Pages

Riang-ria lupakan yang tak best. Ingat yang best-best saja

Cam pelik je tajuk entri kali ni. Sumpah tak tahu nak letak tajuk apa (setengah jam fikir ni.hahha..Boleh pulak). Gambar pun tak tahu nak letak gambar apa. Pagi semalam pergi fakulti jumpe supervisor projek final year (Prof. M). Untuk hantar borang penghantaran lewat thesis. Ye, result analisis tak dapat lagi so tak boleh hantar lagi la full thesis tu..huhu



Sementara tunggu Prof masuk bilik , saya dengan Sya lepak-lepak di lab sambil bercerita. Bosan giler duduk kat bilik nih. Maklumlah dah habis exam kan. Tiba-tiba, sya buat idea spontan. “Jom keluar beli barang hari ni.” Saya pun menjawab spontan tanpa berfikir panjang. “Jom2!!”, tanpa sedar yang dirinya itu sedang berbaju kurung.



Bila sedar dirinya berbaju kurung, nadia pun melemparkan kata-kata yang serius dan bernada kecewa kepada Sya “Ala, kite pakai baju kurung la. Sya takpela pakai seluar. Ok lagi. Ni pakai baju kurung ni nanti tak boleh la masuk kedai Body Shop, Sya kene masuk sorang-sorang la, kita tak boleh teman” kahkahkah. Cakap sinis asyik nak memperli je nadia ni. Gelak kejap kami sebab teringatkan kes dahulu. Masih dengan entri akak body shop tu? (siapa belum baca boleh klik di sini). Haha..Tahu tak, lepas je kejadian yang dalam entri tu kan, kami rancang nak pergi lagi TETAPI DENGAN BERPAKAIAN SELUAR DAN BAJU YANG FANCY ALA-ALA GADIS KOREA TETAPI VERSION BERTUDUNG PUNYA.. (bayangkan,bayangkan. Eceh, ni nadia je yang pandai2 bayang dalam kepala) hahaha (gila fashionable!). Lepas tu kami nak mengenakan akak tersebut dengan berkata (dan lakonan sekali+memek muka). Bayangkan, bayangkan.


Dulu I pakai Christian Dior punya jenama. Tapi, bf baru I ni tak berapa suka bau tu. Katanya kuat sangat dan pening kepala. Sayang punya pasal, I ikutkan aje. Dia cadangkan I pakai body shop. And kebetulan I like something yang fruity macam body shop ni . Baru je tahu ada jenama Body Shop ni since I baru balik dari oversea , so tak tahu sangat perkembangan kat Malaysia ni. I kat oversea since umur 10 tahun lagi ( perlu ke cerita ini? ) Minyak wangi mana kat body shop ni yang paling mahal? Sebab I tak pakai minyak wangi murah2 sangat ni. Allergic sikit, gatal-gatal badan.”



Kahkahkahkah!!! Giler punya berlagak@perasan@poyo dan sewaktu dengannya ayat tersebut. Semua ayat itu memang 100% tipu tak ada yang betulnya melainkan yang tipu-tipu belaka. Harus diingatkan, ayat berunsurkan berlagak memang tepat dengan orang yang berlagak (dan sewaktu dengannya) jugak. Tapi, nak buat benda ni memerlukan perancangan yang rapi (latihan cakap, gaya) sebab nak kasi impact yang besar sikit kepadanya. Tetapi, sebagai seorang manusia yang naturally tak pandai berlagak atau tak pandai menonjolkan kelebihan diri atau tak reti exposed terlebih-lebih, so benda ini memerlukan latihan sikit la. Nanti malu lakonan kantoi ke apa. Tapi, err, membazirkan masa untuk orang yang tak berapa penting macam tak perlu lah kan?…hahaha.. Cancel lah, tak jadi. Eh, jap jap. Ya Allah, cerita mukhadimah pasal akak tu je dah memakan isi hampir satu entri. Ok, tutup cerita pasal akak tu, sambung balik kisah tadi.




Perancangan memang nak pergi Mid Valley tadi, tapi takde keje ah nak masuk Body Shop lagi. Kami rancang untuk membeli barang-barang untuk tut tut tut (akan diceritakan nanti). Sya ajak pergi Jalan Masjid India. Lepas tu rancang nak pergi beli tut tut tut kat Mid Valley sebab setahu aku Giant, Econsave,Carrefour mana ada kat tengah-tengah bandaraya KL nih. Apa lah, nama je Bandaraya tapi sebijik Giant@Econsave@Carrefour pun takde. Lepas tu try-try nasib cari kat Sogo, ingatkan takde benda yang dicari, rupa-rupanya ada. Cancel pergi Mid-Valley. Whihihi.Berbunga-bunga riang kami dan membeli dengan riang gembiranya...Tambah-tambah bila jumpa benda kegemaran kan, hilang kawalan sekejap. Sampai Sya cakap “Ya Allah, ady. Excitednya. Sabar-sabar.” Hahaha.. Dan, rupa benda yang berjaya meng-excitedkan diriku akan diceritakan kemudian (mau cerita panjang sikit.mueheheh)


