Pages

Masih berhidup....

Hai hai hai apa khabar? Alhamdulillah walaupun lappy aku dah penuh dengan virus still boleh on lagi cuma nak start tu lambat ya ampun! Okay, update dengan laju2.

1. Tadi waktu lunch di meja makan aku telah membuat satu kerjaan yang macam tak payah buat pun tak apa. Apa lagi, promote cerita korea Boys Over Flowers la. kahkahkah.... Nak suruh dia menghadap depan tv 8 setiap kali cerita tu on air. Aku promote kat FS. Baru aku nak buat intro tetiba ada orang chinese girl depan aku menyampuk "Eh, cerita tu I dah tengok, I dah tengok! I tengok satu episode je terus I suka. There is 3 version. Japanase version, Taiwan version and Korean version but I think Korean version is the best (dia explain sambil pandang FS ). Dia punya hero manyak hensem lorr. Haiya..Manyak hensem" Okay terima kasih kepada chinese girl tersebut sebab sudah bercakap bagi pihak aku. Aku takyah promote panjang lebar ah. Muehehe..

Teringat masa mempromote cerita korea zaman dulu2 dengan customer (dulu aku promoter buat sape2 yang tak tahu). Aku berani bertaruh seyh i cakap u. "Akak, saya berani kerat jari la cerita ni best." yakin je aku cakap. "Kalau tak best macam mana?" akak tu bertanya semula. "Kalau tak best akak datang komplen kat saya balik, nanti boleh tukar cerita lain" Woo wooo.. Berani mati betul. Buat kedai tu macam kedai bapak aku la pulak kan. Suka2 je cakap macam tu, boleh main tukar2 plak. Tahu bos aku, mati aku. Huahuahua.. Mungkin sebab aku dah tengok sendiri so aku berani jamin apa yang aku cakap. Nasib baik akak tu takde komplen, dia datang balik tapi bukan untuk komplen tapi untuk tanya aku, cerita apa lagi yang best. Huehuehue. Formula aku senang, kalau setiap orang yang aku tanya, suka tak cerita sekian2, bila mana majoriti kata suka, maksudnya betul la cerita tu best. Ataupun cerita yang mampu mencetuskan 'fenomena', of course la best kan.


2. Aku rasa macam aku belajar memandu (kereta) secara speed la. 5 minit je ajar gear,clutch,brek semua terus dah suruh aku bawak. Ada la dalam dua jam. Aku bawak sampai la ke rumah. Ayah aku pun terkejut aku boleh bawak sampai ke rumah (ke biasa ni. Kalau biasa asal ayah aku terkejut eh?). Yang ajar aku tu apek (cha ya nun alif). Bila aku tanya dua kali (just nak confirmkan, bukan tanya sebab tak tahu), terus kata "Haiya, I dah ajar u , u taknak dengar bla bla bla haiya bla bla haiya." Errr.. ?? Ayat tu jek yang diulang-ulangnya. Geram plak aku dengan apek sorang ni. Apa salahnya bertanya, takleh jawab elok2? Tau2 je la apek2 ni kalau cakap volume nak kuat jek. Dulu masa kelas teori, masa kerani tu tengah panggil nama kitorang sorang2, sekumpulan apek bercakap sesama sendiri. Sebelah2 je pun tapi volume nya macam mereka jarak 5 kaki antara satu sama lain. Bila macam tu kitorang macam tak boleh dengar jelas la kerani tu panggil nama kan. Apa lagi "Shhhhhhhh!!!!!!!!!!!!" Aku bersuara kuat. Kesan? Macam tak jalan jek. Memang tak faham bahasa diorang2 ni. Lepas tu aku dengar ada pelajar lain cakap "Shhhh!!!!" jugak tapi still tak jalan. Okay, tak payah cakap apa la kan.

3. Hard disk aku jadi kosong dengan tetiba! Aaaaaa.. dah la cerita korea best2 aku simpan dalam tu. My Girl, Witch Yoo Hee dan lain2. Aaaaa...!!!!! Ari tu aku hantar hard disk ni untuk dibuang virus. Tak sangka dengan semua2 content dalam tu dibuangnya. Aku dah cakap awal2 , buang virus je bukan buang data tapi.... T_T Takpe la, redha jek.


4. Jumaat, sabtu dan ahad kami satu family akan berlepas ke Melaka untuk hantar nana. Sanggup aku tangguhkan kelas memandu aku untuk hantar nana. Demi nana apa saja sanggup ku lakukan ceh ceh ceh. Bila nana takde mesti sedikit sebanyak aku rasa kehilangan. Ialah, selama ni aku kan kamceng dengan dia tambah2 lagi bab2 drama korea, lagu korea, artis korea, kitorang je yang layan dalam rumah ni. Mak, fiza, ayah, haremmmm tak layan. Ayah aku tu lagi la, banned terus apa2 berkaitan korea2 ni. Bak kata nana "Kat rumah ni kita dua je yang gila korea, angah. Aku takde nanti ko takde geng la" :( Aku sure bila dia dah start busy confirm jarang balik rumah. Ah...takde2 aku nak suruh dia balik gak dua minggu sekali (guna kuasa veto). Muahahah... Balik eh nana, balik eh.