Pages

Showing posts with label blog challenge. Show all posts
Showing posts with label blog challenge. Show all posts

Day 2 – your favorite movie




Aku takde sebarng movie yang boleh aku katakan fav. Selalunya kalau aku kata best, ulang tayang 2-3 kali ke pastu sure da start bosan. Terus rasa 'biasa2'. hahaha

Tapi kalau drama selalunya jangka masa fav tu lama sikit la berbanding movie.


Selalunya tengok sesebuah drama (korea) rasa best gila. Tapi bila ulang untuk kali yang ke-20 tu tetiba rasa macam nak skip skip cari part best or bleh kata kurang umph, tak macam tyme awal2 tengok (excited). Sape tak bosan kan tengok benda sama sampai 20 kali sure kali ke 21 tu mcm bosan sket.


Tapiiiii kan, kalau citer ni kan, aku perasan aku tengok berapa2 kali pun tak pernah rasa nak skip2 atau tak pernah rasa bosan setakat ni. Berapa tahun da? citer ni tahun 2006 kot. Walaupun selepas tu aku claim ada citer lain yang lebih baik jalan ceritanya, lebih bagus skripnya, etc etc, tetap citer ni menjuari carta sebagai citer yang aku paling tak bosan dan tak skip2 walau tengok banyak2 kali pun. Maybe sebab aku SUKA GILER WATAK HEROIN CITER NI. Gila2. Cerita lain walau ada watak heroin yang gila2 pun, tetappppppp TAK BOLEH CELEN watak heroin citer ni ok. Nape ek? Entah, tak tahu. Lakonan dia 'masuk' dalam jiwa aku kot. Gila2, baik, cheerful tapi dalam masa yang sama teaseful, nakal. Camtu lah wataknya. Selalunya watak heroin yang aku jumpa dalam drama just gila2 je tak bape teaseful sangat. haha. Part habit teaseful heroin ni memang aku suka sangat. LOL. kbai

Day 1 – your favorite song

Ni aku jawab jujur gila abis la ni. Selalunya fav song aku ni agak bermusim. Kejap kang lagu nasyid, kejap kang lagu siti, kejap kang lagu kpop, kejap kang lagu ost citer korea. Tukar2. hahaha. Kalau ada sekian2 lagu yang aku minat dalam jangka masa tertentu, memang aku akan ulang2 lagu yang sama berminggu-minggu atau mungkin berbulan-bulan. Tapi bertahun-tahun takde la. heheh. Kalau diikutkan fav song agak banyakkkkkk untuk di-listed kan tapi kalau AT THE CURRENT MOMENT, aku ada 4 lagu super fav yang aku masuk dalam satu playlist dan 4 lagu ni la yang aku ulang2 sejak 3 minggu lepas sampai sekarang.

1) Appear- Secret Garden OST



Lagu jenis OST ni biasanya aku suka kalau SEDANG tengok cerita tu. Kiranya macam hari2 dengar kalau lagu biasa2 pun bleh jadi best lah camtu. Tapiiii kalau aku suka SEBELUM aku start tengok cerita tu, maksudnya lagu tu quite special lah bagi aku. Rare ok, rare. Jatuh cinta pada lagu pada pendengaran pertama gitu...

2) Let It Go- Heo Young Saeng



Tak dinafikan sebab dia ni fav singer aku. Tapiiiiii ada jugak fav singer aku tapi bila dengar lagu terbarunya rasa macam 'eh eh tak bestnya lagu baru dia'. Hahahaha. Haku jujur ok.Tak semestinya aku minat orang sekian2, semua pasal orang tu aku suka. Kiranya lagu ni pun jatuh cinta pada pendengaran pertama jugak.

3) Cuba Untuk Mengerti- Siti Nurhaliza



Berbulan-bulan aku cari tajuk lagu ni *jatuh martabat sebagai peminat setia siti bila tak tahu tajuk lagu ni.kekekek* Lagu ni kurang (atau tak pernah?) dimainkan kat radio,tv,show. Very not popular tapi aku rasa lagu ni lah yang paling best sekali. First time dengar masa jadi OST citer kat tibi1, terus jatuh cinta dengan muziknya. Dengar suara, aku sangat cam suara Siti tapi apasal aku tak pernah tau pasal lagu ni???? menggelupur cari kat youtube tajuk lagu tapi faham-faham lah, kalau tak tahu tajuk, tak ingat lirik, ingat boleh jumpaa??? Kiranya aku agak luck la sebab tetiba aku ter-klik video ni daripada beribu-ribu video siti kat youtube tu.


4) Wonder Woman- Davichi, SeeYa &T-Ara



Ni pun jatuh cinta pendengaran pertama tanpa aku ketahui siapa penyanyinya.Aku terdengar lagu ni masa lagu ni jadi background sebuah video orang main ski kat kawasan pergunungan kat korea (masa tu survey2 tempat main ski kat korea ;P ) Geram okeh bila minat sesuatu lagu tapi tak tahu dari arah mana datangnya lagu tu. Tajuk tak tahu, penyanyi tak tahu, lirik lagi la tak tau kan, semua pun tak tahu. Aku pun tanya kat twitter, sorang pun tak reply.huhuhu...sbb lagu ni tak femes kot? Last2 aku email kat sorang kawan aku ni (semangat sampai beremel ok) sebab setahu aku dia ni 'universal' dalam kpop, tanya je apa2 lagu, insyaAllah dia tahu (aku tak universal eh, jangan tanya apa2 pasal lagu kpop kat aku, kalau tanya gak insyaAllah aku tak tau). Excited aku bila dia inform tajuk lagu dengan penyanyi2 nya skali. hehehe. Bahagiaaaaa bila tahu ;)

30 Day Blog Challenge

Aku rasa 30 Days blog challenge ni berasal dari tumblr. Sape2 yang ada atau pernah ada akaun tumblr tahu kot sebab benda ni agak femes dijawab kat tumblr. Tak sangka pulak benda ni pun lama2 jadi femes kt blog pulak. hehehhe.

30 Day Challenge



Day 1 – your favorite song
Day 2 – your favorite movie
Day 3 – your favorite television program
Day 4 – your favorite book
Day 5 – your favorite quote
Day 6 – 20 of my favorite things
Day 7 – a photo that makes you happy
Day 8 – a photo that makes you angry/sad
Day 9 – a photo you took
Day 10 – a photo taken over 10 years ago of you
Day 11 – a photo of you recently
Day 12 – something you are OCD about
Day 13 – a fictional book
Day 14 – a non-fictional book
Day 15 – your dream house
Day 16 – a song that makes you cry (or nearly)
Day 17 – an art piece (drawing, sculpture, painting, etc)
Day 18 – my wedding/future wedding/past wedding
Day 19 – a talent of yours
Day 20 – a hobby of yours
Day 21 – a recipe
Day 22 – a website
Day 23 – a youtube video
Day 24 – where I live
Day 25 – your day, in great detail
Day 26 – your week, in great detail
Day 27 – my worst habit
Day 28 – whats in my handbag/purse
Day 29 – hopes,dreams and plans for the next
365 days
Day 30 – a dream for the future


Macam menarik untuk dijawab. Let's challenge urself! Sekurang-kurangnya ada benda nak cerita. Maklum la, lately macam kekeringan topik apa nak diceritakan kat blog. hahha