Last but not least


1.Macam biasa, tadi aku tak ingat jalan. Sampai sekarang belum master (pHD apatah lagi) jalan kat KL area2 belakang Jalan TAR, SEMUA HOUSE, JACKEL. Sampai Sya memperli “ Aish, sape orang KL ni? Kite ke ady?” kehkehkeh. Macam familiar je ayat tu, selalu dengar..wakakakakaka!! Well, biasalah. Dalam sejarah, masih wujud jugak orang yang dah pergi tempat sama berpuluh kali tapi tak ingat jalan. Ye ye ye, aku tak suka nak menghafal jalan ni. Setiap kali keluar dengan kakak@emak, aku menonong je ikut diorang. Haha..Malas nak menghafal selok belok jalan berpusing-pusing itu.



2.Dulu pernah masa first tyme aku sampai kat tempat yang ada banyak giler vcd&dvd korea original tapi murah-murah+poskad citer korea +poster citer korea yang best,, aku hafal jalan nak pergi kat situ macam mana (area kota raya). Hafal macam hafal untuk exam. Dan paling tak sangka, akhirnya aku dapat kerja kat tempat yang aku admire tu. Happy giler+bunga-bunga riang masa tu. Bayangkan, tempat yang selama ni aku admire dan mampu pandang dari jauh je (sebab kat situ orang cina je ramai, segan weh aku tetiba malay kat situ) tiba-tiba aku jadi a part of them.


3. Tak sabar menantikan hari tersebut. Nora la, potong stim (Sya cakap,nadia sokong). Tiba-tiba ada hal pulak. Aih, takpe…Tapi, kene balik kolej cepat ye nora. Secepat-cepatnya.


4. To kak nadxoxo and yana. Sorry dear, entri yang lepas ku rasa macam emosi terlebih-lebih (yang mungkin ada yang tak relevant) sebab tu close comment.Bila menaip dalam keadaan emosi tak menentu+kepala tak betul, nadia selalu close comment sebab akan rasa macam cakap sorang2 tiada orang dengar sebab tu boleh lepaskan emosi sepuas hati. huhuhu

Tension kemudian bahagia.


Ya Allah, kenapa susah sangat soalan tadi neh? Ya Allah. Ya Allah Ya Allah. Tak pernah aku sit exam soalan yang susah giler nak mati sepanjang 3 tahun aku bergelar student UPM dan sepanjang 22 tahun bergelar pelajar. Dah la subjek yang memerlukan penghafalan yang tinggi. Berlambak pulak tu. Banyak giler proses-proses yang perlu dihafal yang confirm akan merencatkan urat saraf kalau dihafal secara total kesemuanya. Nanti tak pasal2 aku meroyan masuk Hospital Bahagia. Memang tabik spring la siapa yang hafal kesemuanya itu.




Kadang2 faham memang faham. Dah baca berulang kali mesti faham punya, tapi subjek ni memang tak leh lari dari penghafalan. Faham lah macam mana pun , kalau tak hafal memang tak boleh jawab. Apasal la lect tak bagi hint. Subjek yang lepas (ala-ala subjek Petrokimia tapi yang basic punya) pun susah gak tapi at least mereka bagi hint. Hint tu bukan bermakna mereka bagi soalan apa yang keluar sebijik2. Tapi tajuk kecilnya. Means , kita hanya baca tajuk yang hanya masuk exam je. Yang tak masuk boleh diabaikan.




Aku geram betul la dengan UPM ni. Haaa..Amik ko. Apasal takde study week? Ramai yang merungut. Aku rasa jeles je dengan uni lain yang ada study week. Dah la jarak examku dekat-dekat tarikhnya. Adeh, tension. Aku rasa kalau ada study week, aku taklah tension macam ni.




Apasal lah subjek ni susah sangat. Kami berangan2 tadi, kan best kalau subjek ni macam subjek Computer Programming I dulu. Subjek fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat yang kami amik masa sem 4 dulu. Esok final exam, malam ni baru baca nota, itupun nota ringkasan. Lepas tu result yang keluar boleh buat tersenyum. Ni subjek Petrokimia ni, bacalah sehari suntuk ka, dua hari suntuk ka, tiga hari suntuk ka, belum tentu boleh jawab baik punya.




