Aku pun macam...eh eh, bila masa eh aku jadi fans Kim Hyun Joong ni? Siap bagi comment semua padahal AKU TAK KENAL PUN SIAPA ORANGNYA NI. Aku syak, tak lain tak bukan ni mesti keje nana ni. Jom kita skodeng apa yang dia komen tu
Adeh, ni mesti dia bajet2 Kim Hyun Joong baca komen dia ni. Sekaligus dia rasa Kim Hyun Joong handle page itu lepas tu mendapat semangat lepas baca komen dia tu. Wakakaka, comel betul nana ni. Siap keluar bahasa2 korea semua. hahah. Okay, marilah berharap dan berdoa moga-moga Kim Hyun Jong tu sendiri yang handle page tu.
Oh ye, lepas aku bukak fanpage tu baru aku tahu siapa Kim Hyun Joong ni.Ni haaa mamat ni yang berlakon dalam Boys Over Flower(BOF) tu. Siap tahu tu mamat tu rupanya ahli kumpulan SS501. Dan aku ada perasan dia ada download lagu kumpulan tu.Okeh, nana ni memang minat giler kat dia ni. Nana je aku tak.
Sekarang ni dia tengah layan BOF tu yang fanatic semacam luar biasa tu. hahah. Kemain dia sesuka hati je menjaja nama aku di page orang komen sana sini.Nasib baik la dia tak tulis I love u ke apa ke, kalau dia tulis macam itu siap dia! Mencemarkan nama aku. wakakaka! Okay nana sila buat facebook sendiri ok? ;P
p/s: Aku tak berapa minat mamat tu, aku minat Lee Min Ho je. HAHA! Err ada sesiapa yang masih tak kenal Lee Min Ho ke? Ala, hero Boys Over Flower tu. Tak kenal jugak? Okay, jangan ketinggalan dengan arus semasa marilah kita mengenali dia. Nah...
Ini first time aku aku tengok orang rambut kerinting tu adalah hensem. Ada je scene dia berambut lurus tapi aku prefer dia yang berambut kerinting, macam gambar di atas :D
p/s: Walaupun dia amik idea cerita Meteor Garden (Taiwan) tapi aku lagi suka cerita ni. Dan aku dengar memang ramai kata cerita ni lagi best daripada Meteor Garden tu. Jerry dalam Meteor Garden tu ganas sangat la, tak macam Lee Min Ho cool je aku tengok.Eheeee :D