Pages

Pencarian 'Gerhana'

Setengah jam aku pusing2, tak jumpa yang nak dicari. Biar betul! Punya besar macam ni takkan takde?


Tanya pekerja kat situ dia kata habis stok. Tanya dia bila stok baru sampai, dia cakap tak tahu. So, kalau aku datang sekali lagi habis jugak macam mana? Aku tanya bila sampai stok baru “Dah habis stok dah. Ramai orang cari jugak buku tu”.---aish, bosan aku dengar statement tu. Kalau tak ramai orang cari takkan habis stok lah bukan? Tak menjawab soalan dia ni.I ni tak boleh jadi ni. Aku pergi kat counter customer service. Jumpa dengan Manager kat situ.


Aku: Encik (dia lelaki). Serius ke novel Eclipse ni dah habis stok?
Encik: Kejap ea saya cek….

Dia bawa satu kat tangan dia. Nak wat rujukan kot. Pastu aku nampak dia ada telefon2.

Encik: Kat sini memang dah habis dah. Semua store satu Malaysia dah kehabisan stok dah(Biar betul?!) . Tapi kalau kalau ada lagi kat store simpanan mungkin kita boleh bawa keluar tapi rasanya kat store simpanan pun dah nak habis jugak. So kita kene buat order baru.

Aku: Habis tu bila order baru sampai? I mean the exactly date.

Encik: Itu kita tak sure. Kita kene buat order dari US . Mungkin lepas shipping semua, dalam dua bulan lagi.

Aku: Haaa?? Dua bulan? Lambatnya… Errr.. kalau saya nak beli yang itu (tunjuk yang kat tangan dia), tak boleh ke?

Encik: Yang ni customer dah reserve. Yang ni memang kita order straight dari US terus sampai sini (aku lupa ayat dia tapi maksudnya customer tu bayar semua kos termasuk shipping dan harga buku . Fuh dasyatnya).

Aku: Since saya tak tahu exactly date buku tu sampai, so kalau nak buat reservation macam mana?

Encik: Ohh, tu kene buat weekdays. Errmm, cik dah try cari kat Borders? Cuba try cari kat sana. Mungkin ada. Borders ada kat The Garden (sebelah Mid Valley je).


Balik la apa lagi. Sambil tu sempat ambik risalah MPH (yang ada no fon setiap cawangan). Telefon cawangan JJ Maluri. Orang sana kata “Cik try cari kat cawangan Mid Valley. Sana ada 27 stok lagi.” Aku jawab “Haa saya kat Mid Valley la ni. Diorang kata dah habis stok” . Dia kata tak boleh buat apa selain tunggu stok baru sampai. Pergi Borders kat The Gardens tu. Takde jugak. Ya Ampun penatnyaaaa!! Tyme tu memang nak give up dah. Singgah McD. Belek2 no telefon MPH bookstore seluruh Malaysia tu. Tengok2 mana2 cawangan yang aku possible untuk pergi. Nampak BB Plaza, hati terus terdetik. Terus telefon


Aku: Ini MPH BB Plaza kan? Boleh saya tahu buku Eclipse yang penulisnya Stephenie Meyer tu ada stok tak kat sana?
Encik:Kejap ea.... Eclipse yang Twilight Saga ke? RM 49.90
Aku: Haah, yang tu la
Encik: Ada.
Aku: Hah, ada? (suara excited) Reserved kan untuk saya boleh? Kejap lagi saya sampai sana ambil.
Encik: Hari ni ke?
Aku: Haah, hari ni. Kejap lagi saya datang. Amik nama and no. contact saya.


Yahooooooooooo!!!!!!!! Hilang segala penat. Terus aku tarik tangan nana blah dari McD tu.



Okay , aku tak larat nak sambung dah.Nak tidur dah ni. Actually aku tengah tulis entry ni dalam keadaan pening kepala ni. So kalau rasa macam ayat atas ni bayak kesalahan ejaan ke, ayat tunggang-terbalik ke, so-so je lah, aku tak larat nak cek ni. Aku kalau berjalan terlalu lama memang macam ni la gayanya. Pening kepala! Tak tahu kenapa tah. Mungkin kepala jadi banyak angin. Memang kalau jalan lama mesti pening kepala. Kalau pening kepala mesti jalan lama. Eh? Tu dia, ayat pun dah terpening-pening dah. Chow dulu.


p/s: Mak aku cakap kitorang terer sebab berjaya pergi dari Mid Valley ke BB Plaza. Sebab before tu aku memang tak tahu apa-apa ni, main redah je. Mak pelik macam mana aku boleh pergi jugak. Mak tanya aku naik apa, naik teksi ke apa. Ceh, tak mainlah teksi beb, pengangkutan awam kan ada. Hahaha.. Mengagau ok aku cari jalan nak pergi BB Plaza dari Mid tu. Susah okay. Kejap naik STAR LRT , kejap naik Monorail, jalan jauh lagi. Haishh…Tapi..errr...Berbaloi-baloi! Teheee..

Koleksi buku Twilight Saga dalam BM

Masa belek2 gambar kat phone, aku ternampak gambar ni. Lupa nak memblog pasal ni dalam entri new moon yang lepas. Masa aku dengan nana beli buku Breaking Dawn tu, memang terkejut la sebab terjumpa buku New Moon yang versi Bahasa Malaysia punya. Tak caya jom tengok gambar bawah ni



Lokasi ni kat POPULAR Jaya Jusco Cheras Selatan (Balakong). Aku rasa kat MPH ada la kot. Cuba tengok rupanya, memang exactly sama dengan yang english punya. Dan aku memang dah belek2 isi kandungannya, sah BM! Tapi bahasanya ala-ala klasik kot. Ayat skema. Aku mana biasa baca ayat2 skema ni. Semakin tak skema bahasa dalam novel melayu, semakin aku suka. hahahaha


Kalau rasa macam tak faham english langsung bolehlah try2 tengok version BM punya tu. Tapi bagi orang2 yang english tahap terer atau yang biasa2, better beli yang English version sebab aku rasa ayat BI nya takde la high sangat, mudah difahami. Oh ya, version BM yang ada setakat ni Twilight (Senjakala, ala awat la pelik ayat tu bila ditranslate dalam BM) dan New Moon(Cinta Baru) je. Yang Eclipse and Breaking Dawn aku rasa belum keluar lagi la kot BM version. Later, keluar la kot.