Tadi masa bukak je soalan Dr Taufiq, aku rasa macam …. Blurr… Apasal susah sangat? Sya kata, keadaannya macam darah menyerbu bakkk dalam kepala. Aku? Err..Apasal macam rilek?hahahah. Mungkin sebab susah betul punya susah, aku pun macam “Owh, macam ni ke soalan dia, ok memang susah!” Buka muka surat sebelah lagi “Okay susah”. Bukak muka surat lain “Ok, memang tak tahu nak jawab”. Next, “Ni soalan ke apa ni?” Memang tak boleh blah. Terus ambil part Dr Irma dan bukak kertas soalan, Okay, jawab yang part dia dulu. Part Dr Taufiq jawab last2.. hahaha..Nasib baik aku ni jenis yang tak mudah menggelabah ke apa ke. Kalau tak, mau je aku pura-pura pengsan lepas tu konon2 tak boleh sit final exam sebab pengsan. Wakahkahkahkah. Tak sit exam sebab pengsan nampak macam bermaruah sikit daripada sit exam tapi markah tak ok..hahaha. Giler!


p/s: Otakku bukan jenis yang menghafal. Aku prefer praktikal dan teknikal. Itu baru aku sedar sekarang. Aku ingat aku ni jenis yang kuat menghafal, rupanya bukan.hahaha =)


p/s: Final exam ku dah habis kesemuanya *sila baca dengan nada bahagia*. Tamat sudah riwayatku setelah 3 tahun bergelar pelajar UPM. Cehhh..Ayat tak leh blah... Mungkin ini secara tak langsung membuatkanku tak berapa nak sedih walaupun exam tadi buat macam ape je...huhu..Selamat tinggal nota kuliah, anyungighaseyo assignment, bubye lab report, sayonara kesemuanya yang berunsurkan skema itu.



p/s: Sekarang penyakit BBO ku dah datang. BBO=Baca blog orang. Yeah, nadia akan menggeledah blog2 yang ada di rantau ini. Lompat sana-lompat sini. Mari berfoya-foya di internet. muahahahaa!! Macam ganas je bunyi dia. Masuk internet tanpa teringatkan nota kuliah memang heaven. Oh ye, projek tetap tak boleh lupa, sebab belum settle lagi. Ya Ampun, bukan salah guwe, tu test NMR , pegawai Sains fakulti tak boleh buat lagi.Siap boleh pergi PD tu.. Orang kat sini semua dah menggelabah projek tergendala sebab tak dapat result test tu, dia boleh pergi PD plak..Adeh, dah nasib, dia sorang je yang pandai guna alat tu.

Agak-agak la kalau nak kutuk pun...




source: flickr
err..gambar takde kaitan dengan entri. Tak ada idea nak letak gambar macam mana. Macam comel jek sebab tu saya letak ni.hoho




Tak tahu nak update apa dah ni. Bila baca entri rakan sekolej (Aimi Liyana), tiba-tiba dah ada idea dah. Heheh..Itu lah gunanya blogger kan? Bila takde idea nak buat post, baca je blog orang. Confirm dapat idea..hehee..Okay, back to the story, saya teringat masa awal sem dulu. Kami, (saya , Sya dan Nora) masa masuk ada satu bilik kuliah ni, kami selalu aim ada satu tempat duduk ni. Tempat duduk tu kira macam selesa giler la. Sebab dalam bilik kuliah tu, kebanyakan meja macam dah nazak ke apa tah.hahaha.. Tercabut sana-tercabut sini. Patut tutup je la bilik kuliah tu la okay.hahaha..Ok, ok move! Move!





Nak dijadikan cerita, tempat duduk tu macam ‘berhantu’ la pulak (Aiyyooyoo!). Err.. sebenarnya, tempat tu ramai peminat la pulak. Ada sekumpulan pelajar cina ni selalu lah ‘compete’ dengan kitorang semata-mata nak dapat tempat tu. Yang kelakarnya, setiap kali kelas tu, kami seolah-olah macam ‘berlumba dalam diam’ nak dapat tempat tu. Kadang2, mereka dapat tempat tu, kadang2 jugak kitorang dapat tempat tu. Disini pakai konsep siapa cepat dia dapat.Yang tak boleh blah tu, tak sangka ia macam menimbulkan ‘rasa tak puas hati’ di pihak mereka. Kitorang rilek je takde rasa apa. Bila nampak mereka dah duduk tempat tu, kami carilah tempat lain apa susah. Tak pernah komplen apa pun. Mereka plak yang menggelabah, rasa tak puas hati la, komplen sana sini, semua la. Setiap kali nampak kitorang dah duduk, mereka akan buat muka sambil menjeling.





