Pages

Kad matrik oh kad matrik !




kedudukan lampu flash ni memang strategik betul :D



Petang tadi saya dengan Sya kene tegur dengan seorang guard(kitorang gelar dia pakcik misai). Dan sebab tu la boleh terkeluar pasal entri kad matrik ni



Antara peraturan kat UPM (yang susah student nak ikut,yang selalu student protes tak puas hati)



1) Tak boleh pakai seluar jeans
2) Wajib pakai kasut bertutup
3)Wajib pakai kad matrik




Actually peraturan no. 1 dan no. 2 tu memang kebiasaan untuk student melanggarinya. Terlalu biasa. Selalunya pak cik misai je yang selalu tegur. Guard lain buat donno je.Tapi peraturan no 3 tu jarang orang tak ikut, tapi saya+kawan saya selalu tak ikut. Saya ni macam mempunyai satu tabiat yang tak suka pakai kad matrik. Tak tahu kenapa(susah nak explain). Walhal saya rasa itulah peraturan paling simple sekali dan mudah untuk diikut. Sejak kat matrikulasi lagi. Tyme kat matrikulasi saya hanya bawa kad matrik kalau nak masuk library atau nak outing je. Kalau waktu biasa-biasa tu takde la. Masa kat UPM pulak, setiap kali saya akan bawa kad matrik tapi tak pakai, simpan dalam fail je. Kalau kene tegur dengan pak cik misai, baru terkedek-kedek keluarkan dari fail dan pakai. Lepas tu tak sampai 2 minit berlalu, saya akan tanggalkan balik dan simpan dalam fail balik.haha.Tak makan saman punya budak. Banyak kali kene tegur dengan guard(pakcik misai). Siap nak ugut2 saman lagi (melayang rm50 kalau kene saman). Dah dekat 3 tahun kat sini, belum pernah kene saman (sebab tu bermaharajalela.hoho). So, kalau kitorang nak pergi mana-mana, kalau nampak pak cik misai tu, kitorang lari! Takkan lalu depan dia!




Pernah sekali tu saya, Sya dan Nora lepak-lepak kat ada satu tempat ni sementara tunggu start kuliah. Actually tempat tu dekat sangat dengan tempat perkumpulan guard-guard masa rehat. Tengah duduk leka melayani perasaan tiba-tiba mata saya tertancap pada seseorang yang berada jarak agak jauh dari tempat tu mendekati ke arah kami (tapi saya cam dia!). Dia PAK CIK MISAI!!!! Tanpa berkata apa-apa, sepantas kilat saya berdiri dan beredar dari situ. Dan tanpa saya sedari Sya pun membuat aksi serentak dengan saya (tak sangka dia pun perasan pakcik misai,ingatkan saya sorang je yang nampak dia). Kami berlalu serentak tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan seolah-olah macam masing-masing faham sendiri-sendiri tak perlu cakap. Yang paling kesian Nora la. Hahaha.. Dia terkebil-kebil tak tahu hujung pangkal kenapa kami berlalu tinggalkan dia dengan tiba-tiba tanpa memberitahu walau sepatah perkataan. Lama-lama sikit baru dia faham dan turut mengikut jejak langkah kami melarikan diri. Haha.




Ada sekali tu kami kene tegur sebab pakai sandle (tak pakai kasut bertutup.Pakai sandle biasa) masa bulan puasa ari tu. Bila dia keluarkan ayat ni “Lain kali pakai kasut bertutup. Ni bulan puasa, berdosa saya tengok ni. Kurang pahala puasa saya hari ini” tersentap kami ! Hoho. Tapi dia menegur secara baiklah, membebel macam ayah-ayah yang ingin menasihati anaknya. Sebab tu kami selamba je senyum-senyum masa kene tegur dengan dia (sebab kelakar la. Serius kelakar setiap ayat yang dia keluarkan). Minta-minta la dia tak cam kami. Mana la tahu dia ada anak lelaki ke, lepas tu saya tiba-tiba TERbercinta dengan anak lelaki dia ke, lepas tu saya tiba-tiba TERdatang rumah dia untuk beramah-mesra ke, lepas tu dia pun tiba-tiba TERkata la dengan anak dia “Eh, budak tak makan saman ni ko nak buat calon isteri? Reject2!” kah3x. Tak pasal-pasal. =P







