Aku malas nak embeded kat sini. Its quite embrassing actually.
Perasaan aku bercampur-baur bila terlihat video ni. Sempat jugak melakukan aksi ternganga seminit dua. Fuuuhhhhhyooooo!!!!! Bangga giler mereka menjadikan arak tu macam air biasa! PEREMPUAN PULAK TU. Bangga giler sampai sanggup rakam. Itu yang aku simpulkan bila tengok video ni. Nampak sangat nak tiru orang Barat. Pakai seksi, pasang lagu English lepas tu tayang beer, tiger n bla bla bla WTH???
Bagi aku, mana-mana negeri pun sama. Tak kisah lah datang dari negeri mana-mana pun , yang haram tetap haram. Pernah satu member tanya aku
Dia: Nadia asal mana.
Aku: Asal sini la.
Dia: Lahir kat mana?
Aku: Hospital Kuala Lumpur. Kenapa?
Dia: Takde la. Orang kata , orang KL ni jahat-jahat..
Aku: Tak payah lah buat penilaian macam tu. Tak semua macam tu.
Pernah jugak ada lelaki yang cakap perempuan KL ni tak boleh nak percaya sangat. Katanya pakai je tudung, sopan bla bla bla tapi belakang buat kerja jahat(buat @#$%^&* dengan bf). Bernanah jugak telinga aku mendengarnya. Nak sangkal pun tak boleh sebab kata-kata dia ada betulnya. TAPI TAK SEMUA MACAM TU. Dia menjadikan seseorang yang terdekat sebagai contoh. Aku kenal dia dan seriously aku pun tak sangka dia macam tu. Nasib baik la aku pun tak berapa rapat dengan orang tersebut, kalau tak maunya aku ‘basuh’ dia cukup2. Haha.. Tapi seriously aku tak boleh terima orang terdekatku (kawan baik) melakukan perkara terkutuk dan menghinakan. Aku jadi macam automatic tak suka dan menyampah dengan orang tersebut. Huhu. Tak baik kan macam ni? Sepatutnya kasi nasihat sebijik ke apa ke. Tapi kalau kene kat aku la, reaksi first bila aku dapat tahu adalah menjauhkan diri dari orang tersebut. Masa menjauhkan diri tu la aku akan fikir sehabis baik. Fikir apa tindakan aku seterusnya. Nak nasihat dia macam mana n bla bla bla.
p/s: Ada jugak lelaki yang nak serkap jarang(dengan cara bergurau) kata aku pernah ‘ringan2’ dengan bf. Ewah ewah sedapnya berkata-kata. Eh jap jap. Sape bf aku nih? KAHKAHKAHKAH!!!!
p/s: Aku tak kisah orang nak kata aku ni kolot ke, kuno ke atas sebab aku tak boleh terima benda2 yang aku state di atas. Arak, zina, pergaulan bebas, disco bla bla bla.. Pernah jugak orang kata aku ni kolot sebab tak bersosial dengan lelaki, tepuk-tampar, berhoi-hoi hoi semua, tapi…Ada aku kisah? HAHAHHA. Bagi aku rapat dengan lelaki ada batasnya. Kat tempat aku ni, aku memang baik dengan lelaki2 kat sini, borak2 sakan, sharing2 cerita . Tapi rapat pun takde la sampai berkumpul ramai2 kemudian bertepuk-tampar, terjerit-jerit, pukul-pukul manja ewah ewah..hahaha.. Lagi satu, mereka hormat aku. Kalau mereka (lelaki2 dan ada jugak perempuan seketul dua) duduk berkumpul ramai-ramai lepas tu aku tak join, takde la diorang nak cakap aku sombong ke apa. Mereka pun faham aku ni macam mana.Mereka tahu aku tak suka environment yang macam tu so that diorang takde nak paksa2 aku bersosial macam mereka. Aku hormat orang yang hormat aku.
p/s: Untuk video di atas, aku tertarik dengan komen ni
"gler bangga sial...kononnye la..bjet jer...kalo nk bjet sgt stakat guiness,tiger watpe...layan la arak mahal bodoh..nie arak murah watpe..hahaha"
Tergelak kejap aku baca komen ni. hoho
p/s: H1N1 dah menyerang UPM. Selamat bercuti seminggu pelajar2 UPM!