Macam mana kami dapat tahu mereka tak puas hati? Jeng jeng jeng! Glad we have Nora among us. Hehehe… Ada sekali tu, masa kitorang dapat tempat duduk tu, mereka macam pandang kitorang lepas tu cakap something sesama mereka. Mereka mengumpat kami okeh! Depan mata kami dengan jarak tak sampai 1 meter pun. Kuat plak tuh Beraninya. Ok, memang berani, sebab mereka berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Mereka ingat kami tak faham lah kot mereka cakap apa since masa tu sem 1, bahasa Cina tak ditawarkan kepada kami sebagai subjek pilihan untuk semester itu. Nasib baik Nora faham mereka cakap apa (dia pernah sekolah cina dulu). Nora pun beritahu kami on the spot. Masa dengar tu, memang macam panas jugak la sebab mereka ada kaitkan dengan bangsa Melayu ke apa tah, lupa la pulak.Tapi, i'm preety sure ayat yang digunakan boleh menaikkan kemarahan orang lain. Mereka melepaskan ke-bengang-an dalam bahasa mereka (Cuba bayangkan orang melayu tak puas hati biasanya akan cakap apa, sure bodoh bangang semua keluar) . TAK DAPAT TEMPAT DUDUK PUN BOLEH BUAT BENGANG KE? ADEH, TAK FAHAM BETUL LA.




Haiyoohh, kalau nak kutuk pun agak2 sikit la. Kutuk jauh-jauh sudah. Kalau nak kutuk benda yang boleh kami perbaiki takpe lagi..Ni nak perbaiki apa? "Tempat itu direserve untuk mereka so tak boleh duduk?" Ewah-ewah, macam VIP la pulak kan.




Lepas tu, saya cakap dengan nora, “Nora, macam mana nak balas balik? Bahasa Cina jugak. Bagi ayat dasyat2 sikit” sebab bila ‘membalas’ dalam bahasa yang kita tak faham, akan rasa macam tak bersalah sangat mengutarakan ayat sebegitu. Hahahaha.. Kalau setakat nak cakap “Chee- see” (gila),macam dah common sangat, sebab tu tanya nora cari ayat yang lain sikit. Bila dah dapat ayat yang nak dicakap, saya apa lagi bersuara la (konon-konon berborak sesame sendiri membalas mereka dalam bahasa Cina),saya cakap perlahan je la. Lepas tu nora menyampuk “Tak yah la ady” sebab maknanya agak tak sopan dan berunsurkan carutan bagi orang cina..hahaha..So, cancel cakap. Tak jadi. Lagi satu, tak nak bocor rahsia kami tahu apa mereka kutuk kami (sebab nanti tak boleh pasang telinga dah apa mereka cakap pasal kami lagi. Mesti mereka control )




Sekarang, ok je.. Sebab dah lain-lain kelas, tempat pun dah lain, takda rebut-rebut dah kan..hahaha..



p/s: Masa tahun ke-dua baru aku first time dengar nora bercakap bahasa Mandarin. Since takde orang tahu dia boleh cakap cina, so dia tak pernah la keluarkan bahasa tu untuk berkomunikasi. Masa tu, ada sorang budak cina ni kitorang baru je kenal tapi memang boleh borak rancak gile la even for the first tyme jumpa (biasanya balik dari cafe pukul 9 malam, tapi untuk hari tu, disebabkan rancak borak, kami bersurai pukul 11).Peramah orangnya. Dia macam impress bila nora cakap dia boleh cakap cina. Budak tu pun nak test la, ajak nora berkomunikasi dalam bahasa Cina. Hah! Amik kau! “Cong ceng cong ceng meng wa, cong ceng cong ceng yow la, cong ceng cong ceng…” (satu apa pun aku tak paham).Siap gelak bagai. Terkebil-kebil aku kat situ. Nak menyampuk tak boleh. Dahla kami bertiga je kat situ (Saya, nora and Chinese tu). Sudahnya, macam tunggul la kat situ dalam setengah jam.hahah..Geram je. Rasa cam nak cakap “Dah, dah! Switch to BM balik.” hahaha




Kesimpulan entri (Eceh, sejak bila plak entri nadia ada kesimpulan2 neh?):



1) Belajarlah banyak bahasa. Tak rugi pun :)
2) Cakap siang pandang2
3) Kalau nak buat benda tak baik, jangan ingat orang lain bodoh tak tahu apa. Kadang2, orang lebih suka berdiam-diri @ berpura-pura tak tahu apa-apa kerana ingin melihat apa tindakan anda selanjutnya.
4) Kalau nak kutuk orang dalam bahasa yang tak difahami, silalah belajar bahasa Negro ka, bahasa Urdu ka, confirm2 lah orang lain tak kan faham punya. Kahkahkah!


p/s: malam ni ada satu paper. Pagi esok ada satu paper lepas tu yahoooo...Tapi...adeh, paper untuk pagi esok memang banyak benda yang nak dihafal. Meroyan sekejap.