Pages

Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Err...memang tak boleh pakai.hahaha


source: Flickr


Nadia ni kadang2 macam hampeh la jugak. Kalau saya kata kat rumah nak study giler2 memang kata-kata tu tak boleh nak percaya sangat. Cuti ari tu konon2 berkobar-kobar azam nak study giler2, tak nak spend masa untuk hiburan langsung, study straight, hari2 stay-up (konon la*poyo*.muehehe) last-last…Urmph…Sampai rumah tgh hari jumaat. Jumaat, Sabtu, Ahad memang berfoya-foya giler. Tengok tv tak ingat dunia,belajar masak baca paper yang lepas2 secara marathon, bersosial dengan adik dan kakak dan family (err..berfoya-foya kat rumah la bukan kat luar. Main2. Gelak sana, gelak sini.). Bersenang-lenang tanpa rasa bersalah langsung kalau tak sentuh buku pun. Pandang buku-buku dan nota2 kuliah itu dengan sebelah mata jek.



Hari isnin, selasa, rabu ada study sikit-sikit. Timbul jugak rasa bersalah masa tu kalau tak sentuh buku dalam jangka waktu yang lama. Sentuh dan baca buku tapi tak boleh concentrate sangat. Dah la baca subjek yang susah kan. Lepas tu main sikit2. Sebolehnya memang elak tengok cerita dalam Hard Disk (memang kuat tahan ni. Tak bukak langsung sebab once bukak, mesti nak sambung lagi sebab cerita bersiri kan). Tiba-tiba datang godaan dari nana




Nana: Angah, ko cakap nak tengok cerita Witch Yoo Hee tu (before tu saya beria-ia promote suruh dia tengok. Promote giler2 siap cerita synopsis semua)
Saya: Tengok la. Ada dalam HDD tu..
Nana: Ala, jom la tengok SAMA-SAMA. Cakap nak tengok sekali. Tak best la tengok sorang-sorang.(demand plak nana ni. Citer fav dia tajuk frog tu boleh plak tengok sorang2 takda aku teman)




Duhh..Dia ajak sekali je terus tergoda dengan menjawab “Ok, jom!” ( Hampeh je). Cerita bersiri kan, haruslah nak sambung2 tak boleh miss. Di pertengahan tu, rasa bersalah tiba-tiba datang balik dan serta merta tak bagi nana tengok dah. “Ko nak tengok nanti, tunggu aku balik bulan 4 nanti. Nanti tengok la puas-puas” hahaha. Giler kejam. Tak bagi adik tengok sebab jeles. Walaupun saya dah tengok abis, disebabkan saya yang promote, seharusnya saya mesti tengok bersama dia (nanti dia tak faham apa ka, saya boleh explain.hahaha)




Hari khamis, jumaat, sabtu, hah amiikkkk!!! Saat-saat genting.Menggelupur aku! Marathon study. Mulalah terhegeh-hegeh nak stay-up, tido lambat, minum Nescafe semua.Huish..Tak tahulah bila nadia nak berubah ni. Bilalah aku boleh study seminggu straight kat rumah tanpa berfoya-foya. Dari dulu sejak kat mrsm lagi cenggini, lepas tu ke matrik sampai la UPM ni (tapi dulu rajin sikit kot, haha). Asal balik rumah je bawak buku tebal kemain. Harap beg je berat tapi urmphh…Tapi kan, kalau tak bawa balik buku tu, tyme tu la mula la tergedik-gedik nak study dan rasa macam ruginya tak bawa buku tu! Hish, ruginya! Hahaha


Minggu ni aku dilanda sindrom berdebar. Sebab exam la. Dug-dag-dug-dag.




Picture kredit to : Helmi




Rasa macam leher kena jerut! Hahah. Exaggerated pulak. Takde la sampai macam tu. Rilek2 je.. (ececeh!)



p/s: Harap2 saya tak la jawab exam macam dalam gambar atas ni (klik link untuk explanation lebih lanjut). Dah susah sangat, ada plak dia p buat lukisan gantung diri. hahaha. Giler malu kalau lecturer heboh no. matrik kat satu lecture hall tu ..hoho.




Pesanan: Kalau rasa soalan susah sangat JANGAN MERAPU .hahahah. Bantai je tulis apa-apa (yang tak merapu) dan tinggalkan kosong kalau dah tak tahu sangat (boleh jatuh maruah kalau buat mende2 tu.hoho)

Berdoalah...

Baru je abis final exam yang mendebarkan dan kelihatan sedikit menyeksakan. Sepanjang minggu exam memang tak best langsung. Nak balik rumah tapi rasa serba salah je(sebab kat rumah memang tak boleh stadi.Main jek). Sampai family nadia dah rindu2 kat nadia dah.Ececeh! Balik2 tanya “Bila nak balik”. Nadia pun terpaksa menerangkan yang sekarang tengah minggu exam,tak boleh balik. Exam. Exam. Kesimpulan? Tak nak cakap lebih-lebih. Ini je yang mampu dikatakan dan dibuat kesimpulan.