Okay, tu je yang aku nak beritahu. Bye.

p/s: Tak jumpa lagi buku Eclipse! Ni mesti semua yang tengok New Moon kat wayang terus rembat Eclipse sampai habis stok, aku nak beli pun takde. Grrr... Esok aku nak try cari kat MPH Mid Valley.

TAK ADA KAITAN DENGAN ENTRI:

Minta2 malam ni ada berita yang menggembirakan untuk aku dan nana. Masa dengar bau-bau bacang pasal berita berkenaan aku dengan nana dah nyanyi sakan dah. Kami nyanyi sorang2 dah macam orang tak betul dah. Kalau la berita berkenaan betul2 terjadi dan jadi kenyataan, memang akan pengsan dan akan sewel dalam masa 5 minit sekejap.

Kalau betul2 jadi kenyataan, anda dapat saksikan kegilaan aku dalam blog ni nanti.

Kalau tak jadi kenyataan, takdelah gila.hahaha

p/s: Ada urusan japgi. Will come back soon

Solution



Aku nekad. Isnin ni aku akan berjumpa dengan Manager aku dan berterus-terang. Aku tak boleh berlengah dah. Sakit jiwa aku okay. Dia sendiri pernah cakap dengan aku, kalau ada apa-apa yang aku nak bincang dengan dia, boleh bincang terus. Kali ni aku yang buat keputusan. Tunggu dia buat keputusan memang tunggu bulan jatuh ke riba lah kot. Bukan nak kata apa kan, dia ni jenis yang ketuk dulu baru jalan. Satu dua tiga lekuk, kepala kau aku ketuk. Eh, ni lirik lagu lah bukan? Okay kita sambung. Mula2 aku tak nampak hal ni. Bila benda ni disuarakan oleh SETIAP orang yang aku jumpa membuatkan aku terfikir. Actually lama dah aku terfikir benda ni cuma aku diamkan dulu. Nak tengok reaksi dia macam mana. Saje aku nak tunggu dia buat keputusan dulu. Bila orang lain mula perkatakan dan aku pun rasa masa dah mencukupi, aku akan bertindak sekarang. Ya , ISNIN NI aku akan bertindak.


Disebabkan dia jugak la, Manager aku yang kedua, yang ada common sense tu berhenti. Guys, aku nak bertanya something. Gaji seorang manager di syarikat multinational bassed US around berapa? Kat sini kalau eksekutif biasa pun dah lebih 3K , manager mungkin around RM7000 la kot. Tetapi gara-gara tak puas hati dengan manager aku yang walaupun nak dekat setahun kerja tapi kerja ala-ala macam 1 bulan kerja ni, dia sanggup berhenti dengan notis 1 bulan. Kalau nak berhenti, manager biasanya kene bagi notis 3 bulan, otherwise pekerja berkenaan kene bayar kat company. Ya, Manager aku yang dah berhenti tu sanggup bayar lebih kurang dalam RM14000(2 bulan gaji) gara-gara tak sanggup nak tunggu dah. See, betapa bengangnya dia dengan manager aku tu. Bukan sebab perang mulut ke apa, semuanya soal kerja.


Eh, aku bukan nak terminate. Jangan sangka yang bukan-bukan ye.


Aku terima setiap kelemahan orang seadanya. That's why aku akan fikir cara yang paling baik, yang paling manis, yang paling lembut supaya dia faham apa yang aku nak sampaikan tanpa dia rasa rendah diri ke apa ke. Tanpa dia sedar, aku yang sebenarnya yang buat keputusan, bukan dia. Aku rasakan tindakan aku ni bukan terburu-buru. Kawan2 yang rapat dengan aku mesti tahu, setiap apa keputusan yang aku buat, aku akan pertimbangkan sebaik mungkin, dan akan berfikir sedalam-dalam-dalam-dalamnya(3 hari aku fikir okay). Aku akan fikir pro dan kontra dan perhujahkan sebaiknya pro dan kontra itu. Kemudian, baru keputusan akan dibuat. AKU BUKAN SEORANG YANG BERFIKIRAN SINGKAT.


Moga Allah permudahkan aku. Dan semoga ini tidak merenggangkan hubungan aku dengan dia. Aku rasa semuanya akan okay dan berjalan lancar. In case, if worse come to worse, aku sedia terima risiko. Kalau tak berani terima risiko, baik tak payah buat keputusan lah bukan?


p/s: Dia baik, dia okay, tak pernah marah aku walau sesaat tapi disebabkan dia tak ada common sense tu membuatkan segalanya kelam kabut. Sampaikan aku rasa Manager aku kat 7-E yang hanya SPM je tu pun ada common sense dan boleh menjadi ketua yang baik. Aku pandang orang bukan kepada kelulusan dia. Tapi aku pandang kepada cara dia buat kerja, dan cara handle pekerja. Tak kisah la ko master ke, degree ke, SPM ke, kalau kau pandai membuat keputusan, ada common sense dan boleh menjadi ketua yang baik, aku salute ko. Apa guna master@degree kalau nak buat keputusan simple pun tak boleh?