Pages

Lempangan pertama

Pernah dengar, once annoying tak selamanya kekal annoying? Aku reka ayat tu :D

Kalau sekali aku kata orang tu annoying, kata2 aku tu mungkin takkan kekal sampai bila2.

Ikuti kisah di bawah.Eceh…


Masa darjah Enam(iya, ingat lagi).. Nak dijadikan cerita tyme tu Lina(umur dia setahun muda dari nana) dengan mak dia dah beberapa bulan tinggal kat rumah aku dan kitorang adik beradik selalu bergaduh dengan budak nama Lina tu. Budak2 kan, biasa la tu kadang2 gaduh kadang2 kamceng. Lina tu suka menangis dan kuat mengadu orangnya. Mak cik tu selalu ingat kitorang buli anak dia padahal dia tak tahu anak dia tu selalu cari gaduh dengan kitorang dulu dan kecik2 anak dia pun, cubitannya berbisa ok? Ada sekali tu akak aku ni buat dajal pi sorokkan selipar Lina dalam longkang depan rumah. Ala, rilek sudah,longkang paras lutut beb tunduk 60 darjah je dah bleh amik selipar tu.Tapi mak dia punya mengamuk memang tak hengat…Akak aku cepat berlari menyorok dalam toilet. Akak aku dah ingatkan aku awal2 supaya menyorok cepat2 dalam toilet sebelum mak dia serang. Aku? Rilek sudah. Bukan aku yang buat, aku tukang tengok je. Tak buat salah buat apa nak lari kan? ITU PRINSIP AKU.Kalau tak buat salah, aku tak takut.


Tak lama pastu, tetiba je mak dia bawak selipar tu depan aku sambil cakap “Ni sape campak dalam longkang ni?” Tak sempat aku menjawab menjelaskan keadaan sebenar…Pangggggg!!!!! Pipi aku dijadikan landasan untuk tangannya mendarat. Phewwww. Berdesing telinga okeyh! Kuat sampai aku rasa macam nak pekak dah! “Bukan orang yang buat la!! Fiza yang buat!!” Suara aku yang selama ni slow tetiba meninggi sikit dalam sebak. Siapa tak sedih kan, tak buat apa2 tetiba kena lempang? Memang dalam hati, bod*h bang*ng memang semua keluar ah, nasib baik je tak terlepas keluar dari mulut aku ni haa (orang tua kan, sabar je la aku. Kalau baya2 aku je memang dah kene lempang balik dah tu). “Sama jer!” Orang tua tu menjawab, nak cover ar tu attack orang yang salah. Aku terus blah lari naik atas. Aku ada dengar tetiba suara mak aku menegur makcik ni (selama ni mak aku berdiam diri je) . “Kenapa lempang dia, bukan dia yang buat” Cam tu la mak aku tegur.


Mak aku sendiri pun terkejut menyaksikan drama lempangan itu depan mata dia. Sebab mak n ayah aku sendiri pun tak pernah lempang aku. Bagi kami, lempang ni macam menjatuhkan maruah individu sebab tu walau aku nakal camne pun dulu, mak ayah aku takkan lempang aku. Setakat rotan2 manja tu ada la. Teeeheee…


Tak lama pastu mereka anak beranak buat keputusan berpindah keluar dari rumah aku. Nak bermuhasabah diri la tu. Hahaha. Eh, sekarang ni kitorang ni baik tau. Siap boleh gelak2 bergurau senda lagi. Once annoying tak selamanya kekal annoying. Orang kata apa? Buang yang keruh ambil yang jernih :D


p/s: Selepas kejadian tu kami tak berjumpa selama lebih kurang 3 tahun kot. Dia tinggal kat Johor. Sekarang baru kerap jumpa balik. Dia dah tinggal kat Melaka kat rumah arwah nenek aku. Kitorang baik sampaikan kalau aku takde mesti tanya mak aku "Nadia mana nadia?". See. Masa dan keadaan mampu merubah segalanya ;)

p/ss: Its already 1 December. HAPPY BIRTHDAY NANA!!!!! Luv you. Walaupun kita selalu je cakap macam ala-ala gangster, tapi aku sayang ko ok? MUEHEHEHEHE