Kimia petroleum: OK

Bahasa Melayu Saintifik: OK

Asas Keusahawanan: OK (tapi takde final exam. Hanya assignment dan test 1. Sebab tu ok)

Kimia Polimer: OK

Prinsip Teknologi Kimia: SANGAT TAK OK! First time rasa macam ni time final exam. Prof Zobir, kita jumpa sem depan okay!

Kepada yang ingin memasuki alam university (yang sekarang masih sekolah atau sedang mengambil SPM), anda perlu dan harus memilih lecturer. Rajin-rajinlah bertanya kepada senior tentang type lecturer2 di fakulti anda. Dulu masa kat matrikulasi, nadia ada terdengar lecturer kat matrik cakap macam ni “Masuk universiti nanti kamu mesti pandai pilih lecturer untuk mengajar”. Nadia dan kawan-kawan nadia terfikir “ Boleh pilih-pilih ek? Kenapa? Setiap lecturer tak sama ke?” Dan jawapannya= Tak sama. Berdoalah agar lecturer pilihan anda itu mempunyai ciri-ciri berikut:

1) 1)Pandai mengajar dan membuatkan minat anda bertambah kepada subjek itu. Dia mengajar dengan menggunakan ‘ilmu magik’ yang menyebabkan subjek yang susah giler pun jadi senang. Yang membolehkan anda mendapat A untuk subjek itu BUKAN KERANA CLUE atau memberikan soalan yang sebijik macam soalan final exam tyme kuliah harian tetapi kerana kefahaman yang mendalam terhadap subjek itu.Pendek kata pusing2 macam mana pun anda boleh tackle that question.

2) 2)Jika no 1 di atas tidak dapat dipenuhi, berdoalah anda dapat lecturer yang rajin bagi clue soalan final exam tyme kuliah harian. Khas untuk subjek2 core dan tersangatlah susahnya (dan tyme dia bagi clue tu,salin cepat2 okaay). Selalunya ramai dapat A untuk subjek killer ni kerana mereka mendapat lecturer2 beginilah. Soalan yang keluar 100% sama tetapi diubah sedikit dari segi nombor-nombor.

3) 3)Kalau kedua-dua di atas tidak dapat dipenuhi, no 3 ini pun sudah memadai. Berdoalah lecturer pilihan anda mempunyai nota yang tersusun dan memaparkan isi-isi penting kuliah yang perlu difahami. Bukan nota yang berserabut sehingga bila anda baca dan mengulangkajinya, anda pun boleh jadi serabut +berpinar-pinar mata dan sekaligus membuatkan anda tidak bersemangat.

Alam university is unexpected. Berdoa dan berdoalah dari sekarang……

penternak virus dan final exam...

Sebenarnya dah lama laptop Nadia ni jadi sarang penternak virus yang unggul. Dari dulu lagi. Cuma nadia terasa malas nak format sebab...sebab...sebab malas la.heh. Leceh lorr. Mungkin sebab beli2 je dah terbeli windows yg ori so sayang nak format. Semakin hari semakin banyak virus yang berjaya diternak tapi virus2 ni belum menunjukkan taringnya lagi. Suatu hari, Nadia update Windows (ori punyer). Bila abis installation,tyme nadia nak start up, dah tak jadi. Virus tu dah serang file update tu jadi exe yg tak bleh bukak.Sudah...Agak bengang betul la dengan virus ni. Menyusahkan orang(dah sifat semulajadi dia, nak wat camne kan...). huhu.Dulu tyme pakai Norton ori selama 2 bulan dulu,takde pun virus-virus2 gatal nak masuk.Clean n clear! Bila expired je terus berlambak-lambak virus beratur nak masuk. Aiseh. Dah la dalam laptop ni ada citer best2. My Girl, Hello My Lady n lain2 (C agak besar 120 GB, so,agak aktif mendownload). Banyak khazanah berguna dlm tu. ..dULU memang berniat nak beli HDD tapi tak terbeli lagi smpai skg. Biasala,selagi tak parah selagi tu nadia takkan bertindak. Bila jadi camni,padan muka aku!hahahhaah

Bila tah nak antar repair. Takut je kalau dia cakap tak bleh backup sebab D dalam ni hanya bersaiz 1 GB. Mana muat.huhu

*hanya mampu pasrah

*UPM da start final exam dah. Exam ku jatuh pada 24hb ni straight sampai 31 hb. Fuh,dah la selang 3 or 4 hari untuk setiap subject. Pulak tu, killer subject semua.Mantap je subjectku sem ni.Aiseh,takde jalan lain selain giler2 study smpai 5 pagi nih.huhu