Yang saya herannya, masa praktikal kat MPOB dulu ,24 jam kad student (khas untuk student yang buat praktikal kat situ) tergantung kat leher saya ni. Mana taknya, semua pintu kat situ kene scan kad baru boleh bukak. Even pergi masuk toilet pun kene scan kad. Nak pi kuar makan lunch pun kene scan kat pintu keluar. Agaknya kalau UPM buat macam tu, tanpa dipaksa, confirm secara automatic, kad matrik akan sentiasa tergantung kat leher saya. :grin:




p/s: Saya baru cerita peristiwa petang ni dengan rumate saya. Gelak guling-guling kitorang. Mana taknya, dia dapat imagine macam mana reaksi pak cik misai tu terkejut beruk tengok kad matrik Sya tanpa gambar+no matrik (yang tertinggal Cuma logo UPM je (cuba bayangkan, bayangkan). Sampai terkeluar perkataan “MasyaAllah, kenapa dengan kad matrik tu?” Act, gambar dan no. matrik tu diprint atas sejenis plastic nipis(kemudian dilekatkan di atas kad matrik yang keras tu) dan plastic tu senang tertanggal sampai saya kene letak selotape bagi tak tanggal. haha..Sampai sekarang geng kitorang jadikan isu plastic kad matrik tertanggal tu untuk usik Sya..heheh..Jangan mare ea Sya :)

Sory, saya tak berminat

Sejak dulu lagi saya menyampah dengan orang yang mengiklankan ‘perkhidmatan’ di ruangan social. Menyampah! Hee!! Kalau desperate sangat, pergi la Jalan Chow Kit atau Lorong Haji Taib kat sana. Rasa nak sound je mereka2 ni tapi takde kekuatan. Rasa kalau sound2 pun takda guna pun. Setakat kutuk2 dalam hati je la. Yang membuatkan saya sedikit kesal, kebanyakan mereka adalah Islam. Takkan mereka tak dikurniakan hidayah? Asyik buat perkara yang bukan2 je. Hee! Mengarut! Dunia dah terbalik! Dah nak akhir zaman.






Saya saje2 buat akaun tagged. Nothing, just wanna look around. Semua buat, saya pun try tengok2. Yang saya terperanjat ialah di perkhidmatan “Meet Me “ ni. Disalahgunakan oleh pihak yang tah apa2. Kepada yang tak tahu, ‘Meet Me’ ni macam kita punya primary photo(dan profile) akan disebarkan secara rawak kepada akaun tagged yang lain. Sekiranya kita berminat untuk ‘Meet’ dengan orang tu, simply click yes. Then tagged akan maklumkan kat pihak satu lagi yang orang sekian2 berminat dengannya. Jika dia turut berminat, just do the same, simply click yes and then MATCH! Dua-dua akan tahu yang masing2 match then terpulang la nak buat apa . Add jadi fren ke.Just nak mesej je ke. Atau NO layan je (macam yang saya selalu buat.kakaka.Buat sesuka hati) Dengan bermain ‘Meet Me’ ni lebih mendedahkan kita kepada ‘orang2 yang tak senonoh’ (lepas ni taubat tak bukak Meet Me ni) Saya view profile dia (sebab takde gambar owner kan, so saje nak tengok bagaimana rupa ‘orang tak senonoh tu’). Bila bukak je profilenya, penuh dengan gambar2 tak senonoh kat ruangan testimonial. Eeeeuuwwww!!!!! Terkejut yaamatz saya. Terus klik pangkah kat hujung atas kanan.



Mereka umpama pelacur@kasanova kelas atasan. Berurusan di internet. Mereka tak ada maruah! Mereka tak ada harga diri!


Ya Allah, kurniakanlah mereka hidayah.Amin!


Yang saya perasan, Friendster lebih sopan daripada tagged ni. Takde gambar2 tak senonoh. Sebab itu saya hanya aktif friendster je.



Tagged macam pelik. Sepanjang ‘my look around’, kalau gambar perempuan cantik je (cantik setelah diedit guna adobe :D ) mulalah berlambak pujian dan comment2 dari lelaki “Cantik la u ni. Nak kenal boleh?” atau “Awak perempuan yang paling cantik yang pernah saya jumpa. MasyaAllah” n bla bla bla. Kalau profile lelaki2 ‘perasan macho’@ posing ala2 kasanova pulak berlambak la komen2 dari perempuan “Hai encem!” atau “Hye boleh kenal? U ni hensem la” atau “Ala ala, cutenya…” atau yang gaya manja2 sikit "Awak, taya nak tito dulu ea? Nak itot?" (translate: Awak,saya nak tidur dulu ea?Nak ikut?). Saya memang tak berapa berkenan dengan perempuan yang style cakap 'pelat ala-ala manja' ni. Terutamanya bila mereka tujukan ayat itu kepada lelaki yang baru je mereka kenal. Erk???



