Aku nekad. Isnin ni aku akan berjumpa dengan Manager aku dan berterus-terang. Aku tak boleh berlengah dah. Sakit jiwa aku okay. Dia sendiri pernah cakap dengan aku, kalau ada apa-apa yang aku nak bincang dengan dia, boleh bincang terus. Kali ni aku yang buat keputusan. Tunggu dia buat keputusan memang tunggu bulan jatuh ke riba lah kot. Bukan nak kata apa kan, dia ni jenis yang ketuk dulu baru jalan. Satu dua tiga lekuk, kepala kau aku ketuk. Eh, ni lirik lagu lah bukan? Okay kita sambung. Mula2 aku tak nampak hal ni. Bila benda ni disuarakan oleh SETIAP orang yang aku jumpa membuatkan aku terfikir. Actually lama dah aku terfikir benda ni cuma aku diamkan dulu. Nak tengok reaksi dia macam mana. Saje aku nak tunggu dia buat keputusan dulu. Bila orang lain mula perkatakan dan aku pun rasa masa dah mencukupi, aku akan bertindak sekarang. Ya , ISNIN NI aku akan bertindak.
Disebabkan dia jugak la, Manager aku yang kedua, yang ada common sense tu berhenti. Guys, aku nak bertanya something. Gaji seorang manager di syarikat multinational bassed US around berapa? Kat sini kalau eksekutif biasa pun dah lebih 3K , manager mungkin around RM7000 la kot. Tetapi gara-gara tak puas hati dengan manager aku yang walaupun nak dekat setahun kerja tapi kerja ala-ala macam 1 bulan kerja ni, dia sanggup berhenti dengan notis 1 bulan. Kalau nak berhenti, manager biasanya kene bagi notis 3 bulan, otherwise pekerja berkenaan kene bayar kat company. Ya, Manager aku yang dah berhenti tu sanggup bayar lebih kurang dalam RM14000(2 bulan gaji) gara-gara tak sanggup nak tunggu dah. See, betapa bengangnya dia dengan manager aku tu. Bukan sebab perang mulut ke apa, semuanya soal kerja.
Eh, aku bukan nak terminate. Jangan sangka yang bukan-bukan ye.
Aku terima setiap kelemahan orang seadanya. That's why aku akan fikir cara yang paling baik, yang paling manis, yang paling lembut supaya dia faham apa yang aku nak sampaikan tanpa dia rasa rendah diri ke apa ke. Tanpa dia sedar, aku yang sebenarnya yang buat keputusan, bukan dia. Aku rasakan tindakan aku ni bukan terburu-buru. Kawan2 yang rapat dengan aku mesti tahu, setiap apa keputusan yang aku buat, aku akan pertimbangkan sebaik mungkin, dan akan berfikir sedalam-dalam-dalam-dalamnya(3 hari aku fikir okay). Aku akan fikir pro dan kontra dan perhujahkan sebaiknya pro dan kontra itu. Kemudian, baru keputusan akan dibuat. AKU BUKAN SEORANG YANG BERFIKIRAN SINGKAT.
Moga Allah permudahkan aku. Dan semoga ini tidak merenggangkan hubungan aku dengan dia. Aku rasa semuanya akan okay dan berjalan lancar. In case, if worse come to worse, aku sedia terima risiko. Kalau tak berani terima risiko, baik tak payah buat keputusan lah bukan?
p/s: Dia baik, dia okay, tak pernah marah aku walau sesaat tapi disebabkan dia tak ada common sense tu membuatkan segalanya kelam kabut. Sampaikan aku rasa Manager aku kat 7-E yang hanya SPM je tu pun ada common sense dan boleh menjadi ketua yang baik. Aku pandang orang bukan kepada kelulusan dia. Tapi aku pandang kepada cara dia buat kerja, dan cara handle pekerja. Tak kisah la ko master ke, degree ke, SPM ke, kalau kau pandai membuat keputusan, ada common sense dan boleh menjadi ketua yang baik, aku salute ko. Apa guna master@degree kalau nak buat keputusan simple pun tak boleh?