macam peraturan yang saya reka sendiri , kamera phone tak boleh ‘terbang’ bersama-sama kamera DSLR (kene sedar 'kekurangan' diri.haha) Dah la ‘camerawoman’ tak professional, kamera pun cikai yaamatzz (maklum la, kamera phone SE K550i kan). Kalau SAYA menyelit jugak confirm dalam hati jurugambar2 profesional tu cakap camni “Hek eleh pompuan ni, kamera cikai2 pun ada hati nak menyebok jugak!”…Haa.. siapa yang malu? SAYA jugak kan. So, SAYA amik jauh2 la, konon2 amik gambar pengantin la tu. Amik jauh2 pun takpe (sebab aim nak amik gaya cameraman sebenarnya. Muka cameraman tak berapa nak nampak, itu tak penting. GAYA paling penting! kah3x!)


*Yang baju hitam dan rambut panjang paras bahu tu sepupu saya (baru tahu sebab selama ni tak pernah berjumpa, duduk jauh, so tak baik la). Masa dah abis majlis sementara nak tunggu2, ada sekali tu duduk sebelah dia. Kalaulah saya baik dengan dia(atau kalaulah dia seorang perempuan) , dah lama saya cakap macam ni “ Err..boleh tak nak pegang DSLR tu kejap? Tak tekan apa-apa butang pun, just nak bergambar dengan kamera tu je.Boleh la” .T.T >---- Muka kempunan, sebab tak cakap kan. So terkilan+jeles dengan dia. T.T


Saya aim nak beli DSLR (pakai duit sendiri,bukan duit mak@ayah) sebelum hujung tahun 2009 ^_^


p/s: Saya takut jugak kalau ‘cameraman2’ tu terperasan saya asyik memerhatikan mereka. Kot la mereka ingat saya ‘syok’ kat mereka ke..Kan dah salah faham tu…Ye la, saya kalau tengok orang sambil berfikir memang susah nak kawal diri (mata tak lepas pandang. Asyik nak tengok je.Perhatikan semua gaya@cara mereka.Cara mereka shoot,mereka shoot apa,angle shoot mereka). Lepas majlis tu baru terfikir, apasal la saya asyik ‘mengekori’ mereka je. Buat malu je kalau mereka tahu!(Jangan risau,mereka takkan tahu sebb nadia memang pandai cover.kakaka) Mereka pergi sini, mata saya pun pandang sini. Mereka pergi sana, mata saya pun ikut pandang sana. Mereka ambil gambar siapa saya tengok, “Oh, shoot gambar budak kecil yang sedang menangis rupanya”. Tengok lagi “Oh, shoot gambar pengantin perempuan yang sedang menuruni tangga dewan rupanya”. Dengan ini, SAH! MEMANG NADIA TAKDE KERJA LAIN. Wakakakaka!