Oh ya! Saya pernah terbaca pengalaman orang yang mengalami ‘penipuan internet’ di mana bila lelaki tu meet up dengan seorang perempuan yang dia kenal melalui laman sosial (contoh:friendster,myspace). He found that the girl not as he imagine before. Indah khabar dari rupa. ‘Tak secantik yang dia tengok dalam gambar2 kat ruangan social tu’. Maklum lah, gambar edit guna adobe (saya yang still tak pandai guna adobe ni pun dapat bezakan sesebuah gambar tu diedit guna adobe@tak). Kecewa dia (tu la akibatnya kalau berkawan sebab rupa kan).Hahaha. Tergelak saya baca pengalaman lelaki tu dan bila saya cerita dengan kawan2 saya, kesemua kawan2 saya pecah gelak serentak masa saya cerita kisah tu. Sounds funny right? hohoho :grin:



p/s: Sebenarnya saya macam dah boring jugak dengan friendster ni. Rasa nak delete tapi mengenangkan ramai kawan2,sekolah lama, upm, semua ada di friendster, saya tak jadi delete. Saya takut lost contact dengan mereka. Macam biasa, hp kadang2 bukannya berkesan untuk medium perhubungan. Kadang2 simcard hilang, habis hilang semua nombor. So, cari balik mereka2 ni kat friendster balik :D



*I love my lappy because my friends live in it*

Impian tercapai dan.....???

Akhirnya tercapai impian nak beli External Hard Disk. 160G RM175. Beli kat Plaza Low Yatt. Quite murah kan? Lepas ni bolehlah mengsave cerita2 korea untuk ditonton bersama nana kat rumah nanti :grin: Khamis lepas (new year) saya pergi jalan2 kawan2. Sungei Wang Plaza ,Plaza Low Yatt,Times Square dan Sogo. Hahaha 4 tempat sekaligus(tapi barang tak beli banyak pun. Jalan je lebey sampai sakit2 kaki). Dari Sungei Wang Plaza nak pergi ke Low Yatt memang pening gila nak cari jalan. Last2, kawan2 saya yang jumpa jalan dan ketiga-tiganya berkata serentak kepada saya sambil gelak2 “Aish…Siapa orang KL sekarang ni? Aishh…” Saya pun apa lagi,blushing2 la(:grin:). Saya ni nama je orang KL, tapi kesemua plaza-plaza itu saya mana biasa pergi. Jalan2 kat KL tu pun saya tak berapa biasa sangat (sebab jarang berjalan.Rumah lebih heaven :D).


Saya teringat masa ada satu kejadian form 4 dulu(masa skool kat taiping). Masa saya balik rumah, bus dari Taiping ke KL tak berhenti betul2 kat Puduraya. Sebab tyme tu ramai pelajar2 asrama balik untuk cuti Hari Raya, jalan sesak kat KL tu.Dia berhenti kat kawasan mana tah (saya tak tahu). Dah la saya balik sorang2 masa tu. Saya jalan dan terus berjalan (konon2 nak pergi Pudu sebab family saya tunggu di sana). Masa tu saya stuck kat ada satu bus stop nih.Saya sesat! Oh no!! Saya macam tak percaya (tapi terpaksa percaya).Lepas tu saya nampak banyak orang-orang asing (note:Bangla). Mestilah saya menggelabah! Manalah tahu mereka nak culik saya ke,rompak saya ke. Dahla mereka pandang saya semacam. Saya jadi macam takut la.Segera saya telefon ayah saya suruh amik. Tapi disebabkan saya tak tahu lokasi saya masa tu, saya bagi tahu segala papan tanda yang saya nampak at that tyme (Mc D, tulisan Yang DiPertuan Agung). Kakak saya yang angkat phone tu dan kata “Apa? Kat mana?” banyak2 kali. Berbuih mulut saya beritahu, dia tak dapat tangkap apa yang saya cakap.


Disebabkan saya tension(plus takut) saya TERmenangis kat dalam telefon. Actually bukan menangis tapi suara yang sebak(sebab geram dengan dia,cakap banyak2 kali pun masih tak faham2.Hee!). Kakak saya dapat dengar suara saya macam tu pastu dia cakap sambil gelak kuat2 “Ko nangis eh?”. Boleh dia gelak2 lagi? Geram! Pastu dia pass kat ayah saya dan nasib baik, ayah saya dapat trace lokasi saya kat mana masa tu. Masa emak,ayah,nana n fiza dapat jumpa saya, abis saya kene gelakkan. Dari jauh mereka gelakkan saya. Sampai sekarang isu tu digunakan oleh mereka sebagai modal untuk digelakkan “Ada orang tu nangis2, tak tahu jalan kat KL”. Malu okeh! Hahha. And then masa saya keje kat Kota Raya lepas Spm dulu, saya take the opportunity untuk cam jalan, kenal pasti jalan2 kat situ. Sekarang saya kira dah master kot jalan kat area2 Pudu Raya, Kota Raya dan Jalan Sri Petaling tu (tapi segala Plaza-plaza yang saya pergi bersama kawan2 saya tu saya tak pass lagi.Pergi sepuluh kali baru cam kot :D )



p/s :Masa singgah kat Times Square saya nampak hiasan cantik,apa lagi amik peluang la bergambar. Ramai betul manusia yang mengambil gambar kat situ. Pokok Sakura (tiba2 teringat cerita PARA-PARA SAKURA:D )





2009..Saya macam tak percaya saya dah berumur 22 tahun sekarang. Oh my God! Entah kenapa, saya rasa masih di sweet 18 la. Kenapa agaknya ya?